Tok Aman Bali Beach Resort Pilihan Destinasi Percutian Kami Sekeluarga Buat Kali Kedua
Assalamualaikum. Kunjungan kali kedua kami ke sini. Tidak tahulah kenapa keluarga mertua juga sangat berminat untuk menginap di sini untuk kali kedua. Maka cuti tahun baru cina baru-baru ini kami sepakat sekali lagi untuk berkumpul adik-beradik di sini.
Entry untuk percutian kali ini Fiza kemaskini secara ringkas sahaja. Untuk bacaan review berkaitan Tok Aman Bali Beach Resort, korang boleh baca di sini. Pengalaman Percutian di Tok Aman Bali Beach Resort.
Tok Aman Bali Beach Resort, pilihan destinasi percutian kami sekeluarga buat kali kedua | Pengalaman sedikit berbeza jika hendak dibandingkan dengan kali pertama. Waktu kali pertama kami di sini bukan cuti sekolah, maka tidak ramai yang menginap di sini. Untuk kali kedua, boleh dikatakan kesemua bilik telah penuh ditempah dan tempat letak kereta juga penuh.
Bilik yang kami dapat juga tidak kemas seolah-olah mereka mengemas terlalu cepat dan masih ada kesan bilik baru sahaja ditinggalkan pengunjung. Apa boleh buat kan, mungkin house cleaner pun letih disebabkan pengunjung yang ramai dan keluar masuk.
Bilik kami bersebelahan dengan bilik mertua dan adik beradik lain. Mujur pihak pengurusan memahami setelah kami membuat permintaan. Fiza letakkan sedikit gambar-gambar dan suasana dalam bilik akan menginap di sini untuk 2 hari 1 malam. Untuk lebih lanjut lagi boleh baca di link yang Fiza sediakan di atas.
Deluxe Queen
Meja Tulis
Tab mandi
Toiletries
Pancuran air
Waktu makan tengah hari, tak perlu risau sebab mereka menyediakan khidmat penghataran makanan ke bilik. Fiza pun lapar sangat waktu itu, untuk makan dengan anak-anak kami pilih menu Fish and Chips.
Fish and ChipsKafeteria
Kedai cenderamataRuangan Flyer dan QuotationBagi yang mempunyai keluarga besar dan kanak-kanak, Tok Aman Bali Beach Resort memang sesuai dan mesra keluarga. Bilik luas dan besar, segala kemudahan yang diinginkan memang lengkap.
Fiza tinggalkan dulu update yang ini dan akan menyusul aktiviti mandi manda kami sekeluarga di kolam renang yang terdapat di sini. Sibuk sedikit hari ini dengan kerja pejabat.
Bersambung.
Wassalam.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ourmemoria.blogspot.com/2019/02/tok-aman-bali-beach-resort-pilihan.html