Tips Tutorial Gubahan Bunga Putih Hijau
Gubahan Bunga Putih + Hijau Inspirasi PinterestTeringat  suatu ketika dahulu, ketika aku berada di tingkatan 2 dan diarahkan  untuk membuat karangan mengenai cita-cita.  Menjadi seorang "Florist" atau  penjual bunga menjadi pilihan aku pada ketika itu memandangkan aku  masih lagi keliru dan tak tahu untuk membuat keputusan.  Antara semua  pelajar cita-cita aku lah yang paling tak glamour. Ish.
While  many other students opt to be a doctor, architect, lawyer I simply  choose to be a florist.  Well, now my career has diverted far from being  florist but I still wish someday I will open my own shop and send a  bouquet of roses to my English Teacher.  She love flower, she said.   Thank you for having faith in me. #lichatheflorist.
Inspirasi gubahan bunga pada kali ini ialah berdasarkan daripada koleksi gambar dari Pinterest. Gunakan keyword "White Green Wedding" dan bermacam-macam gambar yang akan keluar. Sememangnya akan membuatkan korang rambang mata.  Pinterest adalah tempat terbaik bagi bakal pengantin untuk mencari ilham dan  konsep perkahwinan impian kerana daripada kad jemputan, hiasan meja,  kek, doorgift dan lain-lain semuanya telah di senaraikan.  Mudah bukan?.  
Spoiler alert the pictures are so  beautiful that they will make you wanted to get married again!. Lots of  fresh ideas including the concept and the theme definitely helpful to  the future brides.  What theme do you like? Rustic, Fairytale, Garden  Wedding, or even The Great Gatsby?.  You may find them on Pinterest.
White Green Wedding on Pinterest  *---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Bahan yang diperlukan :1. Beberapa jenis bunga berwarna Putih (hydrangea, daisy, chamomile, etc)Tips : Pastikan bunga yang dipilih adalah berbeza dari segi saiz dan bentuk supaya jambangan bunga kelihatan menarik. 
2. Bunga berwarna cream / yellow-ish (peony)Untuk menambahkan keserian jambagan bunga, tidak perlu diletakkan banyak.Gunakan rule 3 :1  (3 bunga putih, 1 bunga cream)
2. Beberapa jenis dan saiz daun berwarna hijauDaun hendaklah tidak terlalu besar agar tidak kelihatan serabut.
3. Pasu kaca berbentuk silinderPasu kaca jenis tidak legap adalah paling sesuai, namun ikut kesukaan masing-masing.  
4. Bahan  asas menggubah bunga- Lidi bunga panjang- Tape bunga berwarna hijau- Gunting/ Cutter
 Cara-Caranya: Untuk cara-cara bagi membentuk bunga menjadi jambangan kecil boleh rujuk link iniGubahan Bunga Hantaran
Pastikan setiap jambangan kecil bunga mengandungi daun, bunga putih kecil, dan bunga putih besar seperti gambar dibawah:Bentukkan jambangan lain bagi bunga berwarna cream dengan menggunakan teknik yang sama. Sekuntum  bunga cream, bunga kecil, bunga besar dan daun dalam satu ikatan.   Pastikan lilitan  bunga tersebut kemas kerana kita akan menggunakan pasu  kaca jernih. Susunkan  di dalam pasu kaca tersebut dan gubahkan agar nampak menarik.  Tinggi  setiap jambangan sangat memainkan peranan agar bunga tidak nampak  terbenam dan terlalu rata apabila di pandang dari sisi.  Cadangan lain,  anda boleh juga letakkan satu daun besar di dalam pasu untuk kesan yang  lebih dramatik
 Hasil gubahan bunga yang telah siap.  Gubahan ini sesuai untuk diletakkan di pelamin, bahagian ruang tamu rumah dan untuk dekor ruang meja. 
Selamat Berbunga!  
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://lilylicha.blogspot.com/2016/08/tips-tutorial-gubahan-bunga-putih-hijau.html