Sesuai Ke Khatankan Anak Lelaki Ketika Bayi Ini Penjelasan Dari Ustaz


Berkhatan adalah kemestian yang perlu dilaksanakan kepada anak-anak. Tapi benarkah berkhatan awal boleh menyebabkan anak cepat baligh? Adakah khatan boleh dilakukan selepas kelahiran? Ini pandangan Imam Muda Jabbar

Bagi anak perempuan, khatan sinonim dilakukan dalam tempoh berpantang. Soalnya kini, bagaimana dengan anak lelaki. Hal ini kerana ramai yang keliru masa yang sepatutnya dan tepat untuk mengkhatankan anak lelaki.
Menurut Ustaz Abdul Jabbar Mohammed Kahar, pendakwah dan Pengarah Urusan AJAQ Consultancy & Management, berkhatan adalah sunah Rasulullah. Seperti mana sabda baginda yang bermaksud;
“Lima perkara fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur) dan memendekkan misai”. (Hadis Riwayat Muslim).
Pandangan para ulama dalam memahami hadis di atas terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita  sebagai pandangan Imam Malik.
Manakala bagi mazhab Shafie, khatan diwajibkan bagi lelaki dan wanita. Bagi Mazhab Hanafi, berkhatan hukumnya adalah sunat sahaja bagi kedua-dua lelaki dan perempuan. Imam Ahmad pula berpandangan khatan hanya wajib ke atas lelaki sahaja sunat ke atas perempuan.
USIA UNTUK BERKHATAN
Bagi ibu bapa, tentunya ingin mengetahui waktu yang sesuai untuk melaksanakannya.  Bagi anak perempuan, khatan akan dilakukan selepas kelahiran atau dalam tempoh berpantang. Manakala bagi anak lelaki, ia perlu dilaksanakan sebelum mencapai usia baligh. Dalam masyarakat kita, waktu berkhatan tidak disyaratkan ketika kecil. Kebanyakannya berkhatan ketika dewasa antara tujuh hingga 10 tahun. Namun demikian, disunatkan para wali mengkhatankan anaknya pada hari ketujuh kelahiran.
Saidatina Aisyah menceritakan; Sesungguhnya Nabi SAW telah mengkhatankan Hasan dan Husein pada hari ketujuh kelahiran mereka berdua.” (Riwayat Imam al-Baihaqi dan al-Hakim)
Kebanyakan ahli ilmu berpendapat, khatan wajar dilakukan semasa budak lelaki meningkat umur baligh. Malah ada yang berpendapat lebih afdal bagi pihak ibu bapa atau penjaga melaksanakan khatan ke atas anak lelaki mereka sejak mula hari kelahirannya.
Maka tidak salah untuk melakukan khatan awal bagi anak lelaki kerana ia memberikan banyak kebaikan kepada si anak. Kulitnya juga masih lembut dan ia juga memberikan banyak manfaat dari segi kebersihan jika dilakukan pada peringkat awal usia.
KHATAN AWAL CEPAT BALIGH?
Tiada fakta yang menyokong kenyataan kanak-kanak yang berkhatan awal dikatakan mengalami akil baligh. Malah orang-orang Arab mengamalkan khatan anak lelaki selepas kelahiran dan anak-anak lelaki mereka tidak mengalami akil baligh awal seperti mana didakwa. Jika benar anak-anak akan menjadi cepat matang, maka ia lebih baik kerana dengan berkhatan anak akan dapat mengawal syahwatnya, berfikir dengan waras dan ia merupakan ciri-ciri mukmin yang berjaya.
MAJLIS ATAU JAMUAN, WAJIBKAH DIADAKAN SEMASA ANAK BERKHATAN?

Kanak-kanak lelaki yang telah berkhatan akan merasakan diri mereka berbeza daripada kanak-kanak kecil yang lain dan seolah-olah seperti agenda dalam kehidupan menuju ke alam dewasa. Maka tidak salah untuk mengadakan majlis untuk meraikan anak-anak dan menzahirkan rasa syukur. Seperti mana firman Allah dalam surah Dhuha ayat 11 yang bermaksud “………dan adapun dengan nikmat Tuhanmu maka sebut-sebutkanlah (sebagai tanda bersyukur).
Pun begitu, mengadakan jamuan makan apabila melaksanakan kewajipan kepada anak tidaklah wajib hukumnya. Laksanakan dahulu kewajipan berkhatan dan jangan pula kerana tiada kemampuan untuk mengadakan jamuan maka kita akan melengah-lengahkan kewajipan berkhatan kepada anak.
Hikmah berkhatan bagi kanak-kanak lelaki
Hikmah berkhatan wujud dalam dua sudut, iaitu sudut agama dan sudut kesihatan. Antaranya ialah;
Mengelakkan terbentuknya smegma iaitu kotoran berbau busuk yang menyebabkan wuduk dan solat tidak sah. Mengelakkan jangkitan pada alat sulit seperti phomosis, paraphimosis atau Mengelakkan jangkitan kuman pada salur kencing. Boleh mengelakkan sisa air kencing si anak daripada bertakung pada kulit kemaluan mereka terutama sekali untuk beribadah. Membantu mengawal dan menstabilkan nafsu syahwat. Mengurangkan risiko kanser prostat dan kanser serviks pada wanita. Mencegah penyebaran kuman HIV. Keselesaan semasa berhubungan intim. INFO KHATAN ANAK LELAKI DAN PEREMPUAN
Anak lelaki
bagi anak lelaki, khatan ialah proses membuang lebihan kulit yang terdapat pada bahagian hadapan alat sulit. Proses dilakukan dengan bius untuk mengelakkan sakit.
Anak perempuan

Bagi anak perempuan,  ia dilakukan dengan cara memotong kulit yang berada di bahagian atas alat sulit. Bentuknya seperti butir atau balung ayam jantan dan yang wajibnya ialah memotongnya (menggoreskannya) sahaja tanpa membuang keseluruhannya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Sesuai Ke Khatankan Anak Lelaki Ketika Bayi? Ini Penjelasan Dari Ustaz appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sesuai-ke-khatankan-anak-lelaki-ketika-bayi-ini-penjelasan-dari-ustaz/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Hotel Yang Best Untuk Bawa Anak Anak Korang Ketika Pergi Melancong

4 Hotel Yang Best Untuk Bawa Anak Anak Korang Ketika Pergi Melancong

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 292 hits
Sekarang ni dah pun hujung bulan Oktober cepat betul masa berlalu Walaupun kita masih lagi berada di tahap kritikal dalam pandemik ini kita masih boleh buat perancangan untuk masa akan datang apabila keadaan sudah reda kembali Dan disebabka...
Semua Makanan Dia Tolak Sejak Bayi Lagi Perlu Praktik Baru Besar Anak Makan Tak Memilih

Semua Makanan Dia Tolak Sejak Bayi Lagi Perlu Praktik Baru Besar Anak Makan Tak Memilih

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 322 hits
Anak makan memilih sebenarnya cukup membuatkan ibu pening kepala memikirkan pelbagai menu dan resipi Ada waktunya ketika kusyuk bermain anak tidak endahkan makanan di depan mata Memaksa anak makan bukanlah satu tindakan yang bijak Elakkan M...
Doktor Tarik Kepala Anak Saya Terlalu Kuat Sehingga Terputus Bayi Maut Angkara Kecuaian Doktor

Doktor Tarik Kepala Anak Saya Terlalu Kuat Sehingga Terputus Bayi Maut Angkara Kecuaian Doktor

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 260 hits
Hasrat sepasang suami isteri untuk menimang anak hancur berkecai apabila kakitangan sebuah hospital melakukan kecuaian sehingga menyebabkan kepala bayi terputus Dalam kejadian yang berlaku di Hospital Santa Casa de Misericordia utara Brazil...
Farah Nabilah Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Bakal Kongsi Nama Wajah Anak Bila Tiba Masa

Farah Nabilah Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Bakal Kongsi Nama Wajah Anak Bila Tiba Masa

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 527 hits
Tahniah diucapkan kepada Pelakon Farah Nabilah yang baru sahaja melahirkan anak pertamanya pada pagi semalam Berita gembira tersebut dikongsi Farah menerusi Instagramnya dengan memuat naik video pendek tanpa visual dipercayai dirakam ketika...
Allahuakbar Kenapa Buang Anak Macam Tu Bayi Baru Lahir Ditemui Dalam Kotak Tepi Gerai Makan

Allahuakbar Kenapa Buang Anak Macam Tu Bayi Baru Lahir Ditemui Dalam Kotak Tepi Gerai Makan

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 273 hits
Sekumpulan peniaga di kompleks niaga Bangunan UDA di Jalan Bendahara Pasar Besar Kuala Kangar menemui seorang bayi baru lahir dan masih bertali pusat Menurut peniaga gerai makanan Mohamad Kamal Ashari 25 berkata bayi lelaki itu ditemui dala...
Cringenya Versi Dakwah Lagu Ice Cream Blackpink Dikritik Tak Sesuai Rabithah Beri Penjelasan

Cringenya Versi Dakwah Lagu Ice Cream Blackpink Dikritik Tak Sesuai Rabithah Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 428 hits
Memang sesuatu yang normal apabila lagu popular dijadikan cover dalam pelbagai rentak baru mengikut kepakaran penyanyinya Terbaru kumpulan nasyid tempatan iaitu Rabithah telah memuat naik cover untuk lagu BLACKPINK iaitu Ice Cream namun dit...
Tidak Tunaikan Janji Selalu Marah Marah Ini Yang Ramai Silap Ketika Didik Anak

Tidak Tunaikan Janji Selalu Marah Marah Ini Yang Ramai Silap Ketika Didik Anak

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 431 hits
Anak kita ni amanah Allah dan mereka juga ujian untuk ibu ayah Elok yang kita tunjukkan eloklah peribadinya Ibarat kata pepatah anak anak kita ni ibarat kain putih yang bersih lagi suci Baik buruk akhlak anak ni kita sebagai ibu bapa yang t...
Sesak Nafas Dijemput Ilahi Bersama Bayi Dalam Kandungan Anak Sulung Hilang Kasih Ibu

Sesak Nafas Dijemput Ilahi Bersama Bayi Dalam Kandungan Anak Sulung Hilang Kasih Ibu

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 402 hits
Jihad seorang ibu sungguh besar Bermula dari awal kandungan sehinggalah saat nak bersalin semua itu bukanlah sesuatu yang mudah nak dihadapi Lain orang lain pengalaman yang akan dilalui Begitu juga kisah seorang ibu muda yang dikenali denga...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba