Tok Syeikh Duyung Guru Kesayangan Sultan


Tok Syeikh Duyung, atau nama sebenar beliau, iaitu Haji Wan Abdullah bin Wan Muhammad Amin bin Ya’qub al-Fathani ini merupakan antara ulama dan ilmuan agama yang terulung di Terengganu pada abad ke-19, seangkatan dengan ulama ulung yang lain iaitu Tokku Paloh dan Tokku Tuan Besar. Istimewanya Tok Syeikh Duyung ini adalah kerana beliau merupakan guru kepada tiga orang Sultan Terengganu, iaitu Sultan Omar, Sultan Ahmad Shah II serta Sultan Zainal Abidin III, malah beliau juga telah berkhidmat sebagai Mufti Terengganu ketika zaman pemerintahan tiga orang sultan berkenaan.
Sejarah Awal
Tok Syeikh Duyung telah dilahirkan pada tahun 1802 Masehi, iaitu bersamaan dengan 1216 Hijrah, di Kampung Chabang Tiga, Patani. Beliau adalah anak tunggal kepada pasangan Wan Muhammad Amin bin Ya’qub atau dikenali sebagai Tok Syeikh Qadhi al-Fathani (ulama Patani) dan Wan Aminah binti Wan Derahmad. Berdasarkan kisah-kisah yang diceritakan dan dicatatkan di dalam makalah dan buku sejarah, dikatakan terdapat dua versi berkaitan dengan asal-usul keturunan Tok Syeikh Duyung ini.
Versi dan kisah pertama menyatakan bahawa beliau adalah daripada keturunan Nakhoda Wankang, iaitu seorang pembesar berasal daripada Champa (Kemboja) yang berkahwin dengan Puteri Laksamana Johor, iaitu anak angkat Raja Patani. Nakhoda Wankang ini kemudiannya telah dilantik menjadi salah seorang daripada pembesar Patani. Manakala, kisah versi kedua pula menyebut bahawa Tok Syeikh Duyung ini merupakan keturunan Ne’ Ali atau Faqih Ali Malbari, iaitu putera raja Bugis yang merantau bagi menuntut ilmu agama dan akhirnya menetap di Patani (Mohd Zamri, Izziah Suryani, & Noorsafuan, 2018).
Tok Syeikh Duyung telah mendapat pendidikan awalnya daripada bapanya sendiri, iaitu Tok Syeikh Qadir al-Fathani yang ketika itu menetap di Kampung Paya Bunga, Kuala Terengganu. Terdapat suatu kisah di sebalik penghijrahan keluarga beliau ke Terengganu ini dan seterusnya menetap di situ. Pada zaman kanak-kanaknya di Patani, bapanya, iaitu Tok Syeikh Qadir al-Fathani, seorang ulama ternama Patani telah menjadi pemimpin bagi sekumpulan pelarian dari Patani yang melarikan diri daripada penaklukan tentera Siam. Tok Syeikh Duyung sendiri turut sama menyertai bapanya bagi membantu kumpulan pelarian berkenaan.
Keadaan huru-hara ekoran daripada perang antara Siam dan Patani ini telah menyebabkan berlakunya penghijrahan secara besar-besaran para penduduk Patani ke negeri-negeri sempadan di Semenanjung Tanah Melayu. Pada awalnya, rombongan pelarian ini mendapat perlindungan daripada negeri Kelantan, namun setelah Sultan Kelantan menerima tekanan dari pihak Siam, maka mereka telah melarikan diri ke Terengganu. Dengan keizinan dan kurnia yang diberikan oleh Sultan Terengganu, maka keluarga Tok Syeikh Duyung ini telah diberi kebenaran untuk menetap dan memulakan kehidupan baru di Kampung Paya Bunga, Kuala Terengganu. Bapa Tok Syeikh Duyung kemudiannya telah dilantik menjadi Kadi dan pembesar negeri ketika zaman pemerintahan Sultan Omar.
Tok Syeikh Duyung telah menghabiskan waktu yang agak panjang dalam menuntut ilmu dan beliau sebenarnya telah belajar hampir sepanjang hayatnya. Malah, beliau juga telah merantau ke beberapa kawasan dan negeri yang lain bagi terus memantapkan dan meluaskan pengetahuannya dalam bidang agama. Antara tempat yang menjadi tumpuan beliau bagi mempelajari cabang ilmu pada ketika itu selain dari Terengganu sendiri adalah Patani dan Tanah Suci Mekah. Ini jelas menunjukkan bahawa ketinggian ilmu dan kealiman yang diperolehnya bukanlah hasil dari tempoh yang singkat, namun ia adalah berpunca daripada proses pembelajaran dan pemahaman yang panjang yang telah dilakukannya (Syed Hadzrullathfi et al., 2014).
Sejak kecil lagi, setelah keluarganya berhijrah ke Terengganu,Tok Syeikh Duyung telah mendapat pendidikan awalnya daripada bapanya sendiri, iaitu Tok Syeikh Qadhi al-Fathani. Beliau telah diajar untuk mendalami ilmu Al-Qur’an serta ilmu asas agama Islam yang lain. Beliau juga berdampingan rapat dengan Tokku Tuan Besar (Sayyid Muhammad bin Zainal Abidin al-Idrus), malah beliau turut mengambil peluang bagi mendalami ilmu agama daripada Tokku Tuan Besar. Kedua-dua Tok Syeikh Duyung dan Tokku Tuan Besar juga sering berulang alik untuk mempelajari ilmu agama dengan seorang lagi ulama di Terengganu, iaitu Tok Syeikh Kadir Bukit Bayas.
Setelah mendapat pendidikan awal di Terengganu. Tok Syeikh Duyung telah merantau ke Patani bagi menuntut ilmu Tasawuf dan Usuluddin. Guru beliau di Patani ialah Syeikh Daud al-Fathani, dan berdasarkan catatan sejarah, dipercayai tempat di mana beliau menuntut ilmu ini ialah di Pondok Bendang Daya dan Pondok Samla. Pada tahun 1832, Tok Syeikh Duyung telah merantau ke Tanah Suci Mekah bagi memantapkan lagi pengetahuannya dalam bidang Tasawuf, Fiqh, Usuluddin, Tafsir dan Hadith.
Sewaktu di Mekah, terdapat tiga orang ulama Arab yang terkenal telah menjadi guru beliau, iaitu Syeikh Ahmad Zaini Dahlan, seorang pengarang kitab agama yang terkenal, Sayyid Ibrahim al-Kurdi dan Syeikh Mohamad Ramli. Tempoh masa pengajian beliau di Mekah ini adalah selama 14 tahun, dan ketika beliau berada di Mekah inilah, bapa beliau telah meninggal dunia, iaitu pada tahun 1834 (Amnah Saayah, Wan Kamal, Burhanuddin, Norlaila Mazura, & Aida Nasirah, 2018).
Gelaran Tok Syeikh Duyung
Setelah pulang dari Mekah pada tahun 1846, Tok Syeikh Duyung telah mengambil keputusan untuk bermastautin dan menjalankan aktiviti pengajarannya di Pulau Duyung Kecil, yang berhampiran dengan bandar Kuala Terengganu. Di Pulau Duyung Kecil inilah beliau telah mengembangkan lagi usaha dalam menyebarkan ilmu-ilmu agama Islam kepada masyarakat. Beliau telah membuka banyak penempatan baru, malah turut membina sebuah masjid untuk kegunaan masayarakat setempat.
Usaha yang dilakukannya ini tidak sia-sia, malah telah menjadikan kawasan tersebut sebagai tumpuan para pelajar yang datang dari dalam dan luar negeri untuk menuntut ilmu agama. Gelaran Tok Syeikh Duyung ini telah diberikan oleh para penduduk kerana usaha beliau yang menjadikan Pulau Duyung Kecil sebagai suatu tempat penyebaran agama Islam pada waktu itu.
Peribadi dan Akhlak Tok Syeikh Duyung
Tok Syeikh Duyung merupakan seorang ulama dan tokoh agama yang amat disegani dan dihormati oleh ulama-ulama lain yang sezaman dengannya. Beliau bukan sahaja terkenal dengan kewarakannya, malah disiplin diri yang tinggi yang dimilikinya menjadikannya digeruni oleh para pelajarnya. Peribadi beliau yang berdisiplin tinggi ini berkaitan dengan suatu kisah di mana setiap penduduk atau orang yang datang bertemu di rumahnya dilarang sama sekali untuk menghisap rokok. Malah, beliau juga tidak membenarkan mana-mana orang asing untuk memasuki kawasan Pulau Duyung Kecil tanpa kebenaran daripada beliau sendiri. Ketegasan dan disiplin yang ditunjukkan oleh Tok Syeikh Duyung ini telah menimbulkan kegerunan dalam kalangan para pelajarnya dan mereka tidak sewenang-wenangnya bertindak tanpa pengetahuan guru mereka itu.

Selain itu, Tok Syeikh Duyung juga terkenal sebagai seorang yang serius dan tidak gemar bercakap sesuatu perkara yang tidak mendatangkan faedah buat dirinya. Anak-anaknya sendiri diasuh dengan cara hidup yang bersederhana dan lebih mementingkan hal agama berbanding hal-hal keduniaan yang lain. Tok Syeikh Duyung mempunyai amalan yang tersendiri sekiranya beliau melawat keluarga orang yang meninggal dunia, di mana beliau sendiri yang akan bersolat jenazah, menghantar jenazah ke perkuburan dan membaca talkin untuknya. Malah, beliau juga tidak akan sesekali menerima sebarang hadiah atau sedekah daripada keluarga si mati kerana baginya itu semua dilakukan atas tuntutan fardu kifayah dan tanggungjawab ke atasnya. Ini jelas menunjukkan ketinggian ilmu serta keikhlasan hati Tok Syeikh Duyung dalam melaksanakan tugasnya sebagai seorang ulama.
Guru Kesayangan Sultan
Para pelajar Tok Syeikh Duyung begitu ramai, di mana mereka datang dari dalam dan luar Terengganu. Di antara pelajarnya yang turut bergelar sebagai ulama ulung dan ternama ialah Syeikh Abdul Rahman Gudang al-Fathani, Tokku Paloh serta Haji Wan Muhammad, iaitu anak beliau sendiri. Namun, apa yang istimewanya, para pelajarnya juga terdiri daripada kalangan Sultan Terengganu, iaitu Sultan Omar dan Sultan Zainal Abidin III.
Semasa pemerintahan Sultan Omar, Tok Syeikh Duyung telah dilantik menjadi Kadi, dan sekaligus menjadi penasihat kepada Baginda Sultan Omar. Malah, sewaktu berlakunya peristiwa Pemberontakan Besut pada tahun 1874, Sultan Omar telah mengarahkan Tok Syeikh Duyung ke Kelantan bagi menasihati Sultan Kelantan untuk menghentikan pemberontakan tersebut. Berdasarkan riwayat, dikatakan bahawa rundingan yang dilakukan antara Tok Syeikh Duyung dengan Sultan Kelantan telah berjaya membawa kepada suatu penyelesaian yang memuaskan hati semua. Hal ini menunjukkan bagaimana seorang sultan mampu menerima dengan lapang hati akan buah fikiran serta penyelesaian yang dicadangkan oleh seorang ulama yang tinggi ilmunya.
Sewaktu Sultan Zainal Abidin III dikhabarkan akan menaiki takhta bagi menggantikan Al-Marhum ayahandanya, Tok Syeikh Duyung telah melakukan solat hajat dan berdoa dengan sepenuh hati demi keselamatan Sultan Zainal Abidin III dan untuk semua rakyat Terengganu yang berada di bawah pemerintahan baginda. Keadaan inilah yang menjadikan Sultan Zainal Abidin III begitu mengagumi serta mengasihi gurunya, Tok Syeikh Duyung dan sekaligus menjadikan baginda seorang sultan yang begitu berwibawa hasil didikan yang diberikan oleh Tok Syeikh Duyung.
Tok Syeikh Duyung Meninggal Dunia
Tanggal 24 Februari 1889, bersamaan dengan 12 Jamadil Akhir 1306 Hijrah, Tok Syeikh Duyung telah menghembuskan nafas terakhirnya di Pulau Duyong Kecil. Kematian beliau ini telah membawa kepada suatu kehilangan yang sangat besar kepada seluruh rakyat Terengganu pada waktu itu, malah dalam kalangan ulama yang seangkatan dengannya turut sama berdukacita dengan kehilangan tersebut.
Disebutkan di dalam buku sejarah tentang bagaimana Tokku Paloh yang menerima berita kematian gurunya itu telah berkata, “Hilang sudah kepala santan negeri Terengganu!” Dalam hal ini, apa yang dimaksudkan oleh Tokku Paloh adalah bahawa kematian Tok Syeikh Duyung ini telah menyebabkan negeri Terengganu telah kehilangan seorang ilmuan agama paling berwibawa (kepala santan) dan tinggi ilmunya.
Sultan Zainal Abidin III sendiri pada waktu itu berasa begitu hiba dan berdukacita dengan kehilangan gurunya, malah baginda sendiri telah berangkat ke Pulau Duyung Kecil bagi menziarahi jenazah gurunya. Baginda juga telah bersolat jenazah, dan telah memerintahkan agar jenazah Tok Syeikh Duyung dibawa ke istana agar dapat diberi penghormatan terakhir oleh kerabat diraja, dan para pembesar negeri.
Kesimpulan
Tok Syeikh Duyung telah diberi gelaran sebagai ‘lidah negeri Terengganu’ di mana ungkapan ini jelas menunjukkan bagaimana perana beliau sebagai jurucakap atau perantara di dalam negeri Terengganu pada waktu itu. Kehadiran seorang ulama seperti Tok Syeikh Duyung sebenarnya telah banyak mengubah corak politik dan pendidikan di Terengganu pada waktu itu di mana ia telah membawa kepada kegemilangan Islam dan menaikkan nama Terengganu sendiri. Sumbangan yang telah diberikannya banyak membantu masyarakat dalam memahami ilmu Islam, malah turut menyumbang kepada perlaksanaan Islam yang sepenuhnya dalam pemerintahan Sultan.
Rujukan
Amnah Saayah, I., Wan Kamal, M., Burhanuddin, J., Norlaila Mazura, H. M., & Aida Nasirah, A. (2018). Tradisi Keilmuan Pembina Karakter Ulama Melayu Abad Ke-19 Masihi. E-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial Dan Kemanusiaan, (April), 507–519.
Abdul Rahman Embong. (2012). Terengganu Merentasi Tiga Abad: Kesultanan, Politik, Ekonomi, Agama dan Budaya. Yayasan Diraja Sultan Mizan: Kuala Terengganu.
Dato’ Setia Jasa Haji Muhammad Saleh Haji Awang (Misbaha). (1992). Sejarah Darul Iman Hingga 1361H = 1942M (Edisi Ketiga). Persatuan Sejarah Malaysia         Cawangan Terengganu: Kuala Terengganu.
Mohd Zamri, H., Izziah Suryani, M. R., & Noorsafuan, C. N. (2018). Biografi Haji Wan Abdullah bin Haji Wan Mohd Amin (Tuk Syeikh Duyong). Bitara Journal, 1(1), 39–51.
Syed Hadzrullathfi, S. O., Rohaizan, B., Engku Ibrahim, E. W. Z., Wan Mohd Yusuf, W. C., Mohamad Zaidin, M., Engku Muhammad Tajuddin, E. A., & Mohd Shahril, O. (2014). Works by Terengganu’s Scholars of the 19th Century in Dignifying the Study of Islamic Knowledge Based on the al-Qur’an. Asian Social Science, 10(9), 128–136.

Buju Kurung Exclusive Untuk Wanita Berkerjaya

Terbongkar Cara Blogger Dapatkan Organic Traffic Unlimited.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://encikpenyu.blogspot.com/2018/10/tok-syeikh-duyung-1802-1889m-guru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tuan Guru Al Syeikh Zahid Hamidi Dah Dapat Wahyu Di Palu

Tuan Guru Al Syeikh Zahid Hamidi Dah Dapat Wahyu Di Palu

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 381 hits
Meskipun kalah pada Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tetap hendak berdabik dada seolah olah masih lagi menduduki kuasa dalam kerajaan Apatah lagi pemimpin yang kini mengepalai parti Melayu Umno itu kini berhad...
Sayu Pelarian Terpisah Dengan Kucing Kesayangan Di Greece Bertemu Di Norway

Sayu Pelarian Terpisah Dengan Kucing Kesayangan Di Greece Bertemu Di Norway

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 191 hits
Kisah sayu ini menceritakan bagaimana sebuah keluarga yang berpisah dengan seekor kucing dalam pelarian namun kini berjumpa kembali Sejak November lalu sebuah keluarga daripada Iraq tekad untuk meninggalkan negaranya selepas menerima ancama...
Bisnes Menjual Makanan Haiwan Kesayangan Beserta Strategi Penetapan Harga

Bisnes Menjual Makanan Haiwan Kesayangan Beserta Strategi Penetapan Harga

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 508 hits
Berpindah di kawasan kejiran yang baru memang satu cabaran yang agak besar buat saya Berada di tempat baru saya rasakan segalanya seakan begitu asing Pada mulanya rasa macam orang hilang arah sekejap Kat mana nak cari tempat makan Dekat man...
Prnsarawak Guru Bantu Kempen Parti Pembangkang Diberi Amaran

Prnsarawak Guru Bantu Kempen Parti Pembangkang Diberi Amaran

papar berkaitan - pada 8/10/2018 - jumlah : 216 hits
Gara gara membantu kempen parti pembangkang dua orang guru yang tidak puas hati dengan surat amaran yang diberikan telah membuat laporan polis Mereka mendapat surat amaran daripada Jabatan Pendidikan dan berkemungkinan besar akan ditukarkan...
Jambangan Bunga Untuk Menantu Kesayangan

Jambangan Bunga Untuk Menantu Kesayangan

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 837 hits
Jambangan bunga Harapnya beliau tak marah saya post pic ni kat sini Huaaa seram ni kalau kena marah Lazimnya kalau beliau sedang menggubah sesuatu akan diwassapkan pada saya dan saya memang suka je jadi juri tak berbayar tapi nak tolong gub...
Riadah Petang Bersama Anak Anak Kesayangan

Riadah Petang Bersama Anak Anak Kesayangan

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 260 hits
Assalamualaikum Sejak anak anak ada kenderaan sendiri dorang susah nak lekat di rumah Asyik keluar jumpa kawan kawan je Mama pula duduk di rumah layan drama korea yang berbakul bakul record lepas tu tak tengok tengok Ayat macam anak dah bes...
Individu Baru Mengaku Sultan Melaka Jadi Gurauan Netizen

Individu Baru Mengaku Sultan Melaka Jadi Gurauan Netizen

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 406 hits
October 26 2018 Ada sahaja perkara atau perkongsian yang membuatkan netizen secara aktif berhubungan dalam laman sosial Terbaru seorang individu yang menggelarkan dirinya sebagai Sultan Melaka viral di Facebook Individu itu yang bernama Ten...
Sultan Suleiman Ii Pelindung Empayar Turki Dari Liga Suci

Sultan Suleiman Ii Pelindung Empayar Turki Dari Liga Suci

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 223 hits
Sultan Suleiman II merupakan Sultan Turki Uthmaniyyah yang keduapuluh memerintah dari tahun 1687 sehingga 1691 Selepas Sultan Mehmed IV digulingkan pada tahun 1687 beliau telah ditabal sebagai Sultan bagi menggantikan Sultan Mehmed IV yang ...
Besar Sungguh Jasa Dia Kat Rakyat Dan Sultan Pahang Netizen Tak Boleh Brain Rossa Dapat Gelaran Datuk

Besar Sungguh Jasa Dia Kat Rakyat Dan Sultan Pahang Netizen Tak Boleh Brain Rossa Dapat Gelaran Datuk

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 346 hits
Hari ini penyanyi terkenal Indonesia Rossa nbsp Roslaina Handiyani atau lebih mesra digelar Rossa telah menerima nbsp Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang yang membawa gelaran Datuk Seri Justeru penyanyi jelita yang sama sekali tidak m...
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Proses Pengubahsuaian Malaykord Baru

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Drama Anggun Mikayla Lakonan Alya Iman Nabil Aqil

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Apa Jadi Serangan Balai Polis Johor S Pura Ini Komen Pas

Peminat Sayu Klopp Melangkah Pergi

Isu Isteri Cikgu Buang Hadiah Rm2 Pemberian Murid

Sambutan Ulang Tahun Vivo Malaysia Yang Ke 10 Dan Berpeluang Untuk Menang Perjalanan Ke Shenzhen China

Tahniah Izzat Upkk

Lawrence Wong Mengangkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Keempat Singapura