Tisu Basah Di Pasaran Punca Ruam Pada Si Manja Mama Jom Buat Tisu Diy


Tisu basah baby merupakan antara item wajib ada bagi kebanyakan ibu bapa pada masa kini. Ia biasanya menjadi pilihan apabila di luar rumah. Tetapi selamat ke untuk menggunakan tisu ini pada bahagian tubuh seperti muka bayi?
Untuk mengetahui jawapannya, teruskan membaca perkongsian artikel ini.

Tisu basah baby
Tisu bayi adalah tisu lembap yang direka untuk membersihkan kulit bayi dengan berkesan semasa menukar lampin.
Biasanya tisu ini akan menggunakan bahan sensitif untuk mengelakkan kerengsaan pada kulit si manja dan sekurang-kurangnya mengandungi satu bahan pelembap dan menenangkan.
Disebabkan itulah, tisu basah bayi ini sesuai digunakan untuk membersihkan bahagian sulit si kecil terutamanya selepas kencing dan berak.
Bahan dalam tisu basah baby
Tisu lembap ini biasanya menggabungkan air, minyak, pembersih dan pengawet.
Terdapat juga tisu yang mempunyai formula lebih ringkas, contohnya hanya menggunakan air dan pengawet ringan. Sesetengah tisu basah juga mungkin mempunyai formulasi lebih kompleks yang menggunakan pelbagai jenis minyak, agen pembersih dan pengawet.
Anda akan menggunakan tisu ini beberapa kali sehari, jadi amat penting untuk memberi perhatian terhadap bahan yang digunakan.
Berikut adalah bahan yang paling biasa digunakan dalam tisu bayi:
Air, bahan utama dalam tisu basah bayi
Tidak menghairankan, kebanyakan tisu bayi mengandungi sekurang-kurangnya 95% air – biasanya ditapis, ditulenkan atau disuling.
Minyak dan pelembap
Minyak membantu menanggalkan kotoran pada bahagian sulit si kecil, mengelakkan tisu mudah kering dan memberikan pelembap nipis untuk kulit.
Antara jenis minyak yang sering digunakan adalah minyak zaitun, minyak sayuran, minyak kelapa, minyak kastor atau minyak bijian seperti daripada bunga matahari, tomato atau kranberi.
Bahan pembersih dalam tisu basah baby
Dalam kebanyakan tisu lembap, bahan ini adalah seperti setitik sabun dan sudah tentu bahan di dalam sabun itu yang harus diperhatikan.
Bahan pengawet
Pengawet digunakan untuk membantu memastikan tisu basah ini sentiasa segar dan menghalang pertumbuhan bakteria atau kulat.
Perhatikan bahan pengawet keras yang harus dielakkan seperti phenoxyethanol, benzyl alcohol, sodium benzoate atau methylchloroisothiazolinone.
Bahan pewangi
Oleh sebab wangian merupakan punca yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit bayi yang sensitif, jadi sebaiknya pilihlah tisu basah yang tidak dicampur bahan ini. Kebanyakan tisu bayi sensitif tidak mengandungi sebarang pewangi.
Penggunaan tisu basah bayi, selamat ke?
Penggunaan tisu basah dianggap perkara biasa dan sering menjadi pilihan untuk membersihkan badan si manja daripada kotoran. Bahkan tisu basah juga sering digunakan untuk membersihkan muka bayi, ini kerana ia dianggap selamat untuk kulit bayi.
Tetapi adakah benar tisu basah selamat dan boleh digunakan pada bahagian muka si manja?
Kebenarannya, penggunaan tisu basah untuk muka bayi adalah tidak selamat sepenuhnya – terutama jika digunakan secara intensif.
Tisu lembap ini biasanya hanya disyorkan untuk membersihkan bahagian kemaluan bayi selepas membuang air besar, apabila berada di luar rumah atau dalam keadaan terdesak lain.
Penggunaan kerap tisu basah baby ini tidak disarankan, lebih-lebih lagi jika digunakan untuk mengelap muka bayi anda.
Ia dianggap tidak selamat jika tisu digunakan mengandungi alkohol dan pewangi – bahan yang cenderung menyebabkan kerengsaan pada kulit bayi, ruam merah dan kegatalan. Malah, penggunaan untuk jangka masa lama dan konsisten, berisiko menyebabkan kulit pada bahagian muka bayi rosak.
Cara selamat menggunakan tisu basah baby
Tetapi bagaimana jika berada dalam keadaan terdesak untuk mengelap muka bayi dan hanya mempunyai tisu basah?
Bertenang, ada cara selamat untuk menggunakan tisu lembap ini pada muka si kecil, iaitu dengan menggosok tisu secara minimum. Idea yang disarankan adalah untuk mengelap tisu pada muka bayi sekali sahaja bagi mengelakkan kerengsaan.
Umumnya, bahagian paling selamat untuk menggunakan tisu basah adalah pada bahagian alat sulit si manja, tangan, kaki dan belakang badan mereka.
Sebaiknya, pilihlah tisu yang mengandungi alkohol dan wangian dalam jumlah yang kecil. Atau lebih baik lagi adalah memilih tisu basah yang langsung tidak menggunakan bahan-bahan tersebut bagi mengelakkan reaksi alahan pada kulit bayi.
Kadangkala, agak sukar untuk mendapatkan tisu basah tanpa penggunaan alkohol, jadi anda boleh membuatnya sendiri di rumah. Ingin tahu bagaimana caranya? Jom!

Cara membuat tisu basah di rumah
Berikut adalah bahan-bahan dan cara membuatnya:
Bahan-bahan untuk menghasilkan tisu basah baby:
2 cawan air panas – supaya tisu tidak berkulat 1 sudu besar minyak bayi 2 sudu besar sabun mandian bayi 1 gulung tisu dapur Tempat bersih untuk menyimpan tisu Cara membuat tisu basah bayi:
Potongkan tisu dapur kepada 2 bahagian menggunakan pisau tajam. Campurkan air panas bersama sabun mandian dan minyak bayi, kacau sebati. Masukkan tisu yang dipotong tadi ke dalam bekas simpanan. Kemudian tuangkan campuran cecair ke atas tisu. Pastikan tisu basah secara rata. Tutup bekas dan biarkan seketika. Buka bekas mengandungi tisu basah dan keluarkan kertas pada bahagian tengah tisu. Kini tisu basah DIY anda sedia untuk digunakan. Cara penyimpanan tisu basah bayi DIY
Perlu diingatkan penghasilan tisu lembap DIY adalah tidak menggunakan bahan pengawet. Ini bermakna kemungkinan jangka hayat tisu adalah tidak sama seperti yang dibeli di kedai.
Sebelum menggunakan tisu basah DIY, pastikan anda memeriksa tiada kulat pada tisu, okay?
Manakala untuk kaedah penyimpanan tisu buatan sendiri ini, gunakanlah bekas bersih dan kedap udara.
Penggunaan tisu basah baby
Jika anda mempunyai masa dan keinginan, adalah berbaloi untuk menghasilkan tisu basah sendiri.
Ia bukan sekadar dapat menjimatkan duit untuk tempoh jangka masa panjang, tetapi bagi ibu bapa yang mempunyai bayi dengan kulit sensitif, membuat tisu basah sendiri membolehkan anda mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas bahan yang digunakan.
Secara tidak langsung penggunaan tisu basah DIY akan dapat mencegah iritasi pada kulit si kecil yang lembut. Selamat mencuba!
Kredit: Hello Doktor


Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Tisu Basah Di Pasaran Punca Ruam Pada Si Manja? Mama, Jom Buat Tisu DIY! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tisu-basah-di-pasaran-punca-ruam-pada-si-manja-mama-jom-buat-tisu-diy/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penat Sangat Bila Anak Tolak Botol Susu Mama Ikut Tip Yang Dikongsi Ini

Penat Sangat Bila Anak Tolak Botol Susu Mama Ikut Tip Yang Dikongsi Ini

papar berkaitan - pada 2/7/2022 - jumlah : 134 hits
Setiap ibu dinasihatkan untuk menyusukan bayinya sehingga cukup membesar Malangnya kebanyakan para ibu tidak boleh meninggalkan pekerjaan mereka untuk jangka masa panjang selepas kelahiran jadi mereka terpaksa beralih kepada penyusuan denga...
Paknil Tanya Siapa Ira Kazar Di Hati Syamsul Yusof Hanya Tersenyum Manja

Paknil Tanya Siapa Ira Kazar Di Hati Syamsul Yusof Hanya Tersenyum Manja

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 670 hits
Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai kontroversi rumah pelakon dan pengarah Syamsul Yusof apabila didakwa berantakan kerana orang ketiga Baru baru ini Syamsul dijemput sebagai tetamu dalam program bual bicara Hard to Heart yang d
Perginya Anak Soleh Mama Muhammad Anis Meninggai Nahas Motosikal Dan Lori Semasa Puiang Rumah

Perginya Anak Soleh Mama Muhammad Anis Meninggai Nahas Motosikal Dan Lori Semasa Puiang Rumah

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 273 hits
Seorang pekerja restoran terk0rban setelah motosikal yang ditunggangnya terbabit kemaIangan dengan sebuah lori di KM10 berhampiran sebuah pasar raya di Taman Tunku Miri pada Selasa Mngsa Muhammad Anis Farhan Ali 21 dari Taman Tunku di sini ...
Jom Taksir Zakat Sempurnakan Zakatmu Bersama Lembaga Zakat Selangor

Jom Taksir Zakat Sempurnakan Zakatmu Bersama Lembaga Zakat Selangor

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 337 hits
hai assalammualaikum Jom Taksir Zakat Sempurnakan Zakatmu Bayar Dan Menang Kempen Bulan Taksir Zakat Oleh LZS Setiap tahun pasti nad akan kongsikan apa aktiviti dan kempen yang dilakukan oleh Lembaga Zakat Selangor Orang cakap sharing is ca...
Tiktok Bankami Jom Follow Kawan

Tiktok Bankami Jom Follow Kawan

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 180 hits
Boleh tahan rancak komen komen yang kami terima di tiktok Jom follow kalau ada video untuk kami kongsikan boleh PM kami di tiktok
Lembu Jantan Terlebih Manja Sehari Sebelum Dik0rbankan Aks1 Pemuda Dis0ndol Bikin Seb4k Ramai Doa Moga Jumpa Di Syurga

Lembu Jantan Terlebih Manja Sehari Sebelum Dik0rbankan Aks1 Pemuda Dis0ndol Bikin Seb4k Ramai Doa Moga Jumpa Di Syurga

papar berkaitan - pada 11/7/2022 - jumlah : 222 hits
ADAT setiap pertemuan pasti ada perpisahan Begitulah juga dengan kisah pemuda ini yang tidak dapat menahan kesedihan kerana terpaksa melepaskan lembu kesayangannya untuk dijadikan k0rban sempena Hari Raya Aidiladha pada tahun ini Video deti...
Bela Dari Kecil Aksi Manja Lembu Peliharaan Sebelum Dikorban Buat Ramai Sebak

Bela Dari Kecil Aksi Manja Lembu Peliharaan Sebelum Dikorban Buat Ramai Sebak

papar berkaitan - pada 11/7/2022 - jumlah : 173 hits
Ibadah korban sememangnya telah menjadi kelaziman tiap kali Aidil Adha menjelma kebiasaannya haiwan korban akan ditumbangkan dan disembelih sebelum daging dagingnya diagihkan kepada orang orang yang layak Bagi penternak lembu sudah tentu Ai...
Kahwin Muda Sewaktu Umur 19 Tahun Tegar Dedah Punca Sebenar Dia Cer4ikan Isteri

Kahwin Muda Sewaktu Umur 19 Tahun Tegar Dedah Punca Sebenar Dia Cer4ikan Isteri

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 228 hits
SELEPAS dua tahun mendirikan rumah tangga penyanyi Tegar Septian mendedahkan sudah bercerai dengan isterinya Sarah Sheilka
Hiburan Kena Buat Selalu Kereta Vip Jadi Punca Jalan Sesak Penunggang Motosikal Hon Banyak Kali Tanda Protes

Hiburan Kena Buat Selalu Kereta Vip Jadi Punca Jalan Sesak Penunggang Motosikal Hon Banyak Kali Tanda Protes

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 146 hits
Sebuah video menjadi tular di media sosial semalam apabila sekumpulan penunggang motosikal menunjukkan protes ketika memberi laluan kepada golongan VIP yang melalui jalan yang sama Video yang dimuatnaik oleh di TikTok itu ternyata telah men...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord