7 Tips Simpan Duit Lebih Banyak Berbanding Orang Makan Gaji Beribu Sebulan






Terdapat sepasang suami isteri. Kedua-duanya bekerja. Gaji mereka sama banyak. Setiap hari gaji, isteri membayar upah pengasuh anak, bil semasa, barang dapur, barangan keperluan harian (toiletries), keperluan anak (susu & pampers), di samping keperluan sendiri iaitu makan, tambang ke tempat kerja, & keperluan harian diri
Sewa rumah tidak dapat dibayar kerana wang tidak mencukupi. Hutang bank tidak dapat dibayar. Namun tidak pula berbelanja mewah
Sudahlah isteri yang menanggung kesemua perbelanjaan, suami pula meminta duit setiap bulan. Alasan, duit tidak cukup. Harga minyak naik. Suami membayar ansuran kereta, & memberikan duit kepada ibunya, yang beranggapan anak duduk di bandar kerja bergaji besar & hidup senang
Setiap bulan isteri memberikan duit kepada suami, untuk mencukupkan perbelanjaan yang sedia ada & ini sudah berlanjutan selama 2 tahun
Isteri ada hak kah untuk tidak memberikan duitnya kepada suami, dengan alasan untuk simpan untuk emergency? Atau dia sememangnya boleh buat begitu, kerana sepatutnya suami yang memberi nafkah kepada isteri, & bukan sebaliknya
Ramai yang bergaji kecil rasa mereka tak mampu nak menyimpan duit untuk dana kecemasan, persaraan, dan sebagainya

Tapi ini bukan alasan untuk korang berputus asa dan mengalah. Ada banyak cara dan strategi yang boleh kita gunakan untuk menyimpan duit, walaupun gaji bulanan kita tak besar

Saya  percaya, korang boleh menyimpan kalau sanggup cari dan belajar cara menyimpan yang betul. Untuk ini, saya nak kongsikan tip Jason Cabler yang boleh bantu korang menyimpan lebih banyak duit dalam bank


Tip #1: Nilai balik dan ubah kos perbelanjaan isi rumah anda.
Kos tanggungan isi rumah menjadi sebab utama ramai tak mampu nak menyimpan (walaupun sikit). Ini termasuk isu kadar sewa rumah, bil eletrik dan air, makanan, atau lain-lain perkara yang berkaitan

Secara umum, adalah elok untuk mengawal perbelanjaan isi rumah supaya tak guna lebih 25% daripada gaji kita

Mungkin kat luar kawasan Kuala Lumpur, tanggungan seperti ini tak jadi masalah sebab kos sara hidup yang berbeza. Tapi untuk yang tinggal kat kawasan bandar, ia boleh buatkan kewangan kita jatuh sakit kalau tak diurus dengan baik

Orang yang gaji beriban pun mengeluh, ini pula orang yang bergaji rendah. Kalau tak mampu nak menyewa rumah yang korang duduk sekarang, cari rumah dengan kadar sewa yang lebih rendah

Bagi yang dah membeli dan memiliki rumah, mungkin korang boleh biaya semula (refinance) rumah itu dan dapatkan duit tunai (cashback), supaya ia dapat disalurkan kat akaun simpanan atau pelaburan

Untuk yang masih bujang dah belum berkahwin, korang boleh sewakan bilik sebagai back-up untuk tanggung kadar sewa atau ansuran bulanan rumah

Duit lebihan ini, tak usah pula belanja untuk perkara yang tak patut. Fokus utama kita adalah nak menyimpan sebanyak mungkin. Buat satu akaun simpanan tetap dan simpan duit ini secara berdisiplin setiap bulan

Tip #2: Rancang setiap perbelanjaan secara teliti.
Elakkan berbelanja ikut suka hati atau semata-mata menurut hawa nafsu. Dalam banyak kes, ini antara perkara yang akibatkan kewangan kita bocor

Cara terbaik nak elakkan masalah ini terjadi adalah merancang perbelanjaan kita dengan baik

Setiap kali nak ke kedai atau pasaraya untuk membeli barang dapur, buat satu senarai barang yang kita nak beli. Dan ikut senarai itu dengan penuh berdisiplin

