Prn Johor 3 Bekas Perdana Menteri Berentap Buktikan Pengaruh



Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan berlangsung 12 Mac depan sebenarnya bakal menyaksikan pertembungan sengit di antara dua pihak sahaja iaitu Barisan Nasional (BN) dengan parti-parti politik yang bukan BN.
Bunyinya agak pelik tetapi itulah hakikatnya. Sebelum ini pelbagai pihak telah mengemukakan beberapa syor dan cadangan agar pihak satu lagi berganding bahu ataupun menjalinkan satu kerjasama yang solid untuk bersaing dengan BN kerana itulah satu-satunya cara memastikan peristiwa di Melaka tidak berulang lagi atau setidak-tidaknya akan memberikan persaingan yang sihat.
Malang sekali, itu semua nampaknya seperti angan-angan kosong. Ini kerana masing-masing degil dan mahu mendahulukan kepentingan lebih daripada segala-galanya. Pertama, PKR dan Pakatan Harapan (PH) walaupun mahu bertanding menggunakan logo yang berbeza tetapi kekal sebagai satu pasukan. Maknanya, mereka tidak akan bertanding menentang satu sama lain.
Yang kedua ialah blok Perikatan Nasional (PN) yang terdiri daripada Bersatu dan Pas. Mereka juga tidak akan bertanding menentang satu sama lain tetapi akan tetap bertembung dengan PKR atau PH dan BN.
Blok ketiga ialah Parti Pejuang. Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir mengumumkan beberapa hari lalu bahawa mereka, sepertimana BN juga akan bertanding secara solo. Jadi, Pejuang akan bertembung dengan BN, PKR/PH dan PN.
Parti baharu iaitu Parti Muda ditawarkan enam kerusi oleh PH dan tiga kerusi oleh PKR. Agak celaru tetapi Muda belum membuat keputusan untuk menerima atau tidak tawaran-tawaran tersebut. Jika terima sekurang-kurangnya mereka akan dapat mengelak daripada menambah ‘kesengsaraan’ bertanding banyak penjuru pada PRN tersebut.
Parti Bangsa Malaysia iaitu sebuah lagi entiti politik baharu di Malaysia mengumumkan keputusan untuk masuk bertanding, cuma belum menyatakan di mana dan berapa banyak kerusi. Belalang hanya mampu mengucapkan selamat maju jaya dan selamat bertanding kepada semua parti yang terlibat.
Kita akan tengok sejauh manakah keputusan untuk bertanding secara solo dan beramai-ramai akan membuka ruang seluas-luasnya kepada BN untuk mengulangi kejayaan besar di Melaka.
Juga sejauh manakah kehadiran begitu banyak pengundi bawah 18 tahun dan pengundi baharu yang didaftarkan secara automatik akan memberi kesan sebaliknya kepada BN, tidak seperti di Melaka.
Selain pertandingan banyak penjuru, seperkara lagi yang ingin Belalang perhatikan ialah apakah tiga bekas Perdana Menteri (PM) iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bergiat aktif turun dari rumah ke rumah nanti sepanjang tempoh 14 hari berkempen.
Sejak Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, ketiga-tiganya agak aktif dan saling ‘tembak-menembak’ dalam media sosial. Kedua-dua, Dr Mahathir dan Muhyiddin tidak teragak-agak dalam melepaskan tembakan ke arah Najib dengan pelbagai gelaran dan sindiran, lebih-lebih lagi perbalahan antara Najib dan Muhyiddin sejak akhir-akhir ini.
Dua bekas PM sudah tidak lagi memegang jawatan utama dalam parti. Namun kesemua mereka sangat aktif dalam media sosial dan ramai yang ternanti-nanti jika mereka hadir serta terlibat dalam kempen, apakah mereka merupakan satu liabiliti atau aset kepada parti masing-masing.
Ini kerana kehadiran mereka akan membuka peluang kepada lawan menggunakan latar belakang dan bebanan masa lalu sebagai modal kempen. Najib misalnya, akan digunakan sebagai bahan untuk menakut-nakutkan pengundi, kemenangan BN akan membuka peluang kepada Najib untuk kembali menerajui negara.
Manakala, Dr Mahathir yang masih tidak sihat dan belum sembuh daripada rawatan masih dilihat sebagai seorang yang telah mengecewakan pengundi sewaktu PRU14 kerana meletakkan jawatan dan menjadi punca PH kehilangan kuasa.
Dan Muhyiddin pula, sepertimana Dr Mahathir tidak dapat dimaafkan kerana terlibat melakukan Langkah Sheraton yang turut membawa kepada kejatuhan kerajaan PH. Kemudian selepas beliau menjadi PM, kepimpinannya dilihat sebagai kepimpinan yang lemah dan tidak dinamik.
PRN Johor: 3 bekas Perdana Menteri berentap buktikan pengaruh
Baca Artikel Menarik:
Menara TM untuk dijual Satu hantaran Ronaldo jana RM9.76 juta di Instagram Najib sekolahkan Azmin Ali Janda gila harta Farhash lawan Amirudin, PKR Selangor kecewa Bersatu takut tekan butang sebab akan hilang jawatan Cikgu Pendidikan Jasmani Berwajah Jelita Kantoi Dituduh Hubungan Seks Dengan Pelajar Lelaki Punca Lelaki Pendam Masalah ‘Dalam Seluar’ Adalah Ego Dan Malu, Mungkin Ini Boleh Bantu! Wan Saiful beri amaran kepada UMNO Tips Halau Semut Dalam Gula, Letak 1 Bahan Saja Saya diugut pembantu Muhyiddin dan timbalan menteri – Rozman Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

The post PRN Johor: 3 bekas Perdana Menteri berentap buktikan pengaruh appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/02/13/prn-johor-3-bekas-perdana-menteri-berentap-buktikan-pengaruh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2 Menteri Bersatu Masuk Umno Hanya Perang Psikologi Prn Johor Kata Hamzah

2 Menteri Bersatu Masuk Umno Hanya Perang Psikologi Prn Johor Kata Hamzah

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 233 hits
freemalaysiatoday com February 10 2022 2 06 PMHamzah Zainudin berkata perang psikologi orang politik adalah untuk kepentingan parti mereka PUTRAJAYA Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin berkata spekulasi dua menteri daripada parti itu a...
Prn Johor Manifesto Bn Merangkumi Setiap Peringkat Usia Kata Adham

Prn Johor Manifesto Bn Merangkumi Setiap Peringkat Usia Kata Adham

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 168 hits
Dr Adham Baba berkata fokus utama manifesto BN akan turut menyentuh penyediaan pendidikan yang lebih baik selain fokus kepada taraf hidup rakyat yang lebih baik JOHOR BAHRU Barisan Nasional akan menampilkan manifesto pilihan raya negeri Joh...
Prn Johor Warisan Umum Bakal Bertanding

Prn Johor Warisan Umum Bakal Bertanding

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 254 hits
PONTIAN Parti Warisan Sabah dijangka akan membuat keputusan untuk turut bertanding sama dalam Pilihan Raya Negeri Johor dalam tempoh beberapa hari akan datang Naib Presidennya Datuk Junz Wong berkata pihaknya telah siap melakukan kajian lap...
Parti Pejuang Dijangka Kalah Besar Di Prn Johor

Parti Pejuang Dijangka Kalah Besar Di Prn Johor

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 190 hits
PETALING JAYA Dua penganalisis meramalkan parti Pejuang pimpinan Dr Mahathir Mohamad akan tewas pada pilihan raya negeri Johor terutamanya jika parti itu bertanding bersendirian di 42 kerusi Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangs...
Prn Johor Jangan Pilih Pimpinan Korup Bn Pn

Prn Johor Jangan Pilih Pimpinan Korup Bn Pn

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 171 hits
MOHD ALI HASHIMRakyat negeri Johor diingatkan supaya jangan tersilap langkah sekali lagi dalam membuat pilihan dalam pilihan raya negeri Johor kali ini Kesilapan yang dibuat akan menyebabkan rakyat sendiri terseksa sekaligus menjadikan mere...
Prn Johor Zahid Ajak Jotos Lawan

Prn Johor Zahid Ajak Jotos Lawan

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 178 hits
agendaily com6 2 2022Presiden UMNO dan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Presiden UMNO parti yang dicop sebagai parti berimej rasuah oleh seorang bekas Ketua Hakim Negara Zahid Hamidi mengajak rakyat Johor jotos p...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa