Klia Atau Sepang Kenapa Suka Tukar Nama


APA ada pada nama? Itu kena tanya kepemimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang menjadi perhatian warga maya sehari dua ini gara-gara keghairahan untuk ‘menjenamakan semula’ program kerajaan terdahulu.

Rasanya tiada pun perkara itu dalam manifesto PH, tetapi perkara tersebut seakan sukar dibendung. Lepas satu, satu diberi nama baru sampai jadi bahan dalam Facebook dan Twitter. Ada-ada sahaja.

Hari ini pula riuh mengenai cadangan pertukaran nama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang pernah dibangkitkan dalam mesyuarat kerajaan negeri Selangor suatu masa dahulu.


Walaupun dokumen itu bukan baru, namun apabila didedahkan hari ini ia sekelip mata menjadi tular rentetan beberapa penjenamaan semula dengan yang terbaharu Program Permata Negara (Permata) kepada Genius kelmarin.

Hakikatnya pemilihan nama sesebuah lapangan terbang bukan dilakukan sesuka hati, ada negara yang melantik firma perunding untuk mengkaji nama yang dipilih supaya memberi pulangan terbaik dari sudut pemasaran selain aspek lain seperti objektif dan mencerminkan wajah negara.

Ya, pemilihan nama lapangan terbang kebiasaannya berdasarkan lokasi tetapi itu tidak semestinya dan menurut sebuah artikel yang pernah disiarkan media antarabangsa, 75 peratus lapangan terbang di seluruh dunia mengguna pakai kaedah tersebut.

Bakinya macam-macam lagi, nama ikon seperti pemimpin politik, tokoh seni, legenda sukan atau tarikan utama di lokasi lapangan terbang.

Belfast City Airport dinamakan kemudian sempena legenda bola sepak, George Best. Di Singapura, ada petisyen beberapa tahun lalu yang mencadangkan Lapangan Antarabangsa Changi dinamakan sempena bekas Perdana Menteri mereka, Lee Kuan Yew.

Andailah KLIA itu ditukar nama kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang, mungkin Malaysia satu-satunya negara berbuat demikian yang menukar nama lapangan terbang supaya bertepatan dengan nama lokasi sebenar.

Mujur tiada perubahan dan sebenarnya, KLIA yang dikenali seluruh dunia tidak terikat untuk dikenali sebagai Sepang International Airport dan kenapa nama KLIA dipilih tentunya setelah melalui penelitian mendalam.

Cuma pihak yang menimbulkannya setelah 20 tahun lapangan terbang berkenaan beroperasi memang menghairankan. Penjenamaan semula tidak semestinya menukar nama tetapi pengisiannya secara keseluruhan.

Ada lapangan terbang kekal dengan nama asal walaupun setelah dijenamakan semula. Yang bertukar adalah wajah serta kemudahan dari kelas pertama kepada kelas dunia. Ini yang KLIA perlu, bukan tukar nama.

Pemimpin PH pun, setiap pengubahsuaian, penambahbaikan program atau penjenamaan semula bukan bermakna mesti tukar nama yang hanya membabitkan kos.- UTUSAN ONLINEMedia Shah Alam Kini di Tukar Kepada www.suarabiru.com (https://mediashahalam.blogspot.com)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mediashahalam.blogspot.com/2019/04/klia-atau-sepang-kenapa-suka-tukar-nama.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+SuaraBiru+%28SUARA+BIRU%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nama Klia Akan Ditukar Kepada Sepang International Airport

Nama Klia Akan Ditukar Kepada Sepang International Airport

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 464 hits
Viral di media sosial gambar dokumen yang memaparkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor mencadangkan agar nama Kuala Lumpur International Airport dijenamakan semula dengan nama baru Difahamkan cadangan penjenamaan semula itu dibang...
Tukar Nama Klia Kepada Sia Kosnya Cecah Bilion

Tukar Nama Klia Kepada Sia Kosnya Cecah Bilion

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 539 hits
KLIAKUALA LUMPUR Cadangan untuk menukar nama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang bukan murah kecuali kerajaan sanggup mengeluarkan belanja besar Kos yang perlu dikeluarkan mungkin mencapai ...
Kerajaan Dap Ph Kerajaan Kaki Tukar Nama

Kerajaan Dap Ph Kerajaan Kaki Tukar Nama

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 489 hits
oleh Ab Jalil Backer Dulu zaman BN kita selalu dengar ada dua tiga broker dan usahawan yang ada connection secara sembunyi sembunyi tukar kertas cadangan untuk curi idea orang dan dapatkan projek tersebut Orang lain hantar kertas cadangan m...
Malaysia Maszlee Umum Tukar Nama Permata Rosmah Kepada Genius

Malaysia Maszlee Umum Tukar Nama Permata Rosmah Kepada Genius

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 523 hits
Menteri Pendidikan Maszlee Malik umum kabinet menukar nama Permata cetusan idea Rosmah isteri Najib kepada Genius Foto AbulemanProgram Permata Negara yang lahir daripada ilham dan inisiatif isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Man...
Calon Mb Johor Ada Dua Atau Tiga Nama Dikenal Pasti Muhyiddin

Calon Mb Johor Ada Dua Atau Tiga Nama Dikenal Pasti Muhyiddin

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 374 hits
Astro Awani Muhyiddin berkata ada dua atau tiga nama calon Menteri Besar Johor baharu yang dikenal pasti untuk diteliti sebelum dipersembahkan kepada Sultan Johor Gambar fail KUALA LUMPUR Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia PPBM Tan Sri...
Tukar Nama Permata Kepada Genius Keputusan Kabinet

Tukar Nama Permata Kepada Genius Keputusan Kabinet

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 551 hits
Oleh Isu PERMATA tukar nama kepada Genius 1 Ramai yang hentam Dr disebabkan isu ini Kata isu ini lekeh dan menteri pendidikan cap ayam hanya kerana pandai tukar nama sahaja 2 Isu ini bagi aku memang lekeh pun dan tak patut ditukar nama Keka...
Tukar Nama Ecrl Kepada Ecrl 2

Tukar Nama Ecrl Kepada Ecrl 2

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 619 hits
SEREMBAN 24 April Datuk Zaifulbahri Idris secara sinis mencadangkan supaya kerajaan menukar nama projek Laluan Rel Pantai Timur kepada ECRL 2 Ujar beliau penjenamaan semula itu penting bagi mengelakkan kerajaan Pakatan Harapan dianggap meni...
Tukar Permata Dengan Nama Baharu Rugikan Negara

Tukar Permata Dengan Nama Baharu Rugikan Negara

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 501 hits
Kerajaan patut tumpu kepada penambahbaikan seperti dibuat BN Timbalan Ketua UMNO Bandar Tun Razak Adnan Seman BANGI Penjenamaan semula Program Permata Negara kepada Genius akan merugikan negara kerana membabitkan kos yang sangat besar kata ...
Kenapa Nama Klia Perlu Di Ubah

Kenapa Nama Klia Perlu Di Ubah

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 1013 hits
Cadangan kerajaan mahu menukar nama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kepada Sepang International Airport sememangnya hanya akan mencetuskan kekeliruan di kalangan rakyat Malaysia serta antarabangsa dan semua orang sudah sedia makl...
Leona Sakat Rees Tentang Ciri Ciri Kekasih Hati Ramai Wanita Tak Keruan Asslamualaikum Adik Ipar

Terengganu Pelajar Tingkatan Empat Pecut Kereta Rempuh Polis Tular Di Kuala Nerus

Dia Yang Curang Lepastu Acah Tersakiti Pantun Nafiz Muaz Curi Perhatian Ramai

Iuc Buka Laluan Kerjaya Global Mahasiswa Di Jepun

How Businesses Can Stay Competitive

Polis Nafi Budak Perempuan Diculik Di Kuala Berang

Mic S Awtar Singh Apologises To Mcmc Chief Over Baseless Claims

Flash Floods Devastate Bali And Flores Killing At Least 13


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Is Bersatu Agm About The People Or Boot Licking Youth Leader Laments

Edward Wong S Plight Has Sparked Umno Youth Mca Political Bickering Fanning Racial Sentiment

Healing Sebuah Perjalanan Memulihkan Luka

Pengalaman Renew Passport

Ultimate Diet Tutorial 2025 Step By Step Guide To A Healthier You

Selagi Ikatan Itu Sah