Persatuan Barber Mohon Bantuan Khas Persatuan Tukang Urut Senyap Pulak Hmmmm
Sebuah persatuan penggunting rambut India memohon Putrajaya dan kerajaan Pulau Pinang menyediakan bantuan kewangan khusus untuk tukang gunting rambut yang teruk terjejas akibat penularan pandemik Covid-19
Pengerusi Maruthuvar Sangam Pulau Pinang, M Tamilmany berkata, setakat ini tiada bantuan khas disediakan untuk golongan itu dan rata-rata pemilik kedai gunting rambut kehilangan punca pendapatan kerana tidak dibenarkan beroperasi sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP)
“Di Pulau Pinang ada lebih kurang 150 kedai gunting rambut melibatkan kira-kira 450 tukang gunting rambut. Kehidupan kami terjejas teruk. Lebih 2 bulan kedai tidak dibuka dan kami tidak mempunyai pendapatan. Kami kehilangan punca pendapatan antara RM2,000 ke RM3,000 sebulan.
“Ada di antara kami yang hanya mendapat upah apabila bekerja saja. Kebanyakan tukang gunting rambut adalah golongan berpendapatan harian dan ada di antara mereka yang dibayar komisen mengikut bilangan orang yang menggunting rambut,” Beliau berkata, pihaknya akan menghantar surat kepada Ketua Menteri, Chow Kon Yeow untuk memohon bantuan kewangan daripada kerajaan negeri hari ini
Bendahari persatuan itu, V Tharmaraj meminta kerajaan memberi kebenaran kepada pemilik premis gunting rambut, terutamanya di zon hijau untuk beroperasi semula sepanjang perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB)
Pemilik premis akan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) di bawah PKPB dan rata-rata pemilik premis juga bersedia beroperasi semula
“Untuk peringkat permulaan ini, saya mencadangkan kerajaan hanya benarkan perkhidmatan gunting rambut saja. Ini kerana ramai pelanggan yang meminta kami pergi ke rumah untuk gunting rambut, tapi kami tidak boleh melaksanakannya demi mematuhi arahan PKP
“Kami bersedia mengikuti SOP yang ditetapkan seperti menjaga jarak sosial, menggunakan pelitup muka, menyediakan cecair pembasmi kuman, melakukan disinfeksi harian premis dan sebagainya
“Saya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan ini,”
FMT
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://bankami.blogspot.com/2020/05/persatuan-barber-mohon-bantuan-khas.html