Tips Kecantikan Cara Dan Bahan Untuk Pudarkan Jeragat


Jeragat!!Oh nooo. Jeragat ni pun antara masalah yang jadi perhatian kita juga. Nak hilangkan jeragat bukan senang bila dia dah bertepek kat muka kita ni,hah. Sakit mata tengok jeragat ni bertepek kat kawasan muka. K.fiezz pun dh ada sikit-sikit jeragat muncul kat muka. Tu lah dulu masa muda-mudi, eksen tak nak pakai sunscreen. Dah tua ni, mendapat lah hadiahnya. haha. 
Dah dapat jeragat ni, memang susah nak hilangkan dia tau?Itu yang kena jaga sebelum dia muncul kat muka kita ni. Bila dia dah muncul, memang masalah pada kita sebab nak hilangkan tu kena cari bahan untuk merawat jeragat. Jangan beli produk sebabkan jenama tapi bahan yang digunakan tu betul ke tidak boleh pudarkan jeragat. Jeragat ni tak boleh nak hilang cuma kita boleh pudarkan jeragat dari nampak keterlaluan kat muka yang sebabkan tona kulit kita jadi gelap & kusam. 
APA ITU JERAGAT?Sebelum kita tengok punca jeragat. Meh tengok dulu jeragat ni apa?Jeragat ni tompok-tompok kecil yang muncul di kawasan muka kita seperti dahi, pipi, hidung & kawasan mulut. Tompok jeragat ni biasanya berwarna lebih gelap dari warna asal kulit kita & ini sebabkan tona kulit kita tak sekata.
Untuk yang berkulit cerah, tompok jeragat warna coklat & yang berkulit gelap tompok jeragat berwarna hitam.
Jeragat kecil ni bila dibiarkan, lama-kelamaan bercantum dengan jeragat lain dan boleh membesar. Akhirnya habis muka kita dipenuhi dengan jeragat. Bila ni terjadi, kulit muka kita akan nampak tak berseri dan gelap.
Sumber Gambar : Mr GooglePUNCA JERAGATMeh kita tengok pula apa punca jeragat ni?Dari mana dia muncul kat muka kita yang licin & cantik ni. haha. #perahsan. 
Terdedah kepada Sinaran Matahari
Cahaya matahari mengeluarkan sinaran UV (Ultraviolet). Sinar UV ni ada 3 jenis iaitu :-

Ultraviolet A : Cahaya yang paling banyak dalam matahari. Boleh tembus lapisan atas kulit dengan mudah. Cahaya UVA ni boleh sebabkan kerosakan pada tisu-tisu penyambung & seterusnya jadi masalah kulit (punca jadinya jeragat & lebih teruk boleh sebabkan kanser kulitUltraviolet B : Cahaya ni kurang sikit berbanding UVA sebab UVB ni kebanyakkannya telah diserap dalam lapisan ozon. Cahaya UVB ni menjadi punca kulit terbakar atau sunburnUltraviolet C :  Cahaya ini paling bahaya pada kulit tetapi kita tak perlu risau sebab cahaya ini tak sampai ke bumi kerana telah diserap oleh lapisan ozonItu lah sebabnya kita diwajibkan guna sunscreen walaupun duduk di rumah saja. Kalau keluar dari rumah, lagi lah memang wajib tepek sunscreen dulu. Jadi untuk elakkan jeragat di usia tua, kena rajin pakai sunscreen/sunblock dari muda yea adik-adik. 
Perubahan Hormon / Rawatan Hormon
Mengambil pil perancang kehamilan salah satu punca terjadinya jeragat. Pengambilan pil perancang kehamilan ini memang jelas diperkatakan sebagai punca terjadi jeragat.
Penggunaan Kosmetik
Menggunakan kosmetik yang berbahaya & tak sesuai dengan kulit juga menjadi punca terjadinya jeragat. Bahan-bahan terlarang yang digunakan boleh sebabkan kerosakan kulit kita.
Faktor Keturunan
Genetik juga dipercayai menjadi penyumbang kepada masalah jeragat yang dihadapi oleh seseorang.Tips Merawat JeragatNi antara tips merawat jeragat yang boleh di cuba. Idak lah cakap 100% jeragat akan hilang. Macam k.fiezz beritahu di atas, jeragat tak boleh nak hilang cuma kita boleh pudarkan jeragat bagi elakkan muka kita jadi kusam dan gelap. 
So ni antara cara untuk mengelak masalah jeragat pada muka.
1.    Cuci muka dengan bersih sebelum tidurJangan amalkan tidur dengan muka penuh mekap dan berminyak kalau nak muka kita sentiasa cantik & bebas dari masalah jeragat. Sebenarnya tak susah pun nak cantik ni, tak payah keluar duit beli produk kecantikan melambak-lambak. Keyword dia kena RAJIN saja. Rajin bersihkan muka sebelum tidur. 
2.       Guna produk kecantikan yang tiada bahan kimia berbahayaElak gunakan produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia & pengawet berbahaya. Kebanyakan produk kecantikan di pasaran Malaysia ni, mula-mula pakai produk tu memang kulit cantik, flawless tapi bila dah lama, bahan kimia dah meresap dalam kulit yang sebabkan kulit muka rosak. Bila dah berhenti guna, muka jadi lagi teruk. Keluar jeragat kat muka yang jenis besar-besar, lagi lah kita segan nak keluar rumah. Lagi teruk, ada kerosakan hati, pinggang dan kena kanser kulit.
3.    SunscreenBila kita terlalu kerap terdedah pada cahaya matahari yang terik, jeragat lagi semakin meriah di muka. Habis tu takkan nak duduk dalam rumah, tak payah keluar bekerja atau berjalan. Eh tak adalah cakap tak boleh keluar rumah, cuma pastikan pakai sunscreen setiap kali melangkah keluar dari rumah. Sebelum pakai sunscreen jangan lupa guna pelembap juga supaya muka kita sentiasa terhidrat (lembap).
Bawah ni pula cara merawat masalah jeragat sekiranya jeragat dah mula bertapak di muka masing-masing. 
1.     Apple cider vinegar ( cuka epal )
Cuci muka dengan apple cider vinegar. 
Cara - Larutkan 1 sudu kecil cuka epal dalam air. Pastikan betul-betul larut baru guna. 
Kemudian boleh cuci muka & bilas. 
Petua ni memang berkesan untuk masalah jeragat tapi AWAS jangan amalkan selalu sebab cuka epal ni bersifat asid. Kalau guna dengan kerap, boleh sebabkan hakisan pada kulit muka. Jadi amalkan 1x seminggu pun dah cukup. 


