Tiroid Dan Masalah Jantung Apa Kaitannya


Tiroid mungkin hanya seketul kelenjar kecil yang terletak di leher, namun peranannya dalam sistem tubuh kita sangatlah penting ye. Salah satu fungsi dia adalah kawal kadar metabolisme badan melalui penghasilan hormon yang dikenali sebagai T3 dan T4. 
Hormon-hormon inilah yang bertindak seperti 'pengawal selia utama', pengaruhi macam mana badan kita guna tenaga, awal suhu badan, atur kadar degupan jantung, malah boleh bagi kesan kepada hampir semua organ, termasuklah jantung


Mungkin ramai yang tak sedar, bila kelenjar tiroid mula ada problem, tak kiralah sama ada jadi terlalu aktif atau terlalu lemah, jantung jugak akan turut terima kesan. Malah, dalam sesetengah kes, gejala pertama yang muncul bukanlah pada kelenjar tiroid itu sendiri, tetapi pada sistem kardiovaskular

Bila kelenjar tiroid menjadi terlalu aktif, keadaan ini dikenali sebagai hipertiroidisme. Biasanya denyutan jantung boleh menjadi lebih cepat daripada biasa, walaupun seseorang itu sedang berehat. Ramai yang sangka ini hanyalah rasa cemas biasa je, tapi hakikatnya, jantung sedang bekerja lebih kuat akibat pengaruh hormon tiroid yang berlebihan. 
Dalam keadaan ini, jantung boleh berdebar tanpa sebab, rentak denyutan boleh jadi tak sekata dan dalam kes tertentu, boleh wujud risiko fibrilasi atrium iaitu sejenis gangguan irama jantung yang boleh meningkatkan kebarangkalian serangan strok. Huishh, bahaya kan

Sebaliknya, kalau kelenjar tiroid jadi terlalu perlahan pulak, ia dikenali sebagai hipotiroidisme. Degupan jantung boleh jadi perlahan dan lemah. Badan pulak akan rasa lesu tak bermaya. Dalam tempoh yang lama, hipotiroidisme jugak boleh sebabkan pembesaran otot jantung, pengumpulan cecair di sekitar jantung dan gangguan terhadap blood pressure. Ia juga boleh tingkatkan paras kolesterol tak baik dalam darah, sekaligus mempercepat risiko penyakit jantung koronari

Lebih menakutkan, ramai yang tak sedar yang gejala-gejala ini semua berpunca dari masalah kelenjar tiroid sebab ia 'menyamar' sebagai isu jantung. Sedangkan puncanya bukanlah semata-mata dari gaya hidup atau diet, tapi dari ketakseimbangan hormon yang boleh dikesan melalui ujian darah mudah iaitu thyroid function test (tft). 
Itulah sebabnya, bila seseorang itu mengadu jantung berdebar tanpa sebab, cepat letih, susah bernafas atau berat badan berubah secara mendadak tanpa sebab, pemeriksaan kelenjar tiroid jugak wajar dipertimbangkan. Sama ada terlalu laju atau terlalu perlahan, perubahan pada rentak jantung boleh jadi ‘petunjuk’ yang sangat berharga bahawa ada sesuatu yang tak kena pada tahap hormon dalam tubuh

So, kelenjar tiroid dan jantung bukan dua sistem yang terasing. Mereka saling berkait. Kesihatan jantung yang baik turut bergantung kepada kesihatan hormon tiroid yang stabil. Maka, kalau korang atau orang tersayang mengalami simptom yang mencurigakan, jangan tangguh untuk buat checkup. Tindakan awal boleh mencegah komplikasi yang lebih serius

Kelenjar tiroid mungkin kecil, tapi impaknya sangat besar terutama kepada jantung yang bekerja tanpa henti, siang dan malam

Moga bermanfaat. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2025/08/tiroid-dan-masalah-jantung-apa-kaitannya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suplemen Untuk Pesakit Injap Jantung Longgar

Suplemen Untuk Pesakit Injap Jantung Longgar

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 484 hits
Assalamualaikum Dr Zubaidi Jika injap jantung longgar apakah punca puncanya dan suplemen apa yang sesuai diambil Waalaikumussalam Injap jantung longgar biasanya merujuk kepada keadaan injap jantung yang tidak menutup rapat atau injap yang m...
Gabungan Lazat Ikan Percik Kerabu Jantung Pisang Menu Kampung Pembuka Selera

Gabungan Lazat Ikan Percik Kerabu Jantung Pisang Menu Kampung Pembuka Selera

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 405 hits
Tak ada yang lebih menggoda selera selain hidangan lauk kampung asli yang segar dan penuh rasa Resipi gabungan Ikan Percik Terengganu bersama Kerabu Jantung Pisang ini memang pilihan terbaik untuk makan tengah hari atau jamuan santai bersam...
Lelaki Ditahan Lepas Serang Polis Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Lelaki Ditahan Lepas Serang Polis Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 194 hits
Buletin TV3 nbsp KEPALA BATAS Lelaki warga Indonesia yang berkelakuan agresif dan menyerang seorang anggota polis di Taman Bukit Jambul petang kelmarin meninggal dunia ketika dibawa dan ditahan di balai polis Sungai Nibong pada hari sama Pe...
Masalah Ketumbit Dan Cara Menghilangkannya

Masalah Ketumbit Dan Cara Menghilangkannya

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 197 hits
Cara Menghilangkan Ketumbit Kanak kanak Dan DewasaBerikut adalah cara menghilangkan ketumbit yang boleh dicuba BersihkanLangkah pertama yang boleh anda lakukan apabila terkena ketumbit adalah dengan membersihkan bahagian kelopak mata dengan...
Mak Ayah Hantu Durian Ini Had Yang Selamat Jika Ada Masalah Kesihatan Kata Doktor

Mak Ayah Hantu Durian Ini Had Yang Selamat Jika Ada Masalah Kesihatan Kata Doktor

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 242 hits
Musim durian datang lagi Bagi sesetengah keluarga inilah masa paling heaven sebab satu keluarga memang kaki durian Pantang ada bau durian confirm semua berkumpul mak ayah anak anak menantu sampai cucu pun join sekali kenduri durian tepi rum...
Apa Maksud Kanser Tiroid Sembuh Dan Mengapa Ia Boleh Berulang

Apa Maksud Kanser Tiroid Sembuh Dan Mengapa Ia Boleh Berulang

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 220 hits
Apabila seseorang didiagnosis dengan kanser tiroid harapan untuk sembuh selalunya tinggi kerana secara umum kanser tiroid adalah antara jenis kanser yang mempunyai kadar survival yang baik terutama jenis papillary dan follicular Ramai pesak...
Buli Di Sekolah Masalah Lama Yang Perlu Kita Hentikan

Buli Di Sekolah Masalah Lama Yang Perlu Kita Hentikan

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 772 hits
nbsp Buli di Sekolah Masalah Lama yang Perlu Kita Hentikan nbsp Bila sebut pasal sekolah kebanyakan orang akan terbayang tempat belajar kawan kawan dan pengalaman indah masa remaja Tapi realitinya ada juga sisi gelap iaitu buli Sekarang ni ...
Menjelang Pru16 Masalah Perasaan Umno Perasan

Menjelang Pru16 Masalah Perasaan Umno Perasan

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 151 hits
Mohsin AbdullahJika tersilap langkah Umno bakal sekali lagi berhadapan pepatah Melayu lama yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran Saya setuju dengan nasihat yang diberi Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan tetapi bukan bab beliau m...
Apa Yang Merosakkan Fungsi Tiroid Tanpa Kita Sedar

Apa Yang Merosakkan Fungsi Tiroid Tanpa Kita Sedar

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 389 hits
Tiroid adalah kelenjar kecil berbentuk seperti rama rama yang terletak di bahagian depan leher Walaupun kecil ia memainkan peranan besar dalam mengawal metabolisme tenaga suhu badan kesuburan dan kesihatan hormon secara keseluruhan Namun ra...
Wedding Of The Year Kisah Cinta Amira Othman Amp Fattah Amin

Cuti Sekolah Bertukar Tragedi Murid Tahun Enam Maut Dibaham Buaya

Remember When Muhyiddin Gave Umno Rm10m For Sabah Polls

Dasar Kecuali Bayaran Balik Pinjaman Kekal Kuat Kuasa Jelas Ptptn

Foto Sekitar Majlis Perkahwinan Fattah Amin Amp Amira Othman

Breaking News Syria Israel Peace Pact

Gaya Glamor Selebriti Di Anugerah Industri Muzik Ke 24

Teh Firdaus Berkongsi Kisah Disebalik Busana Nikah Amira Othman


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Permulaan Menjual Servis Penulisan Ghostwriter

Flavorful Healthy Recipes With Meat

Mengapa Perlu Motivasi Pagi Jumaat

Aktiviti Ppim Adakan Kunjungan Ke Ibu Pejabat Dermags International 18 09 2025

Rezeki Mak Dah Sampai

Kenapa Rindu Tercipta