Tolong Jaga Anak Kecil Anda Mereka Belum Divaksin Pakar


Oleh NURQALBY MOHD REDA KANAK-KANAK bawah 12 tahun yang belum divaksin terdedah kepada COVID-19. - GAMBAR HIASAN: Abd Razak Aid KEPUTUSAN kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri bermula 11 Oktober lepas bagi mereka yang telah lengkap vaksinasi COVID-19, adalah antara khabar yang paling ditunggu-tunggu oleh masyarakat yang rata-rata tidak sabar untuk pulang ke kampung atau pergi bercuti.
Jumlah kenderaan di atas jalan yang meningkat secara mendadak, khususnya pada hujung minggu lepas, adalah bukti ahli masyarakat memanfaatkan sepenuhnya “kebebasan” yang diberikan oleh kerajaan itu selepas hampir dua tahun pergerakan dibataskan demi mengekang penularan virus maut tersebut.
Namun, dalam keghairahan menikmati kelonggaran itu, perlu diingat bahawa ancaman COVID-19 belum berakhir, sementelah masih ada kelompok yang belum menerima vaksin, khususnya kanak-kanak berusia bawah 12 tahun. 
Risiko yang dihadapi oleh kelompok usia ini sudah acap kali dibangkitkan oleh pakar, namun hingga kini kerajaan belum membuat ketetapan berhubung isu pemvaksinan untuk golongan itu. Justeru, sementara menantikan keputusan kerajaan, terserah kepada ibu bapa dan penjaga untuk memastikan anak kecil mereka dilindungi daripada dijangkiti COVID-19. 
SENTIASA BASUH, SANITASI TANGAN
Mengulas perkara itu,  pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam Dr Hanafiah Bashirun menasihati orang ramai agar mengehadkan pergerakan dan tidak sewenang-wenangnya berkunjung ke pelbagai lokasi.
“Tujuan utama dibenarkan merentas negeri adalah bagi mereka yang sudah lama tidak menziarahi orang tua agar dapat pulang ke kampung, tetapi janganlah sebelum pulang ke kampung kita pergi bercuti di sana sini.
“Jika terlalu banyak tempat persinggahan, kita bukan sahaja boleh merisikokan anak-anak, terutamanya yang belum divaksinasi, tetapi berkemungkinan membawa pulang virus COVID-19 yang akhirnya boleh menjangkiti orang tua kita,’’ katanya.
Beliau turut menasihati  ibu bapa yang mempunyai anak kecil dan berhasrat pulang ke kampung, agar melakukan perancangan sebaik mungkin bagi memastikan anak-anak mereka tidak terdedah kepada persekitaran yang sesak dengan orang ramai. 
Antara yang beliau cadangkan ialah membawa bekal makanan dari rumah agar tidak perlu singgah di kedai makan semasa dalam perjalanan pulang ke kampung.
“Begitu juga jika singgah di mana-mana seperti surau dan masjid, sentiasa jaga penjarakan fizikal dan semua ahli keluarga termasuk anak-anak kecil, wajib sanitasi tangan. SOP ini adalah paling asas untuk mencegah jangkitan COVID-19,” tegasnya.
Dr Hanafiah turut menggalakkan individu dewasa melakukan ujian kendiri secara berkala sebagai saringan awal sepanjang berada di kampung, sekali gus melindungi diri dan juga ahli keluarga yang lain daripada dijangkiti virus maut tersebut.
“Sejurus tiba di kampung, wajib lakukan ujian kendiri yang merupakan langkah terbaik untuk kita membuat pengesanan awal kerana saya yakin, pada waktu ini kita bukan sahaja bertemu dengan orang tua, tetapi juga berhimpun dengan adik-beradik yang tiba dari lokasi berbeza.
“Sekalipun kita mandi atau sanitasi tangan sebelum bersentuhan dengan ahli keluarga yang lain, belum tentu dapat melindungi orang lain, terutama kanak-kanak daripada virus itu,” katanya.
Dr Hanafiah juga mencadangkan orang ramai menyediakan kit ujian kendiri yang disifatkannya lebih murah dan mudah berbanding ujian calitan di klinik.
“Sekiranya ada seorang didapati positif, ahli keluarga lain pula boleh membuat swab test di klinik kesihatan untuk mengesahkan status kesihatan mereka,’’ katanya.

KAWALAN KENDIRI
Bagi Timbalan Pengarah (Klinikal) Hospital Universiti Teknologi MARA Prof Madya Dr Ahmad Izuanuddin Ismail pula, langkah terbaik untuk mengelakkan anak daripada dijangkiti COVID-19 ialah tidak membawa mereka ke kawasan tumpuan ramai kerana golongan itu amat cenderung mendapat jangkitan kuman pada saluran pernafasan dan paru-paru.
Apatah lagi katanya, agak sukar untuk memastikan kanak-kanak, khususnya yang berusia lima tahun ke bawah, mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan jangkitan COVID-19 seperti membasuh tangan dan menjaga jarak fizikal, selain mereka juga tidak digalakkan memakai pelitup muka kerana boleh menyebabkan kesukaran bernafas.
“Walaupun COVID-19 telah biasa dalam kehidupan kita, ibu bapa perlu ingat masih ada kuman atau virus lain yang berada dalam persekitaran dan mudah menjangkiti kanak-kanak, selain kesannya pun ada masa lebih teruk daripada COVID-19, seperti virus influenza dan pneumokokal,’’ katanya kepada Bernama.
Bersandarkan pada senario itu, Dr Ahmad Izuanuddin yang merupakan pakar perubatan dalaman (umum) dan perubatan respiratori, menyarankan ibu bapa memastikan bayi dan anak-anak kecil, khususnya yang berusia bawah lima tahun, sudah dilengkapi pelalian yang ditetapkan di bawah Program Imunisasi Kebangsaan (NIP).
NIP katanya boleh melindungi golongan itu daripada penyakit berkaitan pernafasan, terutamanya influenza, radang paru-paru (pneumonia), batuk kokol dan haemophilus influenzae.
“Biasanya vaksin ini (berkaitan penyakit pernafasan) diberikan kepada bayi semasa berusia dua, tiga dan lima bulan serta dos booster ketika berumur 18 bulan. Vaksin influenza dan pneumokokal bukan vaksin wajib tetapi digalakkan pengambilannya,” jelas beliau. 
Dr Ahmad Izuanuddin turut menasihati ibu bapa yang membawa anak-anak mereka merentas negeri agar segera melakukan ujian COVID-19 ke atas si anak sekiranya menunjukkan gejala seperti demam dan selesema.— BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/tolong-jaga-anak-kecil-anda-mereka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seronok Rentas Negeri Jangan Leka Anak Yang Belum Divaksin

Seronok Rentas Negeri Jangan Leka Anak Yang Belum Divaksin

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 190 hits
Seronok rentas negeri jangan leka anak yang belum divaksin Keputusan kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri bermula 11 Oktober lepas bagi mereka yang sudah lengkap vaksinasi COVID 19 antara khabar ditunggu tunggu oleh masyarakat yang...
Ada Anak Usia 1 Hingga 5 Tahun Periksa Tahap Perkembangan Mereka Dah Boleh Buat Perkara Ini Atau Belum

Ada Anak Usia 1 Hingga 5 Tahun Periksa Tahap Perkembangan Mereka Dah Boleh Buat Perkara Ini Atau Belum

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 320 hits
Pertumbuhan dan perkembangan kanak kanak akan dilihat daripada aspek fizikal dan tingkah laku mereka Ia berbeza dari masa ke masa Secara umumnya perkembangan yang akan dilalui anak adalah satu proses tumbesaran dan pembelajaran berterusan I...
Bapa Yang Tolong Jaga Anak Tak Akan Cakap Kerja Suri Rumah Tu Senang Dr Say Kongsi Pengalaman Jaga 2 Anak Bukan Mudah

Bapa Yang Tolong Jaga Anak Tak Akan Cakap Kerja Suri Rumah Tu Senang Dr Say Kongsi Pengalaman Jaga 2 Anak Bukan Mudah

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 481 hits
Baru baru ini tular seorang lelaki memperlekehkan emosi suri rumah yang kepenatan akibat menjaga bayi Kisah tersebut mendapat perhatian ramai termasuklah doktor selebriti Dr Say Menurut perkongsian Dr Say di laman instagram dia sangat tidak...
Idai Pertanyakan Anak Di Bawah 12 Tahun Belum Divaksinasi Tapi Ikut Ptm Terbatas

Idai Pertanyakan Anak Di Bawah 12 Tahun Belum Divaksinasi Tapi Ikut Ptm Terbatas

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 289 hits
Perwakilan Satgas Covid 19 Ikatan Dokter Anak Indonesia Kurniawan Taufiq Kadafi mengatakan pihaknya telah merekomendasikan anak di bawah 12 tahun belum bisa mengikuti PTM terbatas di sekolah
Nak Cegah Anak Obes Bila Besar Mama Kena Menyusu Si Kecil Secara Eksklusif

Nak Cegah Anak Obes Bila Besar Mama Kena Menyusu Si Kecil Secara Eksklusif

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 275 hits
Kita semua tahu mengenai kebaikan penyusuan susu ibu sama ada pada anak mahupun ibu itu sendiri Tetapi tahukah anda susu badan juga boleh mengurangkan risiko obesiti pada si manja Kebaikan penyusuan susu ibu Penyusuan susu ibu sememangnya m...
Pick Hanya Kelantan Sabah Belum Capai 80 Populasi Dewasa Divaksin

Pick Hanya Kelantan Sabah Belum Capai 80 Populasi Dewasa Divaksin

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 164 hits
Sebanyak 91 2 daripada populasi dewasa telah lengkap dua dos vaksin manakala 67 1 daripada populasi keseluruhan lengkap divaksin SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astr...
Mereka Selalu Jaga Staf Produser Hometown Cha Cha Cha Puji Kim Seonho Shin Minah

Mereka Selalu Jaga Staf Produser Hometown Cha Cha Cha Puji Kim Seonho Shin Minah

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 237 hits
Tinggal lagi 4 episod sahaja yang bakal ke udara produser Hometown Cha Cha Cha sempat meninggalkan pujian buat pelakon utamanya iaitu Kim Seon ho dan Shin Min ah drama romantik ini mengisahkan Yoon Hye jin iaitu seorang doktor gigi yang ber...
Kesalahan Trafik Polis Pahang Gesa Ibu Bapa Lebih Peka Dengan Pergerakan Anak Mereka

Kesalahan Trafik Polis Pahang Gesa Ibu Bapa Lebih Peka Dengan Pergerakan Anak Mereka

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 306 hits
KUANTAN Polis Pahang menasihatkan ibu bapa untuk lebih peka dengan pergerakan anak anak terutamanya golongan remaja supaya terhindar daripada melakukan kesalahan trafik khususnya berkaitan motosikal dan basikal Ketua Polis Pahang Datuk Raml...
Kocaknya 8 Meme Ekpektasi Anak Kecil Pada Orang Dewasa Yang Ternyata Nggak Sesuai Kenyataan

Kocaknya 8 Meme Ekpektasi Anak Kecil Pada Orang Dewasa Yang Ternyata Nggak Sesuai Kenyataan

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 363 hits
Masing masing dari kita pasti pernah berada fase menganggap kehidupan orang dewasa itu menyenangkan
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya