Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah


Tips Hartanah | Pocket Calculator - Cara mengumpul deposit untuk beli rumah (atau melancong)
Dah lama benar tak menulis tips hartanah. Aku masih ada minat yang tinggi dengan hartanah tapi bank cuma bagi 70% pembiayaan jadi mampu pandang je lah rumah-rumah yang diiklankan. Sedih mat. Puaslah aku pasak telinga anak-anak yang berdua tu suruh beli tapi belum nampak kesungguhan mereka lagi. Kalau dah ada komitmen bayar ansuran rumah setiap bulan aku agak bertambah pandailah si kakak urus duit, takdelah makan makanan viral harga tak masuk akal dan order air manis potong kaki lagi.
Anyway, selain apa yang tersedia di applikasi kewangan yang boleh dimuat turun, cara old peoples adalah  menggunakan jadual yang disediakan di pocket calculator ini. Senang je buat anggaran untuk bina simpanan atau deposit beli rumah/kereta. Baru kerja 5-10 tahun adalah masa untuk struggle, jarang dapat work-life balance waktu memula nak hidup. Toksah terikut-ikut sangat cara orang senang. Kita yang bukan anak menteri ni bersusah-susah je dulu. Kalau gaji hakiki tak cukup buat kerja part time. Percayalah, bila kita dapat capai target rasa puas hati sangat 👏🎉. 
Ramai juga yang mendoktrinkan, "ala..sewa je dulu tak payah ikut orang lain beli rumah. Ikut kemampuan nko..nanti ada lah rezeki tu". Well, Allah suruh berusaha-berdoa-bertawakal, bukan main berserah kepada takdir semata. Pendapat/persoalan aku:
1) Adakah engkau ada rancangan untuk menambah pendapatan dengan membuat kerja sampingan atau berniaga online/offline dalam masa terdekat? Paling tidak setahun lagi? Biasanya orang yang nampak jalan bisnes dia tak tunggu lama. Jika ada rancangan begini tak mengapa sebab dah ada matlamat yang jelas nak pusing duit dulu

2) Tidakkah kau perasan bayaran bulanan rumah sewa hampir sama dengan bayaran ansuran pinjaman perumahan

3) Sewa je dulu tu nak sewa sampai umur berapa? Adakah harga rumah akan kekal? Sekarang pun apartment baru dah 200 ribu ringgit. Harga rumah di bawah rm300k takkan turun. Percayalah

4) Adakah tuan rumah takkan naikkan sewa
Pernah terbaca mamat tu cakap kalau sewa rumah naik dia akan pindah. Ekau nak pindah ke mano jang? Tempat baru pun tak murah melainkan jauh

5) Dengan banyaknya peluang menyambung pelajaran sekarang, katakanlah kebanyakan daripada anak-anak muda akan bekerja pada umur 22 tahun dan tamat pada usia 60 tahun err... ko nak kerja sampai umur 60 ke? hahahha mampoih! Bila masa nak berjalan tengok dunia weh?. Kita cuma ada 38 tahun masa untuk bekerja dan membuat hutang. 
Katakanlah kita beli rumah pada usia 27 tahun, bila umur 60 insyaallah pinjaman perumahan tamat dan kita tak perlu runsing lagi sebab dah ada bumbung di atas kepala kita. Bersaralah dengan tenang. Ada juga yang berjaya menyelesaikan hutang rumah lebih awal. 
Lagi lambat kita mula lagi tinggi bayaran MRTT. Saya dah kena hukhuk...beli rumah buat pembiayaan perumahan guna nama suami sebab masa tu tak kerja, umur dia pula dah dekat setengah abad jadi tinggilah MRTT. Harga rumah tak sampai seratus ribu pun


6) Tidakkah anda terfikir bahawa tuan rumah juga ada matlamat hidup
i- Dia beli rumah itu mungkin untuk anak dia. Maksudnya, bila anak dia masuk universiti dan memerlukan perbelanjaan yang banyak dia akan naikkan sewa atau jual rumah sewa tu

ii- Dia beli rumah itu mungkin untuk anak dia. Maksudnya, bila sampai masanya dia akan serahkan rumah itu kepada anaknya

iii- Dia beli rumah itu mungkin sebagai pendapatan setelah tidak lagi aktif bekerja. Rumah sewa tu income dia, dia akan naikkan sewa supaya dia tak perlu downgrade hidup setelah bersara

iv- Dia beli rumah itu mungkin untuk dia dan pasangan menikmati hidup di hari tua. Dah penat bekerja, dia nak jual rumah tu dan enjoy travel the world. Hang kena pindah

v- Ada orang kata bila tak boleh bayar ansuran pinjaman perumahan (housing loan) rumah akan dilelong. Habis tu, kalau kau tak boleh bayar sewa rumah tuan rumah tak suruh pindah? Kite tak buat charity dik. Tuan rumah kena service loan tu


Bagaimana Untuk Mengumpul Wang Deposit Rumah?1. Beruntungnya zaman sekarang ini semua orang ada telefon pintar dan media sosial. Gunakan ia untuk menjual secara online. Boleh jadi affiliate Shopee/Lazada dan sebagainya

2. Buat produk sendiri dan jual. Jika berhasrat menjual makanan, rajinkan diri buat latihan dan minta kawan-kawan dan jiran cuba masakan kita. Kena terima komen positif dan negatif untuk perbaiki diri

3. Jadi ejen menjual emas/unit amanah/takaful/penapis air dan lain-lain. Simpan duit komisyen tu

4. Buat tuisyen online dalam bidang yang kita mahir, tak semestinya akademik. Ada orang ajar guna Canva, yang lain ajar menggunakan Excel

5. Selesaikan masalah manusia. Jual servis seperti buat poster, kad ucapan, hamper dan sebagainya. Ramai orang berduit tapi tiada masa untuk buat semua tu. Contohnya macam doktor, duit berkepuk tapi bila masa dia nak buat crochet atau kek dengan toppings gempak semua tu? Selesaikan masalah dia

Teringat seorang budak perempuan yang bagi servis meneman ke tandas waktu malam dengan caj RM1. Bijak betul

6. Jika minat kereta, tawarkan servis detailing

7. Nampak takde kelas tapi servis lipat kain amat diperlukan. Ada seorang kawan facebook pernah ambil upah lipat kain walaupun beliau bertaraf pegawai. Jangan pedulikan cakap orang. 
8. Bersihkan rumah orang takde kelas? Sejam boleh dapat RM20-25. 
9. Cuba iklankan jadi peneman emak berjalan-jalan hujung minggu. Anak dia mungkin duduk jauh



Aku masih berfikir cara old money peoples. Atuk nenek onyang kita dulu pun banyak tanah dan ladang walau tak sekolah tinggi dan kerja kampung, takkan kita yang berpendidikan lebih baik dan dapat banyak peluang untuk memperbaiki hidup lebih teruk daripada mereka? Kenalah ada rumah sendiri walau kecil. 
Duduk dendiam bertenang dan fikirkan. Timbang tara baik buruk untuk jangka masa panjang. Kita bertanggungjawab atas diri kita sendiri. Jangan nanti kita salahkan semua orang sedangkan kita sendiri yang tidak bertindak. 
Tanamkan dalam fikiran biarlah susah sikit sekarang daripada susah di masa dah takde tenaga. Pernah tengok gelandangan? Jadikan pengajaran untuk diri sendiri. 
Kena ingat, bukan senang nak senang bagi kebanyakan orang, ada perkara yang perlu dikorbankan untuk mencapai matlamat. Dalam hidup ini kita tak boleh buat dua perkara ini serentak, kena pilih nak berusaha atau beralasan. Cubalah

Selamat beramal


**Pocket calculator ni aku dapat masa aku buat kerja-kerja berfaedah dengan Public Mutual dulu😄. Klik di gambar untuk besarkan.
Kalkulator poket yang boleh dilipat.


© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruggedmom.com/2024/11/tips-hartanah-pocket-calculator-cara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

papar berkaitan - pada 22/11/2024 - jumlah : 340 hits
nbsp Kalau sebelum ni kak ana beberapa kali dah berkongsi artikel mengenai pelbagai tawaran hartanah yang menarik di Sendayan di bawah pemaju Matrix Concepts kali ini di rezekikanNya kak ana hadir sendiri melihat perkembangan projek dan men...
Hiburan Nak Beli Rumah Tapi Tak Tahu Kos Yang Perlu Dibayar Jom Kami Kongsikan 5 Kos Penting Yang Anda Perlu Tahu

Hiburan Nak Beli Rumah Tapi Tak Tahu Kos Yang Perlu Dibayar Jom Kami Kongsikan 5 Kos Penting Yang Anda Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 28/11/2024 - jumlah : 81 hits
OMG Harga rumah sekarang ni boleh tahan mahal kan Siapa yang tengah cari rumah sekarang ni good luck lah nak cari harga yang mampu milik Bukan apa zaman sekarang ni selain mahal ada banyak kos lain yang perlu ditanggung tau Itu belum cerita...
Tips Pindah Rumah Di Lembah Klang Dengan Murah Dan Mudah

Tips Pindah Rumah Di Lembah Klang Dengan Murah Dan Mudah

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 121 hits
Apabila berpindah ke rumah baru anda mungkin risau yang proses pemindahan adalah rumit dan adalah mahal Walau bagaimanapun terdapat banyak cara untuk berpindah rumah dengan murah apabila anda mendapatkan servis pindah rumah atau atau Kuala ...
Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

papar berkaitan - pada 22/11/2024 - jumlah : 221 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu com dan juga rakan rakan yang dikasihi sekalian Mari mari buat yang tengah cari cari atau membuat perbandingan untuk miliki rumah sendiri yang lebih selesa dan juga menarik Jom dapatk...
Tips Dekorasi Rumah Mewah Untuk Golongan B40 Panduan Berguna Untuk Menciptakan Rupa Rumah Elegan

Tips Dekorasi Rumah Mewah Untuk Golongan B40 Panduan Berguna Untuk Menciptakan Rupa Rumah Elegan

papar berkaitan - pada 19/11/2024 - jumlah : 75 hits
Tips deco rumah nampak mewah cara B40 semoga membantu bagi mereka yang baru masuk rumah baru Tips deco rumah nampak mewah cara B40 semoga membantu bagi mereka yang baru masuk rumah baru by The post appeared first on
Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

papar berkaitan - pada 27/11/2024 - jumlah : 186 hits
Mara Incorporated Sdn Bhd membayar lebih untuk tiga hartanah di Australia dan United Kingdom pada 2013 dan 2014 meskipun Kementerian Kewangan telah menolak permohonan untuk membeli hartanah tersebut menurut Jawatankuasa Kira Kira Wang Negar...
Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

papar berkaitan - pada 23/11/2024 - jumlah : 192 hits
KEMPEN HARTANAH BUMIPUTERA MATRIX Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga Apa khabar semua Moga semuanya sihat walafiat dan ceria di samping yang tersayang Hari ini Rawlins nak berkongsi sikit berkenaan peluang untuk adik ...
Total Nak Rebuild Rm89k Isteri Selalu Sindir Tiada Rumah Sendiri Suami Nekad Beli Rumah Busuk Harga Rm100k

Total Nak Rebuild Rm89k Isteri Selalu Sindir Tiada Rumah Sendiri Suami Nekad Beli Rumah Busuk Harga Rm100k

papar berkaitan - pada 22/11/2024 - jumlah : 80 hits
Melalui satu kisah yang dikongsikan oleh seorang kontraktor di TikTok baru baru ini dia menceritakan tentang perjuangan seorang suami yang sanggup menabung bertahun tahun demi membeli rumah secara tunai biarpun disindir oleh orang sekelilin...
Strategi Efisien Mengurangi Biaya Energi Di Rumah

Strategi Efisien Mengurangi Biaya Energi Di Rumah

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 97 hits
Apakah Anda mencari cara untuk mengurangi biaya energi di rumah secara efektif Banyak keluarga yang menghadapi tagihan listrik yang terus meningkat karena kurangnya strategi efisien dalam mengelola konsumsi energi Dengan langkah sederhana d...
Melaka International Halal Festival

2 Lelaki Ditahan Curi Nasi Sandwich Duit Di Kedai Serbaneka

Jawatan Kpwkm Disember 2024 Kelayakan Diploma Dan Ijazah

Disember 2024

Sultan Pahang Titah Metmalaysia Agensi Terbabit Lebih Kerap Kemas Kini Data Ramalan Cuaca Dan Banjir

Are You Waiting For The Genesis Hypercar Here Is All We Know So Far

Man Suspected To Have Started Fire That Affected 5 Homes Arrested

Hiburan Lebih Besar Lebih Megah Acara Paling Dinanti Pecinta Komik Singapore Comic Con 2024 Kini Kembali


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 3 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Bagaimana Paradoks Pilihan Membuatkan Kita Jadi Takut Buat Keputusan

Mengapa Individu Pandai Lebih Sedih dan Tertekan Dalam Hidup

5 Faktor Utama Yang Membuatkan Harga Kereta Elektrik China Murah


Personal Loan Hacks Malaysians Use To Get The Best Bank Interest Rates

Mengintegrasikan Kod Qr Ke Dalam Flyers Merapatkan Cetakan Dan Digital

Petua Dan Hukum Warnakan Rambut Beruban

Jenis Jenis Gangguan Psikologi

The Regional Pilot Pay Gap Why First Officers Earn Less And How It Changes

Kedah Anak Terkilan Gagal Selamatkan Bapa Lemas Depan Mata