Tok Mat Dan Najib Cuba Cerita Hal Sebenar Tentang Gerakan Undurkan Zahid Hamidi




Antara perkara yang didedahkan oleh bekas ahli MT yang dipecat, Tajuddin Abdul Rahman dalam sidang medianya semalam ialah tentang gerakan pemimpin kanan UMNO yang pernah dilakukan pada tahun 2020 untuk memaksa Zahid Hamidi berundur daripada terus memimpin parti.
Katanya, antara pemimpin kanan yang terlibat dalam gerakan itu ialah Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan, bekas Perdana Menteri, Najib Razak dan Naib Presiden UMNO, Khaled Nordin.
Bagaimanapun kata Ahli Parlimen Pasir Salak itu, gerakan tersebut gagal kerana Mohamad Najib telah belot di saat-saat akhir.
Tambah beliau, Mohamad atau Tok Mat belot kerana digertak oleh pegawai kanan Zahid Hamidi.
Namun, Tajuddin tidak menghuraikan sebab mengapa Najib juga belot daripada gerakan tersebut.
“Ketuanya siapa? Tok Mat (Mohamad) dan Bossku (Najib).
“Mereka suruh turun buat tinjauan, berapa ramai Ketua UMNO Bahagian yang setuju. Kalau saya tak silap ada 130 bahagian (di seluruh negara) yang setuju.
“Tok Mat setuju, Bossku setuju. Kenapa tak jadi? Sebab Tok Mat sebagai ketua dengan Bossku belot,” tegas Tajuddin lagi.
Sebagai bukti wujudnya gerakan tersebut, Tajuddin turut menunjukkan sekeping gambar pertemuan pemimpin-pemimpin kanan UMNO itu yang dirakam lebih dua tahun yang lalu.
Petang tadi, Zahid Hamidi ketika ditanya mengenai gerakan itu berkata, beliau tidak tahu menahu mengenainya.
“Saya tidak mengetahuinya.
“Kalau ada sesiapa yang tidak berpuas hati dengan kedudukan saya sebagai presiden parti, mereka mesti ikut saluran yang betul,” kata beliau.
Begitu pun, berdasarkan pendedahan Tajuddin itu, satu perkara yang nyata ialah Tok Mat dan Najib pasti tahu mengenai gerakan tersebut.
Kalau tidak, mana mungkin Tajuddin berani menyebut nama mereka.
Sehingga ini pun, setelah lebih 24 jam berlalu setelah pendedahan Tajuddin itu, kedua-dua pemimpin berkenaan belum lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan dengannya.
Jadi, sekarang bolehkah Tok Mat dan Najib segera memberitahu semua ahli UMNO sama ada benar atau tidak wujud gerakan tersebut?
Apakah sebabnya mereka pada mulanya setuju terlibat dalam gerakan untuk menekan Zahid Hamidi berundur sebagai Presiden UMNO?
Dan mengapa pula mereka kemudian jadi belot?
Apakah perkara yang pegawai kanan Zahid Hamidi gertak kepada Tok Mat sehingga beliau jadi layu, seterusnya setuju untuk belot?
Kepada Najib, apakah sebabnya beliau juga belot setelah setuju pada peringkat awalnya untuk menekan pengunduran Zahid Hamidi?
Lebih menghairankan, mengapa setelah belot, Tok Mat dan Najib sehingga sekarang jadi begitu kuat mempertahankan Zahid Hamidi?
Adakah apa-apa rahsia mengenai kedua-dua pemimpin itu yang disimpan oleh Zahid Hamidi?
Tok Mat dan Najib – tolong munculkan diri dan cerita segala-galanya kepada semua ahli-ahli UMNO? – ShahbudinHusin 28/06/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/06/tok-mat-dan-najib-cuba-cerita-hal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Giliran Tok Mat Bersuara Mengenai Umno Kerajaan Najib Dan Pru

Giliran Tok Mat Bersuara Mengenai Umno Kerajaan Najib Dan Pru

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 502 hits
DALAM temubual bersama Asia Times Datuk Seri Mohamad Hasan secara terbuka melontarkan kritikan dan pandangan terhadap isu yang berlaku dalam UMNO serta kerajaan Mohamad yang mesra disapa dengan Tok Mat menyentuh pelbagai perkara termasuk da...
Zahid Hamidi Lebih Berat Berbanding Najib Sediakah Pengundi Pru15 Menangkan Bn

Zahid Hamidi Lebih Berat Berbanding Najib Sediakah Pengundi Pru15 Menangkan Bn

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 182 hits
Ketika BN kalah pada PRU14 lalu Presiden UMNO waktu itu Najib Razak sedang terhimpit rapat dengan skandal 1MDB yang menggegarkan dunia Mahu tidak mahu harus diakui penolakan rakyat terhadap UMNO dan BN pada waktu itu adalah bererti penolaka...
Najib Perlu Ikut Proses Kalau Mahu Pengampunan Tok Mat

Najib Perlu Ikut Proses Kalau Mahu Pengampunan Tok Mat

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 221 hits
satuberita myBy July 5 2022PENGAMPUNAN DiRaja sebelum seseorang individu yang didapati bersalah di Mahkamah menjalani hukuman yang dijatuhkan ke atasnya adalah sesuatu yang salah tegas Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan Ahli De...
Zahid Dan Najib Wajar Senaraikan Penerima

Zahid Dan Najib Wajar Senaraikan Penerima

papar berkaitan - pada 19/6/2022 - jumlah : 226 hits
Senarai ini kemudiannya serahkan kepada lokman Adam untuk dibuat laporan kepada pdrm dan sprm Wajar semua kawan dan lawan turut tanggung risiko tidak Zahid dan Najib sahaja
Netizen Claim Silat Mat Kilau Yayan Ruhian Jelaskan Asal Usul Silat Sebenar

Netizen Claim Silat Mat Kilau Yayan Ruhian Jelaskan Asal Usul Silat Sebenar

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 263 hits
Pelakon yang memegang watak antagonis dalam filem Mat Kilau Yayan Ruhian nampaknya tampil memperjelaskan makna silat berdasarkan apa yang difahaminya Yayan Ruhian pelakon Indonesia yang menempa nama di persada dunia dengan filem hebat seper...
Saya Yakin Saya Tidak Bersalah Sharnaaz Minta Semua Tunggu Dia Ceritakan Hal Sebenar

Saya Yakin Saya Tidak Bersalah Sharnaaz Minta Semua Tunggu Dia Ceritakan Hal Sebenar

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 167 hits
Foto Kosmo OnlinePelakon Sharnaaz Ahmad 36 hari ini dibebaskan dengan jaminan polis hari ini meminta orang ramai menunggu dia menjelaskan cerita sebenar berhubung kejadian yang menyebabkan dia ditahan polis Terdahulu media melaporkan Sharna...
Dari Formulalah Datang Penyelesaian Rafizi Sekolahkan Zahid Hamidi

Dari Formulalah Datang Penyelesaian Rafizi Sekolahkan Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 183 hits
Pimpinan UMNO kelam kabut mahu menutup kemaluan apabila idea paling hebat yang datang dari mereka hanyalah untuk menubuhkan Lembaga Unggas Negara bagi menangani krisis bekalan makanan yang menyebabkan harga barang naik melambung Setiap kali...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner