Tolong Terima Kasih Maaf
TOLONG TERIMA KASIH MAAF | بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Mudah dan sangat ringkas tapi sangat berat dan mahal diucapkan. Tidak menjadi masalah pada semua orang untuk ungkapkan tapi menjadi tabiat segelintir orang lain untuk mengungkapkannya. Tidak rugi,tidak sia-sia dan tidak jatuh pun martabat diri sendiri.
Tolong. Banyak benda atau perkara kita perlukan bantuan daripada orang lain. Begitu juga orang lain ada yang memerlukan bantuan daripada kita. Kalau niat minta tolong, sila jaga dan gunalah perkataan minta tolong atau yang seakan-akan, jangan mahu minta pertolongan tapi cara cakapnya memberi arahan. Sedap didengar, sejuk dihati, jadi rasa lapang tangan mahu membantu tanpa mengharapakan balasan itu dan ini.
Sudah menolong. Sudah ditolong.Manislah mulut. Ucaplah terima kasih. Berbudi bahasa dan menghargai mahunya orang sedekahkan masa dan tenaga barangkali harta benda juga, itu semua bukan mudah ya. Dua patah perkataan sahaja. Siapa tahu akan datang kita memerlukan lagi bantuan kan. Jangan sampai orang rasa serik dan menyesal bantu kita. Itu bahaya.Bila kita buat orang senang hati mahu bantu kita itu pun jadi ganjaran kebaikkan juga. Aamiin.
Maaf. Keegoan atau kerendahan hati. Mana satu.Ada orang tahu dia salah tapi susah sangat mahu minta maaf. Dia lebih memilih menuding jadi menyalahkan orang lain atas apa yang telah dan sedang terjadi. Ada orang sangat murah lisannya dengan permohonan maaf. Lebih baik dengar orang cakap, tidak perlu minta maaflah awak tidak salah apa pun daripada orang kata awak pengecut tidak berani mengakui kesalahan kerana liat mahu ungkap kata maaf.
Lebih sopan dan tertib. Tolong, terima kasih dan maaf jadikanlah ungkapan kebiasaan dalam kehidupan seharian bila diperlukan dan saat kena pada tempat juga waktunya. Jadikan amalan baik kanak-kanak hinggalah yang dewasa.
SekianTinta Perdu Cinta ❤Tolong Terima Kasih Maaf
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.perducinta.com/2020/06/tolong-terima-kasih-maaf.html