Tolong Nasihatkan Bakal Suami Jika Mempunyai 7 Perangai Ini


Tolong Nasihatkan Bakal Suami Jika Mempunyai 7 Perangai Ini! l Perkongsian daripada saudara Amir Syahir mengenai perangai bakal suami seperti dibawah wajar dijadikan panduan pada mereka yang nak mendirikan rumah tangga. Zaman sekarang ni ketua keluarga mesti kena celik kewangan. Tahu menguruskan kewangan dan ekonomi keluarga.

Korang perlu tahu, antara faktor penceraian rumah tangga adalah berpunca daripada masalah kewangan. Biasanya 5 tahun pertama fasa perkahwinan, isu yang selalu dibangkitkan antara pasangan ialah duit tak cukup. Belum akhir bulan lagi, duit gaji dah kering. Pasal bab ni, korang tak perlu jadi pakar kewangan pun. Janji tahu aliran wang keluar masuk dan tidak berhutang sesuka hati, itu sudah memadai.
Tolong Nasihatkan Bakal Suami Jika Mempunyai 7 Perangai Ini!  
Kalau rasa bakal suami korang ada perangai seperti di bawah, korang kena nasihatkan dia awal-awal lagi ye. Antaranya :
1. Masa korang tengah dating, dia asyik mengeluh pasal kena bayar PTPTN. Cakap PTPTN menipu bagai. Nak suruh kerajaan bagi pendidikan percuma, tapi dia sampah pun buang merata-rata.
2. Bercinta agak lama. Korang ajak jumpa mak ayah pun dia mengelak bagai. Kata tak sedia la, segan lah, tak cukup duit la. Kalau masuk 5 tahun bercinta pun tak nampak lagi hala tuju menuju perkahwinan, korang suruh dia "Cintai Sungai Kita" je la.
3. Merancang untuk membuat pembiayaan peribadi untuk kahwin. Kahwin hanya sekali katanya. Biarlah grand.Meriah gitu. Barulah bangga sampai anak cucu. Nak update Facebook pun senang.
4. Selalu menceritakan tentang kereta mewah. Dapat gaji je modified kereta. Dapat gaji je tukar tayar jadi senget terkeluar.
5. Tidak tahu apa itu CCRIS dan CTOS. Kaki berhutang sana sini. Selalu bercinta dengan pinjaman peribadi semata-mata untuk nampak bergaya. 
6. Ada kad kredit sampai tiga, empat keping. Beli tiket wayang guna kad kredit, makan dekat kedai hipster guna kad kredit. Padahal hutang kad kredit dah berlambak.
7. Selalu guna ayat "Kita kena sama-sama susah dan senang" bila nak pinjam duit korang. Sebab ada kereta import mewah, bayar ansuran tinggi, hobi mahal tak padan dengan gaji. Hisap vape pulak tu memang tengah bulan akan pokai.
Korang kena ingat. Masa muda, masa zaman bercinta ni korang akan nampak yang indah-indah belaka. Pakwe sanggup belikan anak patung besar, baju sedondon, kasut sama bagai. Bila korang tengok pakwe orang lain buat kejutan kononnya sweet tu, mulalah korang menggelupur tag pakwe sendiri. Minta buat benda sama. Pesen nak ikut orang je. Kesian pakwe korang tu. Hakikat hidup berumah tangga korang kena belajar juga. Takkan sampai bila-bila nak bercinta yang tak halal je kan?
Kalau masa bercinta korang dah bersweet bagai, nanti lepas berkahwin korang dah tak merasai manisnya bercinta lepas kahwin. Dah tak ada apa yang tinggal. Semuanya dah korang lalui. Seelok-eloknya bercintalah selepas kahwin. Bersweet lepas kahwin, barulah best dan dapat pahala.
Masa bercinta ni tak payah nak membina kenangan terindah bagai la. Pergi jalan sana sini dengan pakwe / makwe korang. Beli anak patung besar, tempah restoran mahal-mahal. Duk bazir duit je tapi nak menyimpan untuk buat majlis kahwin langsung tak ambil peduli. Niat nak jadikan makwe sebagai kekasih halal langsung takde.
Dah kenal setahun dua tu eloklah percepatkan perkahwinan. Takde duit? Buat kecil-kecilan saja. Bincang dengan bakal mak ayah mertua korang elok-elok. Diorang lagi suka ada orang nak jaga dan tanggung anak mereka. Taklah mereka risau kalau korang keluar malam angkut anak dia. Ye dak?
Ini tidak. Setiap minggu lepak kedai kopi hipster lah, keluar tengok wayang lah, lepak kedai makan mahal-mahal, pergi bercuti luar negara je. Tapi nak membina tabung perkahwinan bersama-sama pun susah. Apa nak jadi la. Kah!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nicknashram.com/2019/10/tolong-nasihatkan-bakal-suami-jika.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+nicknashram87+(Nick+Nashram)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Elly Mazlein Selamat Dirisik Bakal Suami

