Tips Melancong Berjalan Jalan Di Busan Korea
Kalau tak wujud filem Train to Busan, aku rasa ramai orang Malaysia tidak tahu akan kewujudan bandar Busan ni (unless kau memang peminat tegar Kpop or Kdrama laa). Orang selalu buat lawak dengan aku, "weh kat Busan ada apa? ada zombie eh?" hmm. Wahai teman-teman sekalian, sekali dua dengar, lawak. Kalau berkali-kali dengar, hambar tahu
So disebabkan ramai yang masih tak tahu apa yang best tentang Busan, maka hari ini aku nak share tempat-tempat menarik di Busan beserta tipsnya. Kalau topik ini panjang, aku akan buat dua or tiga entri supaya kalian boleh hadam betul-betul dengan tenang. Nak melancong negara orang ni, mental kena prepared. Shall we begin?
Opss! sebelum tu, aku nak cakap entri ni agak panjang, so untuk menghilangkan kesunyian dalam hidup korang yang sememangnya sudah sunyi tu. Nah, aku tuju satu lagu. Enjoy!
Busan terletak dikawasan Gyeongsangnam (negeri dalam Korea). Jarak Seoul-Busan kalau nak estimate by masa adalah 4 jam perjalanan dengan bas, 2 jam perjalanan dengan KTX (train laju) dan 1 jam dengan kapal terbang
Kiranya jarak antara Busan-Seoul dan Busan-Jeju Island almost the same. BUT, for your information sebelum wujudnya flight direct dari Malaysia ke Pulau Jeju (by Airasia), cara paling efficient dan murah untuk sampai ke Pulau Jeju adalah dengan cara Malaysia > Busan > Pulau Jeju. Orang akan transit kat Busan airport untuk pergi ke Pulau Jeju. Tetapi sekarang Airasia dah ada buat direct flight ke Jeju Island maka senanglah hidup kita semua. Murah pun murah
Tip 1: Kalau Pulau Jeju termasuk dalam senarai tempat nak pergi ketika melancong di Korea. Aku syorkan untuk beli tiket flight macam ni.
Malaysia > Pulau Jeju > Busan > Seoul > Malaysia (usually the cheapest)
Malaysia > Busan > Pulau Jeju > Seoul > Malaysia
Malaysia > Seoul > Busan > Pulau Jeju > Malaysia
Untuk aku, 10 ke 12 hari adalah duration waktu yang paling ideal untuk cover ketiga-tiga tempat dengan pace yang tenang. Jadual tak pack dan tak terkejar-kejar. Tetapi, seandainya kalian jenis suka jadual pack, so it's okay kalau nak minimize kan lagi waktu tu
Kebanyakan orang Malaysia yang aku jumpa di airport Korea, mereka hanya singgah di Busan hanya untuk transit saja. So, orang yang macam ni aku akan kata pada dia "Hang sudah kehilangan satu nikmat kekejuan didunia." Hahaha. Lepas baca entri ni, tolanglah lepas ni kalau dah sampai Busan jangan takut untuk keluar dari aiport Busan. Sumpah, tak ada zombie kat luar tu. Okay?
Sekarang kita pergi ke main topic. Apa nak buat bila sudah sampai di Busan?
Satu hari penuh (One full day) sudah cukup untuk pergi ke tempat-tempat menarik yang paling utama di Busan. Tapi, untuk orang yang cintakan alam semulajadi. Of course, 1 hari tidak akan cukup kerana Busan sangat kaya dengan alam semulajadi
Tip 2: For those yang ada masa yang minimum (at least 1 hari) aku suggest kan kalian ambil package BUSAN CITY TOUR JUMBO BUS. Sebab package ni akan bawa kalian ke tempat yang paling wajib & paling utama kalian kena pergi. Semua tempat yang kalian pergi ni, no fee entrance (except yang dinyatakan)
12 Tempat-tempat yang akan dicover
GUIDE MAP
2-1 Huinyeol Culture Village (White Rift Culture Village)
Orang sini kata, Huinyeol Culture Village ni ibarat Santori Busan. Perumahan lama yang terletak dilereng bukit, rumah antara rumah rapat-rapat, berdepan dengan laut biru. Kau bayangkan buka pintu rumah nampak laut. Perghh! Best dowh.
Minum teh ais dulu
3. Sky Observatory
Tempat ni dekat je dengan Huinyeol Village tadi. Nak teropong kapal laut sambil hirup udara laut. Santai-santai. Bergurau senda dengan pasangan halal.
"Abang Dollah, cantikkan permandangan disini?"
"Iya, Leha. Tetapi..masih tidak dapat tandingi kecantikan awak Leha."
Lalalala~
5. Taejongdae Park
Suggestion aku kalau pergi tempat ni, setengah hari pun belum tentu cukup. Sebabnya tempat ni sangat luas. Penuh dengan nature. Ia banyak pitstop dan banyak port menarik untuk ambil gambar dan relax-relax dalam Taejongdang park ni. Kalau aku, aku tak include kan Taejongdae ni dalam list Busan Bas tour ni. Aku akan allocate satu hari untuk tempat ni saja. It's soo worth it
7. Oryukdo Island
Dekat sini ada lantai kaca yang dibina di tepi cliff. Nak lalu atas lantai tu kena pakai cover kasut yang disediakan. Kalau gayat memang fikir dua tiga kali nak jalan atas lantai tu sebab kalian boleh nampak air laut yang menghempas badai dibawah tu. Zass zass. *Gitew* Minum coffee sambil duduk santai-santai kat kawasan Oryukdo Island memang boleh feeling-feeling berada dalam Kdrama. *insert lagu*
"Bau coffee ni menyegarkan, mengingatkan coffee yang Leha hidangkan untuk abang masa pertama kali abang datang ke rumah orang tua Leha."
"Masih ingat lagi?"
"Mestilah, itu la moment pertama abang jatuh hati pada Leha."
"Hmm.. tapi abang.. Coffee tu mak Leha yang buatkan."
Erk.
10. Songdo Beach
Okey, Songdo Beach ni pun special place bagi aku. Sebab kat sini ada cable car merentasi laut. Biasa naik cable car merentasi hutan or bukit kan. Ni lain sikit. View memang wallahi cantik sangat-sangat. So kat Songdo Beach ni of course ada Beach, Cable car, Skywalk, water games dan macam-macam lagi. Mesti tak puaslah kalau pergi sekejap je. Kalau kalian lama di Busan, bolehlah allocate satu hari untuk berpicnic kat sini. Tapi. kena ikut musimlah, musim dingin tak ada water games. Kalau nak picnic makan nasi lemak tu, memang TERBAIK!
(Gambar-gambar yang aku share ni, bercampur masa musim luruh dan musim panas)
Harga tiket cable car:Adult = 15'000 KRWMinor = 11'000 KRW
(video dalam cable car)
Boleh tengok sunset kat Sky Harbor
Tempat-tempat yang aku share kira macam cream of cream lah. Wajib jejak kaki bila sampai Busan. Percayalah cakap aku, satu hari saja di Busan, kalian pasti PASTI PASTI tidak akan puas. Banyak lagi tempat yang aku nak suggest. Tetapi, sebagai permulaan cukuplah ini dulu yea. So, apa macam? Masih rasa Busan ni bandar zombie lagi ke
Jadual Bas Jumbo
Harga Tiket Busan City Tour Jumbo Bus
Adult = 15'000 KRWMinor = 8'000 KRW *5-19 years old*
In group (≥15 people)Adult = 13'000 KRWMinor = 6'000 KRW *5-19 years old*
Tempat beli tiketBusan station plaza in front of Arirang Tourist Hotel
Busan station bus stop
Additional InfoFirst tiket pukul 9AM, Last tiket pukul 6PMMonday closed except national day
(Video: Songdo Cable car)
Fuhh. Panjang betul entri kali ini. Harap bermanfaat untuk mereka yang sedang membuat itinerari ke Korea. Topik ini adalah antara the most requested topik dekat instagram aku. InsyaAllah, aku akan sambung part seterusnya dientri yang baru. InsyaAllah....
Owh, ada satu hari tu , aku jumpa tiga orang datin dekat airpot Busan. Dia orang tengah tunggu flight ke Seoul. Borak-borak dengan mereka, katanya dari Jeju, transit sekejap dekat Busan. Aku pun tanyalah,
"Tak jalan-jalan kat Busan ke Ten?".
"Ada apa ye kat Busan ni? Saya tak tahulah."
"Laa, Ten tak tahu ke, walaupun nama dia Busan tetapi ia tak bosan. Bla bla bla.."
Maka berjayalah aku mempengaruhi tiga orang datin tu. Dah macam duta Busan kau tahu. Hahaha. Tak.. aku cuma nak orang tahu kebahagiaan itu tak datang bergolek, ia kena cari. Eh? Merepek apa kau ni syertann? Maaf maaf. Aku kena berhenti menaip sekarang. Nanti semakin merapu si Ainiey ni kang.
Semoga bermanfaat! Jumpa lagi! Adious
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ainieyshah.com/2019/04/tips-melancongberjalan-jalan-di-busan.html