2.    Kulit Kayu Manis + Madu
Guna sebagai masker.
Cara - Campurkan 1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis & 1/2 sudu kecil madu. Kacau sampai sebati. Kemudian pakai di muka. Jadikan masker. Pakai dalam 30 minit kemudian bilas dengan air sampai bersih.
Buat 2x seminggu & jeragat semakin pudar dimuka. Paling best, boleh halang pembentukan jeragat yang baru.


3. Lemon
Sapu di muka
Cara - Potong lemon & sapukan pada muka. Biar dalam 15 minit, lepas tu baru bilas dengan air.
Asid & Vitamin C dalam lemon boleh membantu masalah jeragat dengan cepat cuma amalkan 1x seminggu secara selang seli dengan cuka epal untuk hasil yang lagi baik. Awas!!Untuk kulit sensitif, jangan guna cara ini sebab lemon berasid. Nanti sebabkan reaksi pedih & merah-merah pada muka. 


4.    Rutin Kecantikan
Cara paling berkesan untuk merawat jeragat adalah setiap hari buat langkah penjagaan kulit untuk pudarkan jeragat dengan cepat dan berkesan. Setiap hari wajib buat ini -

Cuci  Muka (Cleanser)Guna Toner Pelembap Muka
tambahan 2 lagi rutin penjagaan kulit untuk di buat setiap beberapa kali seminggu iaitu :-

Skrub Muka (2-3x seminggu)Pakai  mask (3 x seminggu)Jika kita rajin jaga rutin penjagaan kulit muka setiap hari & tambah pula dengan scrub dan masker, jeragat makin berkurangan dan jeragat baru pun malu nak keluar. Amalkan secara konsisten untuk dapatkan hasilnya. Jangan lah buat baru beberapa kali, tengok macam sama je hasilnya dah give up. Kena ingat tau jeragat memang ambil masa nak pudarkan / hilangkan. Jadi keyword nya 'SILA KONSISTEN'. 
Cari Bahan Yang Betul Untuk Masalah Jeragat
Selain dari kerajinan untuk membuat rutin penjagaan muka seperti diatas, cara kedua untuk merawat masalah jeragat dengan menggunakan bahan yang betul untuk merawat jeragat seperti di bawah. Sebab kita bila nak beli produk yang bersesuaian pun kena tahu juga bahan untuk merawat jeragat. Tak boleh nak sebarangan beli. Jadi di bawah ni antara bahan-bahan yang boleh membantu masalah jeragat. 

Bahan Terbaik Untuk Masalah Jeragat
Salicyclic Acid - Kecilkan pori yang besar, singkirkan sel kulit mati, samaratakan tona kulit dan pigmentasi (jeragat) Vitamin C - Menghalang enzim tyrosinase yang mencerahkan pigmentasi dengan ketara
Azeliac Acid - Mencerahkan kulit yang ada masalah pigmentasi
Mandelic Acid - Membantu masalah kulit yang disebabkan cahaya UV & menyamaratakan ton pigmentasi
Retinol - Merangsang pengeluaran kolagen & elastin. Pudarkan pigmentasi
Tinted Sunscreen - Untuk yang terdedah kepada hiperpigmentasi atau melasma
So untuk korang yang nak mencari produk untuk jeragat, pastikan tengok dulu bahan yang digunakan. Atas ni antara bahan untuk merawat jeragat. Mungkin tak semua ada dalam satu produk tapi boleh jadikan sebagai guideline untuk cari produk yang boleh bantu masalah jeragat masing-masing.
TAK NAK JERAGAT, RAJIN PAKAI SUNSCREEN DARI MUDA...


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2021/10/Tips-Kecantikan-Cara-Dan-Bahan-Untuk-Pudarkan-Jeragat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Comment On Pelaburan Emas Ar Rahnu By Cara Pelaburan Emas Jana Keuntungan Pelaburan Emas Tips Mudah Melabur Emas

Comment On Pelaburan Emas Ar Rahnu By Cara Pelaburan Emas Jana Keuntungan Pelaburan Emas Tips Mudah Melabur Emas

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 324 hits
Tambahan lagi terdapat segelintir pelabur emas yang mengambil kesempatan ke atas sistem Ar Rahnu Pelaburan emas yang dimaksudkan di sini BUKANLAH memberi penerangan tentang teknik manipulasi pajak Ar Rahnu yang mana teknik pajak Ar Rahnu ia...
Cara Masak Sup Ikan Merah Ala Thai Paling Simple Sedap

Cara Masak Sup Ikan Merah Ala Thai Paling Simple Sedap

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 428 hits
Sup Ikan Merah Ala Thai ni jika kena gaya masak dan campuran rencahnya memang sedap dan menyelerakan Malah tidak hanyir Biasa makan sup Ayam Sup Daging dan ketam kan Apa kata kali ini cuba resipi Sup Ikan Merah Ala Thai perkongsian saudari ...
Punca Mulut Kering Ketika Tidur Ketahui Cara Mengatasinya

Punca Mulut Kering Ketika Tidur Ketahui Cara Mengatasinya

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 448 hits
Punca Mulut Kering Ketika Tidur Ketahui Cara Mengatasinya MULUT kering adalah keadaan yang biasa berlaku kepada hampir setiap orang Terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya kekeringan pada mulut antaranya cuaca atau suhu ruang ter...
Mahu Anak Mudah Dengar Cakap Cara Bercakap Pun Kena Ikut Peringkat Umur

Mahu Anak Mudah Dengar Cakap Cara Bercakap Pun Kena Ikut Peringkat Umur

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 341 hits
Bagi membesarkan anak dalam usia yang berbeza anak mempunyai tahap keperluan komunikasi yang berbeza juga Komunikasi yang baik antara ibu bapa dengan anak ialah kunci hubungan yang sihat antara kita dengan anak anak Kita tak nak bila anak d...
Cara Buat Plain Bun Homemade Lembut Gebu

Cara Buat Plain Bun Homemade Lembut Gebu

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 332 hits
Siapa di sini suka makan roti Tak kisahlah jenis roti yang macam mana pun sama ada kosong mahupun ada inti di dalamnya Plain buns ni guna resipi asas roti Boleh bentukkan dan letak inti kegemaran Menerusi perkongsian resipi daripada Keroroy...
Cara Update Windows 10 Ke Windows 11

Cara Update Windows 10 Ke Windows 11

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 360 hits
Cara Update Windows 10 ke Windows 11 Tonton video di bawah untuk mengetahui Cara Update Windows 10 ke Windows 11
Cara Nak Selamatkan Hati Dari Buat Benda Jahat Dan Haram Ustaz Kazim Elias

Cara Nak Selamatkan Hati Dari Buat Benda Jahat Dan Haram Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 255 hits
Cara Nak Selamatkan Hati Dari Buat Benda Jahat Dan Haram Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Cara Buat Sambal Lengkuas Yang Mudah Ringkas

Cara Buat Sambal Lengkuas Yang Mudah Ringkas

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 254 hits
Kebanyakan orang Kedah mesti tahu sambal lengkuas kan Biasanya sambal lengkuas ni digunakan untuk buat nasi ulam Namun menurut pemilik yang berkongsi resipi ini Jona MJ lebih suka makan dengan nasi kosong atau ratah begitu saja pun sedap Re...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba