Spicy Creamy Tom Yum Spaghetti
Assalamualaikum wbt
DUA hari ni, Sk keluar awal ke pejabat. Siapnya awal, mahu tak keluar awal. Dah mengalahkan macam zaman hantar Iman ke sekolah dulu. Tapi, tak sangkalah pulak, bila keluar awal, sesak dalam kawasan perumahan. Mungkin ramai ibubapa yang keluar hantar anak ke sekolah. Tapi yang bagusnya pulak, sebelum jam 7.30 pagi, Sk dah sampai di persimpangan lampu isyarat Perodua Tampoi. Jadi, taklah perlu berebut-rebut di situ, perjalanan lancar hingga ke pejabat.
Nampaknya, betul-betul tak boleh move on dengan Pes Tom Yum jenama Kung Thai ni. Kali ini, dengan menggunakan pes yang sama, Sk masak menu fusion pulak iaitu Spaghetti Tomyam tapi kita letak nama komersial sikit la. Letak nama macam dalam buku menu kat restoran,haha
Spicy Creamy Tom Yum Spaghetti
250 gram Spaghetti (1/2 bungkus)1 ekor sotong, bersihkan, potong bulat
4 ekor udang sederhana, bersihkan buang urat hitam1 mangkuk kecil isi ayam1 bungkus kecil cendawan tiram4 ulas bawang putih dicincang1/2 labu bawang holland dipotong dadu7 tangkai cili padi dihiris2 akar ketumbar2 helai daun limau purut3 sudu besar pes Tom Yum Kung Thai Brand1/2 cawan susu cairGaram secukupnya1 biji tomato potong 8Daun ketumbarMinyak masak secukupnyaAir secukupnya
Cara-cara :
1. Didihkan air, apabila sudah mendidih, masukkan 3 sudu minyak masak dan 1 sudu garam
2. Masukkan spaghetti, rebus selama 12 - 13 minit (ikut arahan pada label). Kacau sekali sekala supaya ia tidak melekat satu sama lain
3. Dalam kuali, panaskan 1 sudu minyak masak, kemudian tumiskan bawang putih dan akar ketumbar hingga wangi
4. Masukkan isi ayam, kacau sekejap, kemudian masukkan bawang holland, masak hingga bawang layu
5. Masukkan pes tom yum, daun limau purut dan susu cair, kacau sebati, kemudian masukkan sotong dan udang
6. Masukkan cendawan dan cili padi, kacau sebentar
7. Semasa memasak, bajet masa agar ketika ini, spaghetti sudah cukup masa direbus. Angkat terus spaghetti (gunakan senduk spaghetti khas) terus masukkan ke dalam kuali dan gaul bersama hingga sebati. Tabur sedikit sahaja garam, gaul lagi hingga mesra
8. Akhir sekali, masukkan tomato dan taburkan daun ketumbar ketika menghidang
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2022/08/spicy-creamy-tom-yum-spaghetti.html