Tips Simpan Sayur Dalam Peti Sejuk Agar Tahan Lama


Menyimpan sayur-sayuran dengan cara yang betul mampu membuatkan ia terus kekal segar bugar, tahan lama dan tidak mudah rosak, sekali gus menjimatkan belanja dapur dan mengelakkan pembaziran.


Perkongsian tips dari Puan Rozlyn Farah Diana ini sangatlah membantu, terutamanya buat mak-mak yang jenis beli sayur banyak untuk seminggu dan tak perlu berulang alik ke pasaraya.

Boleh ikut tip ini sebagai panduan:

Dah seminggu beli sayur ni tapi tetapi tetap dalam keadaan segar bugar lagi. Caranya senang saja.
Sebelum nak simpan, potong sayur kecil-kecil. Jangan basuh sayur tu ye. Nak guna baru basuh.Lepas tu ambil bekas kedap udara.Dah ada bekas kedap udara, boleh lapik tisu dalam bekas, lepas tu isi sayur yang sudah dipotong-potong tadi.Akhir sekali, letak sekali lagi tisu untuk bahagian paling atas sayur tu. Tujuannya untuk menyerap wap-wap air yang akan muncul nanti.Lepas tu tutup dengan penutup dan simpan elok-elok dalam peti ais.
Info Ekstra!

Untuk halia dan lengkuas boleh guna cara ini:
Rendam halia dan lengkuas dalam bekas yang berisi air.Rendam sampai tenggelam, lepas tu tutup dengan penutup bekas dan simpan dalam peti. Insyaa Allah, tahan satu bulan.Rajin-rajinlah tukar air dalam bekas tu agar tahan lagi lama.
LAGI TIPS

Ini pula tips dari Butterkicap untuk menyimpan sayur-sayuran supaya tahan lama.

Terdapat tips lain dalam menyimpan sayuran agar tahan lama sehingga tempoh 2 minggu dan ia masih kekal segar untuk digunakan. Kebiasaannya, apabila anda menyimpan sayuran dalam peti sejuk, ia akan bertukar warna kekuningan dan menjadi layu walaupun anda baru membelinya.

Sayur-sayuran yang mudah rosak dan cepat layu seperti bayam, brokoli, sawi dan sebagainya seeloknya disimpan terlebih dahulu dalam plastik sebelum anda memasuknya dalam peti sejuk.

Bagi sayur-sayuran yang dibersihkan, anda perlu menyimpannya dalam satu bekas kedap udara dan diletakkan dalam peti sejuk. Ia akan mengekalkan kesegaran sayur tersebut dan ia akan tahan lebih lama.

Bagi sayuran yang hendak dibungkus dengan 'paper towel', anda perlu mencucinya terlebih dahulu sehingga bersih bagi membuang pasir atau kekotoran pada sayuran.

Kemudian anda bungkuskan sayuran tersebut dengan 'paper towel', bertujuan mengurangkan kelembapan pada sayuran supaya ia lebih tahan lama dan masih segar digunakan untuk tempoh yang panjang sedikit.

Salah satu petua yang boleh dilakukan untuk tujuan penyimpanan sayur-sayuran lebih tahan lama ialah dengan cara berikut:

Merendam sayur-sayuran

Langkah pertama, anda perlu merendamkan sayuran selama lima hingga 10 minit. Kemudian, biarkan sehingga sayur-sayuran tersebut tenggelam. Bagi sayuran seperti kangkung dan bayam kebiasannya akan diasingkan kerana ia berpasir.

Kekalkan akarnya dan jangan potong. Ia hanya boleh dipotong apabila anda ingin memasak sayur tersebut dan bersihkan sekali lagi sebelum menggunakannya.

Tambahkan garam

Selain itu, anda boleh taburkan secubit garam ketika mencuci sayur-sayuran tersebut. Garam berfungsi untuk menghilangkan segala sisa-sisa bahan kimia atau racun serangga yang masih terlekat pada sayur-sayuran tersebut.

Anda hanya perlu rendamkan seketika dalam rendaman air garam selama lebih kurang 10 minit sebelum digunakan.

Apabila sayuran tersebut siap untuk digunakan, toskan sayuran dan biarkan dahulu selama 5 minit.

Simpan dalam bekas

Bagi sayuran yang tidak digunakan dan ingin disimpan dahulu, sediakan satu bekas kedap udara dan susunkan sayur-sayuran tersebut ke dalamnya.

Kalau anda ingin menjimatkan ruangan dalam peti sejuk, anda boleh juga menggunakan plastik kedap udara atau anda gunakan sahaja 'ziplock bag'.

Walaupun ia sudah 2 minggu dibeli, sayur-sayuran tersebut akan kekal segar seperti baru dibeli dari pasar.

Selain itu, bagi sayuran seperti daun bawang, anda boleh mengekalkan kesegarannya dengan menyimpan dalam botol plastik. Anda hanya perlu memotong daun bawang kecil-kecil dan jemurkan seketika.

Kemudian, masukkan potongan daun bawang tersebut dalam botol plastik dan letakkan ia dalam peti sejuk.

Cara mudah yang lain untuk menyimpan sayuran lebih tahan lama ialah dengan membungkus sayur-sayuran tersebut dalam kertas aluminium foil. Ia akan menjamin ketahanan sayuran selama 2 hingga 3 minggu jika disimpan rapi dalam peti sejuk. Tips ini sesuai digunakan bagi mengekalkan kesegaran daun saderi, brokoli, dan salad.

Kebiasaannya, ruangan untuk sayuran dalam peti sejuk di bahagian paling bawah. Sayur-sayuran akan mudah layu dan jika anda ingin mengekalkan kesegaran dengan cara membungkus sayuran dalam plastik atau surat khabar yang telah dilembabkan dengan rapi.

Anda diingatkan supaya tidak meletakkan sayuran dalam ruangan dingin beku kerana ia akan menyebabkan sayur-sayuran lebih cepat layu dan rosak. Pastikan suhu yang digunakan untuk menyimpan sayur-sayuran bersesuaian.

Bagi sayuran yang memerlukan suhu yang sejuk seperti jagung, buahan beri, dan cendawan, ia perlu disimpan dalam plastik dan dibalut dalam kertas dengan rapi.

Bagi sayuran yang perlu mengekalkan kelembapan, ia hendaklah disimpan dengan baik dalam ruangan laci untuk sayuran dalam plastik atau bekas kedap udara yang sesuai. Contoh sayuran seperti lobak merah, timun, sayuran hijau, sayuran kekacang dan sayur asparagus.

Bagi mengekalkan kesegaran dan kerapuhan sayuran jenis ulam-ulaman, anda hanya perlu merendam ulam-ulam dalam air yang dicampurkan dengan sedikit cuka dan perahan limau nipis.

Kemudian biarkan seketika dan tos ulam-ulaman tersebut. Ulam-ulaman tersebut akan kekal segar dan rangup walaupun dibiarkan lama sebelum dimakan.

Selamat mencuba.

BACA INI JUGA:
Tips Daging Ayam Beku Tahan Setahun Di Freezer!Lebihan Ubat Hanya Boleh Disimpan Selama Dua Bulan!
-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/05/tips-sayur-tahan-lama-dalam-peti-sejuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Cara Nak Kukus Pulut Kuning Agar Tak Basi Tahan Lama Ikut Resipi Mudah Ini

Ada Cara Nak Kukus Pulut Kuning Agar Tak Basi Tahan Lama Ikut Resipi Mudah Ini

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 714 hits
Pulut kuning sememangnya menjadi juadah pilihan pada hari raya Rasanya yang berlemak dimakan pula dengan rendang daging rendang ayam ataupun sambal bilis memang kombinasi yang sangat sedap Baca Namun juadah pulut kuning kini bukan hanya dih...
Cara Simpan Stok Herba Dedaun Bagi Tahan Lama Tak Perlu Rendam Tukar Air

Cara Simpan Stok Herba Dedaun Bagi Tahan Lama Tak Perlu Rendam Tukar Air

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 475 hits
Kebanyakan ibu bila beli stok barang basah akan beli untuk tempoh seminggu Lagi lagi dalam keadaan sekarang ni nak keluar kerap pun akan fikir banyak kali kan Tapi kadang tu akan terfikir juga jika beli barang barang ni nak simpan lama risa...
Cara Mudah Simpan Kelapa Parut Supaya Tahan Lama

