Adakah Berhibur Dan Melancong Boleh Dianggap Rukhsah Untuk Jamak Dan Qasar



Soalan:
Adakah melancong dan berhibur bersama keluarga dan rakan-rakan boleh dikira sebagai rukhsah untuk solat secara Qasar?

Jawapan:
Terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi bagi membolehkan solat Qasar dan Jamak dilakukan. Antara yang disebutkan oleh para fuqaha :

Solat yang diqasarkan adalah solat fardu yang empat rakaat.Ada tujuan walaupun dengan mana-mana arah.Permusafirannya adalah permusafiran yang diharuskan bukan kerana maksiat.Mempunyai tujuan yang baik seperti pergi kerana urusan perniagaan dan lain-lain.Jarak perjalanan adalah sejauh dua marhalah iaitu dianggarkan sejauh 82 kilometer.Melepasi negeri atau kawasan tempat bermukim.Ada pengetahuan berkenaan hukum hakam solat Qasar dan Jamak. (Rujuk Al-Taqrirat Al-Sadidah Fi Al-Masail Al-Mufidah, hlm 314-315)
Berkenaan dengan persoalan sama ada perjalanan dengan tujuan melancong dan rekreasi diberikan rukhsah untuk solat secara Qasar, kami kemukakan pandangan empat mazhab seperti berikut:

Mazhab Hanafi:
Diriwayatkan bahawa Imam Abu Hanifah mengharuskan seseorang yang sedang dalam apa jua bentuk permusafiran untuk melakukan solat secara Qasar, hatta musafir untuk melakukan maksiat sekalipun, dan pandangan ini dipersetujui oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan Ibn Hazm al-Andalusi. (Rujuk Majmu’ah al-Rasa’il li Ibn Taimiyyah 2/60 dan Al-Syarh al-Mumti’ Syarh Zad al-Mustaqni’ 4/349)

Mazhab Maliki:
Syeikh Muhammad ‘Alisy menyatakan bahawa menurut mazhab Maliki, Qasar solat sewaktu sedang melancong adalah tidak disunatkan, bahkan hukumnya makruh. (Rujuk Minah al-Jalil 1/401)




Mazhab Syafi’e:
Menurut mazhab Syafi’e, salah satu syarat yang perlu dipenuhi bagi membolehkan seseorang itu memperoleh rukhsah Jamak dan Qasar sewaktu bermusafir juga ialah dia mesti mempunyai tujuan perjalanan yang jelas.

Al-Imam al-Mawardi, Al-Imam Muhyiddin al-Nawawi, Imam al-Ramli dan Imam Ibn Hajar al-Haitami menyatakan dengan jelas bahawa al-tanazzuh iaitu rekreasi dan melancong merupakan satu tujuan perjalanan yang jelas, kerana ia adalah untuk mengubati diri sendiri daripada lemahnya semangat, kebosanan jiwa dan meningkatkan semangat. Maka dengan itu, perjalanan untuk melancong dan berekreasi diharuskan untuk solat jamak dan qasar. (Rujuk Al-Hawi al-Kabir 2/880, Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab 4/33, Mughni al-Muhtaj 1/268 dan Al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra 1/231)

Mazhab Hanbali:
Imam Ibn Qudamah pula meriwayatkan dua pandangan dalam mazhab Hanbali. Pandangan pertama yang diriwayatkan daripada Imam al-Khiraqi mengharuskannya, manakala pandangan kedua pula merupakan riwayat daripada Imam Ahmad bin Hanbal yang tidak mengharuskannya. Hal ini kerana melancong bukan maslahah yang diiktiraf oleh syara’. Imam Ibn Qudamah memilih dan mentarjihkan pandangan pertama, iaitu harus untuk qasar. (Rujuk Al-Mughni 2/100)

Kesimpulan

Tuntasnya, kami mentarjihkan pandangan majoriti ulama iaitu pandangan mazhab Hanafi, Syafi’e dan pandangan yang dipilih Ibn Qudamah dalam mazhab Hanbali yang mengharuskan Qasar solat bagi mereka yang sedang dalam bermusafir untuk melancong dan berekreasi bersama keluarga dan rakan-rakan. Namun demikian, jika perjalanan tersebut adalah dengan bertujuan untuk bermaksiat, seperti untuk berjudi dan berhibur di kelab-kelab malam, maka tidak diharuskan untuk Qasar solat.

Pandangan ini lebih meraikan suasana semasa, dan lebih memberikan keselesaan kepada umat Islam, terutamanya yang telah bekeluarga dan mempunyai anak-anak kecil, dan perjalanan yang jauh adalah memenatkan, meskipun dengan menaiki kapal terbang.

Wallahu a’lam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/04/adakah-berhibur-dan-melancong-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Spr Edar Kupon Makanan Boleh Dianggap Rasuah Jamuan

Spr Edar Kupon Makanan Boleh Dianggap Rasuah Jamuan

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 279 hits
Tindakan MP Miri Michael Teo mengedarkan kupon makanan kepada kanak kanak sekolah di Rantau boleh dianggap sebagai rasuah penjamuan di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya maklum SUruhanjaya Pilihan Raya Bagaimanapun Timbalan Pengerusi SPR Azmi...
Adakah Kanak Kanak Autisme Boleh Normal

Adakah Kanak Kanak Autisme Boleh Normal

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 383 hits
Austisme ialah berasal daripada perkataan bahasa Greek iaitu autos yang bermaksud sendiri Dalam konteks ini ia merujuk kepada seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri Adakah Kanak Kanak Autisme Boleh Normal Credit Pic Dari sudut perubata...
Maksud Dua Marhalah Dalam Jamak Qasar

Maksud Dua Marhalah Dalam Jamak Qasar

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 424 hits
Soalan Apakah yang dimaksudkan 2 marhalah di dalam solat Qasar Jawapan Firman Allah Taala Dan jika kamu bermusafir di muka bumi ini maka tidak berdosa ke atas kamu untuk memendekkan solat Nas di atas ini menunjukkan dalil dibolehkan solat q...
Solat Jamak Qasar Semasa Musafir Tanpa Bermalam

Solat Jamak Qasar Semasa Musafir Tanpa Bermalam

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 500 hits
Soalan Saya menghantar anak balik ke university di Alor Gajah dari Subang Jaya yang mana perjalanannya melebihi 2 marhalah dan keluar daripada kawasan mukim saya Adakah boleh saya jamak solat sebelum tiba di rumah walaupun saya tak bermalam...
Adakah Anda Benar Benar Boleh Buat Duit Dengan Pemasaran Affiliate

Adakah Anda Benar Benar Boleh Buat Duit Dengan Pemasaran Affiliate

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 382 hits
Boleh ke nak buat duit dengan program affiliate Jawapan mudahnya ialah sudah tentu boleh Menerusi program affiliate anda sememangnya boleh hasilkan pendapatan Sama ada banyak atau sikit konsisten atau tidak semuanya bergantung kepada macam ...
Jangan Kata Senaman 1 Minit Tak Boleh Ubah Bentuk Badan Anda Ini Buktinya

Jangan Kata Senaman 1 Minit Tak Boleh Ubah Bentuk Badan Anda Ini Buktinya

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 309 hits
Salah satu senaman yang mudah dan mempunyai kesan yang lebih bagus ialah senaman plank Kenapa plank ini merupakan senaman yang efektif Kerana ia hanya mengambil masa singkat dan memberi keputusan yang memberansangkan dalam jangka masa yang ...
Pertumbuhan Minyak Hanya Boleh Membatalkan Force Majeure

Pertumbuhan Minyak Hanya Boleh Membatalkan Force Majeure

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 338 hits
Dinamik minyak optimis dan harga yang mengukuh WTI Amerika diniagakan di atas paras 60 setong dan Brent hampir 70 setong Dana lindung nilai dan pengurus kewangan lain telah meningkatkan kedudukan mereka dalam emas hitam Belian bersih bagi e...
Hanya Golongan Di Raja Arab Saudi Saja Boleh Masuk Lelaki Ini Berjaya Buat Rakaman Di Dalam Kaabah

Hanya Golongan Di Raja Arab Saudi Saja Boleh Masuk Lelaki Ini Berjaya Buat Rakaman Di Dalam Kaabah

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 526 hits
Anda pernah terfikir tak apa yang ada di dalam Kaabah yang hanya boleh dimasuki oleh Raja Saudi sahaja Ada yang kata kalau masuk dalamtu jangan tengok atas kerana kita boleh nampak pintu langit betul betul di atas Kaabah Tengok gambar gamba...
Dari Awal Bayi Aktif Sangat Bagus Kerana Boleh Mempercepatkan Pertumbuhan Otaknya

Dari Awal Bayi Aktif Sangat Bagus Kerana Boleh Mempercepatkan Pertumbuhan Otaknya

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 420 hits
Sejak dalam rahim bayi sudah bergerak gerak ibu merasai tendangan bayi dalam lingkungan 5 bulan usia kandungan Sebaik sahaja lahir bayi menangis dengan kuat untuk mengembangkan paru paru untuk bernafas Pergerakan bayi meningkatan pertumbuha...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Jdt Dinobatkan Juara Unifi Piala Malaysia Selepas Sewaskan Sri Pahang Fc 2 1 Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Pakej Percutian Turki

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mengandungi Dna Babi 9 Produk Halal Indonesia Ditarik Balik

Hidupringkas Com Akan Ditutup Pada Bulan June 2025 Yang Akan Datang

Sabtu Cerdas Finansial Literasi Keuangan Jadi Kunci Hadapi Tantangan Ekonomi 2025

Bitcoin Overtakes Google Apa Artinya Untuk Dunia Digital

Chamber Hyperbarik Terobosan Pengobatan Modern Kini Hadir Di Rsud Dr Soedarso

Kaya Sebab Duit Banyak