Mohon Bantuan Kewangan Khas Untuk Tukang Gunting Rambut


Persatuan penggunting rambut India, Penang Maruthuvar Sangam, memohon kerajaan Persekutuan dan kerajaan Pulau Pinang menyediakan bantuan kewangan khusus untuk tukang gunting rambut yang terjejas teruk sejak penularan pandemik COVID-19.
Pengerusinya, M. Tamilmany berkata setakat ini tiada bantuan khas disediakan untuk golongan itu dan rata-rata pemilik premis gunting rambut kehilangan punca pendapatan kerana kedai tidak dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Di Pulau Pinang ada lebih kurang 150 kedai gunting rambut melibatkan kira-kira 450 tukang gunting rambut. Kehidupan kami terjejas teruk. Sudah lebih dua bulan kedai tidak dibuka dan kami tidak mempunyai pendapatan bulanan. Kami kehilangan punca pendapatan antara RM2,000 ke RM3,000 sebulan.
“Ada di antara kami yang hanya mendapat upah apabila bekerja sahaja. Kebanyakan tukang gunting rambut adalah golongan berpendapatan harian dan ada di antara mereka yang dibayar komisen mengikut bilangan orang yang mereka telah gunting rambut,” katanya kepada Bernama.
Berikutan itu, beliau berkata pihaknya akan menghantar surat kepada Ketua Menteri Chow Kon Yeow untuk memohon bantuan kewangan daripada kerajaan negeri hari ini.
Sementara itu, Bendahari persatuan itu V. Tharmaraj meminta kerajaan memberi kebenaran kepada pemilik premis gunting rambut terutamanya di kawasan zon hijau untuk membuka semula operasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Beliau berkata pemilik premis akan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) di bawah PKPB yang telah ditetapkan dan rata-rata pemilik premis juga telah bersedia untuk beroperasi semula.
“Untuk peringkat permulaan ini, saya mencadangkan kerajaan hanya benarkan untuk perkhidmatan gunting rambut sahaja. Ini kerana ramai pelanggan yang meminta kami pergi ke rumah untuk gunting rambut tapi kami tidak boleh melaksanakannya kerana mematuhi arahan PKP.
“Kami bersedia untuk mengikuti SOP yang telah ditetapkan seperti menjaga jarak sosial, menggunakan pelitup muka, menyediakan cecair pembasmi kuman, melakukan disinfeksi harian premis dan sebagainya. Saya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan ini,” katanya yang berkhidmat sebagai tukang gunting rambut selama 18 tahun.
Sumber: BERNAMA


The post Mohon Bantuan Kewangan Khas Untuk Tukang Gunting Rambut appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/mohon-bantuan-kewangan-khas-untuk-tukang-gunting-rambut/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semakan Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Kewangan Kepada Penjawat Awam Persekutuan Negeri Sarawak

Semakan Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Kewangan Kepada Penjawat Awam Persekutuan Negeri Sarawak

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 970 hits
SEMAKAN TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN KEPADA PENJAWAT AWAM PERSEKUTUAN NEGERI SARAWAK Bantuan Khas Kewangan kepada Penjawat awam Persekutuan yang bertugas di Sarawak Bayaran akan dikreditkan pada tarikh gaji bulan 13 Mei 2020 Suka...
Persatuan Barber Mohon Bantuan Khas Persatuan Tukang Urut Senyap Pulak Hmmmm

Persatuan Barber Mohon Bantuan Khas Persatuan Tukang Urut Senyap Pulak Hmmmm

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 419 hits
Sebuah persatuan penggunting rambut India memohon Putrajaya dan kerajaan Pulau Pinang menyediakan bantuan kewangan khusus untuk tukang gunting rambut yang teruk terjejas akibat penularan pandemik Covid 19 Pengerusi Maruthuvar Sangam Pulau P...
Gunting Rambut Dengan Cara Dibakar

Gunting Rambut Dengan Cara Dibakar

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 525 hits
Mungkin kebanyakan orang berfikir jika rambut yang ada dibakar maka bentuknya akan semakin rosak namun di China ada tempat pemotongan rambut yang mempunyai cara khusus untuk mendapatkan gaya rambut yang terbaik yakni dengan cara dibakar Sal...
Kerajaan Sedang Teliti Sop Sebelum Benarkan Kedai Gunting Rambut Dibuka Kkm

Kerajaan Sedang Teliti Sop Sebelum Benarkan Kedai Gunting Rambut Dibuka Kkm

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 457 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kementerian Kesihatan akan meneliti prosedur operasi standard sebelum membenarkan perkhidmatan gunting rambut beroperasi semula Kerajaan telah terima surat dari persatuan terseb...
Bantuan Khas Sempena Aidilfitri Tahun 2020

Bantuan Khas Sempena Aidilfitri Tahun 2020

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 558 hits
BANTUAN Khas Aidilfitri 2020 bernilai RM500 akan dibayar kepada penjawat awam pada 20 Mei ini kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman Katanya bantuan itu membabitkan pegawai Perkhidmatan Awam Persek...
Mereka Tak Menderita Apa Apa Mef Kritik Bantuan Khas Aidilfitri Buat Penjawat Awam

Mereka Tak Menderita Apa Apa Mef Kritik Bantuan Khas Aidilfitri Buat Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 576 hits
Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM500 akan diberikan kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 20 Mei 2020 small Cover image via Astro Awani small Pada 11 Mei lalu Ketua Pengarah Perkhidma...
Malaysia Selidik Cadangan Pembukaan Semula Kedai Gunting Rambut Selepas Munculnya Kluster Baru Di Jepun Dan As

Malaysia Selidik Cadangan Pembukaan Semula Kedai Gunting Rambut Selepas Munculnya Kluster Baru Di Jepun Dan As

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 467 hits
PUTRAJAYA Ketua Pengarah Kesihatan Dato Seri Dr Noor Hisham bin Abdullah mengatakan bahawa kerajaan tidak membenarkan kedai gunting rambut dibuka kerana terdapat kumpulan yang terkena jangkitan selepas memotong rambut Kejadian seperti itu t...
Berlapang Dada Jangan Pertikai Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam Cuepacs

Berlapang Dada Jangan Pertikai Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam Cuepacs

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 485 hits
Kongres Kesatuan Pekerja pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam meminta semua pihak supaya berlapang dada dan tidak mempertikaikan keputusan kerajaan memberikan bantuan khas Aidilfitri kepada penjawat awam Presidennya Adnan Mat menegaskan pihak...
Ismail Sabri Gunting Rambut Di Rumah Pelanggan Adalah Dilarang

Ismail Sabri Gunting Rambut Di Rumah Pelanggan Adalah Dilarang

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 351 hits
KUALA LUMPUR Perkhidmatan gunting rambut adalah tidak dibenarkan kerana masih tersenarai dalam perkara yang dilarang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Perintah larangan ini adalah termasuk larangan untuk memberikan perkhidmata...
Local Pharma Players Pivot Toward High Value Exports To Protect Margins

Cuktech Unveils Smart Charging Essentials For Every Modern Device

Lebih Dari Sekadar Kesedihan Memahami Pelbagai Bentuk Gangguan Mental

Detractors Troll Pmx For Getting Syiok Over Light Stick Gift From South Korean Rapper G Dragon

Jadual Acara Berpasukan Sukan Sea 2025 Thailand Bola Sepak Lelaki Bola Sepak Wanita Bola Jaring Dan Bola Tampar

Tips Berkesan Menjaga Hubungan Jarak Jauh

Alam Dan Manusia Another Confusing Experiment At The Expense Of Malaysian Students

Iium S Weak Defence Of Academic Irresponsibility


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Turap Jalan Yang Rosak Teruk

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Beli Pokok Landskap Pisonia Grandis Online

Drama Impiana Karma

Menikmati Tau Fu Fah Kayangan Di Dinoy By The Soya Seremban

Resipi Kuih Abok Abok Sedap Mudah Kuih Tradisional Paling Diminati