Cara Mudah Simpan Kelapa Parut Supaya Tahan Lama

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 823 hits
As Salam Cara Mudah Simpan Kelapa Parut Supaya Tahan Lama Alhamdulillah Sejak PKP dan bersambung sampai bulan puasa ni susah jugak saya nak dapatkan kelapa parut fresh Fresh maksudnya kelapa yang tak berbau tengik atau nak dapatkan kelapa m...
Enam Punca Make Up Bercapuk Dan Tidak Tahan Lama

Enam Punca Make Up Bercapuk Dan Tidak Tahan Lama

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 497 hits
AssalamualaikumEnam Punca Make Up Bercapuk Dan Tidak Tahan Lama Bila raya makin hampir selain resepi kuih raya yang kian orang cari tips make up atau dikenali solekan juga makin ramai yang cari Yelaa raya mestilah nak cantik Baca Tapi macam...
Tips Cara Memasak Sambal Nasi Lemak Yang Tahan Hingga 4 Atau 5 Hari

Tips Cara Memasak Sambal Nasi Lemak Yang Tahan Hingga 4 Atau 5 Hari

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 623 hits
Tips Cara Memasak Sambal Nasi Lemak Yang Tahan Hingga 4 Atau 5 HariResepi Sambal Nasi Lemak Yang Tahan 4 5 Hari Tanpa Risau Jom baca tips hasilkan resepi sambal nasi lemak istimewa
Lama Betul Bagi Muka Tak Boleh Tahan Masuk Ig Kami Komen Good Good Pula Almy Nadia Sekat Netizen Biadab

Lama Betul Bagi Muka Tak Boleh Tahan Masuk Ig Kami Komen Good Good Pula Almy Nadia Sekat Netizen Biadab

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 464 hits
Almy Nadia sekat netizen yang tulis komen tidak beradab di Instagram miliknya SERING menerima kecaman dan komen negatif daripada netizen di laman sosial pelakon Datin Almy Nadia menegur sikap tidak beradab segelintir individu tersebut Mener...
5 Langkah Untuk Memastikan Cat Tahan Lama Ketika Membasuh Kereta

5 Langkah Untuk Memastikan Cat Tahan Lama Ketika Membasuh Kereta

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 721 hits
Musim PKPB ini mungkin ramai yang duduk di rumah dan menggunakan masa ada yang ada untuk melakukan pelbagai perkara antaranya membasuh kereta Bagi yang rajin membasuh kereta di rumah pasti mudah sahaja bagi mereka berbanding yang lebih gema...
Tips Agar Sayuran Tidak Cepat Layu

Tips Agar Sayuran Tidak Cepat Layu

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 304 hits
Sayuran sangat dibutuhkan tubuh apalagi jika sayuran yang diolah masih dalam keadaan segar Untuk mendapatkan kesegaran sayur maka setelah dibeli harus cepat cepat dimasak agar kesegaran dan vitaminnya tetap bisa dinikmati Tapi jika malas da...
7 Tips Simpan Duit Lebih Banyak Berbanding Orang Makan Gaji Beribu Sebulan

7 Tips Simpan Duit Lebih Banyak Berbanding Orang Makan Gaji Beribu Sebulan

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 586 hits
Terdapat sepasang suami isteri Kedua duanya bekerja Gaji mereka sama banyak Setiap hari gaji isteri membayar upah pengasuh anak bil semasa barang dapur barangan keperluan harian keperluan anak di samping keperluan sendiri iaitu makan tamban...
Maggi Malam S Roadside Success Sparks Controversy Over Alleged Unlicensed Operation

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Bahaya Bila Masuk Guardian Atau Watson Memacam Terbeli

Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Ainz Tulpe Introduces Hince In Malaysia

Rm12 8bil In Unclaimed Money Awaiting Owners

Business Website Boosts Credibility

Pengalaman Pertama Kali Buat Pet Ct Scan


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Curang Itu Pilihan Tapiiii

Doa Nabi Daud

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay

Rony Parulian Tak Ada Ujungnya Chord

Lirik Lagu Rakit Nadzira Shafa

14 Jumper Kereta Terbaik Untuk Kenderaan Kecil Besar