Tips Urus Gaji Pertama Elak Menyesal Seumur Hidup


Menerima gaji pertama merupakan detik yang amat dinanti-nantikan oleh setiap graduan baru yang mula melangkah ke alam kerjaya namun ramai yang tidak tahu tips urus gaji pertama sehingga akhirnya mereka terperangkap dengan hutang seumur hidup.
Perasaan bangga dan gembira menguasai diri setelah berjaya mendapatkan pendapatan pertama hasil titik peluh sendiri dan anda berhak memmpunyai perasaan tersebut.
Namun demikian, dalam era media sosial yang mempamerkan gaya hidup mewah dan materialistik, ramai graduan muda terjebak dalam perangkap perbelanjaan berlebihan yang akhirnya menyukarkan keadaan kewangan mereka pada masa hadapan.
Gaji pertama sepatutnya menjadi asas kukuh untuk membina kesihatan kewangan jangka panjang, bukannya permulaan kepada kitaran hutang dan tekanan kewangan.
Menetapkan Matlamat Kewangan Sejak Awal
Sebelum berbelanja, anda perlu tahu ke mana arah kewangan anda dan langkah terbaik ialah menetapkan matlamat jangka pendek, sederhana dan panjang.
Matlamat jangka pendek merangkumi perkara seperti membina dana kecemasan atau melunaskan hutang kecil sementara matlamat jangka sederhana mungkin melibatkan pembelian kenderaan atau menyambung pengajian.
Manakala matlamat jangka panjang pula termasuk membeli rumah atau menyimpan untuk persaraan.
Apabila matlamat sudah jelas, anda lebih mudah merancang aliran gaji dan mengelakkan pembelian impulsif dan ramai graduan muda yang meremahkan perkara ini sebagai salah satu tips urus gaji pertama mereka.
Terlalu Mengejar Gaya Hidup Mewah
Pernah dengar motto “Biar papa asal bergaya”?
Ini merupakan mentaliti yang sangat merbahaya dan menggalakkan anak muda terjerumus dengan gaya hidup berhutang yang tidak sihat.
Ramai graduan muda terpedaya dengan ilusi kejayaan yang dipamerkan di media sosial, lalu berusaha untuk mencapai gaya hidup mewah dengan segera tanpa mempertimbangkan kemampuan kewangan sebenar.
Mereka menganggap memiliki barangan mewah seperti telefon pintar terkini, pakaian jenama mahal, atau kereta mewah sebagai lambang kejayaan, sedangkan hakikatnya simbol-simbol material ini tidak mencerminkan kekayaan sebenar.
Strategi Pembahagian Gaji yang Bijak Mengikut Keperluan Strategi pembahagian gaji yang bijak merupakan langkah pertama yang kritikal dalam menguruskan gaji pertama dengan efektif.
Kaedah 50/30/20 yang diperkenalkan oleh Senator Elizabeth Warren boleh dijadikan sebagai panduan asas untuk permulaan yang baik.
Mengikut kaedah ini, 50 peratus daripada gaji perlu diperuntukkan untuk keperluan asas seperti sewa rumah, bil utiliti, pengangkutan, dan makanan.
Manakala 30 peratus lagi boleh digunakan untuk keinginan seperti hiburan, makan di luar, dan hobi.
Bahagian 20 peratus yang selebihnya perlu disimpan atau dilaburkan untuk masa depan.
Peruntukan untuk simpanan dan pelaburan ini tidak seharusnya dilihat sebagai baki terakhir selepas berbelanja, sebaliknya ia perlu diutamakan seperti membayar bil yang mesti diselesaikan.
Walaupun struktur bajet boleh berbeza mengikut keperluan individu, asasnya tetap sama iaitu mengawal perbelanjaan agar tidak melebihi pendapatan.
Belajar Ilmu Kewangan
Ilmu kewangan adalah senjata utama untuk mengurus gaji dengan bijak tetapi malangnya tiada langsung silibus di sekolah dan universiti yang mendedahkan kita dengan ilmu pengurusan kewangan yang bijak.
Membaca buku, menghadiri seminar, atau mengikuti kursus dalam talian tentang pengurusan kewangan akan membantu meningkatkan pengetahuan.
Dengan ilmu yang betul, seseorang dapat membuat keputusan yang lebih tepat tentang simpanan, pelaburan, dan perbelanjaan.
Tips urus gaji pertama ini bukan sahaja tentang disiplin, tetapi juga tentang kesediaan untuk belajar dan memperbaiki diri.
Artikel berkaitan: IMTeen Maybank -Kelebihan & Cara Buka Akaun Simpanan Remaja
Jangan melabur tanpa ilmu
Ramai anak muda yang terjebak dengan skim ponzi atau skim cepat kaya kerana gelap mata dengan kehidupan mewah yang dijanjikan.
Realitinya, ramai yang akhirnya terpaksa menanggung hutang apabila sanggup membuat pinjaman peribadi ratusan atau puluhan ribu untuk menyediakan modal pelaburan.
Tidak semua orang layak memulakan pelaburan, lebih-lebih lagi sekiranya anda hanya mempunyai pendapatan cukup-cukup makan dan tidak mempunyai simpanan yang mencukupi, sekurang-kurangnya simpanan kecemasa selama 6 bulan.
Ingat, pelaburan juga datang dengan risiko dan duit pelaburan adalah wang yang anda sanggup hilang dan rugi sekiranya anda mengalami kerugian dalam pelaburan yang diceburi.
Mengurus gaji pertama dengan bijak merupakan langkah kritikal yang akan menentukan hala tuju kewangan seseorang untuk tahun-tahun mendatang.
Dengan mengelak daripada terjebak dalam gaya hidup mewah yang tidak berkekalan, graduan muda sebenarnya memberikan diri mereka hadiah terbaik iaitu ketenangan fikiran dan keselamatan kewangan.
Setiap keputusan kewangan yang dibuat hari ini, sama ada baik atau buruk, akan mempunyai kesan jangka panjang terhadap kehidupan masa depan.
Gaji pertama hanyalah permulaan kepada perjalanan kewangan yang panjang, dan dengan memulakannya pada landasan yang betul, ia akan memudahkan perjalanan tersebut menuju destinasi yang diimpikan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/tips-urus-gaji-pertama/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tips-urus-gaji-pertama

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cakaran Manja Pertama Dak Jasmine

Cakaran Manja Pertama Dak Jasmine

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 183 hits
16 November 2025 Ahad Tak sampai sehari dak Jasmine dah pun bagi salam perkenalan pada kerusi baru di ruang tamu Bukan salam biasa siap tinggalkan cakaran manja lagi Eh dia ni kan Sebenarnya set kerusi dan meja kopi ni pemberian kawan tempa...
Yikon Genomics Buka Makmal Genetik Canggih Pertama Di Kuala Lumpur

Yikon Genomics Buka Makmal Genetik Canggih Pertama Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 227 hits
Bidang kesihatan reproduktif dan pencegahan di Asia Pasifik melangkah setapak ke hadapan apabila Yikon Genomics peneraju global dalam teknologi genetik berketepatan tinggi membuka makmal pertamanya di Malaysia yang terletak di Kuala Lumpur ...
Gunung Berapi Hayli Gubbi Meletus Kali Pertama Dalam 12 000 Tahun

Gunung Berapi Hayli Gubbi Meletus Kali Pertama Dalam 12 000 Tahun

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 164 hits
Gunung Berapi Hayli Gubbi Meletus Kali Pertama Dalam 12 000 Tahun Sebuah gunung berapi di timur laut Ethiopia meletus buat kali pertama dalam tempoh hampir 12 000 tahun dengan asap tebal menjulang sehingga 14 kilometer ke udara menurut Pusa...
Malaysia Lancar Pasport Bateri Ev Pertama Di Asean

Malaysia Lancar Pasport Bateri Ev Pertama Di Asean

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 184 hits
Malaysia terus memperkukuh ekosistem kenderaan elektrik dengan memperkenalkan Malaysian Standard 2818 Pasport bateri untuk kenderaan elektrik Keperluan am sekali gus menjadi standard pasport bateri EV pertama di ASEAN Standard ini berfungsi
Kain Ihram Dengan Teknologi Penyejukan Pertama Di Dunia Dilancar

Kain Ihram Dengan Teknologi Penyejukan Pertama Di Dunia Dilancar

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 201 hits
Syarikat penerbangan Saudia Airlines telah melancarkan kain ihram dengan teknologi penyejukkan pertama di dunia Inovasi unik ini dihasilkan khusus untuk jemaah Haji dan Umrah Produk yang dinamakan sebagai 8216 The Coolest Ihram 8217 ini ada...
Travel Smart Musim Hujan Elak Risiko Dan Kekal Selamat

Travel Smart Musim Hujan Elak Risiko Dan Kekal Selamat

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 186 hits
Travel Smart Musim Hujan Elak Risiko dan Kekal Selamat Musim hujan seringkali menjadi cabaran tersendiri bagi sesiapa yang ingin menikmati pengalaman travel di dalam dan luar negara Hujan lebat yang turun secara berterusan bukan sahaja bole...
Pertumbuhan Ahli Kwsp Meningkat Drastik 427 329 Ahli Baru Dalam 9 Bulan Pertama 2025

Pertumbuhan Ahli Kwsp Meningkat Drastik 427 329 Ahli Baru Dalam 9 Bulan Pertama 2025

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 234 hits
Dalam sembilan bulan pertama tahun 2025 KWSP telah menerima 427 329 ahli baru menjadikan jumlah keseluruhan lebih dari 16 5 juta ahli Dari jumlah tersebut 9 07 juta adalah ahli aktif menunjukkan bahawa lebih daripada separuh tenaga kerja Ma...
Persiapan Skuad Malayan Tigress Langkah Pertama Menuju Kejohanan Antara Bangsa

Persiapan Skuad Malayan Tigress Langkah Pertama Menuju Kejohanan Antara Bangsa

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 251 hits
Skuad Malayan Tigress di bawah bimbingan Joel Cornelli telah berada di KLIA Sepang pagi tadi sebelum terbang ke Dhaka Bangladesh Mereka akan bertanding dalam dua perlawanan dalam Tri Nations Women s International Series iaitu menentang Bang...
Hiburan Noh Salleh Dan Isteri Timang Cahaya Mata Pertama Beri Nama Tara Svara Segalanya Sempurna

Hiburan Noh Salleh Dan Isteri Timang Cahaya Mata Pertama Beri Nama Tara Svara Segalanya Sempurna

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 201 hits
Penyanyi Noh Salleh berkongsi berita gembira apabila isterinya Fatin Athira Mustapa selamat melahirkan anak sulung mereka pada 21 November lalu Perkhabaran itu diumumkan sendiri oleh Noh menerusi satu hantaran penuh syukur di Instagram pada...
Panduan Lengkap Guna Aplikasi Moomoo Untuk Beginner

Azam Tahun Baru 2026 Arah Hidup Amanah Amalan Sebagai Seorang Muslim

Takbir Untuk Mas Ermieyati

Nasi Lemak Malam

Sanusi Sebagai Pengerusi Pn Ketua Ulama Pas Setuju

How The System Keeps You Comfortable And Broke

Jangan Jahil Murakkab

Bersalah Terima Rasuah Sebanyak Rm2 000 Seorang Penolong Jurutera Majlis Bandaraya Kuantan Di Denda Rm16 000


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Penggunaan Fotografi Beresolusi Tinggi Dan Teknik Analisis Gambar Moden Dalam Kimia

Mangsa Lemas Teruja Berkelah Di Pantai Sebelum Tragedi

Ambang 2026 Pdrm Perteguh Keselamatan Jalan Raya Ribuan Saman Dikeluarkan Di Selangor Dan Negeri Sembilan

Pas Akan Terus Perjuangkan Islam Sebagai Asas Utama Pemerintahan Sanusi

Nanti Saya Call Balik Lelaki Kongsi Penyesalan Tak Sempat Jumpa Ibu Sebelum Pergi

Dense Fog Disrupts Flights Across Northern And Eastern India Including New Delhi