Tips Mudah Penjagaan Bayam Brazil Yang Perlu Beginner Ketahui
As Salam,Tips Mudah Penjagaan Bayam Brazil Yang Perlu Beginner Ketahui-Dulunya saya bukanlah seorang yang meminati dunia perkebunan seperti bercucuk tanam sayuran atau menjaga pokok-pokok.Semuanya bermula apabila saya membaca tentang penanaman hidroponik dan kebetulan pada tahun 2017, apabila saya berpindah kerja ke Port Dickson, saya menyewa sementara dengan seorang yang saya panggil nenek yang suka berkebun
Bayam brazil atau Brazillian Spinach yang saya tanam sejak awal PKP dan kini sudah hampir 3 bulan dan berjaya menjana sehingga dua pasu bayam brazil
Pasu pertama hasil dari tanaman keratan batang daripada pokok bayam brazil yang disemai melalui keratan batang dalam botol berisi air
Pasu kedua yang ditanam juga melalui kaedah keratan batang
Bila petang-petang tengok nenek menyiram pokok sayurannya, mengembur pasu orkidnya dan juga membungkus buah betik yang sudah tua di pokok, saya melihat keseronokan, kegembiraan dan ketenangan pada wajah nenek.Wahhh, seronok rupanya berkebun
keratan batang bayam brazil yang saya semai dalam botol berisi air.Saya ambil semua daun yang asal, dan tinggalkan hanya keratan batang.Masa ni daun halus dan akar halus berlumba-lumba keluar.haha
Selepas 10 hari saya pindahkan ke medium tanah
Kini sudah hampir 3 bulan, daunnya semakin hijau dan subur dan sudah beberapa kali saya petik pucuknya yang sudah matang untuk disemai di pasu yang baru :) Ini bayam brazil dari bekas/ pot yang pertama
Ini pula dari pot yang kedua. Kehijauan daun ni meman sangat cantik dan subur.Pada satu keratan batang sahaja, daunnya tumbuh dengan banyak, dari bawah sampai atas.Syaratnya air kena cukup dan banyak.Pokok ini pasti hidup subur
Banyak juga saya kongsikan pengalaman dan kisah saya mula berkebun.Boleh baca link yang saya kongsikan:Cara DIY tanam pokok cili di rumahTips tanam pokok cili merah yang suburCara Mudah pindahkan anak pokok cili ke pasu baru Pokok Kari tumbuh Subur dengan siraman air basuhan berasTanam Bayam Brazil dalam botol berisi airCara pindahkan Bayam Brazil ke medium tanahTanaman hiasan snake plant sebagai indoor plant Hari pertama saya tanam bayam brazil dengan menggunakan kaedah keratan batangsedikit demi sedikit, apabila tanah sudah mendapat keseluruhan air, keratan batang ini akan tumbuh segar seperti di bawah
Hari ketiga bayam brazil yang baru ditanam sudah kembali segar dan kekal hijau daunnya.Caranya saya siram dengan air basuhan beras dan juga air miunuman coway
Kali ini saya mahu kongsikan tips penjagaan Pokok Bayam Brazil yang perlu diketahui para beginner dalam hal ehwal tanaman pokok
Saya dapatkan tips ini daripada pengalaman sendiri dan juga perkongsian rakan fb di grup Berkebun di Rumah dan pelbagai sumber seperti youtube dan bacaan saya di laman web berkaitan tanaman sayuran
Tips Mudah Penjagaan Bayam Brazil Yang Perlu Beginner KetahuiBayam Brazil ialah sejenis tanaman yang berasal dari Brazil dan Amerika selatan.Tanaman ini jenis pokok yang suka akan air dan mudah tumbuh bila dapat air yang mencukupi.Jika kita mahu tanam terus daripada keratan batang, kita boleh ambil batang yang agak besar dan potong sekitar 10 cm dan potong serong.Buang daun-daun dibahagian bawah batang supaya mudah kita cucuk keratan batang tu ke atas tanah.Jika mahu semai dahulu dalam botol berisi air, saya cadangkan ambil semua daun, dan biarkan keratan batang tanpa daun.Biarkan ia tumbuh daun yang baru.Daun yang kita ambil tu boleh buat ulam atau masakan lain.Biarkan keratan batang sehingga mengeluarkan akar-akar halus dan daun-daun halus, barulah pindahkan ke medium tanah.Tiada halangan jika kita mahu tanam keratan batang bayam brazil ini dalam pelbagai pasu atau bekas.Tiada had juga untuk tanam berapa banyak keratan batang dalam satu pasu.Pokok ini tetap boleh hidup subur.Jika mahu daun bayam brazil yang hijau, lebar dan cantik, letakkan tanaman ini di kawasan redup tetapi tetap mendapat cahaya matahari sebelah pagi ( sekurang-kurangnya).Siram pokok ini dua kali sehari pagi dan petang.Seminggu sekali boleh siram dengan air basuhan beras ( yang disimpan) atau siram dengan air minuman bertapis ( saya siram dengan air masak coway).Perlu rajin petik pucuk daun bayam brazil supaya ia akan tumbuh pucuk baru yang lebih banyak dan rimbun.Sesekali bercakaplah dengan tanaman yang kita tanam supaya dia tahu kita sayangkan dia.heh.Jika mahu berikan baja, maka berilah baja sekitar dua minggu sekali atau sebulan sekali.Hakikatnya pokok ini memang mudah tumbuh dan subur walau hanya dengar air dan cahaya matahari :)Orait, selamat mencuba tips yang saya kongsikan:)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cikmatahariku.blogspot.com/2020/06/tips-mudah-penjagaan-bayam-brazil-yang.html