Beli barang yang kita tulis kat senarai itu saja, dan tak perlu gatal tangan membeli barang lain. Setiap kali dapat gaji, buat perkara ini dulu sebelum bertindak keluar membeli barang keperluan ini

Pendek cerita, strategi ini boleh elakkan korang terlebih berbelanja kat perkara yang tak patut. Dan pada masa yang sama, ia akan selamatkan kewangan korang daripada bocor tak tentu pasal

Dan strategi ini tak terhad kat perbelanjaan barang dapur semata-mata. Perbelanjaan lain seperti kos minyak kenderaan, tol, atau makanan pun, korang boleh aplikasikan strategi ini. Ia cukup fleksibel untuk kita gunakan kat rata-rata jenis perbelanjaan yang ada

Kalau korang perasan, kewangan kita senang bocor bila tak buat pelan perbelanjaan atau bajet dengan baik. Bila dah buat bajet nanti, korang akan perasan perubahan ketara dan lebih berupaya menyimpan lebih banyak setiap bulan

Tip #3: Usah segan silu beli barangan terpakai (yang masih elok).
Kalau tak banyak duit, tak semestinya tak boleh bergaya. Kedai bundle sentiasa jadi pilihan utama. Cuma, kena pandai memunggah dan cari saja. Banyak barang yang masih berkondisi elok dan barangan terpakai ini harganya murah

Saya ingat lagi masa zaman universiti dulu. Kos keseluruhan yang saya keluarkan untuk beli beberapa helai baju, seluar, dan sepasang kasut tak pernah lebih daripada RM70. Kalau beli baru, saya tak rasa boleh dapat barang sebanyak itu

Dan bukan saya seorang saja macam ini. Kalau korang baca buku Tuan Faizul Ridzuan (WTF), dia sendiri ada bercerita pasal ini. Dan saya percaya, ramai lagi orang hebat kat negara ini berkongsi cara berbelanja yang sama

Kalau korang serius nak berjimat, tak salah beli kereta, barangan eletronik, perabot dan sebagainya yang terpakai. Ada banyak kedai yang jual barangan terpakai kat sekitar Lembah Klang, dan mereka tawarkan harga yang berpatutan

Buat apa beli yang baru, kalau yang terpakai masih elok dan ia 30 hingga 50% lebih murah? Dah tentu banyak duit kita boleh jimat

Tip #4: Mengelak daripada jadi hamba abdi kad kredit.
Kalau salah guna kad kredit, kita ada potensi jadi miskin. Tahun lepas, seramai 23,484 orang muflis sebab gagal membayar pinjaman, dan antara yang jadi mangsa adalah golongan belia

Statistik ada buktikan yang ramai kecundang dek tak tahu uruskan penggunaan kad kredit dengan baik. Mentaliti “sapu dan dapat” (swipe and get) elok kita elakkan sehabis boleh supaya kita dapat elakkan masalah ini berlaku

Tambahan pula, ada kajian luar negara yang buktikan orang yang ada akses kad kredit berpotensi bebelanja lebih banyak (sebanyak 12%), berbanding orang yang tak ada

Kalau tahu diri sendiri tak boleh kawal nafsu dengan baik, elakkan memohon kad kredit untuk keselamatan korang sendiri. Tok harap, korang tak tergolong dalam angka kat atas tadi dan elakkan ia daripada terjadi sehabis boleh

Masalah ini boleh kita hindarkan dengan berbelanja secara tunai, selari dengan perancangan bajet bulanan yang bagus

Tip #5: Berikan sepenuh perhatian kat perbelanjaan kecil.
Ada tak korang kaji tabiat membeli setiap kali ke kedai runcit? Atau tabiat membeli kopi setiap pagi

Secara tak sedar, ini adalah tabiat yang makan banyak duit kita. Padahal, kita boleh buat dan bawa kopi segar dari rumah ke tempat kerja. Dah tentu ini dapat jimatkan banyak duit kita

Sama juga dengan air mineral. Tak berdosa pun kalau bawa botol air kat rumah ke pejabat. Kalau habis, boleh isi balik dan gunakan botol itu berulang kali

Makan tengahari? Boleh sediakan siap-siap kat rumah dan bawa sebagai bekal. Apa? Malu kalau kawan-kawan kat pejabat mengata? Bukan guna duit depa pun. Kalau kita tak ada duit nanti, boleh ke depa tolong kita? Belum tentu lagi kan

Kos seperti ini yang banyak gunakan duit kita setiap hari. Cuba buat kira-kira, dan korang akan perasan. Duit untuk yang selalu kita buat belanja untuk perkara ini, boleh kita simpan. Korang akan terkejut berapa banyak yang korang boleh jimatkan

Tip #6: Sekali-sekala saja layan nafsu makan kat restoran.
Tak salah kalau nak makan kat restoran. Sebulan dua tiga kali, saya tak kisah lagi. Tapi kalau selalu atau hari-hari, takut korang sendiri yang pening kepala nanti

Saya rasa, korang pun tahu yang harga makanan kat restoran berkali ganda lagi mahal, berbanding kos memasak kat rumah. Sepinggan nasi ayam dah RM5. Itu tak campur lagi dengan air honeydew, atau paling kurang pun teh o’ ais

Kos seorang melantak dah RM7 ke RM10. Kalau tiap-tiap hari layan nafsu makan macam ni, korang kira sendiri berapa banyak duit yang korang bagi kat tauke restoran tu. Senyum dia ada pelanggan macam ni

Itu baru restoran biasa. Kalau restoran high class, 5 bintang, buffet hotel, dan yang seangkatan dengan tempat macam ni, bertambah banyak lagi duit korang hangus dek semata-mata nak melayan nafsu serakah makan

Kalau korang teringin nak makan sedap-sedap, boleh je buat potluck dengan kawan-kawan. Ajak datang rumah (atau pergi ke rumah diaorang). Buat pelan dengan mereka jenis makanan yang masing-masing patut sediakan. Lagi syok, dan confirm lebih jimat

Tip #7: Jadi pemburu kupon diskaun yang sejati.
Sekarang ni, saya perhatikan banyak laman web yang tawarkan kupon secara digital yang kita boleh gunakan. Daripada nak beli baju, hingga ke barang basah dapur. Semua ada tawaran diskaun yang menarik

Yang paling best, ia dah tentu berikan nilai tak terhingga kat duit kita. Bertambah-tambah selamat duit dalam poket kita membeli barangan keperluan asas. Antara yang terbaik dari pengamatan saya seperti:
Groupon Malaysia,ShopBack,VoucherCodes,Yaloa Deals,iPrice, dan banyak lagi
Tok rasa tak patut kita abaikan laman web seperti ini, sebab ia berikan penjimatan yang cukup baik. Dah tentu duit baki lepas selesai membeli-belah nanti, kita boleh biarkan ia bersemadi dengan selamat dan aman dalam bank

Mungkin korang boleh gunakan tawaran ini sekali dengan kupon fizikal yang boleh kita dapatkan kat akhbar atau majalah. Bertambah berbaloi-baloi


Ada banyak lagi cara dan strategi jimatkan duit, dan ia tak terhad. Kalau kita perah otak dan jadi kreatif, saya percaya macam-macam lagi idea yang boleh kita fikirkan dan buat

Guna dan kaji sama ada tip kat atas ini untuk jangka masa panjang. Baru kita boleh dapatkan angka penjimatan untuk setiap satu strategi yang kita gunakan

Dan kalau ada yang boleh jimatkan banyak duit kita, tak salah gunakan ia berulang kali. Mula ubah gaya fikir (mindset) kita. Tak bermakna gaji yang sikit itu, kita tak boleh menyimpan langsung. saya doakan semoga korang berjaya ya





Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Plan HibahHubungi Mohd 01116840717www.wasap.my/+601116840717wakil AIA Public Takaful
sumber: geniustakafulblogspot

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zulfattah.com/2020/05/7-tips-simpan-duit-lebih-banyak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gaji Bawah Rm2k Wanita Kongsi Tips Kumpul Rm19k Duit Kahwin Dalam 6 Bulan

