Tips Memiliki Rumah Atau Aset Hartanah Pada Usia Muda


Kalau korang nak memiliki rumah atau aset hartanah pada usia muda, baca nasihat Tokwan ni sampai habis.

Tips memiliki rumah atau aset hartanah pada usia muda
1. Berusaha elakkan hutang sampai dua kereta, naik motor berkepit selepas nikah indahnya tak terkata.

2. Tilam lipat atau 'toto' pun selesa, tanpa set tidur dan meja solek bukanlah dosa.


3. Kurangkan makan di luar atau di 'Secret Resepi', makan di rumah lebih jimat dan boleh gesel-gesel pipi.

4. Tak perlu malu rumah lapang tanpa kerusi meja, kawan beli perabot hutang kita jangan cepat teruja.

5. Beli stok barangan di pasaraya, azam tak nak papa asalkan bergaya.

6. Tak perlu 'smart tv' yang lebar sedepa, tabung sambut 'baby' jangan pula dilupa.

7. Baca 'post fb' dan beli buku kewangan, tingkatkan simpanan untuk realisasikan impian dan angan-angan.

8. Kurangkan makan di kedai, tingkatkan ilmu kewangan biar pandai.

9. Bawa bekal masak sendiri atau disediakan isteri, lebih jimat dan sedapnya hingga menjilat jari.

10. Perkara biasa pasangan baru kahwin mula hidup di rumah sewa, azamlah tak mahu terus hidup menyewa hingga ke hujung nyawa.

11. Usah cepat sangat nak beli kereta baru yang koyak plastik, naik motor berdua kenangan indah yang romantik.

--------------------------------------------
1. Dapat gaji habis bayar hutang dan dibelanja, katanya inilah cara 'reward'kan diri selepas penat bekerja.

2. Tak kisah hidup bertahun-tahun menyewa, yang penting kita 'enjoy' hingga ke hujung nyawa.

3. Tidak memiliki sebarang harta atau aset, duit berhabis pada hiburan sejak daripada 'zaman kaset'.

4. Marah orang beli rumah banyak dan buat 'sublet', rupa-rupanya 'loan' dia yang tak lepas itu sebab bila bank telefon lari sembunyi cakap dalam 'toilet'.

5. Duit berhabis pada kereta dan rim sukan, asyik amalkan pinjam duit dari kawan dan rakan.

6. Beli baju semua di butik atau Alamanda, tak pakailah baju jenama 'Myden' atau 'Papagoda'.

7. Sembang pasal duit dan bisnes berjuta-juta, tapi bab menyimpan dia pekakkan telinga dan tutup mata.

8. Siaran tv berbayar tak sanggup nak dibatal, makin berusia tiada simpanan dan masih nak menggatal.

9. Semua ditolak sama ada jadi imam atau makmum, yang dia tahu kad kredit hanya mampu bayar baki minimum.

10. Semua orang salah termasuk menteri, tapi nafkah isteri dan anak dia tak beri.

11. Tiap-tiap bulan pinjam duit isteri, bila minta balik tiba-tiba pengsan dan tak sedarkan diri.

12. Selalu merungut tak cukup wang, tapi untuk kekasih sanggup berhabis tahap 'jiwang'.

13. Soal gaji dan kewangan semuanya rahsia, duit dihabis pada berpoya-poya dan sia-sia.

14. Sanggup jadi penjamin atau 'guarantor', tak kiralah siapa nak beli kereta mahupun traktor.

15. Skim cepat kaya mudah percaya, katanya nak bersara muda kaya dan bergaya.

16. 'Post fb' pasal kewangan malas 'like' dan baca, orang bagi nasihat kewangan dikecam dan dicerca.

17. Tudung dan jubah penuh almari, sampaikan susah nak pilih dan dicari.

18. Anak jatuh sakit dia tak risau, tapi kalau koleksi hobi mahal dia jatuh boleh mengamuk dan sasau.

19. Pengemar fanatik koleksi 'limited edition', walaupun anak dan isteri selalu 'tension'.

20. ASB dan Tabung Haji dikatakan tak patuh syariah untuk melabur, buat apa simpan duit katanya bukan dibawa ke kubur.

21. Makan kedai tepi jalan katanya malu dan tak selera, hanya di 'Mekdi' dan 'Setabak' barulah lalu dan berselera.

22. Hutang keliling pinggang dia tak malu, baju takde jenama tak boleh pakai katanya geli dan berbulu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.tokwan.com.my/2017/11/tips-memiliki-rumah-atau-aset-hartanah-pada-usia-muda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Antara 5 Artis Yang Sudah Memiliki Rumah Sendiri Diusia Yang Masih Muda

Antara 5 Artis Yang Sudah Memiliki Rumah Sendiri Diusia Yang Masih Muda

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 343 hits
Memiliki rumah sendiri pada usia yang masih muda merupakan impian setiap orang Bukan sahaja artis malahan sesiapa sahaja pasti mengimpikan untuk memiliki kediaman sendiri
Rumah Sendiri Sewa Atau Beli Jangan Buat Kesilapan Ini

Rumah Sendiri Sewa Atau Beli Jangan Buat Kesilapan Ini

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 745 hits
Rumah pertama yang anda bakal beli nanti apa yang anda akan buat Tokwan bagi pilihan yang paling popular di Malaysia Beli dan duduk sendiri Beli dan sewa Tokwan terbaca status FB daripada rakan pelabur hartanah kita iaitu Rohaniah Noor Beli...
Tips Pelaburan Hartanah Untuk Newbie

Tips Pelaburan Hartanah Untuk Newbie

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 176 hits
Tengah mencari rumah untuk tujuan pelaburan Tahniah Tokwan ucapkan sebab korang dah mulakan tindakan Kalau tunggu lagi memang lambat la nak kaut untung kan Tak salah beli rumah kecil dulu Sampai masa nanti korang boleh upgrade lepas dah dap...
8 Tips Menjaga Rumah Yang Diajarkan Oleh Imam Masjidil Haram Syeikh Sudais

8 Tips Menjaga Rumah Yang Diajarkan Oleh Imam Masjidil Haram Syeikh Sudais

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 272 hits
Imam Masjidil Haram Syeikh Abdurrahman Sudais memberikan beberapa tips pada kita agar rumah yang menjadi tempat kita beristirahat senantiasa sehat dan aman dari gangguan Syeitan Berikut tips tips beliau Pertama Tiga hari sekali buka pintu d...
Bacaan Doa Ketika Masuk Dan Keluar Rumah Yang Dihuni Atau Kosong

Bacaan Doa Ketika Masuk Dan Keluar Rumah Yang Dihuni Atau Kosong

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 332 hits
Bacaan Doa Ketika Keluar dan Masuk Rumah Arab Latin dan Terjemahannya Kali ini admin share tantang bacaan doa saat masuk dan keluar rumah yang sangat penting kita bacakan ketika hendak berpergian dan saat pulang berpergian tujuannya agar ru...
Pernah Tular Tinggal Di Rumah Usang Sekali Trbongkar Siapa Makcik Ini Rupanya Miliki Aset Jutaan Ringgit

Pernah Tular Tinggal Di Rumah Usang Sekali Trbongkar Siapa Makcik Ini Rupanya Miliki Aset Jutaan Ringgit

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 341 hits
Warga emas yang ditul4r tinggal di rumah usang did4kwa memiliki aset yang bernilai hampir RM1 7 juta dengan mengambil kira hart4nah dimiliki keluarganya
Rumah Mampu Milik Untuk Anak Muda Sebanyak 12 000 Unit Dibina Daftar Mulai 23 Feb

Rumah Mampu Milik Untuk Anak Muda Sebanyak 12 000 Unit Dibina Daftar Mulai 23 Feb

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 277 hits
Hari ini Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa dalam kemaskini di Twitter menyatakan sebanyak 12 000 unit kediaman Residen Prihatin bakal dibina khas untuk anak muda Inisiatif kerajaan ini dilihat bagi memastikan golongan muda mam...
Tak Suka Guna Hair Dryer Atau Tuala Untuk Keringkan Rambut Ini Penyelesaiannya

Tak Suka Guna Hair Dryer Atau Tuala Untuk Keringkan Rambut Ini Penyelesaiannya

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 325 hits
Salam dears Siapa yang tak suka guna hair dryer atau tuala untuk keringkan rambut Kita geng Mama paling malas nak guna hair dryer Kenapa Haa meh nak cerita Kenapa Tak Suka Guna Hair Dryer atau Tuala Untuk Keringkan Rambut Ini diantara sebab...
Aplikasi Sugar Baby Dihapuskan Atau Dijenamakan Semula

Aplikasi Sugar Baby Dihapuskan Atau Dijenamakan Semula

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 294 hits
Menurutnya pihaknya juga menggesa sindiket berkaitan dan amalan rasuah melibatkan pihak berkuasa seperti penjualan methamphetamine dan pemerdagangan kanak kanak atau wanita dihapuskan Kerajaan juga digesa menyediakan program pemulihan dan k...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin