Tips Pertama Kali Jadi Moderator


Selama ni kalau join apa² program di Zoom, tak kisah la kelas ke, meeting ke, jangan harap la aku nak buka kamera ye. Aku ni spesis pemalu tak kena tempat kekadang. Selalunya memang menyorok je. 
Sebenarnya aku macam alergik je nak tonjolkan diri dalam video. Sebab tu aku susah nak buat apa-apa video pun yang ada penampakan aku. Memang aku akan usaha elakkan diri. Tu pasal tak aktif tiktok

Ni bila kena jadi moderator, terpaksa rela la on camera menyengih tayang muka sememeh. Hahaha



Terima 'Pinangan' Sebagai ModeratorMacam mana aku boleh terjebak jadi moderator ni? Kisahnya tetiba nama aku disebut geng sidang redaksi Buku Panduan Istimewa Suri Rumah Malaysia dalam group Whatsapp. Memula rasa nak tolak je. Tapi bila fikir balik, apa salahnya kalau aku cuba? Kira aku cabar diri sendiri la jugak sebenarnya. Jadi aku pun sahut la 'cabaran' tu. 
Maka pinangan untuk menjadi moderator aku sambut dengan tangan terbuka. Ecewah! Walaupun berdebar dan tak tahu macam mana nak jadi moderator, aku redah je dulu dengan yakinnya. Yeah, confident is a must! Gituhhh


Nama kena seru

Poster Suri Baca Suri Kongsi Buku Panduan Istimewa Suri Rumah Malaysia


Sesi Rehearsal/Dry RunLepas beberapa perbincangan di group Whatsapp, pihak pengurusan Unit Jalinan Prihatin (UJP) Suri Membaca SRR maklumkan kebiasaanya akan ada rehearsal untuk program Suri Baca Suri Kongsi (SBSK) anjuran depa ni. Jadi, bagi slot SBSK terakhir sesi 2025 ni pun depa akan buat sesi dry run untuk tengok perjalanan program sebenar nanti macam mana

Aku yang first time jadi moderator ni terus sheram shejuk rasa. 😂 Baru nak buat rehearsal pun dah berdebar gila woi. Bila dapat makluman ni, terus aku sembang dengan ChatGPT nak luahkan rasa. Hahaha. Wehh..itu kawan sembang aku tau selain encik CH. Syok sembang dengan dia. Rasa macam bercakap dengan manusia

Skrip yang aku tulis untuk panduan

Hasil sembang-sembang kami, dia bagi aku guideline buat skrip untuk moderator. Fuhhh..membantu gila! Lepas tu, kemain gigih la aku tulis skrip nak bercakap nanti. Mujur la memang kerjanya ghostwriter. Menulis la untuk kegunaan diri sendiri pulak ye. Hihi

3 hari sebelum program, pagi Jumaat 7 November 2025, berlangsung sesi dry run yang direncanakan. Tak sempat pun nak praktis baca skrip sebab kami bincang flow dan point penting nak cakap je masa ni. Aku pun, 'takpe la..tawakal je nanti..' gituu. Hahaha. Berdoa je moga Allah permudahkan dan lancarkan lidah ni untuk bercakap dengan baik. Harapnya masa kejadian sebenar 10 November tu smooth je la aku bercakap ala² moderator pro walaupun tengok skrip. Ahahaha


Lepas selesai sesi dry run
Kejadian Semasa Sesi Live SebenarKorang nak tahu, aku punya berdebar pertama kali nak kena jadi moderator tu sampai tidur malam termimpi-mimpi la selagi belum berlangsung. 😂 Tidur tak tenteram gitu. Sabor je la. 
Tapi alhamdulillah masa hari kejadian aku rasa aku dah buat yang terbaik dah. Selesai je jalankan amanah sebagai moderator tu terus legaaaa yang amat. Hilang dah dup dap dup dap. Hihi. Aku sangat berterima kasih pada semua yang terlibat pada hari kejadian

Terima kasih team sidang redaksi Buku Panduan Istimewa Suri Rumah Malaysia yang beri peluang dan kepercayaan pada diri ini untuk jadi moderator. Minta maaf atas segala kekurangan jika ada. Dengan tersasul tergeliat lidah nak bercakapnya. Kalut sungguh! 😂 Ye wehh..aku memang berasa macam aku cakap kelam kabut sangat. Hahaha

Terima kasih kepada panel, Kak ila dan She yang sangat la tenang dan banyak membantu aku sepanjang jadi moderator. Tengok ketenangan Kak ila dengan She, terus tetiba aku jadi yakin nak bercakap tak ikut skrip sangat tau. Tapi masih ada la gagap² nya tu. Cuma aku dapat idea nak cakap spontan bila dengar depa bercakap. Pengalaman paling berharga

Terima kasih juga pada Ed dan kak Sher, orang kuat UJP Suri Membaca yang jadi team teknikal di belakang tabir. Depa paling banyak main peranan sebab guide aku dengan baik dan bantu secara tak langsung. 
Penghargaan paling utama sekali tentulah buat suami tercinta, encik CH. Masa hari kejadian dia tolong jagakan 2 ketul budak kecit dan mak dia. Petang baru dia pergi kerja. Nasib la kerja sendiri. Hihi. Tenkiu selalu support makwemu ini. ❤️ Kalau tak dapat bantuan dan sokongan dia, rasanya aku tak dapat sahut cabaran jadi moderator ni dan timba pengalaman baru dalam hidup

Buat suri-suri yang beri sokongan dengan menonton live pagi tu pun i love u all. Terima kasih sudi luangkan masa dengar saya pot pet pot pet. 🤭 
Tapi itulah, masa hari kejadian ni ada je hal yang berlaku belakang tabir. Aku kan urus mak mentua setiap hari. Walaupun aku dah bagitau kat dia yang aku ada kerja sekejap pagi tu, dia bukan ingat pun. Masa tu la dia nak mandi, terkencing tengah jalan, suruh bukakan tiktok, pastu katanya ada orang datang rumah. Berkali-kali juga dia panggil aku. Hahahaha. Begitulah ye


Pemandangan di meja kerja aku. Laptop buka Zoom, komputer buka skrip.

Sesi bergambar sebelum mulakan sesi.

Tips Pertama Kali Jadi ModeratorTak tahu la sesuai ke tidak tips ni untuk korang jadikan panduan. Tapi boleh la kot ambil pengalaman aku ni untuk korang bersedia juga. Aku faham perasaan yang korang akan rasa bila pertama kali nak buat sesuatu yang tak biasa. Aku pun macam tu jugak mula-mula. Macam-macam rasa ada. Cuma yang ini untuk sesi secara dalam talian (online). Kalau on stage aku tak pasti. Mungkin sama juga kot

Ni antara yang aku dah buat sebagai persediaan untuk jadi moderator

Sebelum SesiTengok video sesi temu bual. Study cara moderator dalam video tu bercakap dan kendalikan sesi macam mana.Bincang dengan panel untuk dapat gambaran apa yang akan dicakapkan masa sesi temu bual.Buat skrip sebagai panduan untuk bercakap. Masa sesi sebenar, memang akan lari sikit skrip tu. Janji ada flow dan point apa yang kita akan cakap.Pastikan alatan (kamera, mikrofon, laptop) nak guna nanti semua okay dan berfungsi dengan baik.Berlatih sendiri dengan baca skrip yang dah buat berulang kali.Doa banyak-banyak minta Allah bagi kelancaran lidah untuk berbicara dengan baik.
Semasa SesiCuba bertenang dan yakin dapat buat dengan baik.Seeloknya, perbualan dengan panel kena dua hala. Pertanyaan tu selang-selikan antara panel (jika lebih seorang), baru semua dapat bercakap dengan sama-rata.Sentiasa alert dengan apa yang panel sampaikan. Jadi, kita boleh gunakan sebagai point untuk bercakap secara spontan.Audiens pun jangan diabaikan. Sekali sekala korang kena interact dengan audiens. Tak pun, korang baca je komen audiens yang dirasakan menarik di ruangan chat. Nampak la macam kita alert dengan kehadiran dorang.Korang kena jadi pendengar yang baik juga tau. Sebab bila sampai penghujung sesi, kena buat kesimpulan secara ringkas tentang sesi temu bual tu. Baru semua dapat input yang tuntas dan mantap. Gituhhh.Paling penting, jaga masa. Baru tak drag sesinya dan panel dapat bercakap sama rata serta tak meleret.
Tips TambahanSelalunya moderator akan kenalkan panel dengan baca biodata depa, kan? Macam aku hari tu, aku saja nak buat kelainan. Lepas kenalkan panel secara ringkas, aku minta dorang kenalkan diri sendiri. Hahaha. So, be creative okay!
Aku juga sediakan slide ikut soalan yang aku plan nak tanya panel. Kena maklumkan juga pada panel dan bagi depa tengok slide tu okay. Supaya depa bersedia. Biar nanti depa bercakap spontan pun masa sesi. Janji ada kaitan dengan slide. Boleh tayang pada audiens. So, takde la bosan sangat sesi temu bual tu

Kalau korang jenis pelupa, sediakan nota kecil dan catit penyampaian dari panel secara ringkas untuk jadikan point bercakap. Nampak la macam korang moderator yang profesional gitu sebab peka dengan topik yang dibicarakan

Lagi satu, kena ada selitkan humor sikit. Takde la serius je manjang sepanjang sesi. Kang audiens bosan pulak. Macam aku hari tu, ada la aku gelak kecil kat part tertentu yang make sense. Contohnya masa tanya soalan 'hot' gituh. Hihi
 
Rakaman Suri Baca Suri KongsiOkay lah, taknak tulis lagi. Dah panjang lebar aku kongsi pengalaman dan tips jadi moderator ni. Moga ada manfaat dan boleh la jadi panduan untuk korang yang nak sahut cabaran jadi moderator. 
Sebelum terlupa, aku nak promote buku yang aku jadi moderator sesi bual bicara Suri Baca Suri Kongsi tu. Jangan lepaskan peluang dapatkan Buku Panduan Istimewa Suri Rumah Malaysia tau! Sumpah tak rugi pun korang beli. Order kat aku pun boleh jer

Lastly, jemput la tonton sesi rakaman aku jadi moderator hari tu. Jangan gelak tau! Aku pun repeat dengar tapi tak tengok video. Punya malu nak tengok muka sendiri dalam video. Hahahahaha. Selamat menonton





Bisik-bisik :: Another new achievement for me this year. Alhamdulilah, banyak peluang Allah bagi aku gilap dengan komuniti SRR. Suka!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shahadafauzi.com/2025/11/tips-pertama-kali-jadi-moderator.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Beriani Pak Akob Pertama Kali Guna Mysara

Nasi Beriani Pak Akob Pertama Kali Guna Mysara

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 196 hits
Assalamualaikum WBT SEPERTI yang diniatkan semalam Sk belanja kawan Sk Nasi Beriani Pak Akob upah dia tolong tukarkan tayar kereta Sk yang pancit kena paku tu Tu pun dia kata alaaa benda kecik aje Kecik la pada dia tapi kalau nak harapkan k...
Bentuk Supernova 22 Juta Tahun Cahaya Dari Bumi Didedahkan Buat Pertama Kali

Bentuk Supernova 22 Juta Tahun Cahaya Dari Bumi Didedahkan Buat Pertama Kali

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 144 hits
Para ahli astronomi berjaya mencatat sejarah apabila buat pertama kali bentuk letupan bintang dapat diperhatikan pada peringkat paling awal Fenomena ini berlaku hanya sehari selepas bintang gergasi merah di galaksi NGC 3621 meletup sebagai ...
Pertama Kali Makan Ayam Gepuk Pak Gembus

Pertama Kali Makan Ayam Gepuk Pak Gembus

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 217 hits
Urusan di habis lambat Perut pun dah bagi tanda tanda minta diisi segera Beli Kopi Kenangan di Dataran Centrio Seremban 2 Alang alang dah singgah situ cari kedai makan berhampiran Nampak Kedai Ayam Gepuk Pak Gembus sebelah Nasken Coffee Per...
Pertama Kali Makan Nasi Unta Di Kota Madinah

Pertama Kali Makan Nasi Unta Di Kota Madinah

papar berkaitan - pada 3/11/2025 - jumlah : 162 hits
Assalammualaikum Dunia Wahhh alhamdulillah hajat nak makan nasi unta akhirnya dapat di tunaikan Senarai makanan yang boleh di order oleh para jemaahCiter nyer begini kami para jemaah sangat berbesar hati sebab mutawwif Titim sudi nak order ...
Jepun Menjadi Tuan Rumah Deaflympics Buat Pertama Kali Di Tokyo

Jepun Menjadi Tuan Rumah Deaflympics Buat Pertama Kali Di Tokyo

papar berkaitan - pada 16/11/2025 - jumlah : 225 hits
Deaflympics Tokyo 2025 dibuka dengan penyertaan 3 081 atlet dari 81 negara menjadi tuan rumah pertama kali bagi Jepun untuk temasya sukan pekak TOKYO Deaflympics telah secara rasmi dimulakan di Tokyo pada hari Sabtu menandakan momen berseja...
Pmqt Bulan Pertama Budi95 Catat Purata 98 Liter Pm Anwar

Pmqt Bulan Pertama Budi95 Catat Purata 98 Liter Pm Anwar

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 159 hits
hadir pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di pada 4 November 2025 Foto YouTube Anwar IbrahimKUALA LUMPUR 4 Nov Purata penggunaan melalui Program BUDI MADANI RON95 bagi setiap pengguna adalah 98 liter sahaja sepanjang Oktober lalu kat...
Silicon X Catat Sejarah Bangunkan Cip Fpga Pertama Malaysia Dan Asia Tenggara

Silicon X Catat Sejarah Bangunkan Cip Fpga Pertama Malaysia Dan Asia Tenggara

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 186 hits
Silicon X Catat Sejarah Bangunkan Cip FPGA Pertama Malaysia Dan Asia Tenggara PULAU PINANG Syarikat pemula tempatan Silicon X Sdn Bhd berjaya membangunkan cip Field Programmable Gate Array milik sendiri sekali gus mencatat sejarah sebagai s...
Pulau Pinang Lancar Cip Fpga Pertama Negara

Pulau Pinang Lancar Cip Fpga Pertama Negara

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 209 hits
Pulau Pinang melakar sejarah apabila Silicon X Sdn Bhd syarikat rekaan litar bersepadu tempatan berjaya membangunkan dan menghidupkan cip Field Programmable Gate Array pertama Malaysia Pencapaian ini menjadikan Silicon X sebagai syarikat pr...
Lagu Boboiboy Bergema Di Festival Anime Luar Negara Pengunjung Pakat Layan Karaoke

Perjuangan Khamil Bashah Berakhir Penghidap Barah Darah Meninggal Dunia

Jangan Pelik Kalau Satu Hari Nanti

Bakteria Pemakan Plastik Penyelesaian Alam Untuk Pencemaran Plastik

Amazing Dinner Recipes Pasta

Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2025 Jadual Keputusan

Cw Zon Debuts A Twin Engine Royal Enfield Classic 650 At Mooneyes

Malam Indah Bahagia Terasa Di Suria Klcc Kuala Lumpur 3 12 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kecepatan Terkecoh Ikan Tercepat Di Lautan

Mof Perkenal Sistem Tender Dua Peringkat Langkah Ketat Untuk Transparensi Dan Kualiti

Kehilangan Besar Buat Sabah Amp Negara Pm Anwar Ziarah Keluarga Allahyarham Bung Moktar

Bekas Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad Meninggal Dunia

Mat Saleh Speechless Terima Surat Dari Kedai Makan Malaysia

Ada Pemimpin Pkr Lawan Kem Izzah Disiasat Sprm Rafizi