Tips Didik Anak Untuk Ibu Bapa Yang Sibuk
Penting untuk kita ketahui tips penting bagaimana nak didik anak kita kearah kebaikkan dalam keadaan kita sentiasa sibuk kerana tuntutan kerja seharian.Oleh itu amat penting untuk lakukan sesuatu untuk anak anda kita walaupun kita sibuk bekerja supaya mereka rasa tidak terabai.
Pada masa sekarang kebanyakkan masa kita berada di tempat kerja..jadi anak -anak akan rasa terabai sekiranya kita tidak ambil perhatian.Mereka akan terdorong melakukan perkara yang tak elok sekiranya tak di pantau.
Yang penting kita gunakan masa yang ada dengan lebih produktif untuk kebaikkan anak kita.Banyak aktiviti yang boleh kita buat ketika bersama anak kita.
Rancang aktiviti harian anak anda.
Senaraikan aktiviti harian anak anda setiap hari ketika anda tiada dirumah.Ini membolehkan anda pantau dengan lebih dekat perkembangan mereka.
Lakukan aktiviti bersama mereka ketika anda punya masa bersama.Umpamanya bantu mereka lakukan kerja sekolah dan sebagainya.ia dapat mengeratkan hubungan antara anda dengan ank-anak.
Selalu beri dorongan atas minat atau hobi mereka jika perkara itu bagus untuk masa depan mereka.Ia membantu memberi motivasi kepada mereka untuk terus melakukan perkara itu.
Sediakan alat bantu belajar untuk mereka gunakan.Antaranya Ebook,Buku aktiviti,Video pendidikkan dan sebagainya.Tapi pantau penggunaananya.Elakan memberi kebebasan sepenuhnya penggunaan gadjet tanpa kawalan.Bimbang mereka menggunakan untuk tujuan yang tak berfaedah seperti bermain game,menonton video yang tak elok.
Selalu berbual perkara yang baik ketika bersama anak-anak.Elakkan cerita perkara negetif tentang sesuatu perkara atau seseorang.Anak anak akan terdorong mengikut apa yang kita selalu bualkan.Kija kita selalu cerita negatif,mereka terdorong melihat benda yang negatif.
Kesilapan yang ramai ibu bapa buat.
Ramai antara ibu bapa tak sedar yang mereka lakukan perkara yang mengakibatkan anak kita terpengaruh dengan perkara yang tak elok.Oleh itu kita harus elakkan lakukan perkara ini agar anak kita tidak terikut-ikut dengan apa yang kita lakukan.Antaranya....
1-Elakkan maki hamun anak dengan perkataan yang tak elok ketika menegur kesalahan mereka.
2-Elakkan menakutkan anak dengan perkara yang tahyul..Beritahu sebab tertentu yang logik jika anda tak membenarkan sesuatu perkara yang mereka lakukan.
3-Elakkan Menghukum tanpa menyatakan sebab.Beritahu apa kesalahan yang mereka lakukan.
4-Elakkan tidak menunaikan janji jika anda berjanji sesuatu dengan mereka.Beritahu sebab jika anda tidak mampu.
5-Elakkan bergaduh dengan pasangan dihadapan anak.Ia mempengaruhi emosi anak dalam menghormati anda.
6-Jangan Abaikan permintaan anak sekiranya membabitkan keperluan anak jika ia penting.Beritahu sebab jika anda tak mampu lakukan.
Klik disini untuk lebih maklumat
Klik disini untuk lebih maklumat
Tips dalam mendidik anak ini kita perlukan ilmu yang betul.Kadang kadang kita tak sedar banyak perkara yang kita rasakan betul tu sebenarnya salah atau tak efektif.Dengan pengetahuan yang ada ia sedikit sebanyak membantu kita membentuk sahsiah anak yang baik untuk masa depan mereka.
=============================
Baca juga 3 cara bagaimana atasi fikiran negatif dalam bisnes cara Irfan khairi
The post Tips Didik Anak Untuk Ibu Bapa Yang Sibuk. appeared first on My Klik.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://my-klik.com/tips-didik-anak/