Geng Anwar Dalam Pkr Cabar Agong Ancam Tolak Belanjawan 2021



Walaupun Agong sudah memberi peringatan, ahli Parlimen Subang, Wong Chen, yang merupakan pengikut setia Anwar, menggesa pembangkang tidak berputus asa menjelang pengundian belanjawan bulan hadapan. (Malaysia Now) – Peringatan daripada Agong kepada ahli-ahli Parlimen hujung minggu lalu tentang kepentingan belanjawan bulan depan gagal untuk menghentikan satu puak dalam PKR untuk menyusun kekuatan untuk menolak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, satu langkah yang boleh menyebabkan pilihan raya mengejut diadakan pada musim pandemik.
Terdapat kebimbangan daripada dalam PKR bahawa sokongan Agong terhadap cara pentadbiran Muhyiddin menguruskan krisis Covid-19, termasuk penolakan jelas Umno dan PAS untuk mengadakan sebarang kerjasama dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim, akan mengukuhkan lagi kedudukan perdana menteri.
Pemimpin peringkat bawah PKR diarahkan untuk meneruskan tekanan terhadap kerajaan, ketika kemarahan dalam kalangan 39 ahli Parlimen mereka selepas Anwar gagal untuk membuktikan beliau mempunyai majoriti untuk menumbangkan kerajaan Muhyiddin.
Walaupun Agong sudah memberi peringatan, ahli Parlimen Subang, Wong Chen, yang merupakan pengikut setia Anwar, menggesa pembangkang tidak berputus asa menjelang pengundian belanjawan bulan hadapan.
“Pengundian belanjawan merupakan satu-satu cara pembangkang untuk menguji legitimasi kerajaan. Disebabkan itu, kita tidak boleh memberikannya secara percuma kepada perdana menteri,” katanya dalam tulisan di media sosial.
“Sebaliknya, kita perlu mempertimbangkan untuk menggunakannya sebagai tawar menawar bagi reformasi diperlukan untuk menyelamatkan demokrasi.”
Beliau memberikan senarai panjang reformasi yang perlu dilakukan kepada kerajaan berusia sembilan bulan – ditubuhkan selepas Pakatan Harapan tumbang ketika Covid-19 baru bermula di Malaysia Februari tahun ini, sebagai pertukaran sokongan belanjawan.
Kenyataan ahli Parlimen Subang itu menimbulkan persoalan sama ada mereka mendengar titah Agong agar menghentikan percubaan untuk menganggu kestabilan kerajaan ketika peningkatan jangkitan Covid-19 melanda.
Tetapi ia juga menunjukkan, ahli politik yang menentang Muhyiddin bersedia untuk mengenepikan perbezaan bagi berdepan dengan musuh bersama, terutamanya selepas bekas perdana menteri Najib Razak menggesa ahli Parlimen Umno menyokong Anwar menjadi perdana menteri.
Seorang bekas pembantu rapat Anwar memberitahu MalaysiaNow, terdapat kebimbangan dalam kalangan golongan anti Muhyiddin baik dalam PKR mahupun Umno bahawa keputusan Majlis Tertinggi Umno minggu ini untuk meneruskan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional mengukuhkan lagi kedudukan perdana menteri.
“Dan selepas kedudukan dikukuhkan, ia adalah waktu terbaik untuk kerajaan menawarkan perdamaian dalam perang melawan Covid-19. Ini adalah sesuatu yang puak anti Muhyiddin sedar dan akan gagalkannya,” katanya kepada MalaysiaNow.
Wong Chen sedar akan perkara ini.
“Menggunakan perkataan seperti ‘perdamaian’,’melibatkan’,’tidak berpolitik’, tidak memberikan apa-apa makna jika kerajaan tidak ikhlas untuk mereformasikan demokrasi,” kata ahli Parlimen PKR itu.
Pada Ahad, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memberikan amaran kepada ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala “politicking” yang boleh menggangu kestabilan kerajaan yang sedang melawan Covid-19.
Agong juga menitahkan tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat pada masa ini kerana yakin dengan kemampuan kerajaan melawan pandemik itu.
Agong turut menegaskan Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentangkan di sidang Parlimen adalah amat penting kepada rakyat di dalam menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.
“Justeru, peruntukan kewangan amat diperlukan oleh petugas barisan hadapan bagi melancarkan tugas dan tanggungjawab mereka.
“Sesungguhnya, Seri Paduka Baginda amat prihatin terhadap kegelisahan seluruh rakyat ekoran daripada kenaikan mendadak beberapa kluster baharu dan kes positif harian Covid-19 di negara ini,” tambah kenyataan itu.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/10/28/geng-anwar-dalam-pkr-cabar-agong-ancam-tolak-belanjawan-2021/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Titah Agong Amanah Sokong Atau Tolak Belanjawan 2021 Diputuskan Selepas Mesyuarat Ph Esok

