Tolong Jaga Ma Adik Adik Tekong Bot Terbalik Kongsi Detik Cemas Berenang Lebih Sejam Cari Bantuan


“Along, tolong jaga ma dan adik-adik yang lain sekiranya abah tidak kembali ke bot,” kata Hazahar Mat Sanishah, 48, tekong bot kepada anak sulungnya, sebelum berenang lebih satu jam untuk meminta bantuan bot berhampiran selepas bot yang dikemudinya terbalik dan karam di perairan Bachok, Isnin lalu.
Bapa kepada lima anak itu berkata, selepas meninggalkan pesanan kepada anaknya, Muhamad Ikhwan, 27, yang ikut serta, beliau berenang lebih sejam tanpa menghirau keselamatan diri untuk meminta bantuan bot berhampiran yang pemilik bot merupakan kenalannya, dikenali sebagai Pak Jim.
“Disebabkan laut bergelora selain keadaan sangat gelap menyebabkan Pak Jim sukar untuk melihat saya berenang ke arahnya walaupun ketika itu saya menjerit meminta tolong.
“Selepas berenang pada jarak lebih empat batu nautika, menyebabkan tangan dan kaki saya hampir kejang selain timbul rasa putus asa, namun saya bersyukur dengan kuasa Allah, akhirnya Pak Jim mendengar jeritan saya dan mencampakkan tali untuk menarik saya naik ke atas bot,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Menceritakan pengalaman ngeri bergadai nyawa demi menyelamatkan 19 pemancing lain, Hazahar berkata kejadian bot terbalik dan karam berkenaan merupakan kejadian pertama yang berlaku sepanjang tempoh lebih 30 tahun beliau menjadi nelayan dan tekong bot.
Katanya, ketika kejadian sekitar 7.45 malam Isnin lalu, beliau seakan sudah dapat menduga akan berlaku ribut selepas melihat keadaan sekitar yang luar biasa.
“Ribut ini ‘mainan’ orang laut, lagipun saya juga telah mempunyai pengalaman lebih 30 tahun di laut, jadi keadaan yang berlaku ketika itu saya sudah dapat duga berlaku ribut namun saya sama sekali tidak menyangka ribut yang berlaku adalah luar biasa dan tidak pernah berlaku selama ini.
“Bimbang dengan keadaan itu, saya meminta anak keempat saya Muhamad Iqram, 18, untuk mencampak sauh ke laut, namun belum sempat dia berbuat demikian tali sauh itu terputus disebabkan ribut kuat dalam tempoh 30 saat seolah-olah seperti bunyi kereta api api lalu dalam jarak yang dekat, datang secara tiba-tiba. Ketika itu saya hanya mampu melaungkan Allahuakbar selain pada masa yang sama berusaha mengimbangi bot,” katanya.
Hazahar berkata, ribut yang seakan puting beliung itu atau dipanggil ‘kepala angin’ telah menyebabkan botnya terbalik dan sekali gus menyebabkan ada di antara mereka yang tercampak ke dalam laut.
“Keadaan ketika itu sangat cemas dan persekitaran sangat gelap dan saya memikirkan keadaan dua anak saya yang ikut serta, malah lagi panik apabila memikirkan Iqram tidak pandai berenang. Namun, syukurlah saya berjaya menemukan mereka.
“Ketika itu juga saya turut meminta mereka serta awak-awak dan pemancing lain untuk berpaut dan berpegang kepada objek-objek yang berada di sekeliling untuk bertahan agar tidak tenggelam sebelum saya meminta bantuan nelayan yang berada berdekatan dengan tempat kejadian.
“Walaupun menyesal tidak dapat menyelamatkan kesemua mangsa, namun saya bersyukur dan menarik nafas lega sekurang-kurangnya kesemua jasad lapan mangsa yang meninggal dapat ditemukan dalam tempoh yang singkat,” katanya.
Terdahulu Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Othman Abdul Latiff menziarahi Hazahar dan Hasan Bakar di kediaman mereka di Kampung Kuala Besar, di sini, hari ini. Turut dihadiri, Pengarah LKIM Kelantan Mastam Nodo dan Pengerusi Persatuan Nelayan Kelantan Ilias Hassan.
Dalam kejadian jam 8.30 malam Isnin lalu, bot yang dinaiki 20 individu termasuk pemancing dan awak-awak untuk tujuan memancing dan menyandat sotong terbalik dipukul ribut menyebabkan sauhnya terputus, sebelum dibadai ombak besar dan karam.
Susulan kejadian itu, 12 individu berjaya menyelamatkan diri dan lapan individu ditemukan meninggal dunia iaitu Wan Aminuddin Wan Hussin, 63; Mohd Syafizam Daud, 43; Muhammad Zaki Muhamad Nordin, 32; Pok Ta berusia 50-an dan Shafiq Che Alim, 29, Harun Daud, 60; Che Wadi Bakar, 44, dan Arman Ismail, 43.
The post “Tolong Jaga Ma & Adik-Adik”, Tekong Bot Terbalik Kongsi Detik Cemas, Berenang Lebih Sejam Cari Bantuan appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/tolong-jaga-ma-adik-adik-tekong-bot-terbalik-kongsi-detik-cemas-berenang-lebih-sejam-cari-bantuan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Along Tolong Jaga Ma Dan Adik Adik Yang Lain Sekiranya Abah Tidak Kembali Ke Bot Tekong Bot Kongsi Detik Cemas

Along Tolong Jaga Ma Dan Adik Adik Yang Lain Sekiranya Abah Tidak Kembali Ke Bot Tekong Bot Kongsi Detik Cemas

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 321 hits
KOTA BHARU Along tolong jaga ma dan adik adik yang lain sekiranya abah tidak kembali ke bot kata Hazahar Mat Along tolong jaga ma dan adik adik yang lain sekiranya abah tidak kembali ke bot Tekong Bot Kongsi Detik Cemas
Detik Detik Cemas Suasana Sempat Dirakam Dipercayai Dari Bot Nelayan Terbalik

Detik Detik Cemas Suasana Sempat Dirakam Dipercayai Dari Bot Nelayan Terbalik

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 431 hits
Kejadian bot terbalik dipukul ribut dalam satu nahas melibatkan 20 individu di perairan Kelantan semalam masih belum belum berakhir Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia kini sedang mempergiat usaha mencari mangsa mangsa yang hilang selain...
Thailand Bantu Misi Sar Cari Dua Lagi Mangsa Bot Terbalik

Thailand Bantu Misi Sar Cari Dua Lagi Mangsa Bot Terbalik

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 359 hits
TUMPAT 4 Julai Pasukan mencari dan menyelamat hari ini mendapat kerjasama Polis Marin Diraja Thailand dalam usaha pencarian mencari dua lagi mangsa yang masih hilang dalam kejadian bot terbalik Isnin lalu Pengarah Agensi Penguatkuasaan Mari...
Adik Kongsi Kisah Abang Dijemput Ajal Selang Sejam Selepas Kebumikan Ibu

Adik Kongsi Kisah Abang Dijemput Ajal Selang Sejam Selepas Kebumikan Ibu

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 391 hits
Ajal dan maut itu merupakan rahsia Allah S W T Tiada siapa yang dapat menghalang andai kematian itu nbsp tiba Namun sebagai manusia biasa kita seharusnya redha dengan ketentuan tersebut kerana itu semua adalah takdir daripada Maha Kuasa Seh...
Lebih 7 Bulan Suami Menghilang Ibu Hamil Banting Tulang Cari Duit Bersalin

Lebih 7 Bulan Suami Menghilang Ibu Hamil Banting Tulang Cari Duit Bersalin

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 489 hits
Setiap individu diuji dengan dugaan mereka yang tersendiri Pastinya ujian yang mendatang tersebut hadir untuk memberi pengajaran dan ada hikmahnya tersendiri disebalik perkara yang berlaku Di Twittter perkongsian salah seorang laman tersebu...
No Maid No Problemo Diana Nasir Kongsi Tip Jaga 3 Anak Kecil Urus Kerja Rumah Sendiri Tanpa Pembantu

No Maid No Problemo Diana Nasir Kongsi Tip Jaga 3 Anak Kecil Urus Kerja Rumah Sendiri Tanpa Pembantu

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 415 hits
Mempunyai 3 orang anak yang masih kecil tidak menghalang personaliti media sosial Diana Nasir untuk menguruskan tiga orang anak dan dalam masa yang sama membereskan kerja rumah tanpa bantuan daripada pembantu rumah Ibu kepada The Angguns se...
Jaga Keluarga Dia Anak Yang Baik Ikhlas Sedekah Wang Rm29k Zulin Aziz Kongsi Sikap Sebenar Fikry Ibrahim

Jaga Keluarga Dia Anak Yang Baik Ikhlas Sedekah Wang Rm29k Zulin Aziz Kongsi Sikap Sebenar Fikry Ibrahim

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 424 hits
Fikry Ibrahim atau nama sebenar beliau Ahmad Fikry bin Ahmad Ibrahim merupakan seorang pelakon pelawak pengacara dan model Malaysia Satu video prank dikenakan kepada pelakon ini setelah Zulin Aziz dan pengacara program Trek Selebriti berpak
Cuba Lari Dari Apmm Tiga Pati Jatuh Ke Laut Setelah Bot Terbalik Di Perairan Tg Piai

Cuba Lari Dari Apmm Tiga Pati Jatuh Ke Laut Setelah Bot Terbalik Di Perairan Tg Piai

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 460 hits
JOHOR BAHRU 7 Julai Tiga pendatang asing tanpa izin warga Indonesia dipercayai jatuh ke laut apabila bot yang dinaiki mereka terbalik ketika cuba melarikan diri daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di perairan Tanjung Piai dekat ...
Mayat Ke 7 Tragedi Bot Terbalik Ditemukan

Mayat Ke 7 Tragedi Bot Terbalik Ditemukan

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 485 hits
Mayat ke 7 tragedi bot terbalik ditemukan nbsp Dikemas kini 17 minit yang lalu Diterbitkan pada 5 Jul 2020 3 47PM
Time To Fly Vietjet S Biggest Sale Of The Year Offers Malaysians Unbeatable Fares To Vietnam And Beyond

Delicious Topside Beef Cubes Recipe

Puluhan Kenderaan Dihempap Simen Konkrit

Ferrari Elettrica Didedahkan Model Elektrik Pertama Dengan Kuasa Melebihi 1 000hp

Brutal Sophistication Cw Zon S Custom Triumph Rocket 3

Malaysia Tewaskan Laos 3 0

Rakyat Malaysia Makin Gemar Membaca Lebih 1 Juta Buku Atas Talian Disediakan Percuma Kpn

Karambusel Hydrothermal Field A New Frontier In Deep Sea Exploration


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Belanjawan Madani Keempat Belanjawan Rakyat

Tidak Wajar Minum Arak Dalam Acara Rasmi Kerajaan Ppim Desak Pecat Tiong King Sing Sin Chew 07 10 2025

Penjelasan Rasmi Ali Batsyah Siapa Sebenarnya Jebat Derhaka

Teh Daun Jambu Batu Bantu Rawat Influenza Secara Semula Jadi

Usd Jpy Analisis Dan Ramalan Harga Yen Jepun Tarik Minat Penjual Di Sebalik Kebimbangan Mengenai Prospek Fiskal Jepun

Monolog Jiwa Tentang Kawan Yang Aku Tak Sanggup Kehilangan