Titah Agong Beri Tahanan Rumah Kepada Najib Ini Pendapat Peguam


 
Peguam melahirkan kebimbangan terhadap dakwaan Najib Razak mengenai titah tambahan diraja supaya dia menghabiskan baki hukuman penjara dengan menjalani tahanan rumah.

Bercakap kepada Malaysiakini, pengamal undang-undang mempersoalkan apakah pengampunan diraja boleh meliputi “peruntukan tahanan rumah”.

Peguam Goh Cia Yee berpendapat kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan pengampunan harus dihadkan kepada perundangan sedia ada untuk menjatuhkan hukuman.

Ini, kata Goh, sama ada memberi pengampunan penuh kepada Najib atau mengurangkan hukuman terhadap bekas perdana menteri itu.

“Kita tidak pasti pada ketika ini apakah maksud titah tambahan yang didakwa itu apabila menyebut tentang tahanan rumah.

“Adakah ia menyatakan keadaan sebenar tahanan rumah ini? Ia boleh menjadi sangat kabur, yang seterusnya akan menjadikan titah sedemikian tidak boleh dikuatkuasakan. Adakah ini bermakna perintah berkurung atau sekatan sepenuhnya di rumah?” soalnya.

Sementara itu peguam Andrew Khoo turut berkongsi pandangan yang sama.

Khoo berpandangan titah Agong atau Lembaga Pengampunan untuk memerintahkan tahanan rumah boleh melanggar perlembagaan.

Memetik Perkara 42(1) dan 42(2) Perlembagaan Persekutuan, dia menyuarakan kebimbangan sama ada kuasa Agong untuk memberikan pengampunan dan meringankan hukuman boleh merangkumi kuasa untuk menitahkan seseorang yang disabitkan kesalahan menjalani hukuman dengan cara tertentu.

Perkara 42(1) menyatakan Agong berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan yang telah dibicarakan oleh mahkamah tentera dan segala kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan Raja atau Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan lain yang dilakukan di dalam Negerinya.

Perkara 42(2) juga menyatakan bahawa tertakluk kepada Fasal (10), dan tanpa menjejaskan mana-mana peruntukan undang-undang persekutuan yang berhubungan dengan peremitan hukuman kerana kelakuan baik atau khidmat khas, apa-apa kuasa yang diberikan oleh undang-undang persekutuan atau undang-undang Negeri bagi meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman bagi apa-apa kesalahan bolehlah dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong jika hukuman itu telah dijatuhkan oleh mahkamah tentera atau oleh mahkamah sivil yang menjalankan bidang kuasa di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, dan dalam apa-apa hal lain, kuasa itu bolehlah dijalankan oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri tempat kesalahan itu telah dilakukan.

“Persoalan umum yang mungkin diajukan ialah sama ada perkataan ‘memberi ampun’, ‘tunda hukum’, ‘lega hukum’, ‘meremitkan’, ‘menggantung’ dan ‘meringankan hukuman’ boleh dikatakan menerangkan cara sesuatu hukuman itu dilaksanakan,” kata Khoo kepada Malaysiakini.

Titah adendum untuk tahanan rumah

Najib memohon kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman bagi pelaksanaan titah tambahan oleh Yang di-Pertuan Agong sebelum ini, berkaitan pengurangan hukuman penjara daripada 12 tahun kepada enam tahun dan pengurangan denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Menurut afidavit sokongan yang dibuatnya, Najib mendakwa titah adendum dalam pengampunan diraja membenarkan dia untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun dengan tahanan di rumah.

Justeru, dia memohon mahkamah mengarahkan menteri dalam negeri, peguam negara, Lembaga Pengampunan, kerajaan persekutuan dan beberapa lagi responden untuk mengesahkan titah tersebut.

Menurut salinan permohonan semakan kehakiman itu, Najib mendakwa Agong mengeluarkan titah adendum itu pada 29 Jan, hari yang sama hukuman terhadapnya dikurangkan.

Najib memohon perintah mahkamah untuk mengarahkan responden agar bukan sahaja mengesahkan titah tambahan itu tetapi juga “mengeluarkan segera pemohon dari penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur, di mana pemohon akan terus menjalani hukuman penjara di bawah tahanan rumah. .”

Najib juga memohon perintah mandamus untuk mengarahkan responden memberikan versi asal titah tambahan, kos, dan sebarang relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Dia mendakwa dalam afidavitnya dalam menyokong semakan kehakiman itu bahawa haknya terjejas dan dilanggar oleh responden apabila mengabaikan pertanyaannya berhubung titah adendum berkenaan.

Tindakan responden yang tidak mengendahkan permintaannya merupakan pencerobohan langsung hak asasinya di bawah Perlembagaan Persekutuan dan juga penghinaan langsung kepada Agong, tambahnya.

Bekas presiden Umno itu turut mendakwa bahawa responden cuba menyembunyikan kewujudan titah tambahan itu.

Tiada dalam kerangka undang-undang

Sementara itu, Goh menegaskan bahawa “tahanan rumah” atau “penahanan di rumah” pada masa ini tidak wujud dalam kerangka undang-undang negara.

“Ia bukan alternatif sedia ada kepada pemenjaraan,” katanya.

Berkongsi pandangan yang sama ialah peguam merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim.

Bercakap kepada Malaysiakini, Hassan berkata tiada peraturan atau perundangan subsidiari mengenai “tahanan rumah”.

“Saya tidak mendengar sebarang rang undang-undang dibentangkan di Parlimen untuk peruntukan seperti itu yang dipanggil ‘tahanan rumah’.

“Tanpa statut atau Akta yang betul, tiada siapa boleh memohon tahanan rumah. Ini sama sekali bertentangan dengan prinsip kedaulatan undang-undang,” tegas ahli parlimen PKR itu.

Bagaimanapun, Khoo berkata Seksyen 43 Akta Penjara 1995 membenarkan pelepasan mana-mana banduan “secara lesen” tetapi ia “tertakluk kepada mana-mana peraturan yang dibuat oleh menteri” – dalam kes ini, terletak di bawah bidang kuasa Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.

Peruntukan itu juga menetapkan bahawa “syarat” untuk pembebasan mana-mana banduan “boleh dinyatakan secara lesen”.

Sebelum ini, Bernama melaporkan kerajaan pada dasarnya bersetuju melaksanakan pelepasan banduan secara lesen, melalui tahanan rumah, bagi banduan yang menjalani hukuman penjara empat tahun ke bawah, sebagai usaha mengurangkan kesesakan di penjara.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail dipetik sebagai berkata kementeriannya sedang dalam proses meneliti kaedah pelaksanaan dari sudut peruntukan undang-undang yang berkaitan, dan sama ada undang-undang dan peraturan sedia ada perlu dipinda.

‘Tiada dalam senarai’

Bagaimanapun, Saifuddin memberi jaminan Najib tidak disenaraikan sebagai banduan yang akan menjalani tahanan rumah.

Menteri itu sebelum ini memberitahu Malaysiakini hanya banduan yang menjalani kurang daripada empat tahun penjara, warga emas, wanita hamil, dan orang kurang upaya akan disenaraikan dalam senarai tahanan rumah.

“Najib tidak termasuk dalam senarai tersebut,” katanya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan tahanan rumah yang dicadangkan oleh kerajaan bertujuan untuk mengurangkan kesesakan dalam penjara, bukan untuk disalahgunakan oleh pemimpin yang disabit kesalahan.

Saifuddin dilaporkan berkata dakwaan bahawa dasar tahanan di rumah bertujuan untuk membolehkan Najib menjalani baki hukumannya dengan selesa di rumah sebagai berniat jahat.

 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/04/titah-agong-beri-tahanan-rumah-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Tak Mahu Terlibat Kata Anwar Berkait Titah Tahanan Rumah Najib

Saya Tak Mahu Terlibat Kata Anwar Berkait Titah Tahanan Rumah Najib

papar berkaitan - pada 20/4/2024 - jumlah : 151 hits
Anwar Ibrahim menegaskan beliau enggan terlibat dengan pertikaian perintah tambahan berhubung tahanan rumah Najib Razak Perdana menteri berkata perkara itu adalah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan melibatkan Yang di P...
Berkait Tahanan Rumah Najib Siapa Yang Tipu Zahid Tengku Zafrul Atau Saifuddin

Berkait Tahanan Rumah Najib Siapa Yang Tipu Zahid Tengku Zafrul Atau Saifuddin

papar berkaitan - pada 18/4/2024 - jumlah : 200 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Isham Jalil menggesa Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail memberikan penjelasan susulan pendedahan Presiden Umno Zahid Hamidi berkaitan tahanan rumah Najib Razak Ka...
Kes Najib Titah Adendum Bidang Kuasa Agong Pm Ambil Sikap Berkecuali

Kes Najib Titah Adendum Bidang Kuasa Agong Pm Ambil Sikap Berkecuali

papar berkaitan - pada 20/4/2024 - jumlah : 147 hits
Oleh Abdullah Zaid Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak mahu terlibat dengan perbincangan berkaitan Titah Adendum atau tambahan oleh Yang di Pertuan Agong berkenaan tahanan di rumah terhadap bekas PM Najib Razak Ahli Pa...
Afidivit Sokong Tahanan Rumah Najib Razak Ada Kesilapan

Afidivit Sokong Tahanan Rumah Najib Razak Ada Kesilapan

papar berkaitan - pada 20/4/2024 - jumlah : 231 hits
Afidavit yang difailkan oleh Ahmad Zahid Hamidi untuk menyokong usaha bekas perdana menteri Najib Razak menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah dibuat atas kapasitinya sebagai presiden Umno Ketika berkata demikian Perdana Menteri Anwa...
Bolehkah Kerajaan Madani Pecah Dek Isu Tahanan Rumah Najib

Bolehkah Kerajaan Madani Pecah Dek Isu Tahanan Rumah Najib

papar berkaitan - pada 20/4/2024 - jumlah : 169 hits
Dalam banyak perbualan saya sejak dua tiga hari kebelakangan ini berkaitan isu tahanan rumah melibatkan Najib Razak antara persoalan yang sering dibangkitkan ialah sama ada perkara ini mampu membuatkan kerajaan madani terus bertahan atau ak...
Percanggahan Isu Tahanan Dalam Rumah Najib

Percanggahan Isu Tahanan Dalam Rumah Najib

papar berkaitan - pada 18/4/2024 - jumlah : 101 hits
Iswardy MorniSatu perkembangan menarik mengenai tambahan dalam pengampunan najib Razak sama ada terdapat tambahan untuk tahanan di rumah dalam pengurangan 6 tahun penjara dan denda kes SRC Hari ini najib telah pun memohon dari mahkamah rayu...
Adakah Najib Akan Ditahan Di Rumah

Adakah Najib Akan Ditahan Di Rumah

papar berkaitan - pada 21/4/2024 - jumlah : 137 hits
Zainuddin OmarDengan kenyataan PM ini Najib dijangka akan keluar penjara tak lama lagi untuk tahanan di rumah Saya jangkakan juga tahanan rumah untuk Najib tak lama kerana akan masuk penjara semula selepas hukuman tuduhan lain lain tuntas d...
Saka Bapak Kau

Natural Gas Fuel Not A Hazard

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Apabila Musuh Mengerumuni Umat Islam Seperti Hidangan

Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk

Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera

Tattoos Portland Maine