Tips Elak Si Kecil Dari Suka Baling Barang
Kenapa anak suka baling barang? Pantang nampak apa sahaja barang di hadapannya, pasti si kecil ini akan cuba membalingnya. Tapi, jangan sesekali marah padanya mahupun sekat kelakuannya. Si kecil ini sedang meneroka apa yang akan dan terjadi di sekelilingnya.
Bagaimana ingin memujuk anak yang suka baling barang ini?
1. Pegang tangannya
Sebelum si kecil melontar barang, segera pegang tangan dan ambil barang yang dipegangnya. Gantikan barang yang akan dilempar dengan permainan yang lebih sesuai seperti bola plastik. Elok alihkan perhatiannya dengan mengajak anak bermain dengan permainan yang baru anda berikan.
2. Jangan jerit
Jika anda selalu menjerit untuk mengelakkannya melempar barang, anak akan belajar bahawa melempar sesuatu boleh digunakan sebagai cara mengancam anda apabila keinginannya tidak dituruti.
3. Pandang matanya dan berkata
nak pada usia ini tidak akan mendengar bebelan ibu. Sebaiknya pandang mata, pegang benda yang ingin dilemparnya dan katakan, “Ini tidak boleh dibaling. Rosak nanti.”
4. Lontar bersama
Anak akan lebih cepat belajar tentang benda yang boleh dibaling apabila dia melihat objek tersebut. Sediakan barang-barang yang boleh dilemparnya.
5. Konsisten
Jangan mudah tergoda dengan rengekan anak yang gemar melempar. Jika anda sudah melarang, jangan sesekali izinkannya membaling. Singkirkan barang-barang yang berbahaya yang ada berhampirannya. Katakan berulang alik.
6. Suap atau berhenti
Jika anda suka membaling makanan yang sedang dimakan, jauhkan makanan atau peralatannya setelah selesai makan. Kalau baling makanan ketika sedang makan, terus angkat pinggan dan jauhkannya. Ada baiknya ibu menyuapkan anak makan sehingga selesai.
7. Cuba masuk dunia si kecil
Kenal pasti sama anak sedang memenuhi keperluannya untuk melempar atau sedang marah. Jika dia membaling kerana marah, peluk anak sehingga dia tenang. Bila anda sudah boleh bercakap, tanya punca amarah.
8. Pujuk dan lakukan bersama
Jangan memaksa anak mengutip barang yang dilemparkannya dengan emosi marah. Lebih baik anda pujuk dan ajak: “Sayang, mari kita cari kotak merah yang kamu baling tadi. Masukkan dalam kotak semula ya!”
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kinistylo.blogspot.com/2019/04/tips-elak-si-kecil-dari-suka-baling.html