Tips Elak Terbeli Rumah Atau Hartanah Di Lokasi Banjir


Ramai yang tahu rumah abah sering dinaiki air. Dalam post terbaru sebelum ini, saya ada kongsikan tentang kejadian banjir besar yang melanda rumah abah pada bulan Februari yang lalu. 



Sudah sebati dengan hujan dan banjir, jadi ia tak lagi jadi perkara pelik dalam hidup kami. Sedari kecil, kami dah dilatih untuk bersedia menyimpan barangan di tempat tinggi sebaik sahaja masuk musim tengkujuh. Meskipun dah terbiasa namun saya sangat trauma dengan banjir. Jadi saat membeli rumah pertama kami, soalan pertama yang keluar dari mulut saya adalah,


rumah kena banjir tak?


Elak Terbeli Rumah/ Hartanah di Lokasi Banjir

Usaha nak beli rumah bukan mudah. Kena semak kelayakan untuk beli rumah terlebih dahulu dan kerja keras untuk kumpulkan 10% deposit rumah. Tak masuk lagi proses untuk dapatkan pinjaman dan kelulusan bank serta segala kos guaman yang perlu ditanggung. Tapi bila dah berjaya beli rumah, rupanya baru tahu hartanah tersebut berada di lokasi banjir. Aduh..


Jadi macammana nak elak daripada terbeli rumah yang mudah dinaiki air? Kalau dulu saya pun tak tahu tips untuk cari rumah ini tapi bila ditanya pada orang tua, mereka memang ada banyak cara untuk memilih hartanah terutamanya jika rumah mereka selalu dinaiki air. Jadi macammana nak tau rumah atau hartanah itu bukan berada di lokasi banjir?


Gambar Facebook

1. Elak beli rumah atau hartanah di kawasan berhampiran sungai atau laluan air.
Jika rumah yang nak dibeli berada di kawasan rendah, pastikan ia tak berada berdekatan laluan air. Ada sesetengah kawasan sungai berada di tempat tinggi. Jadi meskipun berdekatan laluan air, kawasan tersebut tak terkena banjir saat hujan lebat kerana air akan mengalir turun ke kawasan yang lebih rendah. Tapi jika tersilap beli rumah di kawasan berdekatan laluan air seperti sungai dan berada di kawasan tanah rendah, bersiap-sedialah dengan kemungkinan rumah akan dinaiki banjir.


Itu yang terjadi pada rumah abah. Semasa mula-mula beli tanah ini dulu, abah dah survey kawasan tersebut dan bertanya pada jiran tetangga tentang lokasinya samada terkena banjir atau tidak. Kesemua jiran yang ditemui mengatakan tanah pilihan abah itu tak pernah banjir walaupun ia terletak berdekatan dengan kawasan laluan air yang sering dinaiki air, yang mana jaraknya dalam 100 meter daripada tanah pilihan abah.




Jadi abah yakin untuk membeli tanah tersebut kerana lokasi banjir berada agak jauh dari rumah. Nah, selepas beberapa tahun menetap di situ, akhirnya radius banjir semakin membesar dan mula memasuki kawasan perkarangan rumah sehingga ia seolah menjadi pesta tahunan pula untuk melihat banjir di sekitar kawasan rumah kami.


2. Jangan beli jika kedudukan hartanah atau rumah berada lebih rendah daripada jalanraya.
Tips ini abah kongsikan ketika suami nyatakan hasrat untuk membeli tanah bagi dijadikan pelaburan. Tipsnya adalah jangan beli tanah atau rumah yang parasnya berada lebih rendah daripada jalanraya. Cari tanah yang berada samada sama paras atau lebih tinggi daripada paras jalanraya.


Cuba bayangkan apa akan berlaku jika terbeli tanah yang berada lebih rendah daripada paras jalanraya. Ketika hujan lebat, aliran air akan menuruni kawasan jalanraya menuju ke kawasan lebih rendah (dalam kes ini, hartanah yang dibeli adalah kawasan rendah). Ditambah jika sistem perparitan di kawasan tersebut tidak diselenggara dengan baik, air boleh bertakung di kawasan rendah sekaligus mengakibatkan banjir. Jadi elakkan daripada membeli hartanah di kawasan rendah dan di bawah paras jalanraya. 


3. Elak beli rumah atau hartanah yang memang telah diketahui sering banjir.
Harga rumah di Kampung XX sangat murah. Rugi kalau tak beli.


Sebenarnya sangat untung jika tidak membeli hartanah di kawasan banjir walaupun harga yang ditawarkan amatlah murah. Jika dibuat pengiraan, setelah membeli hartanah dan membina rumah, kos yang perlu ditanggung jika rumah dinaiki air bukan sahaja melibatkan kewangan, malahan mental dan fizikal. Belum dikira kos kerosakan rumah akibat banjir,  baik pulih kenderaan dan barangan elektrik serta perabot kayu yang terjejas, kesihatan mental juga sangat terganggu setelah mengalami banjir.


Gambar dari Facebook

Sebab itu ada yang trauma saat melihat hujan turun membasahi bumi selepas mengalami pengalaman banjir. Bagi saya sendiri, emosi saya sangat terkesan ketika banjir yang lalu mengenangkan rumah ma dan abah terjejas teruk. Saya sendiri tak mampu untuk membersihkan kesan banjir lumpur yang melanda, apatah lagi kedua orang tua yang telah tua. Jadi, amatlah tak berbaloi untuk membeli hartanah di kawasan banjir walaupun harganya lebih murah daripada pasaran.


Apa Nak Buat Jika dah Terbeli Hartanah Kerap Banjir?Dalam keadaan cuaca yang makin tak menentu kini, kita dikejutkan dengan banyak kawasan yang telah lama tak dilanda banjir sebelum ini dinaiki air. Sebagai contoh Taman Sri Muda di Shah Alam yang dilanda banjir besar pada tahun ini, kali terakhir lokasi tersebut dinaiki air adalah pada 27 tahun yang lepas! Siapa sangka tahun ini lokasi tersebut akan dilanda banjir pula kan?


Gambar Google

Apa nak buat jika dah terbeli rumah di kawasan banjir? Nak refinance? Tak membantu. Nak jual semula rumah? Tentu akan ambil masa yang lama untuk cari pembeli dan harga tentu jatuh. Jadi apa nak buat? Jangan risau, ada beberapa cara yang boleh diteliti bagi mengatasi masalah ini. Antaranya adalah:



Langgan polisi insurans bencana alam Buat tuntutan pampasan banjir daripada LPPSABuat tuntutan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Jika banjir kerap melanda dan awak juga dah tak mampu nak menahan penatnya melakukan operasi pembersihan selepas banjir, saya cadangkan agar jual sahaja hartanah tersebut. Masalah banjir adalah masalah bencana alam yang tidak dapat dijangka. Jika setiap tahun rumah dilanda banjir, memang bikin pening juga kan. Boleh ke Mortgage Calculator untuk pengiraan jual beli hartanah yang mudah (boleh abaikan tentang currency kerana pengiraan jual beli adalah sama sahaja seperti di Malaysia)


Saya pernah cadangkan pada ma dan abah untuk jual sahaja rumah mereka tapi mereka hanya gelak sambil beritahu yang rumah itu banyak kenangannya dan jiran tetangga juga baik. Tak mengapalah, asalkan ma dan abah sihat dan gembira..itu dah cukup. Tak mengapalah kalau saya perlu balik rumah berkemas sebelum dan selepas banjir, it's okay. Semoga ma dan abah terus sihat dan gembira, saya pun pasti gembira

Gambar dari Facebook

Semoga kita tak terbeli hartanah di kawasan banjir dan semoga kita juga selamat daripada berdepan dengan masalah banjir lagi selepas ini. Aamiin.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2022/03/tips-elak-beli-rumah-hartanah-lokasi-banjir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
865 Rumah Terendam Banjir Di Kabupaten Toli Toli

865 Rumah Terendam Banjir Di Kabupaten Toli Toli

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 194 hits
Plt Kepala Pusat Data Informasi dan Komunikasi Kebencanaan Badan Nasional Penanggulangan Bencana Abdul Muhari melaporkan ketinggian muka air banjir sekitar 70 hingga 100 sentimeter Tercatat 866 KK di dua kecamatan terendam banjir
Baby Boy Atau Baby Girl Ini Tips Yang Dikongsikan Oleh Cikgu Kimia Mengikut Logik Sains Selain Usaha Doa

Baby Boy Atau Baby Girl Ini Tips Yang Dikongsikan Oleh Cikgu Kimia Mengikut Logik Sains Selain Usaha Doa

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 277 hits
Salam Post kali ni akan share ilmu yang tak seberapa bagi sesiapa yang merancang sama ada nak baby boy atau baby girl untuk next pregnancy Alhamdulillah saya dan suami dah mencuba dan diizinkan Allah untuk mendapat baby girl anak ke 2 kami ...
5 Tips Sebelum Membeli Rumah Pertama

5 Tips Sebelum Membeli Rumah Pertama

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 203 hits
AssalamualaikumBismillahRumah merupakan salah satu keperluan wajib bagi manusia bahkan haiwan dan binatang juga memerlukan tempat tinggal Memiliki rumah sendiri merupakan idaman dan impian kita semua Setiap orang perlukan rumah yang selesa ...
Bekerja Dari Rumah Bagi Penjawat Awam Yang Kematian Pasangan Berkuatkuasa Hari Ini

Bekerja Dari Rumah Bagi Penjawat Awam Yang Kematian Pasangan Berkuatkuasa Hari Ini

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 1074 hits
PUTRAJAYA Penjawat awam yang baharu kematian suami atau isteri akan diberikan kemudahan bekerja dari rumah selama tempoh tidak melebihi dua minggu berkuat kuasa serta merta hari ini Perkara itu dimaklumkan Jabatan Perkhidmatan Awam menerusi...
Cara Nagita Slavina Nasihati Aurel Hermansyah Soal Larangan Ibu Keluar Rumah Sebelum 40 Hari

Cara Nagita Slavina Nasihati Aurel Hermansyah Soal Larangan Ibu Keluar Rumah Sebelum 40 Hari

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 262 hits
Menurut Nagita tradisi memang memiliki tujuan baik untuk menjaga bayi Tapi kebahagiaan ibu tetap paling penting
Saya Tiada Niat Nak Bunuh Dia Berang Dihalau Keluar Dari Rumah Suami Racun Isterinya Dengan Racun Tikus

Saya Tiada Niat Nak Bunuh Dia Berang Dihalau Keluar Dari Rumah Suami Racun Isterinya Dengan Racun Tikus

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 173 hits
Seorang lelaki berusia 45 tahun mengaku meracuni isterinya kerana sakit hati Suspek yang berasal dari Dusun Kemuning Jawa Timur Indonesia mengaku meletakkan racun tikus dalam bekas serbuk kopi yang ada di warung milik isterinya Ponisri 47 S...
Pemandangan Rumah Api Pantai Kok Langkawi

Pemandangan Rumah Api Pantai Kok Langkawi

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 461 hits
Assalamualaikum dan Selamat malam Hai Pembaca Semua Tahun lepas Bonde dan family ke Langkawi This is a content summary only Visit my website for full links other content and more
Hiburan Kisah Seram Podcast Noktah Misteri Minggu Ini Rumah Sewa Jahanam

Hiburan Kisah Seram Podcast Noktah Misteri Minggu Ini Rumah Sewa Jahanam

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 192 hits
Adat hidup menyewa pasti ada saja cerita dan kisah yang mungkin dilalui oleh penyewa tidak kiralah pengalaman suka duka ataupun yang menyeramkan Namun apa yang terjadi pada wanita ini mungkin akan membuatkan meremang bulu roma kerana dia ad...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco

Lauk Paling Sedap

Hiburan Aktif Kegiatan Mencuri Ayam Di Pasar Awam Sekitar Daerah Batang Padang Tiga Lelaki Akhirnya Ditangkap

Keutamaan Berdoa Dalam Islam

Isshhh Tak Kan La Hangpa Ni Takat Sekampit Beras Ja

Jalan Kaki Tapi Magic Sampai India Dah