Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof





Mara Incorporated Sdn Bhd membayar lebih untuk tiga hartanah di Australia dan United Kingdom pada 2013 dan 2014, meskipun Kementerian Kewangan (MoF) telah menolak permohonan untuk membeli hartanah tersebut, menurut Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)
Pembelian tersebut hanya diluluskan selepas Mara Inc membuat rayuan kepada Majlis Ekonomi, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri ketika itu, Najib Razak, yang juga merupakan Menteri Kewangan.
Hartanah tersebut adalah asrama pelajar Dudley International House, 51 Queen Street, dan 333 Exhibition Street, kedua-duanya terletak di Melbourne yang dibeli pada 2013.
Menurut PAC, Mara Inc membayar RM72.64 juta untuk hartanah tersebut tetapi kini nilainya hanya RM47.45 juta.
Pada 2014, Mara Inc membeli Beaumont House di London dengan harga RM78.53 juta, tetapi kini hanya bernilai RM74.1 juta, berdasarkan laporan PAC yang dikeluarkan hari ini.
Keputusan di peringkat lebih tinggi
Ketua Pengarah Mara, Azhar Abdul Manaf, berkata keputusan Majlis Ekonomi dibuat selepas Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah - yang menyelia Majlis Amanah Rakyat (Mara) - merayu penolakan MOF.
Mara Incorporated ialah anak syarikat Mara, sebuah badan berkanun yang ditubuhkan untuk memperkasakan ekonomi Bumiputera.
"Proses itu berjalan ikut proses. Mula-mula di peringkat MARA Inc berlaku, ada board (lembaga) dia.
“Kemudian bawa kepada ICM (Mesyuarat Jawatankuasa Pelaburan), bawa kepada Majlis dan dibawa kepada kementerian dan kementerian bawa kepada MOF.
"Dalam proses itu — saya nak check dengan pegawai saya. MOF masa itu tak beri pertimbangan dan benda itu kementerian buat rayuan dibawa kepada EC (Majlis Ekonomi). Benda itu dibentang kepada EC. Maksudnya proses berjalan. Cuma kelulusan itu bukan di peringkat Mara tapi di peringkat lebih atas lagi," katanya.
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ketika pembelian hartanah tersebut ialah Shafie Apdal.
Pada 2021, bekas pengerusi Mara Inc, Mohammad Lan Allani, mengaku tidak bersalah atas 22 tuduhan rasuah berjumlah RM20.45 juta berkaitan pembelian hartanah di Australia.
Ini susulan siasatan oleh akhbar Australia The Age yang mendedahkan kumpulan pegawai Malaysia yang kaya raya terlebih bayar sebanyak 4.75 juta dolar Australia (RM13.8 juta), dengan perbezaan itu dibayar sebagai wang suapan.
Pinjaman daripada Abu Dhabi National Bank
Semasa prosiding, Pengerusi PAC Mas Ermieyati Samsudin bertanya sama ada MOF telah menjalankan semak dan imbangan terhadap nilai bangunan sebelum pembelian dibuat.
Ketika menyoal Penolong Setiausaha Kanan MOF, Farithal Sahari, Mas Ermieyati bertanya jika keputusan itu dibuat untuk menguntungkan pihak berkepentingan.
“Nilaian hartanah semasa pembelian berbanding pada 2022 dengan susut nilai sebanyak dua setengah kali ganda memberi persepsi bahawa ia terlalu mahal pada masa itu dan ada pihak yang mendapat keuntungan daripadanya,” katanya.
Sebagai respons, Farithal membaca minit mesyuarat Majlis Ekonomi yang meluluskan pembelian tersebut.
Dia berkata, minit itu menunjukkan majlis itu bersetuju memindahkan RM100 juta kepada Mara Inc untuk menampung sebahagian pembelian tersebut.
Dia berkata minit itu juga mendedahkan bahawa Mara Inc perlu memohon pinjaman £12 juta Pound Sterling dengan National Bank of Abu Dhabi di London untuk hartanah UK dan mengambil pinjaman A$52 juta dolar dengan Westpac Banking Corporation di Melbourne untuk membeli hartanah di Australia.
Minit Majlis Ekonomi turut menunjukkan bahawa Mara Inc diarah mendapatkan nasihat daripada Bank Negara Malaysia berkenaan kadar pertukaran mata wang asing bagi pembelian tersebut dan syarikat bertujuan khas (SPV) perlu diwujudkan di Labuan untuk urusan tersebut.
‘Pembuat keputusan sudah tiada dalam kerajaan’
Terkejut dengan pendedahan ini, anggota PAC Sim Tze Tzin bertanya beberapa soalan kepada Farithal mengenai keadaan yang membawa kepada campur tangan Majlis Ekonomi.
Berkenaan soalan siapa yang membentangkan pembelian itu kepada Majlis Ekonomi, Farithal menyatakan ia dilakukan oleh Mara Inc.
"Siapa yang pengerusikan EC, pada masa itu?” soal Sim.
"Dia dah tak ada sekarang ini YB,” jawab Farithal.
Majlis Ekonomi pertama kali ditubuhkan oleh Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi pada Jun 2008, tetapi semasa pentadbiran Najib, ia didakwa menjadi “kabinet ekonomi” yang mengatasi kabinet sebenar.
Pada 2015, Ahli Parlimen Kluang ketika itu, Liew Chin Tong, mendakwa kabinet dijadikan sebagai “rubber stamp” kerana Majlis Ekonomi bermesyuarat pada hari Isnin, dua hari sebelum mesyuarat mingguan kabinet.
Syor PAC
Dalam cadangannya, PAC mengarahkan KKDW, Mara dan anak syarikatnya Mara Inc serta Mara Corporation Sdn Bhd untuk memastikan semua syor pelaburan mematuhi dasar kerajaan.
PAC juga mengesyorkan semua pihak yang terlibat memberi keutamaan kepada pelaburan domestik.
“Cadangan tersebut perlu mendapat kelulusan MOF terlebih dahulu dan keputusan MOF perlu dipatuhi bagi mengelakkan skandal pembelian hartanah tidak berulang,” kata majlis itu. - Mkini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/11/mara-beli-hartanah-terlebih-nilai-di-uk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

papar berkaitan - pada 27/11/2024 - jumlah : 320 hits
Tips Hartanah Pocket Calculator Cara mengumpul deposit untuk beli rumah Dah lama benar tak menulis tips hartanah Aku masih ada minat yang tinggi dengan hartanah tapi bank cuma bagi 70 pembiayaan jadi mampu pandang je lah rumah rumah yang di...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

papar berkaitan - pada 22/11/2024 - jumlah : 467 hits
nbsp Kalau sebelum ni kak ana beberapa kali dah berkongsi artikel mengenai pelbagai tawaran hartanah yang menarik di Sendayan di bawah pemaju Matrix Concepts kali ini di rezekikanNya kak ana hadir sendiri melihat perkembangan projek dan men...
Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

papar berkaitan - pada 22/11/2024 - jumlah : 333 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu com dan juga rakan rakan yang dikasihi sekalian Mari mari buat yang tengah cari cari atau membuat perbandingan untuk miliki rumah sendiri yang lebih selesa dan juga menarik Jom dapatk...
Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

papar berkaitan - pada 23/11/2024 - jumlah : 264 hits
KEMPEN HARTANAH BUMIPUTERA MATRIX Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga Apa khabar semua Moga semuanya sihat walafiat dan ceria di samping yang tersayang Hari ini Rawlins nak berkongsi sikit berkenaan peluang untuk adik ...
Kempen Hartanah Bumiputra Matrix Menawarkan Penjimatan Sehingga Rm150k

Kempen Hartanah Bumiputra Matrix Menawarkan Penjimatan Sehingga Rm150k

papar berkaitan - pada 30/11/2024 - jumlah : 213 hits
KEMPEN HARTANAH BUMIPUTRA MATRIX MENAWARKAN PENJIMATAN SEHINGGA RM150K Kempen Hartanah Bumiputra daripada MATRIX Concepts di Bandar Seri Sendayan Negeri Sembilan Antara projek perumahan yang terlibat dalam Kempen Hartanah Bumiputra kali ini...
Kempen Hartanah Bumiputera Anjuran Matrix Concepts

Kempen Hartanah Bumiputera Anjuran Matrix Concepts

papar berkaitan - pada 30/11/2024 - jumlah : 307 hits
Hi Korang Kempen Hartanah Bumiputera ini merupakan kempen hartanah eksklusif yang direka untuk menawarkan pembeli Bumiputera pilihan terpilih rumah bertanah dan hartanah komersial Inisiatif ini memberi tumpuan kepada penyediaan hartanah lok...
Guru Di Klang Didakwa Paksa Murid Beli Insurans Nyawa Kalau Nak Jadi Pengawas Sekolah

Guru Di Klang Didakwa Paksa Murid Beli Insurans Nyawa Kalau Nak Jadi Pengawas Sekolah

papar berkaitan - pada 13/11/2024 - jumlah : 152 hits
Baru baru ini tular berita mengenai seorang guru di sebuah sekolah terletak di Klang menjadi murid sebagai 8216 mangsa 8217 untuk membeli insuransnya Pasangan suami isteri bergelar guru paksa anak murid beli insurans nyawa Difahamkan dari l...
Aku Nak Beli Semua Tapi Wallet Dah Terbang

Aku Nak Beli Semua Tapi Wallet Dah Terbang

papar berkaitan - pada 13/11/2024 - jumlah : 207 hits
Hari ni kita cerita pasal 11 11 Kalau korang macam CA tiap kali Shopee ada sale besar besaran macam ni tiba tiba shopping fever datang Walaupun niat asal cuma nak beli benda benda penting entah macam mana boleh berakhir dengan wishlist penu...
Rebut Peluang Tawaran Kempen Hartanah Bumiputera Untuk Miliki Kediaman Idaman Anda

Rebut Peluang Tawaran Kempen Hartanah Bumiputera Untuk Miliki Kediaman Idaman Anda

papar berkaitan - pada 1/12/2024 - jumlah : 333 hits
Rebut Peluang Tawaran Kempen Hartanah Bumiputera Untuk Miliki Kediaman Idaman Anda Sekarang ni ramai yang mengidamkan rumah sendiri rumah yang ideal dan selesa Korang tau tak korang boleh miliki rumah idaman dengan bayaran bulanan murah seb...
The Era Fm Dj S Thaipusam Fiasco Might Originally Be An Accident But It Has The Potential Of Turning Into A Disaster

Akhirnya Pembangkang Puji Cara Kerajaan Kemudi Ekonomi Negara

Act Swiftly To Send Strong Message Against Hatred Gobind Tells Cops Ag

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Midea Mencatat Pertumbuhan Dua Angka Untuk Bertahun Tahun Di Malaysia Dengan Inovasi Rumah Pintar Mampu Milik

Bbc History A Comprehensive History Knowledge Hub

Lirik Lagu Balaklava Fetya

Video Gelagat Ernie Zakri Syamel Pecah Rahsia Mengenai Fattah Amira Raih Perhatian Ramai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kadar Bayaran Zakat Fitrah Tahun 2025 Dan Waktu Yang Digalakkan Membayar Zakat Fitrah

Dilema Stem Di Malaysia Apa Yang Silap Dan Bagaimana Memperbaikinya

Bacaan Selawat Dan Tasbih Solat Sunat Tarawih

Settel Baju Melayu Raya

Lirik Lagu Hidayah Damian Mikhail

Menu Ramadan Kari Telur Dan Kambing Cili Padi