Masih ada juga di antara anda tidak suka membela kucing mahupun tidak langsung berminat untuk memelihara kucing sebagai haiwan peliharaan di dalam rumah. Malah ada jiran yang membela kucing tetapi tidak mengendahkan langsung dengan kucing yang dilepaskan di halaman rumah sehingga membiarkan kucingnya poo & pee di halaman rumah jirannya. Ini boleh membuatkan jiran anda akan merasakan tidak senang hati dan selesa dengan bau najis kucing yang kurang menyenangkan berada di halaman rumahnya sehinggakan menimbulkan rasa kebencian terhadap jiran serta kucingnya itu.
Berdasarkan pengalaman yang ada, walaupun kami juga pernah mengalami masalah seperti ini, disini kami bersedia untuk berkongsi tips mudah, sangat mujarat dan ianya terbukti berkesan sehingga kucing tiada lagi datang untuk poo & pee dihalaman rumah kami. Kami juga telah mencuba dengan mengisi air sirap (warna merah) kedalam botol plastik dan meletakkannya di kawasan yang selalu di jadikan spot untuk kucing poo & pee, keputusannya, gagal. Akhirnya jalan penyelesaian kami ditemui dengan kejayaan. Dan kini kucing tiada lagi datang menyinggah untuk poo & pee di halaman kami lagi.
Jika anda mengalami masalah yang sama seperti kami, anda boleh mencari produk yang diberikan nama CAT REPELLENT di pasaraya Daiso dengan harga RM5.90 untuk 1 pek. Dimana dalam 1 pek ini mengandungi 8 keping Cat Repellent sahaja. Jika berjauhan, anda juga boleh membeli CAT REPELLENT ini atas talian di shopee juga. Anda bolehlah membeli dengan banyak dan produk ini hanya di letakkan di kawasan halaman rumah anda. CAT REPELLENT ini akan mengeluarkan bau seakan-akan minyak tanah dan juga memetihkan mata kucing. Ianya tidak beracun cuma fungsinya mungkin akan menyebabkan kurang menyenangkan pada kucing tersebut. Selamat mencuba dengan tips kami ini, jika anda mempunyai sebarang komen atau cadangan, boleh tinggalkan pesanan di ruangan entri ini. Terima kasih kerana sudi membaca :)|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |