Tolak Parti Rasuah Kerjasama Pn Bn Tidak Akan Berlaku Sama Sekali


agendaily.com18/11/2022
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang sentiasa bekerjasama antara satu sama lain.
Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan kerjasama antara gabungan itu dengan BN tidak akan berlaku sama sekali selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini.

Katanya, ia selaras dengan dasar parti yang tidak akan bekerjasama dengan parti yang tidak bersih daripada rasuah.

Beliau yang Presiden PAS berkata, PN akan berusaha mendapatkan majoriti kerusi di Parlimen pada hari pengundian esok (19 November 2022).

“Dasar kita, kita tidak akan bersama dengan parti yang agresif, yang ekstrem seperti Pakatan Harapan dan parti yang tidak bersih daripada rasuah.

“Kita tidak buat rasuah dan kita tidak akan ikut (perbuatan itu),” katanya lapor Bernama.

Media sebelum ini melaporkan, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yakin dapat membentuk kerajaan pada PRU-15 sama ada secara sendirian atau gabungan dengan pihak lain termasuk BN sekiranya gagal memperoleh majoriti kerusi namun perkara itu dinafikannya sambil menegaskan laporan itu diambil di luar konteks selain tajuk berita itu juga mengelirukan pengundi.

Susulan kenyataan itu Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menepis dakwaan kerajaan gabungan PN-BN itu dan berkata Takiyuddin tidak pernah diberi mandat untuk memutuskan perkara itu.

Hadi kemudiannya dilaporkan berkata PAS rela menjadi pembangkang jika PN gagal mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan pada PRU-15 ini.

Sementara itu, Abdul Hadi yang juga calon Parlimen Marang mengingatkan saf kepimpinan parti supaya tidak terlibat dengan sebarang provokasi.

Beliau menasihatkan mereka supaya mengambil pendekatan damai dalam menyampaikan mesej selaras dengan dasar ‘menerang dan bukannya menyerang.’

Katanya jika terdapat pemimpin yang dilihat agresif dan bertentangan dengan dasar tersebut, mereka akan disekat daripada menyampaikan sebarang mesej seperti ceramah dan akan dipantau.

“Itulah konsep dan prinsip yang kita bawa. Mana-mana kalangan kita yang mengambil pendekatan ‘menyerang’, kita ‘gam.’ Hentikannya daripada berceramah.

“Tindakan itu ada, kita tidak mahu (perkara sedemikian) kerana PAS adalah parti demokratik dan aman sejak dahulu lagi.

“Kita hentikan dia berceramah termasuk menulis (di media sosial),” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/tolak-parti-rasuah-kerjasama-pn-bn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tolak Calon Terpalit Rasuah Khutbah Perak

Tolak Calon Terpalit Rasuah Khutbah Perak

papar berkaitan - pada 19/11/2022 - jumlah : 188 hits
malaysiakini comDiterbitkan Nov 18 2022 5 04 PM hari ini menyeru supaya umat Islam menolak pemimpin yang terpalit dengan rasuah Buktikan azam memerangi rasuah melalui kertas undi kita dengan menolak dan tidak memberikan undi kepada calon ca...
Hari 2 L Zahid Mohon Lanjutkan Tempoh Hisham Tolak Kerjasama Ph

Hari 2 L Zahid Mohon Lanjutkan Tempoh Hisham Tolak Kerjasama Ph

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 207 hits
malaysiakini comPASCA PRU15 HARI 2 l Perlumbaan menawan Putrajaya semakin rancak dengan kedua dua Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim dan Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin masing masing mendakwa mereka mempunyai majoriti unt...
Bn Akan Kerjasama Dengan Parti Mana Untuk Tubuh Kerajaan Dap

Bn Akan Kerjasama Dengan Parti Mana Untuk Tubuh Kerajaan Dap

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 263 hits
agendaily com12 11 2022Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap pada sembang santai bersama penduduk Kundang Ulu Parit Raja Gersik hari ini Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Barisan Nasi...
Ibu Bapa Perlu Nasihat Anak Muda Tolak Pemimpin Parti Tak Amanah

Ibu Bapa Perlu Nasihat Anak Muda Tolak Pemimpin Parti Tak Amanah

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 269 hits
agendaily com12 11 2022Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap keupayaan kerajaan pimpinannya sebelum ini yang berjaya menangani krisis paling besar dalam sejarah dunia menjadi panduan kepada pengundi membuat pilihan ...
Pru Parti Tawarkan Rasuah Diterjemah Sebagai Manifesto Menjadi Halal

Pru Parti Tawarkan Rasuah Diterjemah Sebagai Manifesto Menjadi Halal

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 289 hits
Rakyat yang percaya dan tertarik dengan tawaran manifesto akan membelinya secara memberi undi pada parti atas kata janji tersebut Kekadang manaisfesto itu melampaui batas extreme to good to be truth dan ada juga boleh memberi kesan buruk ji...
Gps Dititah Menghadap Agong Hari Ini Lebih 50 000 Rakyat Sarawak Gesa Gps Tolak Kerjasama Dengan Pn

Gps Dititah Menghadap Agong Hari Ini Lebih 50 000 Rakyat Sarawak Gesa Gps Tolak Kerjasama Dengan Pn

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 345 hits
GPS dititah menghadap Agong hari ini lebih 50 000 rakyat Sarawak gesa GPS tolak kerjasama dengan PNWakil Gabungan Parti Sarawak dilaporkan telah dititah untuk menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billal...
Muhyiddin Angkuh Tolak Cadangan Agong Kerjasama Dengan Ph Kata Puad

Muhyiddin Angkuh Tolak Cadangan Agong Kerjasama Dengan Ph Kata Puad

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 227 hits
freemalaysiatoday com November 23 2022 10 31 AMAhli MKT Umno Puad Zarkashi mempersoalkan sama ada Muhyiddin Yassin layak menjadi PM lagi dengan perwatakannya yang angkuh dan pendendam itu PETALING JAYA Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad ...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Hujan Lebat Berterusan Di Pahang Akibatkan Negeri Ini Kembali Dilanda Banjir

Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Pga Sarawak Merampas Barangan Tidak Bercukai Bernilai Rm9 9 Juta


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Japan Part Iii Tempat Solat Beli Beras

Himpunan 50 Zikir Harian Sahih Amalan Rasulullah

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Tiada Makanan Tiada Air Bersih Tiada Ubat Untuk Mangsa Banjir Aceh Harian Metro 18 12 2025

Pembungkusan Makanan Berasaskan Plastik Dan Implikasi Terhadap Keselamatan Dan Kesihatan Pengguna

Kepentingan Bidang Arkeogenetik Dalam Kajian Penempatan Orang Asli Di Semenanjung Malaysia