Gaji Bawah Rm2k Wanita Kongsi Tips Kumpul Rm19k Duit Kahwin Dalam 6 Bulan

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 423 hits
Siapa cakap gaji bawah RM2 000 tak boleh menyimpan sehingga RM19 000 dalam tempoh yang singkat Ianya tidak mustahil dan wanita ini telahpun membuktikannya Dilamar suami pada Februari 2019 Nurrul Shahfika Ahmad hanya memiliki simpanan sekita...
Resipi Sos Pencicah Ala Thai Buat Sekali Simpan Boleh Ulang Makan Banyak Kali

Resipi Sos Pencicah Ala Thai Buat Sekali Simpan Boleh Ulang Makan Banyak Kali

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 537 hits
Bila berpuasa ni selera nak makan tu lain macam sikit Kalau boleh nak yang sedap di tekak dan tidak meloyakan Lebih senang lagi kalau bila buat sekali boleh disimpan dan ulang makan kemudian Seperti resipi sos pencicah Thailand yang dikongs...
Taman Satwa Di Garut Bangkrut Tak Sanggup Biaya Makan Hewan Sebulan Rp220 Juta

Taman Satwa Di Garut Bangkrut Tak Sanggup Biaya Makan Hewan Sebulan Rp220 Juta

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 279 hits
Taman Satwa Cikembulan di Kecamatan Kadungora Kabupaten Garut krisisi pakan untuk ratusan satwanya
Orang Ramai Mahu Lebih Banyak Pergerakan Menurut Undian Mkn

Orang Ramai Mahu Lebih Banyak Pergerakan Menurut Undian Mkn

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 268 hits
Orang ramai mahu lebih banyak pergerakan menurut undian MKN Dikemas kini 26 minit yang lalu Diterbitkan pada 27 Apr 2020 3 3
Tips Bangkitkan Selera Makan Ketika Sahur

Tips Bangkitkan Selera Makan Ketika Sahur

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 998 hits
AssalamualaikumBismillahTips Bangkitkan Selera Makan Ketika SahurBukan kanak kanak sahaja yang kurang selera makan ketika bersahur Orang dewasa pun ada juga yang kurang berselera semasa bersahur Ada beberapa tips yang boleh diamalkan untuk ...
Resepi Murtabak Mudah Dan Menyelerakan Lebih Murah Berbanding Dipasaran

Resepi Murtabak Mudah Dan Menyelerakan Lebih Murah Berbanding Dipasaran

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 636 hits
Disebabkan tiada Bazaar RAmadhan tahun ni jom kita buat Murtabak di rumah Resepi Murtabak MiniBahan2Kulit popiaisi ayam daging di cincang3 biji kentang di potong dadu3 sudu makan rempah kari1 ulas bawang putih2 biji bawang besar di potong d...
Resipi Kuih Cornflakes Lebih Rangup Tak Melekit Makan Pun Laju Je

Resipi Kuih Cornflakes Lebih Rangup Tak Melekit Makan Pun Laju Je

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 363 hits
Sudah hampir dua minggu kita berpuasa Kebanyakan para ibu berpusu pusu mencari resipi kuih raya yang boleh dibuat Kalau boleh biarlah yang tidak menggunakan terlalu banyak bahan dan mudah untuk dibuat Antara kuih raya yang menjadi kegemaran...
Penularan Kemelut Pn Johor Lebih Kencang Berbanding Wabak Covid 19

Penularan Kemelut Pn Johor Lebih Kencang Berbanding Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 313 hits
AKMAL MANAF Susulan kemelut politik yang melanda Umno dan Bersatu di Johor ketika ini Pemerhati Politik Mohd Sayuti Omar menyifatkan ianya semakin merebak dan menular Mohd Sayuti dalam laman blognya berkata kemelut kerajaan PN di Johor namp...
Apakah Makan Direstoran Lebih Penting Dari Solat Di Masjid

Apakah Makan Direstoran Lebih Penting Dari Solat Di Masjid

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 289 hits
Pengumuman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bahawa beberapa sektor ekonomi akan dibenar beroperasi mulai 4 Mei ini telah mengundang reaksi tidak setuju yang lebih besar daripada orangramai Antara sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi mu...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri