Tips Kulit Tidak Berminyak Kusam Dengan Pencuci Muka Aloe Vera L Hansaegee Nature


AssalamualaikumSalam Sejahtera buat semua

Susah nak cari pencuci muka (face cleanser) yang bersesuaianKulit muka aku jenis kombinasi,jadi selalunya boleh menggunakan apa- apa jenis pencuci muka tanpa ada sebarang iritasi. Tapi yang selalu merunsingkan aku ialah bila selalunya muka ni rasa tak bersih dan masih berminyak selepas mencuci muka. Lagi merunsingkan bila masa datang bulan, jerawat tumbuh dengan jayanya. Haih memang rasa tak senang duduk je selalu. Kejap kejap pergi masuk bilik air cuci muka dan tak lama lepastu kulit muka kembali berminyak

Banyak dah produk yang aku cuba. Dari semurah-murah produk sampai lah semahal-mahal produk, masih tak jumpa yang paling berkenan di hati. Runsing tau.  Yelah  dengan usia  dah menganjak  30  tahun ni, penjagaan wajah memang sangat penting bagi aku, kalau boleh nak lah kekal awet muda walaupun dah berusia nanti kan

Satu hari tu aku cuba pula pencuci muka dari Hansaegee Nature. Ala, saja nak try and error jugak. Harap-harapnya kena dengan citarasa. Nama Pencuci muka ni ialah ALOE AC Clean Bubble Cleanser dan juga ialah pencuci muka Aloe Vera. First impression aku dengan produk ni mestilah pada packaging dia. Kotak warna hijau, tenang rasa hati. Lagi-lagi produk ni dibuat di Korea, so semoga wajah aku pun kekal cantik macam artis korea. Hehe. 
Packaging ALOE AC Clean Bubble Cleanser

Info berkenaan ALOE AC Clean Bubble Cleanser ada di belakang kotak packaging 

Kandungan Utama dalam ALOE AC Clean Bubble CleanserALOE AC Clean Bubble Cleanser ni sesuai untuk semua jenis kulit muka. Diasaskan daripada daun lidah buaya dan tea tree leaf oil yang sangat bagus untuk kulit wajah kita. Lidah buaya memang terkenal untuk melembabkan  dan  menyejukkan  kulit  wajah.  Kadang-kadang  kulit muka aku ni selalu jadi gatal dan merah-merah, so kandungan lidah buaya  ni  sangat  membantu  aku  untuk  buat  kulit  muka  kembali bertenang

Tea Tree Leaf Oil pula sangat penting untuk menghindarkan jerawatdan memudarkan parut di wajah. So gabungan dua jenis kandungan bahan dalam ALOE AC Clean Bubble Cleanser memang sesuai untuk keadaan kulit muka aku sekarang ni
Bahan lain yang terkandung dalam ALOE AC Clean Bubble Cleanser
Antara kebaikan dan keistimewaannya ialah :
-   Menghindarkan jerawat-   Mengawal minyak pada wajah-   Membuang lebihan minyak di wajah-   Menanggalkan kotoran diwajah-   Mencuci wajah dengan lebih mendalam ke dalam pori-   Melembutkan dan meghaluskan kulit wajah

Cara Penggunaan ALOE AC Clean Bubble CleanserCara guna dia senang sangat. Syarat utama dia kita kena basahkan muka dan tapak tangan terlebih dahulu. Kemudian barulah pamkan di tapak tangan. Pencuci muka ni dia akan jadi buih buih halus tau, buih buih halus ni akan mebersihkan kulit wajah kita secara lebih mendalam untuk buang segala kotoran dan solekan di wajah. 

 First step, basahkan muka dan tangan

 Second step, pamkan pencuci muka di tangan 

Sapukan buih-buih halus di wajah dan kemudian bilas

Hasilnya sangat memuaskan hati


Boleh tengok video aku menggunakan ALOE AC Clean Bubble Cleanser di bawah :




View this post on Instagram
Bila balik dari kerja, memang malas nak tengok muka dekat cermin. Berminyak dan pucat sangat! Nasib baik ada @hansaegeenature ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni. Bersihkan wajah secara mendalam dan tak keringkan kulit. Buat kulit makin lembut adalah. Sangat recommended. wajib try okey 😍 . . 🍁Brand : Hansaegee Nature 🍁Website: www.hansaegee.com/shop 🍁@hansaegeenature #hansaegeenature #hansaegee #aloeacbubblecleanser #kbba9A post shared by Asyiqin (@asyiqin.89) on Oct 2, 2019 at 10:29pm PDT
The best part tentang ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni ialah buih-buih halus dia. Korang boleh tengok dekat bawah ni


Bila pegang dan goncang botol, kita akan dengar bunyi air tau. Tapi bila pump, magic sangat sebab air tu bertukar menjadi buih-buih air yang sangat halus dan lembut. Mesti korang pun akan teruja macam aku masa mula-mula pump pencuci muka ni. hehe


  Buih-buih dia sangat lembut dan jenis yang water-moisture, so lepas guna kulit akan rasa lembut dan tak mengeringkan macam sesetengah pencuci muka jenis bubble yang lain





Gambar di bawah ni  pula  aku try cuba  pada lipstick jenis  matte yang memang susah nak tanggal kalua guna pencuci muka biasa je, biasanya aku kena gunakan baby oil atau oil cleanser untuk buang kesan lipstick ni. Tapi sekarang bila guna ALOE AC Clean Bubble Cleanser, rasa seronok sangat. tengok tu betapa halusnya buih-buih tu, cuci dan bilas sikit je terus hilang kesan lipstick tu tau. Disebabkan ianya membersihkan kulit wajah secara mendalam ke dalam liang pori dan buang sel-sel kulit mati, kulit wajah akan rasa lebih bersih dan nampak semakin cerah tau. Kulit tak kusam lagi dah. Senang dan best kan? 



Pandangan Peribadi selepas menggunakan ALOE AC Clean Bubble CleanserSelepas menggunakan ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni selama lebih kurang 3 minggu, aku perasan beberapa perubahan pada kulit wajah. Muka lebih lembab, tapi dah kurang berminyak. Jerawat pun dah malu- malu nak tunjukkan diri tau. Bila cuci muka sekali je dah rasa bersih sangat.  Hilang  segala  mekap  yang  aku  pakai  dan  muka  jadi  lebih bersih sebab dia cuci hingga ke dalam. Jadi tak payah dah nak cuci muka berkali-kali lagi dah sekarang ni.  Inilah  pencuci  muka  yang terbaik untuk kulit berminyak. So aku bagi 5 bintang! Korang wajib try tau.


Di mana nak dapatkan ALOE AC Clean Bubble Cleanser?Untuk dapatkan produk ni, korang boleh terus ke website Hansaegee atau klik je link di bawah. Selamat mencuba



Brand:HansaegeeNature
Harga : RM65 / 150 ml
 Website: www.hansaegee.com/shop
 IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
 FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
 Youtube page:https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.asyiqin.com/2019/10/tips-kulit-tidak-berminyakkusam-dengan_25.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Di Watsons

7 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Di Watsons

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 9063 hits
7 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering di Watsons Buat mereka yang mempunyai masalah kulit kering memilih pencuci muka yang sesuai bukanlah tugas mudah Mereka haruslah menggunakan pencuci muka yang melembapkan kulit dengan nilai PH yang sesuai P...
Beauty Tips Makeup Ringkas Tetap Cantik Dengan Gold Nano Cc Cream Hansaegee Nature

Beauty Tips Makeup Ringkas Tetap Cantik Dengan Gold Nano Cc Cream Hansaegee Nature

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 368 hits
Siapa malas nak bersiap pagi pagi SAYA Siapa nak cantik SAYA Aih macam mana tu Cakap nak cantik tapi malas bersiap Adakah itu mustahil Tentulah ada jalannya hahaha Suami aku ada cakap walaupun aku selalu cakap aku malas tapi kerja aku tipto...
Kenali Jenis Kulit Muka Anda Dengan Skin Analyzer

Kenali Jenis Kulit Muka Anda Dengan Skin Analyzer

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 619 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraSekarang ini bukan wanita sahaja yang mementingkan penjagaan dan keadaan kulit muka tetapi lelaki juga mula mengambil berat aspek ini Itulah kenyataannya sekarang Boleh dilihat lebih ramai lelaki yang mula...
Tips Jaga Kulit Bila Dah Umur 35 Tahun Ke Atas

Tips Jaga Kulit Bila Dah Umur 35 Tahun Ke Atas

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 699 hits
Bila dah 35 tahun ke atas ni perubahan kulit nampak lebih ketara kalau tak jaga betul betul Masa nilah jeragat senang nak ada kedutan akan dah mula nampak kulit jadi kering kulit kusam Antara sebab utama hormon kita dah makin drop nampak ta...
4 Cara Buat Mekap Nampak Flawless Walaupun Kulit Muka Kering Kena Cuba

4 Cara Buat Mekap Nampak Flawless Walaupun Kulit Muka Kering Kena Cuba

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 832 hits
Masalah kulit muka kering sering dialami oleh ramai wanita Disebabkan kulit muka kering jugalah ada masanya rasa malas nak tepek mekap sebab nanti nampak cracking Lagi tak lawa Bagi yang memiliki kulit kering tentu tahu macam mana stressnya...
Water Based Moisturizer Pelembap Muka Yang Terbaik Untuk Kulit Kombinasi

Water Based Moisturizer Pelembap Muka Yang Terbaik Untuk Kulit Kombinasi

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 533 hits
Water Based Moisturizer Pelembap Muka Yang Terbaik Untuk Kulit Kombinasi Orang kata tak kenal maka tak cinta Jadi saya sekarang ni bila dah kenal dan udah jatuh cinta harusnya bagaimana ya Acewahh Bermadah pula si Sayidah Napisah ni Mentang...
Amin Terkena Air Panas Ini Tips Mudah Merawat Kulit Melecur

Amin Terkena Air Panas Ini Tips Mudah Merawat Kulit Melecur

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 670 hits
Tips mudah merawat kulit yang melecur Malang tidak berbau tiada siapa yang inginkan kemalangan di rumah namun apakan daya kecuaian disebabkan terkena air panas ketika ingin mandi menyebabkan dua jari kanan Amin melecur pada pagi Ahad 6 Okto...
Pilih Deterjen Baju Bayi Yang Tepat Agar Kulit Si Kecil Tidak Alergi

Pilih Deterjen Baju Bayi Yang Tepat Agar Kulit Si Kecil Tidak Alergi

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 281 hits
Seperti yang sudah Anda ketahui bahwa kulit yang dimiliki oleh bayi sensitif Tidak heran jika saat kulit si bayi mengalami iritasi akan membuatnya merasa terganggu dan tidak nyaman Iritasi kulit pada bayi bisa disebabkan oleh beberapa hal s...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Gegar Vaganza 11 Keputusan Konsert Pertama Dan Senarai Lagu Minggu Ke 2

Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof