Tips Untuk Laksanakan Kajian Tindakan Di Sekolah


Sebagai seorang guru, kenapa kita disarankan untuk selalu buat kajian tindakan?

Kajian tindakan bertujuan untuk membuat penambahbaikan dalam amalan pengajaran guru dan membantu menyelesaikan masalah kesukaran pelajar memahami kandungan pembelajaran sesuatu topik.

Kita buat kajian tindakan bukan untuk semua topik dalam silibus. Cukuplah untuk topik-topik yang pelajar kita lemah dan susah untuk dikuasai.
Kenalpasti masalah murid

Pernah tak kita terkeluar ayat ni semasa mengajar, "Kenapalah susah sangat budak-budak ni nak faham topik ni?"

Kalau pernah, mesti kaedah yang kita guna kurang sesuai kerana tahap kognitif untuk setiap topik berbeza. Betul kan? Jadi, kaedah pengajaran yang 'lama' perlu dibaiki dan dibuat penambahbaikan melalui kajian. Tujuannya adalah untuk muhasabah diri, bukannya asyik menyalahkan pelajar kita yang tak pandai.

Kajian Tindakan & Inovasi

Nanti ada yang cakap, "Leceh la nk buat kajian tindakan bagai. Macam susah je".

Cikgu, kajian tindakan tak perlu panjang-panjang pun. 2-3 muka surat pun dah boleh buat. Biasanya orang yang cakap susah nk buat sebab mereka tak tahu. Sama je kan dengan situasi pelajar kita. Kalau mereka tahu cara buat, mesti mereka cakap topik tu senang.

Bila dah ada satu kajian tindakan dan cikgu berjaya tunjukkan dalam laporan kajian bahawa kaedah baharu yang cikgu perkenalkan dapat membantu pelajar meningkatkan penguasaan dalam sesuatu topik, secara automatiknya cikgu dah hasilkan satu 'INOVASI'! Kalau kena cara, inovasi dapat, PAK-21 pun dapat. Sambil menyelam dapat juga minum air.
Wah! Macam tak percaya je cikgu dah dapat hasilkan satu inovasi. Nanti bolehlah cuba nasib masuk pertandingan atau bentangkan di seminar-seminar dan persidangan pula.

Sebab, idea cikgu perlu dikongsi juga dengan orang lain. Kalau tak, terperap je nanti dalam fail sampai kertas tu jadi kuning. Nanti, dari semasa ke semasa, cikgu boleh lagi buat penambahbaikan kalau ada cadangan drpd orang lain. Perlahan-lahan berusaha, dapatlah cuba untuk jadi 'Guru Inovatif' pula.

Format Kajian Tindakan

Untuk hasilkan kajian tindakan tak susah sebenarnya. Apa yang menjadikannya susah bila kita tak tahu.

Sebenarnya kajian tindakan tidak ada format yang tetap. Cikgu-cikgu boleh guna apa-apa sahaja format asalkan ada elemen-elemen asas Kajian tindakan. Di bawah ni saya tunjuk contoh 'outline' yang saya selalu buat tp boleh diubahsuai ikut kesesuaian kajian cikgu.

1. Pengenalan & Refleksi Diri - Nyatakan permasalahan yang berlaku dlm PdP yang lalu. Boleh tunjuk hasil kerja pelajar yang bermasalah.
2. Fokus kajian - Contohnya cikgu nak fokus tentang kemahiran menulis ke, kemahiran membaca ke, kemahiran pecahan ke. Kaitkan dengan kaedah inovasi cikgu.
3. Objektif kajian anda - kalau ada 1 pun dah ok.
4. Kumpulan sasaran - Nyatakan kajian cikgu dijalan ke atas siapa. Berapa orang murid, sekolah mana, kawasan mana dll.
5. Pelaksanaan kajian - bahagian ini tumpu kepada bagaimana anda ingin melaksanakan kajian ini. Contohnya nak guna metod apa. Sama ada pemerhatian/tinjauan, soal selidik, temu bual, pemeriksaan buku latihan atau lembaran kerja, ujian pra dan pos atau kumpulan kawalan.
6. Analisis dan dapatan hasil kajian - tunjuk keputusan2 kajian. contohnya kalau guna ujian pra dan pos, tunjuk perbezaan markah sebelum dan selepas kaedah inovasi diperkenalkan.
7. Rumusan dan refleksi akhir.
Dah siap tulis pelaporan kajian tindakan cikgu, bolehlah cuba hantar untuk mana-mana persidangan, pertandingan inovasi, seminar dan lain-lain untuk membentangkan hasil kerja cikgu pula.

Daripada pengalaman membentang kertas kajian cikgu akan dapat pelbagai 'feedback' untuk penambahbaikan inovasi cikgu dan membina rangkaian kenalan. Jangan takut untuk mencuba. Pengalaman-pengalaman seperti ini akan memberi banyak kelebihan pada cikgu. Apabila cikgu menghasilkan lebih banyak inovasi dan kajian tindakan, peluang untuk cikgu lebih luas.

Bermulalah dari bawah selangkah dan bertapaklah menuju ke tempat yang lebih tinggi.

Disunting daripada penulisan: Cikgu Mohd Ridzuan Md Nasir

Muat Turun: 

1. Manual Penulisan Kajian Tindakan (KPM)
2. Contoh-contoh Kajian Tindakan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2019/02/tips-untuk-laksanakan-kajian-tindakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kajian Mengatakan Orang Yang Berkahwin Dengan Kekasih Dari Zaman Sekolah Lebih Bahagia

Kajian Mengatakan Orang Yang Berkahwin Dengan Kekasih Dari Zaman Sekolah Lebih Bahagia

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 531 hits
Kajian Mengatakan Orang Yang Berkahwin Dengan Kekasih Dari Zaman Sekolah Lebih Bahagia Menurut kajian yang pernah dikongsikan berkahwin dengan kekasih zaman sekolah itu ternyata lebih terjamin dan bakal berakhir dengan kebahagian sehingga k...
Perhimpunan Sekolah Yang Panjang Amp Membosankan Perlu Ditukar Dr Maszlee Malik

Perhimpunan Sekolah Yang Panjang Amp Membosankan Perlu Ditukar Dr Maszlee Malik

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 390 hits
Baru baru ini Dr Maszlee Malik Menteri Pelajaran Malaysia telah membuat pengumuman bahawa perlaksanaan perhimpunan sekolah yang lama dan membosankan perlu ditukar dengan sistem yang lebih fresh Sistem perhimpunan sekolah yang sedia ada adal...
Pelajar Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah Motosikal Rempuh Perodua Viva

Pelajar Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah Motosikal Rempuh Perodua Viva

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 455 hits
EZZUAN AHMAD 13 Februari 2019 11 30 AM DUNGUN Seorang pelajar tingkatan dua yang dalam perjalanan ke sekolah maut selepas mo
Kerajaan Sedia Peruntukan Rm50 Juta Untuk Sekolah Tahfiz Berdaftar

Kerajaan Sedia Peruntukan Rm50 Juta Untuk Sekolah Tahfiz Berdaftar

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 306 hits
PUTRAJAYA Kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM50 juta untuk dimanfaatkan 815 buah sekolah tahfiz berdaftar di negara ini bagi tujuan menaik taraf dan menyelenggara sekolah berkenaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mu...
Perhimpunan Mingguan Sekolah Perlu Lebih Kreatif Maszlee

Perhimpunan Mingguan Sekolah Perlu Lebih Kreatif Maszlee

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 328 hits
KUALA LUMPUR Perhimpunan mingguan secara konvensional di sekolah akan ditambah nilai dengan memfokuskan budaya kreatif inovatif dan dinamik dalam kalangan pelajar Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata perhimpunan sekolah alaf baharu p...
Saya Rasa Sangat Malu Dan Sedih Anak Makan Sisa Makanan Dari Tong Sampah Di Sekolah

Saya Rasa Sangat Malu Dan Sedih Anak Makan Sisa Makanan Dari Tong Sampah Di Sekolah

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 442 hits
SAYA sangat malu dan sedih selepas dimaklumkan anak makan sisa makanan dari tong sampah di sekolah kata mualaf Mardinah Dabe Martin 35 ketika ditemui di rumah sewanya di Perumahan Taman Rakyat Jaya Dungun Dia yang mengakui tidak mempunyai d...
Cuaca Panas Sekolah Diminta Ambil Langkah Berjaga Jaga

Cuaca Panas Sekolah Diminta Ambil Langkah Berjaga Jaga

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 314 hits
Cuaca panas sekolah diminta ambil langkah berjaga jaga nbsp Dikemas kini 34 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 14 Feb
Nisbah Guru Murid Faktor Sistem Pendidikan Di Sekolah Pincang

Nisbah Guru Murid Faktor Sistem Pendidikan Di Sekolah Pincang

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 489 hits
Imej hiasan via skkodiang blogspot comSHAH ALAM Kadar nisbah guru dengan murid dan tekanan diterima guru menjadi antara faktor utama kepincangan pendidikan yang perlu ditangani Kementerian Pendidikan Pensyarah Fakulti Pembangunan Manusia Un...
Kali Ini Menteri Pendidikan Kena Dengan Cikgu Sekolah Rendah

Kali Ini Menteri Pendidikan Kena Dengan Cikgu Sekolah Rendah

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 822 hits
Maaf YB Menteri Yang ini saya tidak setuju Bahkan mustahil nak laksanakan Semalam banyak portal berita berkongsi hal ini Di mana Dr Maszlee selaku Menteri Pendidikan meminta semua sekolah melaksanakan Modul 10 Minit Perhimpunan yang diideak...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut