Tips Mudah Bulu Mata Panjang Dan Lebat


Kenapa semua orang sibuk nak panjangkan bulu mata ni? Rasa tak cukup lagi panjang, ditambahnya lagi dengan eyelash extension. Ada yang paling tak masuk akal dia pilih eyelash extension yang dah serupa macam bulu penyapu tebal dan panjangnya.

No no no.

Bagi aku kalau setakat untuk dandanan harian cukup lah bulu mata tu nampak 'wujud' dekat mata kita kan? Ni tak, dah lah mata sepet, bulu mata pulak kontot. Kalau pakai mascara, leceh nak kena cuci pula. Kalau pakai eyelash extension lagi lah, kena buang gam bulu mata tu betul-betul baru bersih dan boleh dibawa solat.


Sebab tu kita sebenarnya ada petua atau tips atauuuuu cara mudah nak panjangkan bulu mata tanpa sebarang extension. Dalam bahasa mudah, ini tips panjangkan bulu mata dan lebat untuk orang pemalas.

Dah tak perlu pakai mascara tebal-tebal untuk nampak lebih menawan. Mungkin akan mengambil masa sedikit tapi okay lah daripada nak kena letak extra effort hari-hari semata-mata nak bagi nampak kewujudan bulu mata kita sebab proses nak mencuci nya tu agak leceh dan sangat tak praktikal untuk orang pemalas macam aku hahaha.

So, antara tips yang paling popular orang banyak share adalah dengan menyapu vaseline pada bulu mata. Kenapa vaseline boleh panjangkan bulu mata? Sebab produk yang berasaskan 'petroleum jelly' boleh merangsang pertumbuhan bulu mata.

Cara nak apply vaseline pada bulu mata adalah dengan menggunakan apa-apa berus mascara terpakai yang dah dibersihkan dan apply pada bulu mata macam apply mascara setiap kali sebelum tidur. Tapi kalau tak ada berus mascara boleh je pakai cotton bud atau pun pakai jari.

Cumanya kalau pakai jari tu akan jadi agak comot sedikit lah. Aku selalu pakai jari je dulu sebab aku suka letak banyak-banyak setiap kali sebelum tidur sampai aku dah tak boleh nak buka mata esok paginya hahahaha (jangan tiru aku).

Bila tahap kebijakan aku dah tinggi sikit, aku try pula tips lain.

Sebab bagi aku macam leceh juga nak apply vaseline pada bulu mata hari-hari sebelum tidur. Sebab tekstur vaseline tu kan agak bold so dia macam agak berat sikit pada mata sebab tu orang biasa pakai sebelum tidur je. Tapi kalau sebelum tidur tu dah tak sempat nak buat-buat apa-apa dah terpengsan dulu macam mana kan?

So aku pun beli lah eye lash serum.


Aku terjumpa benda magic ni masa tengah window shopping dekat website Althea. Tak silap aku ada dua brand eye lash serum yang ada dijual di website Althea waktu tu and aku beli brand Etude House ni sebab dia lagi murah. Disebabkan ini first time aku pakai eye lash serum, aku pilih lah yang lagi murah dulu sbeab nak try hahaha.

Aku pun apply lah eye lash serum ni hari-hari. Rupanya menjadi juga weh! Dia punya kesan bagi aku sama je macam pakai vaseline tapi yang bestnya, serum ini bukan setakat boleh pakai sebelum tidur je, nak pakai sepanjang masa dalam sehari pun boleh. Aku actually jarang nak pakai mascara kalau keluar berjalan ke pergi kerja ke sebab bagi aku leceh nak kena cuci bila nak solat nanti (sebab aku jarang pakai makeup sangat bila keluar).

So bila dah ada eye lash serum ni, sepanjang masa aku boleh apply kat bulu mata sebab dia kan macam serum je tak perlu nak kena cuci. Yang pemalas macam aku sangatlah sesuai gunakan cara ini. Sebelum pergi kerja aku pakai, tengah lunch break aku pakai, lepas habis solat aku pakai, sebelum tidur aku pakai. Dia dah ada berus mascara tu kan so serum tu boleh apply dengan sangat senang pada bulu mata bila-bila masa je kau nak.


Benda ni dah jadi antara benda wajib dalam hand bag kalau pergi ke mana-mana. Nak bulu mata panjang naturally kena lah konsisten. Aku ni mata jenis bulat tu kalau aku termenung orang pun seram tengok biji mata aku macam nak tersembul keluar hahaha. Bulu mata pula kontot alahai. At least bulu mata dah panjang sikit boleh lah nampak balance sikit mata aku ni. And kurang seram. Kot.

Anyways, ada je lagi tips lain yang kita boleh guna untuk panjangkan dan lebatkan bulu mata. Contohnya macam sapu bulu mata dengan natural oil macam minyak zaitun, tekap mata dengan uncang teh hijau sepanjang malam waktu tidur, sikat bulu mata dengan kerap, sapu vitamin E yang macam cosmoderm punya toning lotion tu, makan biotin lah.

Tapi aku sure tak ada siapa yang akan rajin nak buat hari-hari termasuk aku ahahaha.

Bagi aku cara paling senang dan mudah adalah dengan menggunakan vaseline sebab produk sangat mudah didapati beli di drug store dalam RM5 je atau pun beli je eye lash serum harga tak sampai RM20 boleh tahan lama. Eye lash serum boleh try cari kat any online beauty store macam Althea ke, Hermo ke, Sephora ke, inshaAllah ada hehe.

Selamat mencuba!


*Disclaimer : Bukan sponsored post. Review ditulis berdasarkan pengalaman penulis blog sendiri.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.messarah.com/2020/03/tips-mudah-bulu-mata-panjang-dan-lebat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bulu Ayam Microfiber Mudah Nak Bersihkan Habuk Tempat Tinggi

Bulu Ayam Microfiber Mudah Nak Bersihkan Habuk Tempat Tinggi

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 622 hits
hai assalammualaikumBulu Ayam Microfiber Mudah Nak Bersihkan Habuk Tempat Tinggi Dah macam macam benda beli dekat shopee Shopee ni berhantu tau kadang saja tengok lepas tu nampak comel unik dan memudahkan terus rasa berkenan Bila rasa nak t...
Tips Kulit Glowing Kurang Kusam Paling Mudah Dan Berkesan

Tips Kulit Glowing Kurang Kusam Paling Mudah Dan Berkesan

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 300 hits
Siapa je yang tak stress kalau hari hari asyik hadap masalah kulit yang sama je Even dah macam macam steps skincare routine kita follow pun still not much improvement Yelah nak istiqamah dan konsisten dengan skincare routine yang sama setia...
Fama Kongsi 4 Tips Mudah Untuk Hantu Durian

Fama Kongsi 4 Tips Mudah Untuk Hantu Durian

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 734 hits
Mungkin sebelum ini ada daripada kalangan kita yang pernah terbeli durian yang belum masak dan agak keras isinya Untuk tidak terkena lagi pada musim durian kali ini FAMA telah berkongsi 4 tips mudah untuk pencinta durian mengenali durian ya...
Tips Petua Rahsia Makanan Senaman Penjagaan Untuk Mata Sihat

Tips Petua Rahsia Makanan Senaman Penjagaan Untuk Mata Sihat

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 420 hits
Tips Petua Rahsia Makanan Senaman Penjagaan Untuk Mata SihatTips Petua Rahsia Makanan Senaman Penjagaan Untuk Mata Sihat Jika penjagaan mata diremehkan kehilangan penglihatan boleh berlaku Tips dan petua penjagaan kesihatan matai Ketika mem...
Tips Mudah Penjagaan Bayam Brazil Yang Perlu Beginner Ketahui

Tips Mudah Penjagaan Bayam Brazil Yang Perlu Beginner Ketahui

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 1258 hits
As Salam Tips Mudah Penjagaan Bayam Brazil Yang Perlu Beginner Ketahui Dulunya saya bukanlah seorang yang meminati dunia perkebunan seperti bercucuk tanam sayuran atau menjaga pokok pokok Semuanya bermula apabila saya membaca tentang penana...
Dropbox Ingin Menawarkan Dropbox Passwords Untuk Pengurusan Kata Laluan Dengan Mudah

Dropbox Ingin Menawarkan Dropbox Passwords Untuk Pengurusan Kata Laluan Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 465 hits
Dropbox salah satu perkhidmatan yang memfokuskan kepada storan awan telah pun mula memperluaskan penawaran kepada produktiviti sedikit demi sedikit Terbaru mereka dilihat bakal telah mula menguji sebuah lagi produk baru dinamakan sebagai Dr...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik