Tips Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Renovate Rumah
Tips Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Renovate Rumah | Bila cakap bab renovate rumah, perkara pertama yang bermain kat fikiran KakYa opkoslah 'BAJET'. Takde bajet camne nak buat renovation rumah kan? Apa kata pulak, kalau bajet kita ciput jer. Boleh ke nak renovate rumah? Zaman sekarang ni kos untuk renovate rumah semakin tinggi dan kadangkala harga yang ditawarkan tak masuk akal. Ada juga berlaku, harga yang kita bayar tak sepadan dengan apa yang kita dapat. Jadi sebelum korang renovate rumah, korang perlu tahu sedikit sebanyak tips terbaik sebelum memulakan renovation.
Tips Sebelum Renovate RumahNak renovate rumah perlukan penelitian yang teliti. Renovate ni bukan kerja main main. Silap haribulan masalah lain yang timbul. Jadi sebelum korang plan nak ubah suai rumah korang, sila baca tips yang korang perlu tahu sebelum renovate rumah seperti KakYa senaraikan kat bawah;
1. Rancang KewanganYa! Ini paling penting. Biasanya orang yang gagal adalah disebabkan mereka tidak merancang kewangan dengan baik. Kita perlu tentukan bahagian mana yang nak diubahsuai dan kos yang diperlukan. Ini bagi mengelakkan pembaziran berlaku akibat kesilapan kita menentukan kos.
Pastikan kita mempunyai lebihan wang bagi menampung kos bahan yang digunakan dikhuatiri harga barang meningkat. Jadi kena lebihkan simpanan anggaran 20% ke 30% untuk masalah yang tak dijangka
2. Dapatkan Sebut Harga Dari Pihak KontraktorBagi KakYa ini paling penting. Kita pilih kontraktor yang mampu buat kerja, yang diyakini dan dipercayai ramai orang. Dapatkan sebut harga terlebih dahulu sebelum proses renovation dilakukan. Pilih beberapa kontraktor bagi membandingkan harga sebelum membuat pilihan mana satu kontraktor terbaik untuk proses renovation rumah kita nanti.
Bila dah dapat sebut harga, korang boleh tentukan bahan dan harga yang korang mampu bayar untuk digunakan dalam proses renovation berdasarkan sebut harga yang telah ditetapkan. 3. Jenis Bahan Yang Di GunakanPart ni sesetengah daripada kita mudah kena tipu. Konon konon si kontraktor ni cadangkana bahan A memang terbaik dan harga pon mahal sikit la. Kita yang tak tahu apa ya ya jer la sebab kita fikir ya la kot. Betul la tu. Padahal kita sebenarnya telah di tipu.
Jadi penting untuk kita kaji bahan yang akan digunakan. Kalau perlu tanya pada kawan kawan yang mahir bab bab bahan binaan yang digunakan agar kita tidak tertipu. Ini penting agar bahan yang kita dapat bemar benar berkualiti sesuai dengan harga yang kita bayar
4. Senarai Kerja RenovationYes! Senarai kerja perlu ada. Kalau takde senarai kerja tunggang langgang la kerja. Perlu tahu mana nak buat dulu mana nak buat kemudian agar tak menyusahkan kita sebagai tuan rumah
Kadang kadang kita yang nak buat renovation kat rumah, kita memang dah duduk kat rumah tu. Jadi penting bagi kita untuk tahu mana nak buat dulu dan mana kemudian supaya kita boleh bersedia waktu kontraktor nak melakukan kerja kerja renovation nanti.
Bila Kawan Kena Tipu Waktu Renovate RumahKakYa ada satu cerita menarik dari seorang kawan baik yang sekarang ni dah fobia nak renovate rumah disebabkan masalah daripada pihak kontraktor.Dua tahun lepas kawan KakYa renovate dua bilik tidur, ruang tamu, dapur kering dan dapur basah untuk rumah dia. Apa yang dia dapat tak se "gah" apa yang dibicarakan oleh kontraktor sebelum kerja kerja renovate dijalankan.
Banyak pula kerosakan yang berlaku akibat proses renovate yang tidak begitu teliti. Bajet yang dikeluarkan untuk renovate sepatutnya RM150,000 tetapi kerana kecuaian di pihak kontraktor kawan KakYa terpaksa mengeluarkan bajet sehingga RM200,000 kerana masalah yang perlu di selesaikan akibat kerja kerja si kontaktor yang tidak cermat dalam melakukan kerja dan kurang bertanggungjawap.
Bila KakYa kenangkan balik masalah kawan KakYa ni KakYa rasa takut pon ada nak renovate rumah. Bukan setakat takut nak renovate rumah, nak tukar pintu bilik dalam rumah ni pon KakYa takut. Ada kisah dia jugak
Tukar Pintu Rumah Makan Masa Seminggu!Sebelum ni KakYa pernah tukar pintu belakang. Korang tahu berapa lama nak siap sebijik pintu belakang. SEMINGGU!!! Sebab apa? Sebab Si tukang sibuk duk ambik job sana sini jadi job sedia ada terbengkalai. Bayangkanlah seminggu KakYa dan family tak tidur lena sebab pintu belakang takde. Kami tutup guna pintu lama, sekat dengan mesin basuh, tangga dan kerusi kat belakang takut ada orang yang tak berkenaan masuk kot belakang. Suami siap tidur kat dapur
Memang fobia sungguh masa tu. Bayanganlah kalau KakYa renovate dapur, agak agak berapa lama la nak siap. Sekarang ni kalau KakYa nak renovate rumah KakYa akan pastikan yang betul betul TERBAIK jer baru KakYa pilih. Kalau tak hai hai bye bye jer la. Fobia tak hilang lagi
Ok alang alang KakYa duk berceloteh panjang berjela jela kat korang mengenai Tips Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Renovate Rumah, apakata KakYa kenalkan kat korang dengan Nusara Bina PMC.
Nak Renovate Rumah Tapi Tak Tahu Nak Pilih Kontraktor
Korang nak renovate rumah, tapi takut kena tipu? Korang nak ubah suai rumah tapi takde idea untuk diketengahkan? Korang tak perlu runsing! Nusara Bina PMC kan ada! Nusara Bina PMC boleh bantu korang untuk cantikkan rumah korang dan memberi keselesaan berganda pada ruang kediaman rumah korang mengikut apa yang korang nak. Yang pasti Nusara Bina boleh bantu menjadikan kediaman impian korang menjadi kenyataan depan mata.
Siapa Nusara Bina PMC?
Nusara Bina PMC merupakan syarikat kontraktor berpengalaman 11 tahun yang pakar dalam ubahsuai rumah, bina rumah, wiring, almari pasang siap, kabinet dapur, wiring, plaster ceiling, tiling dan pelbagai lagi. Syarikat Nusara Bina PMC berdaftar dengan SSM dan CIDB Malaysia. Jadi korang tak perlu takut untuk melantik Nusara Bina PMC sebagai kontraktor untuk renovate rumah korang.
Nusara Bina PMC mempunyai panel kilang sendiri tau, jadi korang akan dapat kos lebih rendah tanpa orang tengah, pembuatan akan menjadi lebih cepat dan korang akan dapat design 100% mengikut kemahuan korang. Ni yang best ni. Korang mesti suka kan? Tak perlu susah susah nak cari bahan kat tempat lain lagi sebab Nusara Bina PMC dah ada semua yang diperlukan
Paling utama sekali, Nusara Bina PMC hanya menggunakan bahan berkualiti tinggi untuk ketahanan jangka panjang, malah pihak Nusara Bina PMC berani memberi waranti baiki percuma kalau ada kerosakan dalam 1 tahun setelah projek siap. Ha! Tunggu apa lagi korang pi la contact Nusara Bina cecepat. Kata nak renovate rumah. Peluang dah depan mata tunggu korang start enjin jer.
Ok KakYa nak sambung citer sikit lagi mengenai Nusara Bina PMC. Syarikat Nusara Bina PMC terdiri daripada individu yang berpengalaman luas dalam bidang perniagaan dan pembinaan pelbagai projek dari kecil hingga besar. Wah! menarik ni.
Antara pengalaman Nusara Bina PMC ialah;- Kerja-kerja penurapan jalan- Projek pembinaan jalan raya- Pembinaan bangunan kerajaan- Pembinaan bangunan komersial- Pembinaan apartment dan kondominium dan - Projek-projek persendirian
Ni pula kepakaran pihak Nusara Bina PMC. Senang kalau pilih Nusara Bina PMC sebab diaorang mempunyai semua kepakaran dalam bab removation
Kalau korang kat kawasan ni boleh la pilih Nusara Bina PMC untuk renovate rumah korang bagi cun dan menawan
KakYa kongsikan satu perkongsian video dari pelanggan Nusara Bina PMC yang berpuas hati dengan hasil kerja yang di jalankan. Korang boleh tonton sendiri. Ni bukan omong kosong tau! Ni pelanggan sendiri yang cakap
Untuk maklumat lanjut mengenai Nusara Bina PMC korang boleh klik dan terus ke laman tertera di bawah;
Website : https://nusarabina.com/Fb : https://m.facebook.com/nusara.bina.pmc/IG : https://instagram.com/nusarabina
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.akifimtiyaz.com/2021/05/tips-sebelum-renovate-rumah.html