Tips Hilangkan Lemak Di Perut Yang Berlipat



Sesiapa sahaja boleh mengalami masalah perut berlipat dan pastinya ia akan menjejaskan tahap keyakinan diri. Usah gusar, ada cara menghilangkan lemak di perut untuk anda

Masalah lemak di perutSebelum mengetahui cara menghilangkan lemak di perut, jom ketahui serba sedikit mengenainya

Lemak yang terdapat pada perut merujuk kepada lemak sekitar perut. Ia dibahagikan kepada 2 jenis:Visceral – lemak ini mengelilingi organ tubuhSubkutan – lemak yang berada di bawah kulitUmumnya, komplikasi lemak visceral lebih berbahaya daripada subkutan

Mempunyai berat berlebihan antara punca kebanyakan penyakit utama. Lemak yang berlebihan pada perut meningkatkan risiko:Penyakit jantungSerangan jantungTekanan darah tinggiStrokDiabetes jenis 2AsmaKanser payudaraKanser kolonDemensia
Punca Berlakunya Lemak Berlebihan di PerutAntara punca pengembangan lemak berlebihan pada perut adalah:
1. Diet pemakananMakanan bergula, rendah protein dan tinggi karbohidrat boleh menyebabkan kenaikan berat. Pengambilan lemak trans pula menjadi punca keradangan dan mengakibatkan kegemukan, sekali gus menyebabkan kemunculan lemak di perut

2. Terlalu banyak alkoholMinum alkohol dengan banyak didapati menjadi faktor penyebab pertambahan berat badan

3. TekananApabila berada dalam tekanan, kebanyakan individu akan makan secara berlebihan

4. Kurang bersenamGaya hidup tidak aktif menyukarkan seseorang untuk membuang lemak berlebihan, terutama di bahagian perut

5. GenetikSaintis berpendapat genetik boleh mempengaruhi tingkah laku, metabolisme dan risiko mengembangkan penyakit berkaitan obesiti

6. Kurang tidurTidak mendapat tidur yang mencukupi dan berkualiti dikaitkan dengan peningkatan tingkah laku pemakanan tidak sihat seperti makan secara emosi, sekali gus menjadi punca masalah lemak di perut

7. MerokokIndividu perokok dipercayai mempunyai lebih banyak lemak pada bahagian perut, terutamanya lemak visceral

Tips Hilangkan Lemak di Perut yang BerlipatLangkah-langkah berikut dapat membantu menyingkirkan masalah perut berlipat:1. Ubah diet pemakanan harianDiet seimbang dan sihat dapat membantu menurunkan berat dan mempengaruhi tahap kesihatan secara keseluruhan
Makan banyak seratSerat larut menyerap air dan membentuk gel yang membantu melambatkan perjalanan makanan dalam saluran penghadaman. Serat larut juga membantu melawan lemak di perut
Hindari makanan tinggi lemak transLemak trans terhasil apabila hidrogen dipam ke dalam lemak tak tepu, seperti minyak kacang soya. Ia terdapat dalam beberapa jenis makanan seperti marjerin dan sering ditambah dalam makanan dibungkus
Makanan tinggi proteinProtein adalah nutrien penting dalam menguruskan berat badan. Ia juga meningkatkan kadar metabolisme dan membantu mengekalkan jisim otot semasa penurunan berat badan
Elakkan makanan bergulaGula mengandungi fruktosa – dikaitkan dengan beberapa penyakit kronik jika diambil secara berlebihan seperti penyakit jantung, diabetes jenis 2, obesiti dan penyakit hati berlemak
Kurangkan makanan tinggi karbohidratMengurangkan pengambilan karbohidrat terutamanya karbohidrat halus sangat bermanfaat untuk menghilangkan lemak termasuklah lemak di perut
Kurangkan minuman manisMinuman manis dengan cecair fruktosa boleh menyebabkan munculnya lemak pada bahagian perut
Ikan berlemak setiap mingguIkan berlemak sangat sihat dan kaya dengan protein serat lemak omega 3 yang dapat melindungi tubuh daripada penyakit. Omega-3 juga dapat mengurangkan kandungan lemak visceral

2. Hadkan pengambilan alkoholIndividu yang ingin menyingkirkan lemak pada bahagian perut ini perlu memantau pengambilan alkohol mereka. Ini kerana minuman ini sering mengandungi gula tambahan yang menyumbang kepada kenaikan berat badan

3. Lakukan senamanGaya hidup sedentari atau tidak aktif boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan serius, termasuklah kenaikan berat badan

Jika ingin mengurangkan berat dan lemak di bahagian abdomen, anda perlu banyak melakukan aktiviti fizikal dalam kehidupan harian, seperti senaman aerobik dan latihan kekuatan

4. Cahaya matahariPendedahan cahaya matahari dipercayai dapat membantu mencegah kenaikan berat badan dan disfungsi metabolik

Walaupun masih banyak kajian diperlukan untuk mengesahkannya, namun tiada salahnya jika anda lakukan aktiviti riadah di luar rumah bagi membantu tubuh mendapat cahaya matahari. Badan pun akan sihat

5. Kurangkan stresTekanan boleh menyebabkan berat badan seseorang bertambah. Ini disebabkan pembebasan hormon stres kortisol mempengaruhi selera makan individu dan mengakibatkan mereka makan secara berlebihan

Teknik menghilangkan tekanan yang boleh dicuba adalah ketenangan minda dan meditasi serta senaman ringan seperti yoga

6. Perbaiki corak tidurTidur sangat penting untuk kesihatan keseluruhan individu

Tujuan utama anda perlu tidur bukan sahaja bagi membolehkan tubuh berehat, sembuh dan pulih, bahkan ia turut mempengaruhi berat badan

Mendapatkan tidur berkualiti penting bagi mereka yang merancang menurunkan berat badan, termasuklah lemak di perut

7. Berhenti merokokMerokok adalah faktor risiko peningkatan lemak serta banyak masalah kesihatan lain

Berhenti merokok secara signifikan dapat mengurangkan risiko lemak berlebihan pada bahagian perut dan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.siinurul.com/2021/11/tips-hilangkan-lemak-di-perut-yang-berlipat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Untuk Hilangkan Panau

Tips Untuk Hilangkan Panau

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 526 hits
Panau adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh kulat Namun tak ramai yang tahu bagaimana cara yang paling berkesan untuk hilangkan panau yang dihidapi 1 Tumbuk dua ulas bawang putih dan sedikit halia Sapukan pada bahagian yang ber...
Penyelesaian Perut Berlipat

Penyelesaian Perut Berlipat

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 134 hits
Perut yang berlipat sebenar berpunca daripada lemak yang tersimpan di abdomen lemak ini hanya boleh dikurangkan melalui diet dan senaman Orang yang menpunyai badan yang gemuk biasa bentuk badan meraka berbentuk buah pir Hal ini kerana pemgu...
Perut Masuk Angin Punca Dan Tips Confirm Menjadi

Perut Masuk Angin Punca Dan Tips Confirm Menjadi

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 382 hits
Kita kerap rasa perut masuk angin rasa loya dan nak muntah kan bila perut penuh angin Tidak tahu punca perut berangin tiba tiba rasa tidak selesa pada badan Sebelum tu kenalpasti apakah itu perut berangin supaya kita boleh tahu cara menanga...
Tips Photography Fireworks

Tips Photography Fireworks

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 348 hits
Visualization of a spectacular fireworks in the sky is very interesting to do Although he must somehow different compared to traditional methods it is not too hard to do One good thing about shooting fireworks in the background is always bl...
Tips Perut Buncit Menjadi Langsing

Tips Perut Buncit Menjadi Langsing

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 251 hits
Perut buncit atau boroi sememangnya menjejaskan penampilan sesiapa saja tidak kira lelaki mahupun wanita apatah lagi apabila mahu menggayakan fesyen digemari Pada masa yang sama beberapa jenis penyakit turut berselindung di sebalik perut bu...
Sanubari Tips Jika Tertinggal Dalam Pelajaran

Sanubari Tips Jika Tertinggal Dalam Pelajaran

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 362 hits
SANUBARI Tips jika tertinggal dalam pelajaran Perkongsian bersama SLB Sumayyah dan SLB Mimi terbaeekkk kipidap mknaceunlimited mknace blogger photography photoblog SJCAM SJ4000 J3 Samsung Fujifilm altek cubic love followme beautiful blogoft...
Tips Kecantikan Cara Dan Bahan Untuk Pudarkan Jeragat

Tips Kecantikan Cara Dan Bahan Untuk Pudarkan Jeragat

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 290 hits
Jeragat Oh nooo Jeragat ni pun antara masalah yang jadi perhatian kita juga Nak hilangkan jeragat bukan senang bila dia dah bertepek kat muka kita ni hah Sakit mata tengok jeragat ni bertepek kat kawasan muka K fiezz pun dh ada sikit sikit ...
How To Use The Decoration Crochet And Tips To Get Inspired

How To Use The Decoration Crochet And Tips To Get Inspired

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 275 hits
Are you also one of those people who have doubts about using crochet in decoration Even though it is a very common handicraft around here crochet still generates impasses because in most cases the pieces The post appeared first on
5 Tips For Ride Share Safety

5 Tips For Ride Share Safety

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 303 hits
By BY JULIE WEED from NYT Travel https ift tt 3bn1xLS
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa