Azmin Dan Kabilah Pintu Belakang



MELIHAT tindak tanduk terkini politik Azmin Ali dan pengikut kuat di keliling kelalang beliau, tak banyak perkara yang perlu dirisaukan. Apa yang dilakukan Azmin Ali ini hanya sekadar ingin memastikan beliau menjadi subjek perhatian media. Mungkin Azmin memang gemar diri beliau dilayan seperti fenomena. Publisiti buruk itu tetap publisiti yang baik bagi politikus yang gilakan lensa kamera.Lebih tepat lagi Azmin sedang menguji kesabaran kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan karenah beliau. Pelbagai dinding disiplin telah beliau rempuh. Saranan kepimpinan utama PKR untuk beliau hadir ke mesyuarat diabaikan beliau tanpa rasa segan apatah lagi bersalah.Terbaru, telah berlangsung perjumpaan beberapa orang Ahli Parlimen Barisan Nasional di rumah Azmin pada malam 18 November 2019. Perjumpaan sulit ini sama ada terpecah atau sengaja dipecahkan kepada khalayak, hanya Azmin dan setiawannya yang tahu. Namun saya merasakan tidak apa yang perlu dirunsingkan mengenai pertemuan ini. Ini merupakan satu lagi gimik daripada Azmin untuk menunjukkan betapa beliau kononnya masih relevan dalam politik hari ini.Mesejnya mudah, beliau akan terus buat masalah sehinggalah parti memecat beliau. Setelah dipecat, beliau dan juak-juak pengampu akan mendabik dada sebagai hero yang telah dianiaya kerana bersuara untuk kebenaran. Walhal kebenarannya ialah mereka ini merupakan kabilah pintu belakang yang sering menyebabkan keadaan yang tenang menjadi serabut.Mereka inilah kabilah yang suatu ketika dahulu sangat tidak senang dengan penubuhan Pakatan Harapan (PH) sehingga mereka terus bercumbuan dengan Pas di Selangor yang pada ketika itu Azmin adalah Menteri Besarnya.Kabilah ini jugalah yang lantang membantah apabila kepimpinan PH sepakat memilih Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri sekiranya PH berjaya membentuk kerajaan. Kata mereka Malaysia memerlukan pemimpin yang lebih muda. Itu hanya ayat berkias mereka untuk mengangkat ketua kabilah pintu belakang yang sememang bernafsu besar.Berbeza sungguh moral ketua kabilah pintu belakang ini jika dibandingkan dengan YAB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang sudah berada diambang kuasa apabila istana lebih cenderung memilih beliau sebagai Perdana Menteri selepas kemenangan 9 Mei 2019. Atas nama setiakawan dan berpegang pada janji, kecenderungan istana itu beliau tolak dengan penuh hemah dan bijaksana.Oleh itu mudah untuk kita fahami bahawa apa yang sedang berlaku ini adalah kerana nafsu besar sang ketua kabilah pintu belakang yang mahu menjadi Perdana Menteri. Untuk itu beliau memuja-memuji Tun M yang suatu ketika dahulu beliau sendiri pertikaikan. Beliau cuba mempamerkan kekuatan dengan menunjukkan semua Ahli Parlimen UMNO berada di bawah telunjuk beliau.Dengan ini ketua kabilah pintu belakang ini mengharapkan beliau akan mendapat sokongan daripada Tun M untuk menjadi Perdana Menteri. Tapi malangnya, dengan ilmu matematik mudah, nafsu besar ketua kabilah pintu belakang ini mungkin akan menjadi cita-cita yang tak tercapai. Justeru nasihat saya kepada ketua kabilah pintu belakang dan setiawannya, berhentilah mengetuk pintu belakang dan kembalilah ke pintu hadapan.Penulis ialah Syukri Razab, Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Malaysia




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/11/azmin-dan-kabilah-pintu-belakang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kabinet Angan Angan Pintu Belakang Hisham Dan Azmin

Kabinet Angan Angan Pintu Belakang Hisham Dan Azmin

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 565 hits
Perdana Menteri Hishammuddin Hussein Timbalan Perdana Menteri 1 Azmin Ali Timbalan Perdana Menteri 2 Hadi Awang Menteri Kewangan 1 Khairy Jamaluddin Menteri Kewangan 2 Ahmad Fadhli Bin Shaari Menteri Pertahanan Tan Sri Muhyiddin Yassin Ment...
Anwar Tak Layan Gerakan Pintu Belakang

Anwar Tak Layan Gerakan Pintu Belakang

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 428 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim menegaskan pihaknya tidak akan melayan mana mana gerakan yang cuba menubuhkan kerajaan baru melalui pintu belakang Anwar berkata semua pimpinan PH tetap senada menyatakan transisi jawatan perdana menteri akan berl...
Kerajaan Pintu Belakang Paling Banyak Pun 99 Ahli Parlimen Yang Sokong

Kerajaan Pintu Belakang Paling Banyak Pun 99 Ahli Parlimen Yang Sokong

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 417 hits
Pertemuan antara Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan wakil rakyat UMNO pada 18 November bertujuan membincangkan isu kerajaan pintu belakang dan usaha mempertahankan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri Sinchew Daily melaporkan pe...
Huawei Menawarkan Hampir Rm1 Juta Kepada Penggodam Yang Menemui Pintu Belakang Pada Peranti Android Mereka

Huawei Menawarkan Hampir Rm1 Juta Kepada Penggodam Yang Menemui Pintu Belakang Pada Peranti Android Mereka

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 296 hits
Antara komen yang kerap kami temui di artikel mengenai Huawei ialah syarikat dari China ini mempunyai pintu belakang untuk mengintip pengguna peranti Android mereka Ia juga menjadi antara alasan peranti Huawei diharamkan dari digunakan oleh...
Tolak Kerajaan Pintu Belakang Pelabur Yakin

Tolak Kerajaan Pintu Belakang Pelabur Yakin

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 378 hits
Tolak kerajaan pintu belakang pelabur yakinOleh November 26 2019Penolakan pentadbiran Tun Mahathir Mohamad terhadap kerajaan pintu belakang meraih keyakinan positif pelabur Hal itu disuarakan oleh pemerhati ekonomi Jameson Tan yang menurut ...
Budak Tercampak Keluar Dari Pintu Belakang Kereta Netizen Ingatkan Kepentingan Pakai Seatbelt Penumpang Belakang

Budak Tercampak Keluar Dari Pintu Belakang Kereta Netizen Ingatkan Kepentingan Pakai Seatbelt Penumpang Belakang

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 331 hits
Viral di media sosial video kemalangan yang melibatkan dua buah kereta sehingga menyebabkan dua kanak kanak lekai tercampak keluar dari kereta Dalam kejadian yang berlaku pada jam 11 54 pagi Jumaat lalu berdekatan dengan persimpangan bertin...
Bila Mahathir Anwar Memahami Pencuri Pintu Belakang Tak Releven Lagi

Bila Mahathir Anwar Memahami Pencuri Pintu Belakang Tak Releven Lagi

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 453 hits
Tindakan Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Tun Mahathir Mohamad semalam sekurang kurangnya telah berjaya mengutarangkan panasnya suhu beberapa isu dalam negara Ia termasuk berkenaan peralihan kuasa desakan agar Perdana Menteri berun...
Kerajaan Ph Tidak Pernah Campuri Urusan Mahkamah Azmin

Kerajaan Ph Tidak Pernah Campuri Urusan Mahkamah Azmin

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 350 hits
Kerajaan Pakatan Harapan berpegang kepada prinsip peraturan undang undang di mana pihak eksekutif tidak pernah mencampuri urusan serta persidangan mahkamah Oleh itu tidak tidak timbul soal ada pihak kerajaan campurtangan dalam kes bekas per...
They Are Doing A Muhyiddin On Me Says Azmin After Pkr Youth Snub

They Are Doing A Muhyiddin On Me Says Azmin After Pkr Youth Snub

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 376 hits
Mohamed Azmin Ali today compared PKR Youth s decision to snub him at its upcoming congress to Umno s decision in 2015 to bar then deputy president Muhyiddin Yassin from addressing the party s general assembly It s an attempt to gag me from ...
Hari Lautan Sedunia Bukan Sahaja Ombak Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

Mitos Cinta Akira

Sumba Is Not Bali That Is The Point

Heat Rises On And Off The Pitch With Tiger Balm S Legendary Together Football Tournament In Malaysia

Redakan Hfmd Petua Tips Ibu Bapa Perlu Tahu

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Pasaran As Melonjak Disokong Data Pekerjaan

Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


From Startup To Unicorn Status

Mocha Cafe Parit Buntar 2025 Part 2

Sambut Raya Aidiladha Di Bandar

Wacana Manuskrip Melayu Bil 3 2025 Persenjataan Melayu Citra Budaya Bangsa

Ashley Graham S Legs And Feet In Tights 2

Hukum Dan Adab Korban Dalam Islam Panduan Lengkap Untuk Ibadah Raya Haji