Tips Menguruskan Diabetes Anda Dengan Baik


Tips menguruskan diabetes anda dengan baik

Senaman secara berkala merupakan �tulang belakang� dalam pengurusan diabetes. --fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARAOleh Profesor Emeritus Datuk Dr Mustaffa Embong, Pakar Perubatan Diabetologi, Institut Diabetes Negara (NADI)


KUALA LUMPUR (Bernama) -- Anda telah diberitahu oleh doktor bahawa anda menghidap diabetes.

Ia amat mengejutkan, berita yang tidak dijangka bagi setiap orang. Anda mungkin berasa sedih, marah atau takut memikirkan hidup dengan penyakit kronik ini.

Tetapi jangan putus asa. Menghidap diabetes bukanlah pengakhiran bagi diri anda.

Anda masih boleh menjalani kehidupan yang sihat dan bermakna sehinggalah ke usia tua. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah melakukan sedikit perubahan pada gaya hidup ( yang mungkin tidak sihat) dan kuasai diri untuk menghadapi cabaran tersebut.

Teruskan membaca bagaimana anda boleh mencapainya:



DIET SIHAT, SEIMBANG

Orang yang menghidap diabetes boleh mengambil makanan yang sama seperti mereka yang tidak mempunyai diabetes dengan hanya sedikit penyesuaian. Sesengguhnya, tidak perlu menyediakan makanan berasingan atau membeli makanan istimewa. Malah, anggota keluarga dapat menikmati bersama makanan sihat dan berkhasiat.

Mulakan dengan memilih pelbagai jenis dari setiap kumpulan piramid makanan tanpa menjejaskan rasa atau nutrisinya. Sekiranya anda obes atau berlebihan berat badan, pilih makanan yang rendah lemak dan kalori (dan garam, untuk mengurangkan risiko tekanan darah tinggi).

Pastikan banyak pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran serta bijirin dan banyakkan minum air - jadikan satu kebiasaan untuk mengambil sekurang-kurangnya 2 hidangan buah-buahan dan 3 hidangan sayur-sayuran seperti lobak merah, kubis dan kembang kol setiap hari. Minum 6 hingga 8 gelas (kira-kira 2 liter) air (kosong - bukan jus atau minuman berkarbonat) setiap hari.

Pastikan pengambilan serat yang mencukupi (kira-kira 20-30 g sehari) dalam diet anda. Sumber-sumber serat yang baik termasuk oat, beras yang tidak dibersihkan, roti bijirin dan bijirin, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan yang tinggi serat membantu menurunkan paras glukosa dan juga paras kolesterol dalam darah anda, sekali gus mengurangkan risiko penyakit jantung.

Apabila mengambil makanan, adalah baik untuk anda mengamalkan panduan ‘Pinggan Sihat’ – penuhkan separuh pinggan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran, satu perempat dengan protein seperti ikan atau ayam dan satu perempat lagi dengan karbohidrat (kompleks), sebagai contoh, beras atau roti. Sudah tentu, anda perlu menggunakan pinggan yang lebih kecil (tanpa menambah!), jika anda perlu menurunkan berat badan.

Dapatkan nasihat pakar diet jika anda memerlukan bantuan dengan pemakanan anda.



TERUS AKTIF SECARA FIZIKAL

Seperti makan makanan yang sihat, senaman secara berkala merupakan ‘tulang belakang’ dalam pengurusan diabetes. Diet dan senaman boleh membantu mengawal berat badan anda dan mengurangkan tahap glukosa darah (dengan membuat sel-sel otot anda lebih sensitif terhadap insulin). Senaman boleh menurunkan kadar kolesterol darah dan tekanan darah tinggi, dengan itu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular (jantung). Selain itu, ia akan membantu anda merasakan lebih baik (melalui pelepasan hormon yang baik, endorfin, dari otak anda) dan meningkatkan kesihatan anda secara keseluruhan (terutamanya jantung, paru-paru, otot, tulang dan sendi).

Anda tidak perlu untuk menyertai kelab kecergasan atau membeli peralatan yang mahal untuk mendapatkan senaman yang baik. Berjalan pantas adalah suatu senaman yang baik. Anda juga boleh berjoging, berbasikal, berenang atau melakukan tekan tubi dan/atau aerobik secara privasi dalam ruang tamu anda.

Sebelum anda memulakannya, sila rujuk dengan doktor anda untuk mengetahui sama ada anda boleh melakukan senaman dan apakah aktiviti yang selamat untuk anda. Jika anda baru bermula, mulakan dengan 5 minit sehari dan secara beransur-ansur menambah lebih banyak masa. Tetapkan matlamat untuk melakukan senaman intensiti sederhana sekurang-kurangnya 30 minit, 3 hingga 5 hari seminggu. Anda perlu melakukan senaman dengan lebih lama dan lebih kerap jika anda mahu menurunkan berat badan.

Perlu diingatkan bahawa anda tidak perlu mengekalkan waktu tertentu untuk melakukan senaman. Anda boleh menggabungkan aktiviti fizikal dalam kehidupan harian anda. Sebagai contoh, menaiki tangga dan bukannya lif adalah perkara baik untuk dilakukan. Pada waktu petang atau hujung minggu, anda boleh melakukan aktiviti mencuci kereta atau membersih rumah anda.

Lakukan aktiviti fizikal termasuk senaman bersama-sama keluarga, bukan hanya untuk memastikan keluarga sihat malah mengeratkan hubungan keluarga.



KURANGKAN BERAT BADAN

Kajian menunjukkan jika seseorang yang menghidap diabetes berbadan gemuk, penurunan berat badan sebanyak 10 peratus dapat meningkatkan jangka hayatnya dengan menurunkan risiko kematian akibat semua penyakit yang berkaitan dengan diabetes (termasuk serangan jantung dan angin ahmar). Penurunan berat badan berlebihan juga membantu mengawal diabetes dengan menjadikan tubuh lebih sensitif terhadap insulin, sekali gus menurunkan kadar glukosa darah. Ia juga boleh memperbaiki profil lipid darah dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

Baru-baru ini, kajian mencadangkan bahawa dengan penurunan berat badan, seseorang juga boleh menterbalikkan (‘menyembuh’) diabetes (jenis 2).

Untuk mengurangkan berat badan, anda mesti kurangkan makan dan lebih aktif secara fizikal. Ia adalah untuk mengurangkan pengambilan tenaga anda dari makanan (dengan mengurangkan pengambilan makanan, mengelakkan lemak atau minyak dalam diet anda).

Anda boleh menjangkakan penurunan kira-kira 0.5 kg seminggu dengan makan kurang 500 kalori setiap hari (untuk perbandingan, sebiji burger besar mengandungi kira-kira 540 kalori!). Adalah munasabah untuk menurunkan 0.5 -1.0 kg seminggu (melalui diet dan senaman) sehinggalah anda mencapai berat badan yang ideal.



PASTIKAN PARAS GLUKOSA DARAH NORMAL

Diabetes memberi kesan kepada tahap glukosa darah harian anda. Tahap glukosa darah tinggi berterusan akan merosakkan badan anda dan akan mengakibatkan komplikasi. Mengekalkan paras glukosa darah anda pada paras normal (disyorkan) dapat membantu mengelak atau melambatkan komplikasi yang ditakuti ini.

Kini, anda boleh memantau tahap glukosa darah anda di rumah (atau di tempat kerja) dengan mengguna glukometer mudah alih. Anda cuma perlu cucuk sedikit pada hujung jari (atau lengan) dan hasilnya diketahui dalam masa kurang daripada seminit.

Pantau tahap glukosa darah anda mengikut nasihat doktor. Sesetengah pakar diabetes mengesyor pemeriksaan sebelum makan, 2 jam selepas makan, sebelum atau selepas senaman, sebelum tidur dan ketika anda berasa tidak sihat.

Pemeriksaan pada masa berlainan seperti ini memberi anda kefahaman bagaimana tahap glukosa darah anda terjejas oleh pengambilan makanan dan aktiviti fizikal anda, dengan itu membantu anda (dan doktor anda) untuk mengurus diabetes dengan cara terbaik. Yang penting, dengan ujian glukosa darah berkala, anda juga dapat mengesan tahap glukosa darah rendah (hipoglikemia), terutamanya jika anda mengambil insulin.

Sentiasa rekodkan dan bincangkan hasil ujian sendiri darah anda dengan doktor.

Setiap 3 bulan atau lebih, doktor akan meminta supaya dilakukan ujian HbA1c bagi memeriksa bagaimana kawalan diabetes anda dalam tempoh 2 hingga 3 bulan lalu.

Secara umumnya, anda disaran mengekalkan kadar glukosa darah antara 4-6 mmol/l semasa berpuasa (semasa bangun waktu pagi) dan 6-8 mmol/l 2 jam selepas makan utama anda.

Anda juga harus berusaha untuk mendapatkan bacaan ujian HbA1c anda kurang dari 7.0% (atau lebih baik lagi, kurang daripada 6.5%).



Artikel ini disampaikan pada program ‘Lawan Diabetes’ anjuran Institut Diabetes Negara (NADI), yang diperakukan oleh Kementerian Kesihatan. Ia bukan bertujuan menggantikan nasihat perubatan profesional. Sekiranya ragu-ragu, sila berjumpa dengan doktor anda.

Untuk pertanyaan, sila hubungi NADI di [email protected] atau di talian (03) 7876 1676.



Disunting oleh Nur-ul Afida Kamaludin

BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://buletinsabahfa.blogspot.com/2018/11/tips-menguruskan-diabetes-anda-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Ada Diabetes Masa Hamil Doktor Syorkan Ambil Susu Rendah Lemak Ia Pilihan Paling Baik

Kalau Ada Diabetes Masa Hamil Doktor Syorkan Ambil Susu Rendah Lemak Ia Pilihan Paling Baik

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 499 hits
Ibu hamil amat memerlukan zat zat nutrisi seimbang demi memastikan tahap kesihatan dan pertumbuhan bayi berada pada tahap optimum selaras dengan umur kehamilan Keperluan nutrien semasa hamil meningkat terutamanya semasa trimester kedua dan ...
Berita Baik Kepada Pelajar Lepasan Spm 2018

Berita Baik Kepada Pelajar Lepasan Spm 2018

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 627 hits
BERITA BAIK KEPADA PELAJAR LEPASAN SPM 2018Pendaftaran dan kemasukan ke MAHSA UNIVERSITI Cawangan Sabah boleh menggunakan SPM Percubaan 2018 Pendaftaran boleh dibuat sekarang untuk kemasukan INTAKE JANUARI 2019 Pendaftaran bermula November ...
Alhamdullilah Berita Baik Untuk Anggota Bomba Muhammad Adib Ini Keadaan Terkini Dan Dia Akan Dipindahkan

Alhamdullilah Berita Baik Untuk Anggota Bomba Muhammad Adib Ini Keadaan Terkini Dan Dia Akan Dipindahkan

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 455 hits
Alhamdullilah Berita Baik Untuk Anggota Bomba Muhammad Adib Ini Keadaan Terkini Dan Dia Akan DipindahkanAlhamdullilah Berita Baik Untuk Anggota Bomba Muhammad Adib Ini Keadaan Terkini Dan Dia Akan Dipindahkan
Bagus Bawa Anak Main Di Pantai Jangan Fikir Kotor Tapi Baik Untuk Rangsangan Deria Anak

Bagus Bawa Anak Main Di Pantai Jangan Fikir Kotor Tapi Baik Untuk Rangsangan Deria Anak

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 456 hits
Perasan tak bila bawa ke pantai anak terus terkam nak main pasir Hinggakan sampai satu tahap ibu bapa bagi amaran jangan kotorkan tangan dan kaki Sebenarnya fitrah anak suka main pasir ini sangat bagus Ia boleh merangsang sensori pada diri ...
Ma Sebut Hakim Kena Ott Kpk Rusak Nama Baik Lembaga Peradilan

Ma Sebut Hakim Kena Ott Kpk Rusak Nama Baik Lembaga Peradilan

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 244 hits
Kepala Biro Hukum dan Humas MA Abdullah mengatakan pihaknya sudah banyak mengeluarkan aturan untuk para hakim Baik dari PERMA bahkan Maklumat dari Ketua Kemudian setiap Senin briefing Kemudian satu bulan ada pengarahan pembinaan tetapi teta...
Lenguhnya Nak Pegang Bila Bayi Suka Melompat Mama Papa Jangan Mengeluh Sebab Ia Perkembangan Yang Baik

Lenguhnya Nak Pegang Bila Bayi Suka Melompat Mama Papa Jangan Mengeluh Sebab Ia Perkembangan Yang Baik

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 428 hits
Lenguh tangan dan penat memegang bayi bila dia mula melompat lompat Ya hampir semua ibu bapa akan menghadapi fasa ini Tapi kalau tahu faedahnya mama papa tidak akan mengeluh Perkembangan fizikal bayi memang sangat pesat dan pantas Tidak sek...
Di Ktt G20 Wapres Jk Bawa Misi Agar Perdagangan Dunia Lebih Baik

Di Ktt G20 Wapres Jk Bawa Misi Agar Perdagangan Dunia Lebih Baik

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 307 hits
Di KTT G20 Wapres JK Bawa Misi Agar Perdagangan Dunia Lebih Baik Kata JK roda perekonomian makin melambat akibat perang dagang antara Amerika Serikat dengan China Karena itu dalam pertemuan G20 tersebut berharap akan menemukan masalah dalam...
Lebih Baik Anak Kita Ramah Daripada Takut Dengan Orang Bagus Untuk Perkembangan Sosialnya

Lebih Baik Anak Kita Ramah Daripada Takut Dengan Orang Bagus Untuk Perkembangan Sosialnya

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 523 hits
Anak takut dengan orang lain Anak tak reti salam hi bye orang lain Anak tak pandai berkongsi mainan Anak dibuli di taska atau tadika Masalah di atas memang normal berlaku pada anak terutamanya anak 7 tahun ke bawah kerana anak masih lagi da...
Pakaian Patuh Syariah Bagi Bidang Sukan Diterima Baik Atlet

Pakaian Patuh Syariah Bagi Bidang Sukan Diterima Baik Atlet

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 802 hits
Pakaian Patuh Syariah Bagi Bidang Sukan Diterima Baik Atlet Penetapan syarat pakaian patuh syariah dalam bidang sukan di Kelantan dilihat mudah diterima oleh atlet mahupun penduduk Kelantan sendiri Wan Roslan Wan Hamat yang merupakan Penger...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching