Pkp Guru Bukan Bercuti Komited Kuasai Pembelajaran Dalam Talian


Kuala Terengganu: Sepanjang hampir sebulan Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), segelintir netizen telah melemparkan pelbagai kenyataan yang memperkecil kredibiliti dan mengguris hati golongan pendidik apabila mendakwa mereka hanya ‘bercuti’  menyebabkan pelajar ketinggalan dalam pelajaran.
Hakikatnya, ramai yang tidak tahu walaupun tidak bertugas seperti golongan di barisan hadapan, sesi persekolahan yang terpaksa ditangguhkan bukanlah ‘lampu hijau’ untuk golongan guru berehat, sebaliknya mereka perlu memastikan sesi pembelajaran diteruskan menerusi pelbagai platform dalam talian yang disediakan  Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Apatah lagi bagi guru-guru yang turut memikul tanggungjawab sebagai ketua atau pentadbir bagi platform dalam talian berkenaan kerana mereka juga perlu mengajar dan memastikan semua guru di Malaysia dapat menguasai teknik pembelajaran itu dengan baik.
Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Marang, El Gamillo Habibun Tan ketika dihubungi Bernama berkata antara yang sedang mendapat sambutan hangat ialah perkongsian video pengajaran secara maya oleh sekumpulan guru menerusi Kumpulan Cikgootube di saluran Telegram.
“Cikgootube menampilkan sekumpulan guru dari seluruh negara yang berkongsi bahan pengajaran mereka mengikut subjek melalui aplikasi Youtube di bawah seliaan Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) KPM, mengikut sukatan pengajaran yang terkini. 
“Setakat ini, kira-kira 3,500 guru dari seluruh negara telah menyertai kumpulan Telegram Team Cikgootube yang berkongsi pelbagai video pengajaran dan tutorial malah, ada di kalangan mereka membuat rakaman pengajaran melalui Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP) di negeri masing-masing dan hasil dari rakaman tersebut disiarkan di rancangan TV Pendidikan melalui saluran TV OKEY (RTM),” katanya.
Beliau yang juga Jurulatih Kebangsaan Cikgootube bersama rakan lain di Kumpulan Telegram Apple Teacher Community (ATC iChampion MY) turut mengadakan pelbagai tutorial pembangunan profesionalisme kepada guru-guru yang menggunakan iPad, setiap malam sejak PKP bermula.
Rujukan laman sesawang mereka boleh dicapai di pautan https://www.cikguel.com, https://www.atcichampion.my/ dan https://cikgootube.net/.
Bagi Pengerusi Kumpulan e-DIDIK Malaysia, Dr Syed Abi Ghufran Syed Ahmad Al Idrus pula, PKP adalah tempoh mencabar buat dirinya kerana perlu menganjurkan bengkel dan kursus dalam talian kepada semua guru di Malaysia agar mereka dapat menguasai kemahiran dan kaedah mengajar yang terbaik seiring kemajuan teknologi komunikasi maklumat.
“Jadual bengkel memang sentiasa penuh siang dan malam mengikut kesesuaian guru terlibat di seluruh negara agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan segera untuk meneruskan sesi pembelajaran secara dalam talian.
“Memang platform e-DIDIK ini telah lama wujud namun ini adalah kali pertama semua guru ‘wajib’  mengaplikasikan ilmu dengan membuat latihan di alam maya.
Kami gabungkan kepelbagaian kemahiran pembelajaran yang ada dari semua guru di Malaysia agar dapat digunakan untuk membantu guru lain menguasai kemahiran ini pula dengan baik melalui bengkel yang dijalankan,” katanya yang mengajar subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Inggeris di SK Wakaf Mempelam di sini.
Guru di SK Gong Balai Marang, Kamariah Awang yang bertugas sebagai pentadbir dalam Channel Digitalclassroom pula berkata pihaknya telah menyusun perancangan lebih awal dengan merakam video pembelajaran untuk dimuat naik ke platform YouTube.
“Kandungan pembelajaran dalam talian mestilah interaktif agar anak murid seronok dan ceria…pelbagai aspek perlu dititikberatkan antaranya elemen muzik, animasi, kuiz, audio dan reka bentuk grafik yang menarik.
“Sejak akhir-akhir ini, maklum balas ibu bapa mengenai platform pembelajaran dalam talian sangat positif dan ramai yang semakin selesa menggunakannya untuk melakukan ulang kaji bersama anak-anak di rumah,” katanya.
Sumber: Bernama
The post PKP: Guru Bukan Bercuti, Komited Kuasai Pembelajaran Dalam Talian appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/04/15/pkp-guru-bukan-bercuti-komited-kuasai-pembelajaran-dalam-talian/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guru Sukar Laksana Pembelajaran Secara Online Ketika Pkp

Guru Sukar Laksana Pembelajaran Secara Online Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 248 hits
PETALING JAYA Bermula dengan kekurangan akses internet oleh ibu bapa dan pelajar pembelajaran secara atas talian ketika Perintah Kawalan Pergerakan terbukti menjadi cabaran kepada guru yang berjuang untuk memastikan kelas berterusan walaupu...
Kerja Pemasangan Talian Internet Di Rumah Semasa Tempoh Pkp Kini Dibenarkan

Kerja Pemasangan Talian Internet Di Rumah Semasa Tempoh Pkp Kini Dibenarkan

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 849 hits
Internet ialah antara sebab mengapa ramai masih lagi siuman di rumah sepanjang tempoh PKP Ia juga perlu bagi memudahkan proses bekerja dari rumah dengan lancar Namun begitu ramai merungut tiada Internet jalur lebar di rumah memandangkan per...
Pkp Jualan Dalam Talian Fingo Melonjak Hingga 200 Peratus

Pkp Jualan Dalam Talian Fingo Melonjak Hingga 200 Peratus

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 279 hits
Fingo menyampaikan sumbangan berupa topeng muka pembasmi kuman dan tisu muka kepada kakitangan Hospital Sungai Buloh Selangor Penyedia pasaran e dagang sosial Fingo Group Limited melalui anak syarikatnya mencatat pencapaian luar biasa apabi...
Hiburan Pembelajaran Atas Talian Lebih Mudah Dengan Huawei Matepad Pro

Hiburan Pembelajaran Atas Talian Lebih Mudah Dengan Huawei Matepad Pro

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 344 hits
Belajar adalah satu proses yang boleh dilakukan di mana mana dan pada bila bila masa sahaja Seperti yang kita ketahui sekolah kolej dan university telah pun ditutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini Namun adakah ini bermaksud kita b...
Jadual Pembelajaran Atas Talian Melalui Saluran Tv Okey Rtm

Jadual Pembelajaran Atas Talian Melalui Saluran Tv Okey Rtm

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 577 hits
Kerajaan telah memperkenalkan pembelajaran atas talian melalui saluran TV Okey RTM Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah bekerjasama untuk memperkenalkan slot Program TV Pendidikan Slot pro...
Ada Yang Minta Gaji Cikgu Dipotong Guru Kongsi Statistik Buktikan Guru Bekerja Keras Sewaktu Pkp

Ada Yang Minta Gaji Cikgu Dipotong Guru Kongsi Statistik Buktikan Guru Bekerja Keras Sewaktu Pkp

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 561 hits
Umum telah mengetahui bahawa dunia kini sedang dilanda dengan wabak Covid 19 Justeru daripada itu kerajaan terpaksa melaksanakan perintah kawalan pergerakan yang memperuntukkan pelbagai sektor utama dalam negara dihentikan operasinya secara...
Mkn Sedia Talian Khas Bantu Rakyat Tertekan Ketika Pkp

Mkn Sedia Talian Khas Bantu Rakyat Tertekan Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 320 hits
SHAH ALAM 13 APRIL Majlis Keselamatan Negara menyediakan dua talian khas bagi membantu orang ramai yang menghadapi tekanan perasaan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Dua bantuan itu adalah talian sokongan emosi dan psikososial manak...
Kedai Benih Tanaman Atas Talian Catat Peningkatan Jualan Semasa Pkp

Kedai Benih Tanaman Atas Talian Catat Peningkatan Jualan Semasa Pkp

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 477 hits
Dalam tempoh PKP ramai warga kota beralih kepada pertanian hidroponik bagi mengisi masa lapang beriadah dan juga menjamin makanan segar tersedia di rumah KUALA LUMPUR Permintaan untuk benih serta peralatan tanaman mencatat peningkatan yang ...
1 Bapa Marah Guru Sebab Kerja Sekolah Banyak Musim Pkp

1 Bapa Marah Guru Sebab Kerja Sekolah Banyak Musim Pkp

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 399 hits
Akibat pandemik Covid19 ni sekoah ditutup Makanya guru memberi kerja secara online Ada ibu bapa yang tidak berpuas hati menegnai kerja rumah yang diberikan terlalu banyak Itulah kerja sekolah yang ada jika sekolah buka macam biasa Mungkin i...
Irma Hasmie Enggan Komen Status Perkahwinan Apa Yang Penting Allah Jaga Hati Fikiran Kami

Salah Besar Kalau Kembali Kepada Quran Dan Sunnah Saja Tambah Ulil Amri

Panduan Dan Cara Atasi Sembelit Bagi Dewasa Kanak Kanak Dan Selepas Bersalin

Tahukah Anda Fasal Bas Dari London Ke Calcutta

Cheah Liek Hou

The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Allah Membuka Aib Kepada Pembuka Aib

Mcmc S Police Report Against Writer Murray Hunter Is High Handed And Has A Chilling Effect On Freedom Of Speech

Keluarga Berang Terima Kiriman Jenazah Individu Lain



5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3


Papagomo Ditahan Aibkan Agong

Tergamak Petik Al Quran Kaki Fitnah Dipanggil Pejuang Rakyat

Normani S Legs And Feet In Tights 5

Jadwal Puasa Sunnah Mei 2024

Wanita Maut Ditikam 30 Kali Di Sepanyol

Tawas Hilangkan Masalah Air Telaga Berbau