Tips Motivasi Diri Supaya Kekal Semangat Dan Positif


Hari ini saya bangun pagi dengan penuh motivasi, mungkin kerana saya tahu apa matlamat hidup saya sekarang. 

Tapi hidup saya tak selalunya positif. Terkadang kebosanan membuat rutin yang sama jadikan saya lemau dan hanya mahu habiskan masa di atas katil. Bila sakit kepala menyerang dan perut mulai boroi serta mood diri semakin down, pada masa itu saya tahu yang saya perlukan sedikit spark untuk jadikan hidup saya kembali bermotivasi dan bersemangat.


Tips Motivasi Diri supaya Bersemangat

Apa yang saya perasan, bila saya ada keazaman untuk belajar ilmu baru..saya akan jadi lebih bersemangat dan positif untuk teruskan hari. Tak kisahlah walaupun perkara yang saya nak belajar itu agak susah, berisiko atau diluar bidang saya, tapi ia tetap hasilkan spark dalam hati untuk buat saya lebih gembira meskipun sedikit



1. Belajar Perkara BaruSaya berhenti kerja untuk jadi surirumah sepenuh masa pada usia 31 tahun. Disebabkan kebosanan jadi saya belajar untuk menulis dan membuat coretan peribadi di blog. Meskipun blog ini dah lama saya buat tetapi saya langsung tak tahu secara terperinci tentang blog. Dengan menggunakan template percuma daripada blogger, saya jadikan blog hanya sekadar diari online.


Hingga akhirnya sedikit demi sedikit saya mula faham tentang blog. Jadi saya mula tukar domain, ambil template yang lebih advance dan belajar tentang SEO. Saya gembira kerana saya tetap teruskan minat menulis di blog meskipun terpaksa belajar sendiri. Bukan sahaja saya dapat berkongsi ilmu dan mencurah rasa dengan menulis, malah saya juga dapat jana pendapatan melalui blog.


Pada usia 33 tahun saya ambil peperiksaan CUTE untuk menjadi konsultan unit amanah. Saya cabar diri walaupun bukan dalam bidang yang saya belajar sebelum ini dengan niat untuk manage sendiri kewangan keluarga. Meskipun tahun ini akan jadi tahun terakhir saya sebagai konsultan (im not proud of it sebab kena terminate kerana tak perform huhu) tapi banyak ilmu yang saya belajar sepanjang menjadi konsultan. Disebabkan unit amanah ini, saya dapat urus kewangan keluarga dengan lebih baik dan mulakan langkah pertama melabur saham ketika berusia 34 tahun.


Bagi seorang surirumah yang zero knowledge tentang saham, saya sangat gembira kerana memulakan langkah pertama untuk belajar. Belajar dari mana? Saya belajar dari Google dan Youtube. Pernah merasa untung dan pernah juga merasa rugi, saya masih belajar saham sehingga kini. Dalam tahun yang sama juga saya mula keluarkan video memasak di Youtube. Namun membuat video memasak tak semudah yang disangka, perlukan banyak masa dan agak leceh prosesnya. Tapi saya gembira kerana Youtube channel saya dah mula monetize.


Kini pada usia 36 tahun, saya belajar pula programming dengan niat untuk mengajar anak-anak saya sendiri nanti. Programming agak memeningkan, tapi saya tetap nak cuba. Walaupun saya tak pasti samada saya dapat belajar sehingga berjaya (definisi berjaya saya adalah boleh ajar anak dengan lancar), tapi saya mahu give it a shot. Saya taknak menyesal selepas beberapa tahun kerana takut nak mencuba dan tak bermula awal. Perasaan menyesal itu lebih membebankan daripada cuba bermula.


Semua proses pembelajaran yang saya lalui ini jadikan hidup saya sentiasa penuh dan bermakna. Saya ada motivasi untuk bangun pagi demi belajar perkara baru. Hati saya berbunga untuk mulakan hari baru. Jadi jangan berhenti belajar kerana ia bukan sahaja dapat menambah ilmu pengetahuan malah dapat bantu kita untuk kekal bersemangat dan positif jalani hari.


2. Keluar dan Nikmati Pemandangan Luar RumahSeharian terperuk dalam rumah buat saya rasa lesu. Bila badan lesu, saya akan berbaring dan tidur. Banyak tidur buat saya lapar dan nak mengunyah sentiasa yang membawa kepada perut yang makin mengembang. Akhirnya kepala saya mula sakit akibat gaya hidup tak sihat serta masalah seluar dan baju yang dah tak muat untuk dipakai. Sebab itulah saya wajib untuk keluar rumah beberapa kali dalam seminggu untuk relakskan minda. 



Tapi kalau keluar rumah selalu, nanti duit pun akan banyak keluar juga.


Jarang saya keluarkan duit semasa keluar rumah. Saya pilih untuk keluar pada awal pagi untuk berjoging, kemudian saya terus ke perpustakaan untuk membaca buku dan cuci mata. Sesekali bila terasa nak minum kopi, barulah saya ke cafe untuk beli latte panas. Modal hanya RM10. Dalam seminggu hanya sekali saya akan beli latte buat hilangkan rasa mengidam, tak boleh selalu kerana saya sebolehnya cuba elakkan caffeine addict.


3. Bersenam SelaluBila mood down, cubalah bersenam. Kalau malu nak bersenam di luar rumah boleh saja buat senaman di dalam rumah. Paling mudah, boleh skipping atau ikut rancangan senaman yang ada di Youtube. Spend masa lebih kurang 30 minit untuk bersenam, tiga atau empat hari seminggu. Percayalah, kita akan rasa lebih gembira dan rajin pada hari itu dan mood gembira ini boleh kekal selama beberapa hari. Bila kita gembira, kita akan lebih bermotivasi untuk buat kerja.


4. Kurangkan Manis dan Jaga PemakananPerkara ini paling susah dilakukan memandangkan saya sentiasa berada di rumah 24 jam dan boleh akses ke dapur pada bila-bila masa. Saya sukakan makanan manis dan saya boleh memasak tak kira masa. Sebab itu nak jaga pemakanan perlukan semangat yang tinggi dan kental. Tapi apa kaitannya antara pemakanan dan motivasi?
Perasan tak bila kita makan terlalu banyak, kita akan rasa mengantuk dan lesu. Jadi pilihan untuk tidur menjadi keutamaan. Proses makan dan tidur ini akan berlanjutan terutama selepas kita makan makanan berkarbohidrat seperti nasi. Makanan manis pula buat berat badan cepat naik dan susah nak membuang. Tanpa sedar kita jadikan gaya hidup tak sihat sebagai rutin dan ini merupakan salah satu faktor mudahnya diri down terutama bila lihat individu lain mempunyai badan yang solid dan sihat.


Sebab itu saya sebolehnya elakkan gula dalam minuman untuk jadikan taste bud saya terbiasa dengan rasa tanpa manisan. Badan saya juga lebih mudah jalankan proses pencernaan sejak saya kurangkan gula dalam makanan dan minuman. Dengan cara ini saya dapat elakkan badan lesu dan lemau serta tampil lebih yakin secara semulajadi.


Jadi kalau awak tengah down atau kurang motivasi sekarang, saya cadangkan untuk keluar rumah dan buat exercise terlebih dahulu sebelum mula cut sugar dan nasi. Selepas itu bolehlah mula pilih ilmu baru yang awak nak belajar dan mulakan hari dengan lebih bermotivasi. Semoga kekal bersemangat ya! Ganbatte!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2022/10/tips-motivasi-diri-kekal-semangat-positif.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenali Lebuh Raya Di Lembah Klang Supaya Tak Sesat

Kenali Lebuh Raya Di Lembah Klang Supaya Tak Sesat

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 319 hits
Bila cerita pasal lebuh raya kat Lembah Klang ni memang kecut perut jadinya Kalau dah salah masuk simpang memang makan masa betul nak pusing kembali ke pangkal jalan Hahahaha Jom Kakak nak kenalkan semua lebuh raya yang ada di Lembah Klang ...
Ustazah Asma Harun Ajar Doa Pengasih Supaya Pasangan Dan Anak Terus Mencintai Dan Berkasih Sayang

Ustazah Asma Harun Ajar Doa Pengasih Supaya Pasangan Dan Anak Terus Mencintai Dan Berkasih Sayang

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 235 hits
Kasih sayang adalah pengikat utama kebahagiaan keluarga Dengan kasih sayang yang mencukupi setiap pasangan yang berumah tangga dan dikurniakan anak pasti menikmati rasa bahagia Sebagai umat Islam kita wajib berusaha memohon pada Allah SWT a...
Bila Anak Tanya Tentang Allah Kena Jawab Dengan Bijak Supaya Tak Terpesong Akidah

Bila Anak Tanya Tentang Allah Kena Jawab Dengan Bijak Supaya Tak Terpesong Akidah

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 128 hits
Bila anak semakin meningkat usia dan mula petah bercakap banyak soalan akan dipersoalkan termasuklah soal keagamaan Tambah pula bila dalam nasihat kita sehari hari sebut pasal Allah syurga neraka dan perkara ghaib yang sukar dijangkau dek p...
Gps Kekal Sokong Pn Muhyiddin Terima Sokongan Tertinggi 102 Ahli Parlimen Setakat Ini

Gps Kekal Sokong Pn Muhyiddin Terima Sokongan Tertinggi 102 Ahli Parlimen Setakat Ini

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 223 hits
The ReporterHari keempat selepas tamatnya PRU15 Malaysia sehingga ke hari ini masih belum mengumumkan Kerajaan Persekutuan baharu ekoran kedua dua gabungan politik Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional gagal mencapai kemenangan majoriti Pa...
Kekal Sihat Dengan Rangkaian Produk Kesihatan Semula Jadi Herbalmeds Dari Bio Life

Kekal Sihat Dengan Rangkaian Produk Kesihatan Semula Jadi Herbalmeds Dari Bio Life

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 149 hits
Pelihara Kesejahteraan Anda dengan Ubat ubatan Herba dari Sumber Semula JadiSamada ianya adalah untuk mengurangkan kesakitan isu berkaitan putus haid atau demam mahupun selsema biasa rangkaian produk kesihatan semula jadi Herbalmeds dari Bi...
Hadi Kekal Tenang Kita Sedang Usahakan Kita Masih Di Hadapan

Hadi Kekal Tenang Kita Sedang Usahakan Kita Masih Di Hadapan

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 272 hits
Siapa bakal menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke 15 pada kali ini masih lagi belum terjawab berikutan tiada parti yang mendapat gabungan majoriti dalam membentuk Kerajaan Persekutuan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang ter...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash