Tips Membantu Anda Menjaga Kulit Muka Dengan Baik Supaya Kelihatan Muda





PENJAGAAN kulit merupakan salah satu perkara penting dalam kehidupan seharian tidak kira golongan lelaki mahupun wanita.

Ia sudah tidak asing lagi terutamanya kulit di bahagian muka. Jadi tidak hairan jika zaman ini yang ada antara kita sanggup menghabiskan ribuan ringgit demi mengekalkan kecantikan kulit supaya sentiasa kelihatan muda remaja.

Menurut pegawai perubatan, Dr Che Hafiz, ciri-ciri kulit yang sihat dan cantik termasuklah licin, tegang, anjal, kemerah-merahan dan bebas daripada jerawat. "Jerawat merupakan salah satu penyakit kulit yang popular bukan sahaja dalam kalangan rakyat Malaysia tetapi di seluruh dunia.
"Kebanyakan mereka yang mengalami masalah itu terutama ketika jerawat 'breakout' akan menyebabkan individu tersebut berasa tertekan sehingga berasa malu hendak berhadapan dengan orang ramai," katanya.
Dr Che Hafiz memberitahu salah satu punca bagaimana terjadinya jerawat breakout ini adalah daripada keadaan hormon di dalam badan yang tidak stabil.
Berikut adalah antara tip yang dikongsikan Dr Che Hafiz dalam membantu anda menjaga kulit muka dengan baik dan supaya kelihatan muda.


1. Kenali jenis kulit
Jika faham jenis kulit sudah tentu mudah untuk mengenal pasti sama ada kulit anda berminyak, kering, sensitif atau bermasalah di mana ia memerlukan nasihat daripada doktor.
Paling penting jika anda mempunyai masalah kulit seperti jerawat jangan memandai-mandai memicit jerawat itu sendiri tanpa menggunakan teknik yang betul. Ini boleh menyebabkan masalah kulit menjadi lebih teruk dan parut kekal.


2. Buat pemilihan 'facial cleanser' dengan bijak
Produk pencuci muka yang tidak sesuai seperti mengandungi bahan kimia boleh mempengaruhi kulit kita.
Sebaik-baiknya, pilih pencuci muka yang mempunyai PH di antara 4.5-7.0 dan elak menggunakan pencuci muka yang mengandungi sulphates.


3. Pelembap muka dan toner
Untuk jenis kulit mudah kering, boleh pakai pelembap muka dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur manakala toner cukup sekadar sekali sehari.
4. Penggunaan primer
Bagi yang memakai solekan, anda digalakkan untuk memakai primer terlebih dahulu sebelum menyapu bedak asas.


5. Sunblock
Anda digalakkan juga untuk memakai sunblock jika sentiasa terdedah kepada sinaran cahaya matahari. SPF sunblock bergantung kepada jenis kulit dan berapa lama anda berada di bawah matahari.


6. Pemakanan
Pemakanan memainkan peranan dan faktor besar dalam proses penjagaan kulit muka kita. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula.
Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Jika anda seorang yang sibuk dengan kerja, pengambilan suplemen seperti multivitamin juga digalakkan.
Jangan lupa minum air secukupnya (2-3 liter sehari) bergantung kepada berat badan dan aktiviti individu. Ini adalah untuk mengekalkan hidrasi badan dan baik untuk kulit.


7. Senaman
Bersenamlah sekurang-kurangnya tiga ke lima kali seminggu. Anda boleh lakukan senaman seperti joging atau berenang serta senaman lain mengikut kesesuaian. Ingat sihat dan cantik itu seiring!


8. Tidur dan rehat mencukupi
Tidurlah dengan berkualiti sekurang-kurangnya enam ke lapan jam sehari. Dengan rehat yang mencukupi, ia boleh merangsang kecantikan pada kulit wajah malah ia boleh mengatasi tekanan.


9. Rawatan wajah
Lakukan rawatan wajah dua minggu atau sebulan sekali bergantung kepada masalah dan jenis kulit. Sebaik-baiknya berunding dengan doktor deermatologi atau aesthetic bagi mendapatkan nasihat yang tepat sama ada kulit wajah anda memerlukan rawatan seperti laser atau chemical peeling.
Dr Che Hafiz turut menasihatkan agar menjaga kebersihan diri dan mengamalkan gaya hidup sihat kerana kulit yang cantik mencerminkan keperibadian diri.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://penulisanyus.blogspot.com/2022/07/tips-membantu-anda-menjaga-kulit-muka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Diamalkan Orang Korea Cuba 6 Petua Penjagaan Kulit Muka Kekal Sihat Sepanjang Masa

Diamalkan Orang Korea Cuba 6 Petua Penjagaan Kulit Muka Kekal Sihat Sepanjang Masa

papar berkaitan - pada 10/10/2023 - jumlah : 209 hits
Semua pasti terpegun apabila melihat kecantikan luar biasa yang ada pada artis wanita mahupun artis lelaki Korea ARTIKEL BERKAITAN Korang juga boleh mencapai tahap kesihatan kulit muka yang mulus dan licin dengan hanya mengikuti 6 langkah m...
Amizar Ikrar Jalankan Amanah Dengan Baik

Amizar Ikrar Jalankan Amanah Dengan Baik

papar berkaitan - pada 8/10/2023 - jumlah : 215 hits
AMIZAR Abu Adam berikrar akan memikul amanah yang diberikan pengundi kepadanya dengan baik dan meneruskan legasi Allahyarham Johari Harun selepas menang dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Pelangai Amizar 53 yang mewakili Barisan
Berita Baik Buat Umno Dan Kerajaan Perpaduan

Berita Baik Buat Umno Dan Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 7/10/2023 - jumlah : 159 hits
BN diramal mampu menang PRK DUN Pelangai IDEMenjelang saat pengundi di Pilihan Raya Kecil DUN Pelangai esok hari Institut Darul Ehsan yang sering membuat ramalan tahap sokongan pengundi menjangkakan calon BN Datuk Amizar Abu Adam berupaya m...
Pembangkang Anggap Baik Santau Pmx Diminta Mengucap

Pembangkang Anggap Baik Santau Pmx Diminta Mengucap

papar berkaitan - pada 10/10/2023 - jumlah : 117 hits
HarapanDaily comSeorang lelaki dipercayai pembangkang mengundang kecaman orang ramai apabila selamba mencadangkan supaya Perdana Menteri disantau Sikap individu itu amat mengejutkan memandangkan santau yang bertujuan untuk menyakiti orang l...
Tiktoker Abu Laot Dijebloskan Ke Penjara Ini Motifnya Cemarkan Nama Baik Calon Senator Aceh

Tiktoker Abu Laot Dijebloskan Ke Penjara Ini Motifnya Cemarkan Nama Baik Calon Senator Aceh

papar berkaitan - pada 10/10/2023 - jumlah : 270 hits
Abu Laot mengaku tersinggung dengan komentar pelapor terkait kasus penculikan dan penganiayaan Imam Masykur
Penat Bersangka Baik Letih Memaafkan

Penat Bersangka Baik Letih Memaafkan

papar berkaitan - pada 11/10/2023 - jumlah : 159 hits
Sumber Screenshot perkongsian Ustaz Pahrol di Fb Penat bersangka baik tidak sepenat bersangka buruk Letih memaafkan tidak seletih menyimpan dendam Apabila difikirkan secara mendalam kata kata di atas ternyata ada benarnya Perbuatan bersangk...
Erick Thohir Soal Persiapan Piala Dunia U 17 Alhamdulillah Baik Belum Ada Yang Mengkhawatirkan

Erick Thohir Soal Persiapan Piala Dunia U 17 Alhamdulillah Baik Belum Ada Yang Mengkhawatirkan

papar berkaitan - pada 11/10/2023 - jumlah : 244 hits
Hal itu dipastikan Erick Thohir usai menggelar rapat bersama Menteri Pemuda dan Olahraga Dito Ariotedjo bersama dengan para pimpinan daerah
How To Recover Lost Data From Your Smartphone

Startups Vs Established Industries

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Nasi Lemak Lobster Jb

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mengelaskan Haiwan

Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Peter Anthony Masuk Penjara

Bagaimana Wang Rm170 Juta Boleh Terdedah Ini Adalah Antara Spekulasinya

Potongan Dari Pentadbiran Trump Boleh Gugat Usaha Penyelidikan Ai

Ladang Padi Berkilau Peninggalan Kuil Purba Dan Pengrajin Tembikar Mencerminkan Mala

Video Gelagat Syed Saddiq Mahu Bella Astillah Lepas Rambut Netizen Terhibur Kenapa Orang Tepi Tu Serius Sangat