Titik Hitam Bahana Cari Jodoh Dalam Talian


Niat di hati mencari suami, keinginan berumah tangga membuak-buak. Kesalnya tiada kesudahan bila niat suci itu diambil kesempatan lelaki berhidung belang.
Bila usia menjangkau 20-an, menggeletis di hati mahu berpasangan seperti orang lain. Ditambah pula usikan nakal keluarga yang berusia, bertanya perihal jodoh dan perkahwinan. Perkara sama dilalui *Atikah Rizal, 29, yang tidak terkecuali ditanya soalan sedemikian daripada saudara-mara dan kenalan. Namun, tiada siapa yang tahu punca dia begitu sukar menerima sang pria dalam hidupnya. Segala-galanya berpunca daripada portal mencari jodoh.

Tiga tahun lalu, dia berjumpa dengan rakan sekolah yang sudah mengikat tali pertunangan bersama seorang lelaki yang dikenali melalui portal mencari jodoh untuk Muslim. Pada ketika itu, Atikah langsung tidak mengetahui mengenai kewujudan portal sebegitu. Melihatkan pengalaman temannya yang begitu menggembirakan, timbul keinginan untuk mencuba sendiri kerana mana mungkin dia mahu menjadi individu terakhir mendirikan rumah tangga di kalangan rakannya.
“Boleh dikatakan pada ketika itu, saya terikut akan trend berkahwin awal seperti yang dilakukan kebanyakan rakan saya. Ditambah tekanan daripada keluarga menyebabkan saya mencari jalan untuk mencuba nasib di portal berkenaan,” kata Atikah.
Mula Daftar Diri
Setelah melakukan kajian dan pencarian di internet, dia menjumpai beberapa portal mencari jodoh yang dikatakan selamat dan ramai yang mengesyorkan portal berkenaan. Tanpa menunggu dia akhirnya mendaftar diri sebagai calon.
“Laman portal itu cukup mudah digunakan. Anda hanya perlu memuat naik beberapa butiran peribadi seperti nama, usia, pekerjaan, negeri asal dan tahap pendidikan berserta gambar saya untuk dipaparkan di portal itu.
“Selepas sehari, akaun saya diluluskan dan boleh melakukan pencarian jodoh. Saya ada menerima beberapa notifikasi daripada beberapa lelaki yang ingin berkenalan namun semuanya tidak berkenan di hati, malah, terdapat beberapa lelaki yang cuba untuk terus berjumpa walaupun baru berkenalan. Jujur ketika itu saya agak takut kerana bimbang terjadi perkara tidak diingini,” katanya.
Detik Perkenalan
Setelah hampir sebulan mencuba nasib, Atikah menerima notifikasi daripada seorang lelaki bernama *Khairul Azlan yang ingin berkawan dengannya. Menurut Atikah, Azlan seorang jurutera di sebuah syarikat terkemuka di Kuala Lumpur. Pada mulanya, wanita itu bersikap dingin terhadap Azlan kerana tidak mahu terlalu rapat. Baginya, perlu ada rasa waspada selain rasa bimbang akan perbezaan status pekerjaan. Dia hanya seorang akauntan biasa.
“Saya cuba untuk tidak terlalu melayan dia tetapi Azlan pandai mengambil hati dan tahu cara membuat saya selesa dengannya. Kami berdua akhirnya bertukar nombor telefon dan mula menghantar mesej seperti sudah lama bercinta walaupun tidak pernah berjumpa. Saya masih belum bersedia untuk menemui Azlan dan dia menghormati keputusan itu.
“Lama-kelamaan saya benar-benar jatuh cinta pada Azlan. Dia sering menghantar bunga jika dia terpaksa bekerja luar dan tidak dapat membalas mesej. Ia sebagai tanda meminta maaf. Akhirnya, saya membuat keputusan untuk berjumpa dengannya,” tambahnya.
Tunjuk Belang
Selepas empat bulan mengenali, Atikah sudah bersedia untuk berjumpa dengan Azlan di sebuah restoran. Ketika pertemuan itu, dia yakin bahawa Azlan adalah jodohnya dan dalam hati kecilnya, teringin membawa hubungan itu sehingga ke jinjang pelamin. Namun, dia perlukan masa untuk mengenali lelaki berkenaan dengan lebih lanjut.
“Setelah pertemuan itu, kami kerap keluar dan akhirnya menjalin hubungan cinta seperti pasangan lain. Apabila keluar bersama, Azlan sudah berani memegang tangan dan merangkul pinggang saya. Pada mulanya, saya kurang selesa dan sedikit malu. Tetapi saya tak berani menegah kerana bimbang Azlan akan menganggapnya kolot.
“Saya pula kini semakin leka dan terlalu cintakan Azlan sehinggakan dia sudah pandai dan berani bercakap dengan unsur lucah. Mula-mula saya anggap dia mengusik dan bergurau tetapi makin hari makin berlarutan dan setiap hari ada sahaja topik di ranjang yang diperkatakan,” katanya dalam nada menyesal.
Terleka dan Terlanjur
Menurut Atikah, setelah hampir setiap hari memperkatakan tentang perkara ini, timbul keinginan untuk ke peringkat seterusnya. Atikah sendiri tidak tahu dari mana datang keberanian untuk melakukan perbuatan terkutuk itu kerana sebelum ini dia hanya seorang wanita yang naif.
“Segalanya bermula apabila saya mengajaknya pergi bercuti dan Azlan dengan segera bersetuju. Saya tidak menyangka bahawa dia hanya menempah satu bilik sahaja. Entah bagaimana, saya tidak pula menidakkan aturan ini tanpa memikirkan kesan pada masa akan datang.
“Kami menginap di sebuah hotel mewah di Pahang dan akhirnya terlanjur. Apabila berduaan sudah pasti ada yang ketiga membisik. Selepas hari kejadian, saya dan Azlan sangat menyesal dengan perbuatan kami dan berjanji untuk berubah. Dia turut berjanji untuk bertanggungjawab ke atas saya,” katanya lagi.
Mula Berubah
“Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Azlan mula berubah hati. Dua minggu selepas kejadian berkenaan, dia mula mengabaikan mesej saya. Apabila menghubunginya, dia hanya memberi alasan jadualnya padat dan sedang fokus menguruskan projek besar.
“Tiada lagi bunga dan kata maaf jika tidak membalas mesej daripada Azlan. Saya mengesyaki sesuatu dan akhirnya segala-gala terjawab selepas dia menyatakan hasrat untuk memutuskan hubungan. Ketika itu, saya merasakan dunia menjadi gelap gelita dan marah akan Azlan kerana memungkiri janjinya.
“Rupa-rupanya, Azlan sudah merancang untuk berkahwin dengan wanita pilihan ibu bapanya. Saya ditinggalkan terkontang-kanting seorang diri. Saya menyesal dan jijik akan diri sendiri. Kini, saya mencuba untuk bangkit dan mendekatkan diri pada Allah kerana sudah jauh terbabas daripada agama,” katanya sambil menangis.
Dia kini serik untuk mempercayai lelaki apatah lagi untuk mencari jodoh di laman portal. Atikah mengakui dia tersilap langkah kerana terlalu memberi kepercayaan kepada jejaka bernama Azlan. Pesannya kepada wanita di luar sana agar sentiasa berhati-hati, ingat pada Tuhan dan ajaran agama. Usah terburu-buru menginginkan perkahwinan hingga mudahnya percaya dengan lelaki yang belum tentu memberi komitmen sepenuhnya kepada masa depan anda.
*Bukan nama sebenar Sumber Gambar: Depositphotos The post [Titik Hitam] Bahana Cari Jodoh Dalam Talian appeared first on Her Inspirasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://herinspirasi.com/gaya-hidup/titik-hitam-bahana-cari-jodoh-dalam-talian/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selangor Kedua Tertinggi Sertai Portal Cari Jodoh Semasa Pkp

Selangor Kedua Tertinggi Sertai Portal Cari Jodoh Semasa Pkp

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 584 hits
SHAH ALAM 15 APRIL Selangor menjadi negeri kedua tertinggi yang aktif melayari aplikasi dan portal mencari jodoh muslim Baituljannah com sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan Pengarah Urusan Baituljannah Sdn Bhd Dr Wan Hasifi A...
Kata Penelitian Kamu Dan Dia Jodoh Atau Nggak Bisa Diungkap Dalam 15 Menit Saja Lo Begini Caranya

Kata Penelitian Kamu Dan Dia Jodoh Atau Nggak Bisa Diungkap Dalam 15 Menit Saja Lo Begini Caranya

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 222 hits
Bakal bisa langgeng sampai nikah atau berhenti di situ aja Cuma butuh 15 menit Tapi nggak sembarangan juga lo
Cari Senarai Hotel Terbaik Di Kota Bharu Kelantan Menggunakan Aplikasi Bagasi My

Cari Senarai Hotel Terbaik Di Kota Bharu Kelantan Menggunakan Aplikasi Bagasi My

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 437 hits
Cari Senarai Hotel Terbaik Di Kota Bharu Kelantan Menggunakan Aplikasi Bagasi my Hai korang jom kita sembang sembang tentang travel pulak kali ni Dalam setahun mesti kita akan bercuti ditempat tempat pilihan keluarga kan Macam sis memang ak...
Husna Mustaffa Syazuwan Hassan Dan Ungku Hariz Dalam Drama Jodoh Tersasar Alamat

Husna Mustaffa Syazuwan Hassan Dan Ungku Hariz Dalam Drama Jodoh Tersasar Alamat

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 1034 hits
Husna Mustaffa Syazuwan Hassan dan Ungku Hariz dalam Drama Jodoh Tersasar Alamat akan datang di RTM
Israel Krisis Ventilator Netanyahu Perintahkan Mossad Cari Ke Negara Lain

Israel Krisis Ventilator Netanyahu Perintahkan Mossad Cari Ke Negara Lain

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 207 hits
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Rabu menginstruksikan agen mata mata negara itu untuk mencari peralatan medis di luar negeri di saat negara Yahudi itu tengah berjuang menghadapi lonjakan kasus virus corona
Jadi Pengguna Bijak Waspada Beli Ubat Dalam Talian

Jadi Pengguna Bijak Waspada Beli Ubat Dalam Talian

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 474 hits
SHAH ALAM 15 APRIL Orang ramai dinasihatkan berhati hati ketika membeli ubat secara dalam talian terutama sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Program Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi Twitter berkata ramai orang mul...
Pkp Guru Bukan Bercuti Komited Kuasai Pembelajaran Dalam Talian

Pkp Guru Bukan Bercuti Komited Kuasai Pembelajaran Dalam Talian

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 220 hits
Kuala Terengganu Sepanjang hampir sebulan Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan segelintir netizen telah melemparkan pelbagai kenyataan yang memperkecil kredibiliti dan mengguris hati golongan pendidik apabila mendakwa mereka ha...
Merasa Xpasal Pasal Pakai Baju Oren Sajer Cari Penyakit Laa Kan 10058

Merasa Xpasal Pasal Pakai Baju Oren Sajer Cari Penyakit Laa Kan 10058

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 429 hits
Daftar Isi Al Quran dan Terjemahan Silakan Klik untuk membacanya Beri kerjasama dengan PKP Malaysia Xperlu kita melatak menghina dan sebagainya supaya terhindar masalah yang akhirnya menyusahkan diri sendiri Nauzubillahminzalik editor merde...
Heads Up Kl Selangor Asean Summit Means Temporary Home Based Learning For Some Schools

Lantikan Politik Dr Akmal Bersyukur Pm Anwar Kini Faham Apa Yang Dilakukan Bn

Berbuat Baiklah Kerana Ia Juga Untuk Dirimu Sendiri

How To Turn Your Child Into A Consistent Learner During The School Year

Mas Khan Qi Razali Selamat Bergelar Suami Hari Ini

Karina Kot Siapa Taknak Tular Video Peminat Bawa Lari Standee Karina Aespa Di Mid Valley Kl

Peria Sayur Pahit Yang Kaya Dengan Pelbagai Khasiat

Milosuam Dah Kenapa Nepotisme Bukan Salah Kalau Ada Merit Teruk Kena Kecam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lindungi Anak Anda 5 Penyakit Yang Boleh Jadi Mimpi Ngeri

Mee Rebus Johor

Pkr Ke Mana Hilangnya 60 Peratus Undi Di Persimpangan Jalan Atau Parti Yang Kehilangan Haluan

Usaha Bersama Asean Dalam Membangun Ekosistem Digital Yang Selamat

The Mysterious Yonaguni Monument Japan S Underwater Enigma

Manhunt Launched After 4 Abduct Goldsmith In Tumpat