Titah Agong Amanah Sokong Atau Tolak Belanjawan 2021 Diputuskan Selepas Mesyuarat Ph Esok

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 403 hits
Sama ada Amanah akan menyokong atau menolak Belanjawan 2021 akan diputuskan selepas majlis presiden Pakatan Harapan bermesyuarat esok selepas Agong hari ini menasihatkan ahli Parlimen menyokong Belanjawan 2021 Kita akan bincang pelbagai per...
Ydp Agong Nasihatkan Ahli Ahli Parlimen Beri Sokongan Padu Kepada Belanjawan 2021

Ydp Agong Nasihatkan Ahli Ahli Parlimen Beri Sokongan Padu Kepada Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 384 hits
193 total views 193 views today KUALA LUMPUR Yang Di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menasihati ahli ahli Dewan Rakyat untuk memberi sokongan padu kepada Belanjawan 2021 Datuk Pengelola Bijaya Diraja Dat...
Agong Titah Ahli Parlimen Sokong Belanjawan 2021

Agong Titah Ahli Parlimen Sokong Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 428 hits
Foto Ihsan Istana NegaraM Update 28 10 2020 Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menasihati ahli Dewan Rakyat supaya memberi sokongan padu kepada Belanjawan 2021 Baginda bertitah ini demi kesejahteraa...
Belanjawan 2021 Keadilan Hayati Titah Nasihat Agong

Belanjawan 2021 Keadilan Hayati Titah Nasihat Agong

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 343 hits
KEADILAN menjunjung kasih dan menghayati titah nasihat Yang di Pertuan Agong yang mahu kebajikan rakyat diutamakan dalam Belanjawan 2021 yang akan dibentang di Parlimen bulan depan Setiausaha Agung KEADILAN Saifuddin Nasution Ismail berkata...
Sokong Belanjawan 2021 Agong Beritahu Ahli Parlimen Semula

Sokong Belanjawan 2021 Agong Beritahu Ahli Parlimen Semula

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 389 hits
Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan ahli Parlimen sengketa politik untuk kepentingan peribadi akan merugikan negara dan rakyat menjadi mangsa PETALING JAYA Yang di Pertuan Agong sekali lagi menasihatkan ahli Parlimen menyokong Be...
Belanjawan 2021 Agong Nasihat Ahli Dewan Rakyat Beri Sokongan Padu

Belanjawan 2021 Agong Nasihat Ahli Dewan Rakyat Beri Sokongan Padu

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 318 hits
KUALA LUMPUR 28 Okt Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menasihati ahli Dewan Rakyat supaya memberi sokongan padu kepada Belanjawan 2021 demi kesejahteraan rakyat serta pemulihan ekonomi negara yang ...
Gembeling Semua Pihak Untuk Belanjawan 2021 Kata Anwar

Gembeling Semua Pihak Untuk Belanjawan 2021 Kata Anwar

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 277 hits
Kami sedia bekerjasama dengan mana mana ahli politik yang mendambakan sebuah sistem yang bebas daripada rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta mengangkat politik nilai kata Anwar October 27 2020 Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar sem...
Belanjawan 2021 Amat Penting Kepada Rakyat Agong

Belanjawan 2021 Amat Penting Kepada Rakyat Agong

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 355 hits
KUALA LUMPUR 25 OKT Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menegaskan bahawa Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentangkan di sidang Parlimen akan datang adalah amat penting kepada rakyat Menurut bagind...
The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

Terculik Sana Tertukar Sini

Mi Goreng Kicap Resipi Simple Tapi Rasanya Tip Top

Dr Jay Ong Ceo Csa Academy Dalang Sindiket Ops Sky Tipu Lebih 4 000 Penjawat Awam

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Buy Guncle Shirt Celebrating Gay Uncles With Style

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Suspek Larikan Kereta Bersama Budak Dicekup Selepas Ditemui Sedang Tidur

Menara Kl Masih Milik Kerajaan

Hati Hati Dengan Scam Pengeluaran Kwsp Akaun 1 Tak Pasti Jangan Kongsi Biarbe

Persiapan Aidilfitri Sebuah Keluarga Peneroka Di Felda Jengka 7 Musnah Kediaman Hangus Terbakar

Environmental Group Criticises S Gor For Skipping Zero Waste Day

Four Injured After Floor Collapses During Aidilfitri Celebration In Sarawak