Tips Pemakanan Sihat Di Bulan Ramadan
Ketika bulan Ramadan menjelang, inilah masanya untuk umat islam khususnya menfokuskan diri pada amal ibadah dan waktu yang berkualiti bersama keluarga. Selama sebulan, kita perlu menjaga kebiasaan makan kita untuk memastikan pemakanan dan faedah makanan yang betul kerana berlaku nya perubahan waktu makan yang berbeza dari kebiasaannya.
Sahur dan Iftar (berbuka puasa) merupakan waktu makan utama dalam bulan Ramadan. Disebabkan waktu makan yang singkat ini, pemilihan makanan yang seimbang dan berkhasiat amat penting bagi memastikan umat Islam mendapat tenaga mencukupi dan mengelakkan masalah kesihatan seperti gastrik, sakit kepala, sembelit atau aras gula darah terlalu rendah/hipoglisemia (kurang daripada 3.8 mmol/L) bagi pesakit kencing manis sepanjang tempoh satu bulan berpuasa
Oleh yang demikian, kalini saya nak kongsikan dengan korang tentang beberapa resipi sihat dan sedap menggunakan Kentang A.S sebagai ramuan utama yang boleh korang cuba sebagai menu di bulan Ramadan dari Pakar Diet dari KPJ Damansara, Cik Rushda Adiba Ismail. Bukan itu sahaja, Cik Rushda Adiba juga sudi berkongsi mengenai khasiat and perincian nutrient yang ada dalam Kentang A.S dan beberapa tips pemakanan yang penting dalam bulan Ramadan
Berikut adalah cadangan hidangan berasaskan ubi kentang yang sesuai untuk bersahur atau berbuka puasa. Bagi resepi berikut, US Russet potatoes digunakan kerana kualiti dan pelbagai variasi masakan tempatan dan masakan barat yang boleh disediakan. Pemilihan ubi kentang U.S sebagai juadah berbuka puasa atau semasa bersahur sangat digalakkan kerana masa penyediaan yang ringkas dan dalam masa yang sama membekalkan tenaga dan nutren penting bagi tubuh badan manusia. Selamat mencuba
RESIPI MENGGUNAKAN UBI KENTANG U.S
Resipi Sup Sayur dengan Kentang A.S. (U.S. Potatoes)
Bahan-bahan
1 biji kentang A.S Russet, dipotong dadu½ batang lobak merah, dipotong panjang1 biji tomato, dipotong 4Bunga kobisSawi300 gram isi ayam, potong kecil3 sudu makan minyak masakSecubit garamBahan Tumis
1 batang kayu manis1 kuntum bunga lawang2-3 tangkai cengkih3 biji buah pelagaBahan tumbuk / kisar
1 inci halia3 ulas bawang merah2 ulas bawang putihStep MemasakPanaskan minyak dalam periuk.Tumis bahan tumis bersama bahan kisar/tumbuk. Tumis hingga naik bau dan pecah minyak.Masukkan air, kentang A.S, lobak merah dan isi ayam. Masak hingga empuk.Masukkan sawi, bunga kobis, tomato dan didihkan sebentar. Masukkan garam secukup rasa.Sedia untuk dihidang.
Resipi Ubi Kentang A.S. (U.S. Potatoes) Bakar Inti Sambal Bilis
Bahan-bahan
4 biji ubi kentang A.S Russet (sederhana besar)GaramKeju MozarelaBrokoli potong kecil, stimMinyak masakBahan Inti
15 tangkai cili kering2 biji bawang besar4 ulas bawang putih50 gram ikan bilis2 sudu makan asam jawaSecubit garam/gulaStep Memasak
Bersihkan semua kentang A.S dan rebus tanpa dipotong dan tidak perlu dibuang kulit. Rebus hingga empuk.Taburkan garam ke dalam air rebusan.Apabila empuk, angkat dan biarkan sejuk.Untuk inti:Kisar cili kering, bawang merah dan bawang putih.Panaskan minyak, masukkan bahan kisar kacau hingga garing.Sementara itu, goreng ikan bilis dalam kuali berasingan.Setelah sambal garing dan pecah minyak, masukkan air asam jawa, perasakan dengan garam dan gula.Masukkan ikan bilis dan gaul rata.Setelah sambal bilis siap,belah ubi kentang A.S dan keluar isi di bahagian tengah.Gaulkan isi kentang A.S tadi dengan sambal ikan bilis.Masukkan gaulan tersebut ke dalam kentang A.S yang dikorek tadi.Taburkan keju mozarela.Bakar selama 5 -10 minit pada suhu 200˚cHiaskan dengan hirisan brokoli.Sedia untuk dihidang.KEBAIKAN UBI KENTANG U.S
Dengan pengetahuan fakta-fakta di bawah yang berkaitan dengan kebaikan nutrien yang terdapat dalam Kentang A.S, ia adalah ramuan yang sangat baik dan serba boleh untuk digunakan dalam penyediaan makanan untuk iftar and sahur
Kentang A.S. ialah contoh sumber karbohidrat yang baik. Ia kaya dengan Vitamin B6 dan C. Kentang bersifat serba guna dan mengenyangkan, menjadikannya sumber makanan yang berkhasiat tinggi.Kentang A.S. diminati ramai kerana mutunya yang tinggi. Ini kerana suhu penanaman yang ideal, tanah yang subur, pemprosesan terkini dan kepakaran yang diwarisi sejak turun-temurun. Semua faktor ini menjadikan kentang A.S. antara kentang yang terbaik dunia. Tambahan lagi, piawaian ketat industri yang memenuhi semua spesifkasi Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan A.S., memastikan Kentang A.S. selamat dan bermutu tinggi.Kentang A.S tidak mengandungi lemak, natrium atau kolesterol. Malah, ia hanya mempunyai 110 kalori setiap hidangan.Ubi kentang merupakan salah satu sumber karbohidrat kompleks yang mudah didapati dan membekalkan tenaga bagi umat Islam berpuasa ketika bulan Ramadan. Karbohidrat kompleks memberikan rasa kenyang yang lebih panjang. Aras gula darah akan lebih terkawal dengan pengambilan karbohidrat kompleks semasa bersahur atau Iftar. Masyarakat Malaysia perlu tahu bahawa ubi kentang sama seperti nasi, roti, biskut dan lain-lain, iaitu dalam kategori makanan karbohidrat. Oleh itu, kuantiti yang diambil perlulah bersederhana dan seimbang.
Selain membekalkan tenaga berpanjangan semasa seharian berpuasa, ubi kentang (mentah) mengandungi sumber kalium (potassium) yang tinggi dan tidak mengandungi lemak (fat-free). Kalium adalah elektrolit penting yang mengekalkan fungsi otot dan menjaga keseimbangan cecair dalam badan. Ubi kentang juga mengandungi vitamin C yang diperlukan oleh tubuh manusia bagi menguatkan sistem imuniti badan. Ketika seluruh dunia dilanda wabak Covid-19, kita perlulah bersyukur kerana bekalan makanan negara stabil dan makanan tinggi vitamin C mudah didapati bagi meningkatkan daya tahan badan
Antara tips pemakanan yang penting dalam bulan Ramadan adalah seperti berikut:Kekal hidrasi sepanjang tempoh 13 jam berpuasa. Minum air masak secukupnya semasa bersahur dan Iftar. Cadangan hidangan adalah minum segelas air masak setiap jam sebelum tidur.Sayur-sayuran dan buah-buahan amat digalakkan ketika bersahur dan Iftar kerana dapat membekalkan serat dan dapat mengelakkan masalah sembelit.Tidak lupa juga pengambilan sumber protein seperti ikan, ayam, telur, daging, soya, susu dan produk tenusu.Bersahur setiap hari dan digalakkan melewatkan bersahur sebelum masuk waktu Imsak. Pilihan makanan sahur yang dicadangkan daripada sumber karbohidrat kompleks seperti beras perang, roti bijirin penuh, kentang, oats dan lain-lain.Untuk mengetahui lebih tentang Kentang A.S, sila lawati laman web www.uspotatogoodness.com.my
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mawardiyunus.com/2020/04/tips-pemakanan-sihat-di-bulan-ramadan.html