Tips Pemilihan Beras Khas Untuk Pesakit Kencing Manis


Diabetes merupakan salah satu penyakit dimana kandungan gula yang tinggi  dalam badan seseorang. Mengikut kajian Malaysia merupakan negara kedua tertinggi bilangan kes pesakit yang menghidap diabetes di Asia.
Oleh itu, ramai pesakit diabetes di Malaysia mula mengamalkan amalan hidup yang sihat dengan menolak nasi yang sebelum ini menjadi makanan ruji untuk rakyat Malaysia.
Namun tahukah anda, nasi bukan penyebab utama peningkatan kandungan gula dalam badan. Malah pesakit kencing manis masih boleh menikmati nasi tetapi mestilah memilih nasi yang sesuai.
HelloDOKTOR  telah berkongsi  2 jenis nasi yang boleh dimakan oleh pesakit-pesakit daibetes dan tips yang boleh diamalkan dalam mengawal kandungan gula dalam badan.

Kita selalu melihat individu yang menghidap kencing manis akan menitikberatkan soal pemilihan makanan. Bagaimana pula dengan beras? Adakah terdapat beras untuk kencing manis?
Beras makanan ruji Sebagai makanan ruji, beras sentiasa menjadi hidangan pilihan dan digemari hampir kebanyakan individu di Malaysia. Ia boleh dibuat nasi lemak, nasi tomato dan pelbagai hidangan masakan lain. Kebanyakan individu memakan nasi sebagai sumber utama karbohidrat dan tenaga.
Bagi sesetengah individu dengan masalah kesihatan, menikmati beras mungkin menjadi satu perkara yang membimbangkan kerana dikhuatiri memberikan kesan negatif terhadap kesihatan.
Namun sebenarnya, pemilihan beras yang mempunyai kandungan indeks glisemik (GI) yang rendah, telah terbukti bukan punca penyakit kardiovaskular dan diabetes.
Beras, selain berfungsi dalam membekalkan tenaga, ia juga mampu mencegah obesiti kerana ia tidak mengandungi lemak jahat dan kolesterol. Malah, kandungan sodium yang rendah membantu mengawal tekanan darah bagi penghidap tekanan darah tinggi.
Di samping itu, beras turut menawarkan fungsi lain seperti dapat memperbaiki pergerakan usus, menstabilkan paras gula dalam darah dan memperlahankan proses penuaan. Beras juga merupakan antara sumber yang dapat membekalkan vitamin B1 yang penting kepada badan manusia.
Penghidap kencing manis Mempunyai diabetes atau kencing manis membuatkan anda perlu lebih berhati-hati dalam aspek pengambilan makanan. Ini perlu dilakukan untuk memastikan paras gula dalam darah akan sentiasa terkawal dan menghindari risiko untuk masalah diabetes menjadi lebih kronik. Antara jenis makanan yang perlu dikawal pengambilannya adalah beras.
Sesetengah individu yang menghidap diabetes akan memilih untuk menghindari beras. Tetapi ia boleh menjadi sesuatu yang sukar untuk dilakukan bagi individu yang kerap atau sudah terbiasa mengambil nasi setiap hari. 
Jangan risau, sebenarnya, terdapat pilihan beras yang sihat untuk individu dengan kencing manis. Jadi sudah tiada kebimbangan lagi untuk anda mengambil beras (nasi) sebagai makanan ruji harian anda, seperti biasa.
Beras untuk kencing manis Jenis beras untuk kencing manis merupakan satu perkara penting untuk diambil kira. Ini kerana sesetengah jenis beras mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah berbanding jenis beras yang lain. Keadaan ini dapat mengelakkan gangguan kepada faktor berat badan serta paras gula dalam darah anda.
Terdapat dua jenis beras dengan indeks glisemik yang agak rendah dan selamat untuk diambil oleh individu yang menghidap diabetes, iaitu:
Beras Basmati
Beras basmati adalah salah satu jenis beras untuk kencing manis yang paling sihat buat penghidap masalah kesihatan ini. Ia kerana beras basmati mempunyai indeks glisemik sekitar 43-60, yang termasuk dalam kategori indeks glisemik rendah hingga sederhana. Jadi, beras basmati lebih selamat untuk membantu mengawal kadar gula dalam darah.
Sekitar 100 gram beras basmati putih yang dimasak mengandungi 150 kalori, 3 gram protein dan 35 gram karbohidrat. Sementara itu, 100 gram beras basmati perang mengandungi 162 kalori, 1.5 gram lemak, 3.8 gram protein, 33.8 gram karbohidrat dan 3 gram serat. Kehadiran serat dalam makanan yang anda makan dapat menjadikan kadar gula darah anda lebih terkawal.
Beras perang
Kajian dari Harvard Health Publishing, menyatakan beras perang mengandungi indeks glisemik dalam jumlah 50, yang termasuk dalam kategori rendah. 
Oleh itu, beras dianggap sebagai salah satu jenis beras untuk kencing manis yang selamat untuk diambil. Bukan sahaja indeks glisemik rendah, kandungan serat dalam beras perang juga agak banyak berbanding beras putih. Ini menjadikan beras perang sebagai makanan yang tidak akan mempengaruhi paras gula darah. Keadaan ini adalah kerana serat yang terkandung di dalamnya boleh menghalang pembebasan glukosa (gula) ke dalam darah.
Dalam 100 gram beras perang mengandungi 163.5 kalori, 34.5 gram karbohidrat, 3 gram serat, 1.5 gram lemak dan 3.4 gram protein. Bukan itu sahaja, beras perang juga dilengkapi dengan vitamin dan mineral, seperti vitamin B, besi, kalsium, dan zink.
Kawal saiz hidangan Walaupun beras basmati dan beras perang boleh menjadi beras yang sihat untuk diabetes, anda masih perlu memberi perhatian kepada saiz bahagian hidangan anda. Ini kerana beras basmati dan beras perang masih berada dalam kumpulan karbohidrat yang boleh menjejaskan tahap gula darah, walaupun tidak seburuk beras putih.
Di samping itu, pertimbangkan juga bahagian makan makanan lain yang mengandungi karbohidrat, seperti roti, kentang, mi, pasta, dan lain-lain. Sekiranya anda telah memakan nasi, anda harus menyingkirkan makanan lain yang mengandungi karbohidrat.
Pastikan pengambilan beras dalam diet pemakanan harian anda diiringi oleh banyak sumber makanan sayuran dan protein tanpa tepung, seperti ikan, ayam, tofu, tempe, atau daging.
Dalam masa yang sama, pastikan anda juga mengawal pengambilan gula tambahan serta makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. 
Pilihlah produk makanan bebas kandungan gula atau anda boleh menggantikan pengambilan gula dengan pemanis khas untuk diabetes yang rendah kalori dan tidak mempunyai kandungan gula.
Hidangan sampingan Kesan makanan pada gula dalam darah berbeza apabila ia dimakan sendiri atau dimakan bersama dengan makanan lain. Sebagai contoh, memakan semangkuk beras sendiri boleh menyebabkan peningkatan secara mendadak paras glukosa darah berbanding jika ia dimakan bersama daging dan sayuran.
Tempoh memasak Tempoh memasak sesuatu makanan juga akan memberikan kesan kepada paras indeks glisemik (GI). Ini kerana memasak akan memecahkan struktur makanan: membuatkan ia lebih mudah untuk dicerna dan akan meningkatkan kadar gula dalam darah.
Sebagai contoh, mengambil bubur mempunyai kadar GI yang lebih tinggi daripada beras biasa, pasta yang dimasak lembut mempunyai paras GI lebih tinggi daripada al dente pasta dan kentang putar mempunyai GI yang lebih tinggi berbanding kentang bakar.
Makanan diproses Makanan yang diproses kebiasaannya cenderung untuk  mempunyai GI yang lebih tinggi. Contohnya, tepung putih mempunyai kadar indeks glisemik lebih tinggi berbanding gandum. Keadaan ini berlaku kerana proses pengisaran akan memecahkan lapisan pelindung pada bijirin, sekali gus menjadikan ia lebih mudah dicernakan.
Bersenam Untuk menguruskan diabetes, senaman juga merupakan antara perkara penting dalam membantu mengawal masalah kesihatan ini. Diet pemakanan yang betul bersama senaman fizikal boleh membantu mengawal berat badan sekali gus mengurangkan tahap glukosa dalam darah – keadaan ini berlaku apabila sel-sel otot lebih sensitif terhadap insulin.
Melakukan senaman juga boleh menurunkan kadar kolesterol darah dan tekanan darah tinggi. Dengan itu, risiko untuk terdedah kepada penyakit kardiovaskular (jantung) akan berkurangan. Malahan bersenam juga dapat membuatkan anda berasa lebih baik, dari segi emosi serta meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.
Walau bagaimanapun, sebelum memulakan sebarang aktiviti senaman mahupun fizikal, pastikan anda merujuk kepada doktor anda untuk mengetahui sama ada anda boleh melakukan senaman dan apakah aktiviti yang selamat untuk dilakukan. 
Mengurangkan berat badan Penurunan berat badan yang berlebihan juga dapat membantu mengawal diabetes dengan menjadikan badan lebih sensitif terhadap insulin, sekali gus menurunkan paras gula dalam darah. 
Jika anda mempunyai perancangan untuk mengurangkan berat, anda dinasihatkan untuk mengehadkan pengambilan makanan serta melakukan lebih banyak aktiviti fizikal. Ia adalah untuk mengurangkan pengambilan tenaga daripada makanan.
Kesimpulan  Jika anda sebagai individu yang mempunyai masalah kesihatan diabetes, anda tidak perlu menjadikan ia sebagai alasan untuk mengelakkan daripada menjadikan beras sebagai hidangan ruji anda.
Perkara yang perlu anda lakukan adalah untuk mengawal saiz hidangan beras yang diambil, melakukan senaman serta menjaga aspek kesihatan secara keseluruhan. 
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Sumber: helloDOKTOR
The post Tips Pemilihan Beras Khas Untuk Pesakit Kencing Manis appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/05/18/tips-pemilihan-beras-khas-untuk-pesakit-kencing-manis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Persatuan Barber Mohon Bantuan Khas Persatuan Tukang Urut Senyap Pulak Hmmmm

Persatuan Barber Mohon Bantuan Khas Persatuan Tukang Urut Senyap Pulak Hmmmm

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 354 hits
Sebuah persatuan penggunting rambut India memohon Putrajaya dan kerajaan Pulau Pinang menyediakan bantuan kewangan khusus untuk tukang gunting rambut yang teruk terjejas akibat penularan pandemik Covid 19 Pengerusi Maruthuvar Sangam Pulau P...
Bantuan Khas Sempena Aidilfitri Tahun 2020

Bantuan Khas Sempena Aidilfitri Tahun 2020

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 458 hits
BANTUAN Khas Aidilfitri 2020 bernilai RM500 akan dibayar kepada penjawat awam pada 20 Mei ini kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman Katanya bantuan itu membabitkan pegawai Perkhidmatan Awam Persek...
Kedah Pula Jatuh Sidang Media Khas Tengah Hari Ini

Kedah Pula Jatuh Sidang Media Khas Tengah Hari Ini

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 282 hits
Dua anggota Dewan Undangan Negeri Kedah dijangka membuat pengumuman yang bakal memberi kesan kepada kedudukan kerajaan negeri pimpinan Mukhriz Mahathir Dr Robert Ling Kui Ee dan Azman Nasrudin pagi ini mengeluarkan undangan ke sidang media ...
Penjawat Awam Terima Bantuan Khas Aidilfitri Rm500 Pesara Rm250

Penjawat Awam Terima Bantuan Khas Aidilfitri Rm500 Pesara Rm250

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 387 hits
KUALA LUMPUR Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 20 Mei 2020 akan menerima Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 sebanyak RM500 pada 20 Mei ini Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia Datuk M...
Mohon Bantuan Kewangan Khas Untuk Tukang Gunting Rambut

Mohon Bantuan Kewangan Khas Untuk Tukang Gunting Rambut

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 401 hits
Persatuan penggunting rambut India Penang Maruthuvar Sangam memohon kerajaan Persekutuan dan kerajaan Pulau Pinang menyediakan bantuan kewangan khusus untuk tukang gunting rambut yang terjejas teruk sejak penularan pandemik COVID 19 Pengeru...
Bank Rakyat Tawar Pembiayaan Khas Sehingga Rm300 000 Wan Junaidi

Bank Rakyat Tawar Pembiayaan Khas Sehingga Rm300 000 Wan Junaidi

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 310 hits
Bank Rakyat mengambil langkah proaktif dalam membantu individu dan perniagaan yang terjejas daripada kesan ekonomi akibat pandemik COVID 19 yang berterusan dengan menawarkan pelbagai bantuan kewangan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperas...
Telefilem Khas Hari Guru Bertajuk Jalan Lain Ke Sekolah Pada Sabtu Ini 16 Mei Pukul 9 30 Malam Di Tv2

Telefilem Khas Hari Guru Bertajuk Jalan Lain Ke Sekolah Pada Sabtu Ini 16 Mei Pukul 9 30 Malam Di Tv2

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 658 hits
Telefilem khas hari guru bertajuk Jalan Lain Ke Sekolah pada Sabtu ini 16 Mei pukul 9 30 malam di TV2 Lakonan Azam Pit Jovenea Jim Clarice John Martha Bibi Norsarah Jubar Julien dan Mohd Khafie Carrie Didie Maxine Julian
Telefilem Khas Ramadhan 10 Malam Terakhir 16 Mei 2020 Jam 8 00 Malam Di Saluran Tv Okey Rtm

Telefilem Khas Ramadhan 10 Malam Terakhir 16 Mei 2020 Jam 8 00 Malam Di Saluran Tv Okey Rtm

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 1158 hits
Telefilem khas Ramadhan 10 Malam Terakhir 16 Mei 2020 jam 8 00 malam di saluran TV Okey RTM Lakonan Syafie Naswip Aedy Ashraf Liyana Jasmay Nik Adam Mika Laila Nasir Bohari Ibrahim Saidi Sabri Amirulhafiz
Tarikh Akhir Permohonan Geran Khas Prihatin Pada 15 Mei

Tarikh Akhir Permohonan Geran Khas Prihatin Pada 15 Mei

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 404 hits
Tarikh akhir permohonan adalah pada Jumaat ini menurut kenyataan Lembaga Hasil Dalam Negeri hari ini Justeru LHDN menyeru Perusahaan Kecil dan Sederhana mikro yang berkelayakan untuk mengisi borang permohonan dengan segera dan tidak menungg...
Unifi Business And Tng Digital Announce Strategic Collaboration To Accelerate 5g Adoption Among Msmes

Sarapan Pagi Di Kedai Atok Legacy Rawang

Dia Ingat Dalam Dunia Ni Semua Free Agaknya

Contoh Soalan Uasa 2024 Tingkatan 1 2 3 Tahun 4 5 6 Jawapan

Anwar Thanks Egypt For Backing Malaysia S Brics Application As He Kicks Off Visit

Day Passes For Rapidkl Services Launched For Visit Malaysia Year 2026

Ubn Bertemu Habib Salim Segaf Al Jufri Ini Yang Dibahas

Does It Make Sense For A Bachelor To Cook For Himself Herself


echo '';
Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online

Resepi Sos Hijau Vietnam Roll Paling Lemak dan Berkrim

Biodata Terkini Sheila Abdull Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Mungkinkah


It Firm Names For Startups

Aktiviti Badminton Santai Family

Pertandingan Fotografi Foto Alam Ig Challenge

Drama Berbahagi Suami

Sudah Terdedahkah Sepenuhnya Skandal 1mdb Dalam Mahkamah

Barbarik Kasmaran Selamanya Chord