Tips Miliki Rumah Sendiri Tanpa Hutang Bank


Tips Miliki Rumah Sendiri Tanpa Hutang Bank
Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi Allah permudahkan, miliki dan memberi kepada kami sebuah rumah yang indah dan cantik dengan mudah tanpa berhutang selama tiga puluh tahun dengan bank. Pasti menjadi impian semua orang untuk miliki sebuah rumah idaman tanpa berhutang kan? Impian itulah menjadi doa kami sejak awal perkahwinan sehingga kini

Tips Miliki Rumah Sendiri Tanpa Hutang | Gambar serahan kunci rumah oleh KontraktorAlhamdulillah, Allah izinkan kami miliki rumah sendiri tanpa hutang di usia muda. Terima kasih Allah, nikmat dunia yang Allah kurniakan ini agar menjadi asbab kepada kami terus berusaha menjadi hamba Mu yang bertaqwa. Amin Ya Rabbal Alamin

Ramai yang bertanya dengan kami, macam mana nak miliki rumah tanpa perlu membeli atau berhutang melalui bank. Kita tahu bahawa jika melalui pinjaman bank, kita perlu membayar lebih dua kali ganda dari jumlah harga yang kita pinjam. Keadaan ini boleh membebankan isi rumah jika pendapatan kita cukup-cukup makan. Jadi, apa solusi yang kita ada untuk elak dari membuat pinjaman bank

Hari ini, mommy nak kongsikan dengan anda semua tips miliki rumah sendiri tanpa hutang bank. Perkongsian ini sekadar memberi inspirasi dan panduan sahaja, supaya anda dapat capai impian miliki rumah sendiri tanpa hutang

Apa yang kami buat untuk miliki rumah sendiri tanpa hutang? Tips ini tak semestinya sesuai untuk anda, cuma ia boleh memberi gambaran kepada anda untuk lakukan hal yang sama. Tips ini sesuai untuk anda yang sudah miliki tanah sendiri. Jika belum ada tanah, kos membina rumah sendiri lebih besar

Pertama sekali, selepas berkahwin pada tahun 2014 kami terus merancang untuk miliki rumah. Tetapi waktu itu, kami tiada duit dan tidak mampu membeli rumah. Memandangkan kami bekerja dalam sektor swasta dan kontrak, lagi sukar untuk membuat pembelian rumah dan jika beli pasti membebankan kami suami isteri

Apa yang kami lakukan adalah, berbincang suami isteri di mana kami mahu menetap. Walaupun kami pernah travel ke negeri lain, matlamat untuk menetap di Paka sangat jelas. Selepas itu, kami mencari tanah untuk dijual di kawasan yang ingin kami menetap. Kemudian, kami putuskan membeli tanah dikawasan tersebut secara tunai. Macam mana nak beli tanah secara tunai? Mommy akan kongsikan pada entry yang lain pula

Tips Miliki Rumah Sendiri Tanpa Hutang Bank
1. Target Yang Jelas Untuk Miliki Rumah Sendiri Tanpa HutangTarget yang jelas amat penting dalam hidup anda untuk miliki rumah sendiri. Ramai yang memandang enteng hal ini, walhal sebenarnya target yang jelas untuk miliki rumah sendiri pada tarikh yang jelas mampu membawa anda untuk capai impian tersebut dengan mudah

Mommy menulis target ini sejak awal perkahwinan lagi, menulis impian untuk miliki rumah sendiri tanpa hutang. Jika ingin capai impian miliki rumah sendiri, mulakan menulis impian anda sejelas-jelasnya sekarang dan tampal diseluruh rumah, dapur dan bilik tempat yang anda selalu nampak. 
Ucapkan impian anda tadi setiap masa, ceritakan pada suami/isteri, anak, ibu ayah, adik beradik dan kawan-kawan. Kerana setiap apa yang kita sebut adalah doa, waima menyebutnya di dalam hati

2. BerjimatSelepas mempunyai target, kita akan teruskan dengan tindakan. Apakah tindakan pertama yang patut kita lakukan untuk miliki rumah sendiri tanpa hutang? Ya betul, kita perlu berjimat dalam semua hal termasuk dalam melancong, bercuti dan sebagainya. 
Inilah yang kami lakukan sepanjang merialisasikan impian kami untuk memiliki rumah sendiri tanpa hutang. Beruntungnya kami, waktu itu belum miliki anak dan keperluan untuk menyewa sebuah rumah dapat dielakkan memandangkan kerja kami syarikat menyediakan penginapan. 
Walaupun kerja ditempat yang sama, kami mengambil keputusan untuk tidak menyewa sebuah rumah bagi mengurangkan kos pengeluaran wang semasa. hihi
Jangan lihat orang lain bercuti ke luar negara, ke dalam negara, tutup mata anda suami/isteri dan anak-anak, jika duit bercuti anda itu boleh disimpan, kenapa tak simpan kan? Tak perlu tengok orang bercuti ke sana ke mari, semata-mata untuk puaskan hati sendiri. 
3. SimpanSimpan duit anda di bank yang tidak mempunyai kad. Elakkan budaya menggunakan duit simpanan jika duit belanja bulanan tidak mencukupi. Setiap bulan anda ada perbelanjaan tetap bulanan kan, asingkan siap-siap, supaya anda tidak menggunakan duit simpanan untuk miliki rumah sendiri tanpa hutang

Tahan nafsu dari semua benda yang tidak berfaedah. Gunakan tips, simpan dulu baru asingkan duit belanja bulanan. Bila buat macam ini, anda akan lebih berhati-hati untuk menggunakan wang kepada benda yang tidak berfaedah

4. Beri Duit Pada Mak AyahBila dapat gaji, perkara pertama yang anda perlu buat adalah cabut duit atleast rm50/rm100/rm150/rm200~rm10,000 kepada mak ayah anda. Berilah mengikut kemampuan gaji anda. Jika gaji rm1000, bagilah kat mak ayah rm100. Jika gaji anda rm5000, bagilah dekat mak ayah rm500. Jika gaji anda rm10,000, bagi laa kat mak ayah rm2000. Terpulang kepada anda berapa nak bagi. Tetapi, jika anda memberi banyak, maka banyaklah anda akan dapat

Budayakan gaji anda untuk memberi kepada mak ayah terlebih dahulu. bukan selepas cabut duit perbelanjaan anda dan selebihnya baru bagi kat mak ayah. Tips ini mommy lakukan sejak dahulu lagi. Dapat je gaji, terus transfer dekat mak. Jangan risau tak cukup, pasti Allah akan ganti balik dengan yang lebih baik

5. Berapa Nak Simpan?Bergantung kepada target anda, jika bajet rumah nak buat dalam RM100,000 dan tahun bila nak rumah kita siap. Jika 4 tahun, maka bahagikan Rm100,000 kepada 4 tahun iaitu RM2083 simpanan untuk sebulan. Jika suami isteri kerja, rm2083 ini mommy rasa tak membebankan untuk disimpan. Kan

Jika tidak, anda boleh ubah tahun bila anda nak siapkan rumah tersebut. 5 tahun, 6 tahun terpulang kepada anda. Cuma, mommy boleh sarankan anda boleh doakan setiap masa insyaAlllah
6. Beli Emas Fizikal Untuk Simpanan Selain simpan wang, anda juga boleh menyimpan wang melalui emas fizikal. Beli emas fizikal dalam gram yang besar. Ini kerana, emas fizikal boleh bantu anda untuk topup simpanan wang jika ia tidak mencukupi

Caranya, anda boleh gunakan emas fizikal dengan membuat gadaian di arrahnu Yapeim atau Maidam. Melalui cara ini, anda akan dapat dua faedah iaitu duit dan emas. Cuma anda perlu membayar jumlah pinjaman anda dalam masa enam bulan. Anda akan dapat duit dan emas dalam masa yang sama. 
Ini yang mommy guna untuk tambah simpanan yang tak cukup. Bestnya, kita boleh langsai pinjaman di Arrahnu kurang dari 6 bulan sebab nak dapat balik emas fizikal kita. Untung sebenarnya kalau ada simpanan emas fizikal

Macam mana nak simpan emas fizikal? Caranya lagi, anda beli seberapa banyak emas. Walaupun dah ada rantai atau rantai tangan, beli baru dan yang lama jangan jual. Jadi, emas anda akan semakin bertambah. Bukan beli tiap-tiap bulan tau, sekurangnya belilah setahun sekali dengan berat 20 gram dan ke atas. Ia sangat membantu anda untuk miliki rumah sendiri tanpa hutang bank

7. Cari Kontraktor Yang DipercayaiSelepas cukup wang yang kita kumpul, bolehlah cari kontraktor yang dipercayai dan sesuai dengan bajet anda. Ataupun, untuk lebih jimat anda boleh upah orang perseorangan untuk membuat rumah impian anda

Semua tips diatas perlu dilaksanakan dengan konsisten dan disiplin untuk dapatkan hasil dan miliki rumah sendiri tanpa hutang bank. Tips ini juga sesuai kepada anda yang belum mempunyai simpanan khusus untuk miliki rumah. 
Paling penting untuk miliki rumah sendiri tanpa hutang adalah, anda perlu menjadi suami isteri yang sangat penjimat. Lupakan hasrat untuk melancong setiap tahun, lupakan hasrat bercuti setiap bulan dan nak beli barang branded. Lupakan sementara, selepas anda memiliki kediaman sendiri tanpa berhutang, pasti semua yang anda lupakan sebelum ini dapat dilunaskan dengan rasa senang hati

Cabaran kami sangat banyak, antaranya dikatakan kedekut sebab tak pernah bercuti, tak menyewa, dan macam-macam lagi. Usah biarkan kata-kata orang menghantui fikiran anda, tetapkan matlamat dan impian anda, InsyaAllah semuanya dipermudahkan. Alhamdulillah, diusia yang masih muda kami mampu miliki rumah sendiri tanpa hutang. Terima kasih Allah atas izin Mu ini

Mommy masih belum naik rumah lagi, tunggu langsir rumah siap baru masukkan barang dan insyaAllah akan masuk rumah akhir tahun ini juga. Doakan urusan mommy dan keluarga dipermudahkan ye

Semoga bermanfaat



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.vitaminwawa.com/2019/11/tips-miliki-rumah-sendiri-tanpa-hutang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Mengecat Rumah Sendiri

Tips Mengecat Rumah Sendiri

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 1407 hits
Segala ilmu disimpan disini buat rujukan dikemudian hari Tips mengecat dinding rumah sendiri 1 Mula2 kena la pilih warna2 pilihan yang dirasa sesuai dan sedap mata memandang Pilihan warna boleh dapatkan dirujuk template warna daripada kedai...
Tips Mujarat Hindarkan Kucing Poo Pee Dihalaman Rumah

Tips Mujarat Hindarkan Kucing Poo Pee Dihalaman Rumah

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 506 hits
Tips Mujarat Hindarkan Kucing Poo Pee Dihalaman Rumah Mungkin ada diantara anda yang mengalami masalah sebegini dan masih mencari tips yang mujarat agar kucing tidak lagi poo pee di halaman rumah Ianya sangat berkesan dan tidak memudaratkan...
Program Samawa Bikin Impian Warga Jakarta Miliki Rumah Terwujud

Program Samawa Bikin Impian Warga Jakarta Miliki Rumah Terwujud

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 240 hits
Caesar Assauki putra Nurlaela terlihat senang Sesekali tawanya pecah ketika beraksi di deretan arena bermain anak di Rusun Klapa Village Duren Sawit Jakarta Timur Melihat buah hatinya begitu riang ada kebahagiaan yang mewarnai perasaan Nurl...
Tips Perawatan Kecantikan Kulit Yang Bisa Dilakukan Di Rumah

Tips Perawatan Kecantikan Kulit Yang Bisa Dilakukan Di Rumah

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 330 hits
Tips Perawatan Kecantikan Kulit Setiap wanita selalu mendambakan kecantikan Dengan kecantikan mereka akan merasa bangga dan tidak malu untuk berhadapan Artikel ditulis oleh dan dipublikasikan pertama kali di Hak cipta oleh
10 Tips Mulakan Bisnes Dari Rumah Seperti Profesional

10 Tips Mulakan Bisnes Dari Rumah Seperti Profesional

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 377 hits
10 Tips Mulakan Bisnes Dari Rumah Seperti Profesional Semua orang yang berniaga nak untung Lagi lagi untuk bisnes Yelah mana ada orang berbisnes nak ke arah rugi Tak masuk akal okay Bercerita tentang bisnes dan keuntungan begini rasanya tak...
Kapolda Jatim Akan Jemput Sendiri Veronica Koman Jika Pulang Ke Indonesia

Kapolda Jatim Akan Jemput Sendiri Veronica Koman Jika Pulang Ke Indonesia

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 216 hits
Kasus penyebaran hoaks dan provokasi insiden Asrama Mahasiswa Papua di Surabaya dengan tersangka Veronica Koman hingga kini masih belum tuntas Sebab Veronica saat masih berada di luar negeri meski sudah dipanggil melalui surat oleh Polda Ja...
Oppo Dilaporkan Sedang Membangunkan Cip M1 Yang Direka Sendiri

Oppo Dilaporkan Sedang Membangunkan Cip M1 Yang Direka Sendiri

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 413 hits
https ift tt 2KINLpM Samsung Apple dan Huawei adalah tiga syarikat yang membangunkan sendiri cip untuk peranti mereka sendiri Dengan ini kos peranti dapat dikurangkan kerana tiada keperluan membeli komponen dari pihak ketiga Selepas tiga ge...
4 Perkara Perlu Anda Buat Ketika Memasuki Rumah Baru Dikongsikan Mufti

4 Perkara Perlu Anda Buat Ketika Memasuki Rumah Baru Dikongsikan Mufti

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 326 hits
4 Perkara Perlu Anda Buat Ketika Memasuki Rumah Baru Dikongsikan Mufti Bukan kita sahaja yang berada di atas muka bumi ini kerana ada makhluk lain yang berada di sekeliling kita samada sedar atau tidak sedar Oleh itu kita disarankan untuk s...
Patutlah Wi Fi Kat Rumah Lambat Rupanya Benda Dalam Rumah Ni Yang Buat Line Slow

Patutlah Wi Fi Kat Rumah Lambat Rupanya Benda Dalam Rumah Ni Yang Buat Line Slow

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 506 hits
Patutlah Wi Fi Kat Rumah Slow Rupanya Benda Dalam Rumah Ni Yang Buat Line Slow Kebanyakan orang menyedari bahawa internet sangat penting dalam dunia yang dipenuhi dengan teknologi maklumat ini Dengan mempunyai sambungan internet Wi Fi di ru...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Worldcoin Dan Ai

Sampul Duit Raya Menghargai Tradisi Dan Budaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi

Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2