Tips Menghadapi Pemergian Orang Yang Tersayang
Bagi yang berkahwin, akan tiba saatnya salah seorang akan menjadi duda dan janda. Kalau bukan dia, maka kita. Andai ditakdirkan saat itu tiba, semoga kita menjadi mukmin yang sabar dan reda. Semoga Allah juga reda dan mempertemukan kita kembali di syurga.
Tips Menghadapi Pemergian Orang Yang Tersayang
Untuk itu ada perkara yang kita perlu lakukan, begitu juga ada perkara yang mesti kita elakkan. Di sini terdapat beberapa tips yang dapat memberi sedikit pedoman.
Tips Menghadapi Pemergian Orang Yang Tersayang
Credit pic : SUMBER
1. Yakin, Ada Yang Terbaik Menanti
Tiada siapa yang suka dengan pemergian orang tersayang. Bagaimanapun, Allah sudah mengatakan
'' Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan hal itu lebih baik untuk.''(Al-Baqarah 2: 216).Maka jangan berhenti mengharapkan kebaikan daripada Allah. Hanya dengan hati yang bergantung pada Allah, kita akan dapat mengharungi saat paling sedih itu. Semoga kita dipertemukan kembali di syurga.
''Tidak ada suatu ganjaran buat hamba-ku yang beriman tatkala aku mematikan orang tersayangnya kemudian dia mengharap (sabar dan reda) melainkan syurga sahaja'' (Riwayat a;-Bukhari)
2. Bandingkan, Musibah Orang Lain Lebih Dasyat
Kita bukanlah satu-satunya manusia yang mengalami musibah itu. Rasulullah, manusia yang paling dikasihi Allah pun mengalamnya bahkan lebih dasyat. Baginda membesar tanpa kasih sayang ayah ibu. Pada usia kanak-kanak, baginda terpaksa menghadapi kematian datuk yang membesarkan.
Baginda juga terpaksa menahan keperitan kematian isteri yang lebih 20 tahun hidup bersama. Amat jarang sekali manusia yang melalui musibah kematian orang tersayang seramai ini. Begitu juga dengan Rasulullah tetap hidup dengan hebat. Kita ?
3. Jadi Insan Yang Membanggakan
Jika kita ada banyak masa untuk melayan kenangan, maka gunakannya untuk merancang masa depan. Apa kata menjadi insan yang dibanggakan pasangan. Sibukkan diri dengan aktiviti membantu keluarga dan masyarakat. Yakinlah, kita tidak pernah keseorangan.
4. Istighfar Apabila Terkenang
Akan ada ketikanya, kenangan silam menjelma tiba-tiba, lalu perasaan hiba tidak dapat dihalang. Biasanya pada hari yang pertama iaitu pada hari raya, hari jadi, hari ulang tahun perkahwinan yang pertama tanpanya.
Maka setiap kali saat sebegitu tiba, perbanyakkan istighfar buatnya. Mohon yang terbaik untuknya kerana ingatan kita kepadanya tidak bermusim dan bertempat. Bukan hanya ketika di pusaranya pada hari raya sahaja.
5. Jaga Baik-Baik Orang Yang Paling Disayanginya
Siapa lagi kalau bukan diri kita kan ? Adakah normal kita berasa letih dan tidak bermaya pada peringkat awal, namun jangan diturutkan perasaan sampai enggan makan, minum dan hidup. Bayangkan jika dia masih hidup, tentu dia tidak mahu kita dalam keadaan sedemikian.
Maka jangan lupa makan dan minum. Makanlah makanan kegemaran. Tidur biar cukup. Usah rasa bersalah untuk rasa gembira. Pergilah bercuti dan bergembira bersama-sama anak-anak dan keluarga. Sayangilah diri sebagaimana dia menyayangi kita.
SUMBER - Muhammad Luqman Makhtar
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://dakcaii.blogspot.com/2019/03/tips-menghadapi-pemergian-orang-yang.html