Sultan Suleiman Ii Pelindung Empayar Turki Dari Liga Suci


Sultan Suleiman II merupakan Sultan Turki Uthmaniyyah yang keduapuluh memerintah dari tahun 1687 sehingga 1691. Selepas Sultan Mehmed IV digulingkan pada tahun 1687, beliau telah ditabal sebagai Sultan bagi menggantikan Sultan Mehmed IV yang kurang efektif dalam urusan pemerintahan. Selepas ditabal sebagai Sultan Turki Uthmaniyyah yang baharu, beliau telah memecat beberapa wazir dan pegawai elit kerajaan yang korup dan membawa beberapa perubahan dalam dasar pemerintahan negara bagi memastikan keadaan politik dan ekonomi terus stabil. Beliau juga sanggup mengorbankan harta peribadi bagi memastikan gaji tentera Janissaries terus dibayar.
Sultan Suleiman II telah berjanji untuk menebus kekalahan yang sering dialami oleh pasukan Janissaries. Sebelum ini, pasukan Janissaries sering dikalahkan dalam menghadapi serangan tentera Liga Suci disebabkan disiplin tentera yang begitu teruk sekali. Kekalahan tentera Janissaries semasa pertempuran di Nagyharsány menyebabkan Hungary telah berjaya melepaskan diri daripada jajahan Empayar Turki Uthmaniyyah. Pada tahun 1688, Sultan Suleiman II telah melantik Yeğen Osman Pasha sebagai komander tentera Janissaries di Hungary bagi menghadapi pasukan tentera Liga Suci (Gabungan Austria Habsbrug, Vatikan, Poland, Republic Venice dan Rusia). Namun begitu, Yeğen Osman Pasha telah gagal menghalang kemaraan pasukan tentera Liga Suci sehingga menyebabkan kota Belgrade telah jatuh ke tangan musuh pada tahun 1688.
Kekalahan tentera Janissaries di Belgrade menyebabkan kekuasaan Empayar Turki Uthmaniyyah di Balkan bakal diancam dengan serangan tentera Liga Suci. Oleh itu, Sultan Suleiman II telah melantik Wazir Besar Köprülüzade Fazil Mustafa Pasha yang merupakan cucu kepada Köprülü Mehmed Pasha dimana beliau turut mewarisi kebijaksanaan datuk dan ayah beliau sendiri. Wazir Besar Köprülüzade Fazil Mustafa Pasha telah melaksanakan beberapa dasar bagi memastikan institusi ketenteraan Janissaries dapat kembali kepada zaman kegemilangan. Beliau juga melaksanakan semula cukai yang dikenakan keatas orang bukan Islam dengan mewajibkan anak lelaki sulung mereka untuk berkhidmat kepada Janissaries.
Pada tahun 1690, Wazir Besar Köprülüzade Fazil Mustafa Pasha telah melancarkan kembali kempen penaklukan bagi menebuskan kekalahan yang memalukan. Selain itu, kemaraan pasukan tentera Liga Suci telah menyebabkan kubu Kanije jatuh ke tangan Austria pada bulan April 1690.  Penaklukan keatas kubu Kanije telah menyebabkan beberapa buah keluarga kaum Muslimin terpaksa berhijrah ke tempat yang lebih selamat kerana bimbang dengan ancaman tentera Austria. Selain itu, beberapa penduduk bukan Islam di rantau Balkan telah membelot untuk menyokong kemaraan tentera Liga Suci yang diketuai oleh Austria. Hal ini menimbulkan keresahan kepada Wazir Besar Köprülüzade Fazil Mustafa Pasha telah melantik Mahmud Pasha yang merupakan Gabenor Morea dan beberapa askar Crimea turut membantu pasukan tentera Janissaries untuk melawan pasukan tentera Liga Suci di Skopje. Usaha ini telah menimbulkan hasil apabila Mahmud Pasha dan beberapa askar Crimea berjaya menghalau pasukan tentera Liga Suci   di Skopje dan menawan kembali kubu Kumanova dan Kaçanik.
Pada bulan September 1690, Wazir Besar Köprülüzade Fazil Mustafa Pasha telah berjaya menakluki Nis dan beberapa kota yang berhampiran dengan Sungai Danube seperti Vidin, Smederevo, dan Golubac. Pada bulan Oktober 1690, Wazir Besar Köprülüzade Fazil Mustafa Pasha telah sampai ke Belgrade dengan bala tentera 40,000 dan tentera berkuda seramai 20,000. Pada 8 Oktober 1690, Wazir Besar Köprülüzade Fazil Mustafa Pasha berjaya menewaskan pasukan tentera Liga Suci di Belgrade dengan terbunuhnya komander Austria Belgrade. Kemenangan Wazir Besar Köprülüzade Fazil Mustafa Pasha di Belgrade telah membanggakan Sultan Suleiman II yang terpaksa tinggal di Istanbul akibat faktor kesihatan. Selain itu, Wazir Besar Köprülüzade Fazil Mustafa Pasha telah membuktikan bahawa kemenangan tersebut juga adalah berkat kebijaksanaan dan kewibawaan sebagai pemimpin.

Pada tahun 1691, Wazir Besar Köprülüzade Fazil Mustafa Pasha telah merancang untuk menyerang Slankamen untuk berhadapan dengan tentera Liga Suci kembali. Namun begitu, Wazir Besar Köprülüzade Fazil Mustafa Pasha telah dikelilingi askar musuh semasa pertempuran tersebut sehingga beliau tercedera parah dibahagian kepala dan akhirnya beliau telah meninggal dunia semasa pertempuran itu berlaku. Ini telah menimbulkan suasana yang panik kepada pasukan tentera Janissaries sehingga berundur. Empayar Turki Uthmaniyyah sekali lagi kehilangan Wazir Besar yang bijaksana. Tidak lama kemudian, Sultan Suleiman II telah wafat pada 22 Jun 1691 di Erdine dan meninggalkan tanpa sebarang waris. Takhta Sultan Turki Uthmaniyyah telah diwarisi kepada saudara beliau, Sultan Ahmed III.
Rujukan:
Hamka, Sejarah Umat Islam Edisi 2016. PTS Publishing
Masters, B. A. (2010). Encyclopedia of the ottoman empire. Infobase Publishing.
Jaques, T. (2007). Dictionary of Battles and Sieges: PZ (Vol. 3). Greenwood Publishing Group.
Yılmaz, F. (2000). The Life of Köprülüzade Fazıl Mustafa Pasha and his Reforms (1637-1691). Osmanlı Araştırmaları, 20(20).

Buju Kurung Exclusive Untuk Wanita Berkerjaya

Terbongkar Cara Blogger Dapatkan Organic Traffic Unlimited.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://encikpenyu.blogspot.com/2018/10/sultan-suleiman-ii-pelindung-empayar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cari Jejak Hilangnya Jamal Khashoggi Polisi Turki Geledah Kantor Konsulat Saudi

Cari Jejak Hilangnya Jamal Khashoggi Polisi Turki Geledah Kantor Konsulat Saudi

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 270 hits
Menurut keterangan saksi mereka menghabiskan lebih dari sembilan jam di gedung itu
Turki Sebut Pembunuhan Jamal Khashoggi Hanya Memakan Waktu Tujuh Menit

Turki Sebut Pembunuhan Jamal Khashoggi Hanya Memakan Waktu Tujuh Menit

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 233 hits
Tubuh Khashoggi lalu dipindahkan ke atas meja kerja Dia dimutilasi dalam keadaan masih hidup
Telusuri Bukti Turki Tunggu Persetujuan Saudi Untuk Geledah Rumah Pejabat Konsulat

Telusuri Bukti Turki Tunggu Persetujuan Saudi Untuk Geledah Rumah Pejabat Konsulat

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 201 hits
Menurut keterangan seorang sumber dari Turki Konsul Jenderal Saudi Mohammad al Otaibi meninggalkan Istanbul kemarin untuk kembali ke Riyadh
Kedutaan Iran Di Turki Cemas Angkara Ancaman Bom

Kedutaan Iran Di Turki Cemas Angkara Ancaman Bom

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 232 hits
Kedutaan Iran di Turki cemas angkara ancaman bom Dikemas kini 4 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 15 Oct 2018 11 59PM
Rumah Agam Turki Kini Istimewa Di Mata Warga Asing

Rumah Agam Turki Kini Istimewa Di Mata Warga Asing

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 311 hits
Rumah Agam Turki Kini Istimewa Di Mata Warga AsingDERETAN rumah rumah agam yang tersergam indah di sepanjang perairan selat Eropah dan Asia itu kelihatan begitu gah
Turki Dakwa Arab Saudi Tak Bekerjasama Siasat Wartawan Hilang

Turki Dakwa Arab Saudi Tak Bekerjasama Siasat Wartawan Hilang

papar berkaitan - pada 14/10/2018 - jumlah : 325 hits
Turki dakwa Arab Saudi tak bekerjasama siasat wartawan hilang Dikemas kini 1 jam yang lalu middot Diterbitkan pada 13 Oct 201
Hubungan As Turki Membaik Pasca Pembebasan Pastor Andrew Brunson

Hubungan As Turki Membaik Pasca Pembebasan Pastor Andrew Brunson

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 176 hits
Pengadilan di Turki membebaskan pastor berkewarganegaraan Amerika Serikat Andrew Brunson Jumat 12 Oktober lalu Pembebasan tersebut mengakhiri salah satu perselisihan diplomatik panas antara Washington dan Ankara yang bermula ketika sang pas...
Bikin Film Dokumenter Tak Izin 4 Wn Turki Dan 1 Wn Australia Diamankan

Bikin Film Dokumenter Tak Izin 4 Wn Turki Dan 1 Wn Australia Diamankan

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 135 hits
Mengenai izin kunjungannya tambah Putra WNA tersebut datang ke Indonesia dengan menggunakan paspor kunjungan wisata
Pemergian Ahmad Ammar Ahmad Azam Pelajar Malaysia Dimuliakan Di Turki Al Fatihah

Pemergian Ahmad Ammar Ahmad Azam Pelajar Malaysia Dimuliakan Di Turki Al Fatihah

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 752 hits
Pemergian Ahmad Ammar seorang mujahid yg disayangi ramai telah membuka mata dan jiwa masyarakat bukan hanya di Malaysia tapi juga di Turki Di bumi Indo China pun ada yg bertanyakan tentang arwah Begitu hebat penangan assyahid Ahmad Ammar Se...
Panduan Lengkap Tentang Brand Perlindungan Pendaftaran Dan Penegakan

Zaid Urges Cabinet Transparency On Najib House Arrest Bid

Polis Cari Waris Lelaki Maut Kemalangan

Celebrating Mother S Day With Legumes Dining With The Queens

Ceo Badan Berkanun Ditahan Sprm Disyaki Seleweng Dana Projek Rm1 2 Bilion

Lirik Lagu Dari Jauh Alyph

Kerajaan Lulus Pemanjangan Landasan Ltsip

Langkawi Welcomes The World Residences At Sea And Celebrates Tourism Resurgence



Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia


Unlock Level 99 Chinese Mastery Gamifying Hanzi With On Screen Adventures

Resepi Sambal Ikan

Sambal Bilis Tempoyak Travel Pack

Kelebihan Menggunakan Paperbag Berbanding Plastik Pilihan Lebih Mesra Alam

Bufet Buka Puasa Kat Hotel Excelsior Ipoh

Hasil Tanaman Dalam Pasu