Elly Mazlein Selamat Dirisik Bakal Suami

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 619 hits
KUALA LUMPUR Penyanyi pelakon dan pengacara Elly Mazlein mengakui perasaannya bercampur baur ketika menerima kunjungan keluarga kekasihnya untuk majlis merisik hari ini Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi 39 berkata ...
Fahamilah Letihnya Isteri Lepas Bersalin Suami Tolong Jaga Hatinya Baik Baik

Fahamilah Letihnya Isteri Lepas Bersalin Suami Tolong Jaga Hatinya Baik Baik

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 334 hits
Peranan seorang suami ketika isteri dalam tempoh berpantang atau melepasi waktu itu haruslah menjadi sistem sokongan paling kuat untuk si dia Pernah melalui pengalaman apabila isterinya menghidap depresi pengguna laman Facebook berkongsi ca...
Stres Diancam Dicerai Suami Motif Ibu Gelonggong Anak Hingga Tewas

Stres Diancam Dicerai Suami Motif Ibu Gelonggong Anak Hingga Tewas

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 553 hits
Seorang balita ZNL tewas setelah digelonggong air galon oleh sang ibu NP NP mengaku menyiksa anaknya hingga tewas lantaran stres diancam akan diceraikan oleh sang suami Istrinya stres diancam diceraikan apabila anaknya ini dalam kondisi kur...
Bukan Mengada Ngada Tapi Sebenarnya Penting Suami Temankan Isteri Check Up Hamil

Bukan Mengada Ngada Tapi Sebenarnya Penting Suami Temankan Isteri Check Up Hamil

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 568 hits
Apabila disahkan hamil rutin wajib setiap bulan ialah menjalani pemeriksaan antenatal Hal ini penting untuk dilakukan kerana dapat memantau tahap kesihatan diri dan bayi yang dikandungi Terdapat doktor yang berpendapat suami patut menemani ...
Ini Sebab Kenapa Suami Isteri Kena Tidur Berpelukan Setiap Hari

Ini Sebab Kenapa Suami Isteri Kena Tidur Berpelukan Setiap Hari

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 1154 hits
Pelukan merupakan salah satu luahan rasa cinta dan kasih sayang terhadap pasangan Ia bukan sahaja sentuhan secara fizikal namun juga secara emosi Jika sebelum ini suami isteri jarang sekali nak tidur berpelukan mungkin sebab rasa rimas pana...
Isteri Tengah Solat Dengar Bunyi Kuat Dari Dapur Rupanya Suami Maut Tertimbus Tanah Runtuh

Isteri Tengah Solat Dengar Bunyi Kuat Dari Dapur Rupanya Suami Maut Tertimbus Tanah Runtuh

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 551 hits
Semalam dilaporkan bahawa seorang lelaki warga emas telah dijumpai mati tertimbus selepas rumahnya di Kampung Teras Ijok dekat Baru Kurau dihempap tanah runtuh dalam kejadian kira kira pukul 6 petang Menurut Ketua Polis Daerah Selama DSP Mo...
Maaf Akak Saya Dah Mula Sayangkan Suami Akak Nak Buat Kajian Pasal Curang Sekali Terlanjur Dengan Suami Orang

Maaf Akak Saya Dah Mula Sayangkan Suami Akak Nak Buat Kajian Pasal Curang Sekali Terlanjur Dengan Suami Orang

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 567 hits
The ReporterHasrat melakukan kajian dengan beberapa suami orang akhirnya gadis itu terjebak dalam mendorong salah seorang respondennya untuk berlaku curang dan mengkhianati kepercayaan si isteri Menurut confessor ini ramai responden yang me...
Suami Isteri Wajah Seiras Lebih Bahagia Dan Jarang Nak Bergaduh Sweet Je

Suami Isteri Wajah Seiras Lebih Bahagia Dan Jarang Nak Bergaduh Sweet Je

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 399 hits
Bila dah jadi suami isteri hari hari duduk bersama lama lama wajah kita pun akan seiras dengan pasangan Nampak macam adik beradik sedangkan suami isteri Kata orang pasangan yang mempunyai wajah seakan sama itu lebih serasi dan rumah tanggan...
Nafizah Air Mata Rindu Chord

Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital

Mee Segera Buat Otak Jadi Lembab Betul Ke

Jalur Gemilang Burned Stomped Women Harassed In Escalating Malaysian Sri Lankan Tiktok War


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dabai Specialty Fruit Of Sarawak Malaysia

Cuti Sekolah Kita Berinai Aktiviti Sunnah Yang Seronok

Petua Penjagaan Kereta Berkala

Gm Invests Almost 1 Billion Dollars In A New V8 Engine

Larangan Melampau Dalam Agama

Cuba Sekali Pasti Ketagih Resipi Sambal Bilis Garing Homemade